"Betul ke ramai penulis dah berubah arah ke Wattpad?"
***
Lanjutan dari pos lepas, aku akhirnya berjaya mendapatkan tiket teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Sesampainya aku di Mid Valley, aku segera menunaikan solat maghrib. Dengan cara itu, barulah hala tuju aku lebih jelas.
Jadi, aku batalkan hasrat aku ke Rock Corner dan makan malam saja di food court Mid Valley. Aku turut nasihat ayah aku, agar tunggu sahaja hari esok untuk mak aku membuat panggilan telefon ke pihak bank semula.
Setelah aku kaji website tiket online ni, tak ada no telefon diberikan. Tapi di bahagian FAQ, ada dinyatakan sebarang masalah pembelian bolehlah di-emailkan. Mujur aku sempat printscreen 2 3 bukti pembelian.
Jadi, jam 8.30 pagi aku pantas email kan masalah aku. Sampai 10.30 pagi aku masih berdebar menanti jawapan. Tiba-tiba aku dapat panggilan dari mak aku.
Mak aku kata, dia dah telefon nombor yang tertera di poster teater, jangan bimbang nanti email aku akan dibalas. Sudah namanya mak, barang hilang pun mudah ditemui apatah lagi benda-benda terpampang di internet.
Keh keh, macamana lah aku tak jumpa poster bernombor telefon tu.
Selang beberapa minit, email aku dibalas dengan pilihan seat baru.
Maka, dapatlah aku dan kawan-kawan menonton teater ini.
Haa lupa nak khabor, aku debar lebih sikit sebab tolong order kan untuk kengkawan jugak.
Must have photo in IB. |
Balik dari teater ni baru lah aku realize selama ni aku salah eja, Van Der Wijck. Aku duk sedap eja "Wjick".
***
"Kita kena jadi penulis!" - Manda
1 comment:
Masih blogging. Haha. Lama dah aku tinggalkan. Aku maintain blog reviu aku je. :P
Post a Comment