Aku
rasa macam ... Ewah, intro macam trailer movie adaptasi novel John Green je. You
know ...
“I believe we
have a choice in this world about how to tell sad stories.”
-
The Fault in Our
Stars.
“The way I
figure it, everyone gets the miracle.”
-
Paper Towns.
Bila aku
bosan dalam kubikel aku, aku berdiri. Masa tu, aku rasa macam nampak semua
orang sedang mengimpikan untuk lari dari rutin. Rasanya kalau langit impian
atau angan kita ni orang boleh nampak atas kepala, mungkin boleh berlanggar
antara satu sama lain sebab terlalu
besar.
Yelaa, mana
aku tau kalau kau ada impian nak berhenti kerja pusing dunia sambil buat art.
Saling bertukar pandangan atau ajar melukis seluruh dunia. Balik Malaysia, buat
exhibition.
Atau
berbasikal ke seluruh dunia, panjat 7 gunung dan rentas 7 lautan, kemudian
tulis buku.
Atau dari
satu kisah kecil dalam hidup, kau bertekad untuk jadi penulis lirik dan pemuisi
ulung. Sekali-sekala kau pentaskan karya kau.
Atau
tinggalkan semua kerja, mulakan kehidupan di sebuah rumah mewah di tepi pantai
setelah bertahun-tahun kumpul duit.
Atau
mungkin, cinta kau terhadap rakan sepejabat akhirnya bersambut. Kau mula
merancang untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah. Mungkin buat business
tudung online di rumah. Tapi kemudian terhalang kerana anak CEO juga berkenankan
kau dan dia sudah lebih pantas menghantar rombongan. Antara motor Kriss dengan Ferrari
458 Spider mana yang kau pilih? Cincin belah rotan atau cincin bertakhta tiga
jenis permata?
Ops, sorry! Bahagian akhir ni, aku
terpengaruh dengan lambakan drama tv dan novel.
Hahaha!
Terpengaruh ke memang jenis kuat berangan! Ghentikanlahhh.
***
Aku berhenti
sekejap dari kekalutan pejabat ni, bila aku terfikir kenapa walaupun kerja part
time, aku macam permanent staff. Siap datang hujung minggu. Aku pun dah lupa
sebulan lepas aku suka buat apa hujung minggu.
Di tahap ni,
bos aku dah tak pesan “rajin-rajin kerja” lagi pada aku lepas sign borang claim
gaji. Aku tick semua tarikh kecuali Ahad. OT berderet.
Aku suka
kerja ni tapi aku harap aku tak lupa impian aku. Dan kau juga sama.
Orait, aku
nak pergi hantar borang claim ni. Chow!
No comments:
Post a Comment