Now Playing: Eternity - 9x9
Bersama tetamu yang jauh di mata namun dekat di hati Sembang Gebang kali ini menyaksikan sebuah perbincangan mengenai filem romantik komedi Thailand gandingan Nine Naphat dan Baifern Pimchanok. Filem ini mengisahkan mengenai Palm dan Gink yang bersahabat dari zaman sekolah lagi. Setelah meningkat dewasa Palm semakin pasti terhadap perasaannya kepada Gink. Namun, Palm telah di-friendzone oleh Gink yang telah mempunyai Ted, jejaka yang membuatnya tergila-gila. Sejauh manakah Palm mampu bertahan dengan kedudukannya sebagai kawan baik? Sedarkah Gink akan perasaan Palm?
Bersama tetamu yang jauh di mata namun dekat di hati Sembang Gebang kali ini menyaksikan sebuah perbincangan mengenai filem romantik komedi Thailand gandingan Nine Naphat dan Baifern Pimchanok. Filem ini mengisahkan mengenai Palm dan Gink yang bersahabat dari zaman sekolah lagi. Setelah meningkat dewasa Palm semakin pasti terhadap perasaannya kepada Gink. Namun, Palm telah di-friendzone oleh Gink yang telah mempunyai Ted, jejaka yang membuatnya tergila-gila. Sejauh manakah Palm mampu bertahan dengan kedudukannya sebagai kawan baik? Sedarkah Gink akan perasaan Palm?
Semuanya dalam FRIEND ZONE!
***
SOALAN 1: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ANDA UNTUK MENONTON FRIEND ZONE?
1) FANGIRL ACTOR/ACTRESS
2) PEMINAT FILEM/SERIES THAI
3) KAKI WAYANG
4) TERASA NAK TENGOK SELEPAS MENONTON TRAILER
5) HASUTAN KAWAN (TERIKUT KAWAN)
6) FANGIRL GDH PRODUCTION
7) HASUTAN PROMO DI MEDIA SOSIAL
PILIH JAWAPAN ANDA. BOLEH LEBIH DARI SATU ATAU SEMUA SEKALI.
AIMI: TRAILER menjadi faktor paling utama. Melalui trailer, kita akan dapat tahu para pelakon, genre, production dan juga OST. Setelah berpuas hati dengan imej yang dipaparkan dalam trailer, barulah proses mencari info tambahan mengenai filem tersebut bermula kemudian menentukan sama ada kita akan ke pawagam atau tidak.
Dalam kes filem Friend Zone, semua elemen dalam trailer menambahkan keyakinan untuk membeli tiket wayang. Trailer dibuka dengan suara Nine Naphat dan aksi dia membawa kereta. Familiar face from A Gift/New Year's Gift. Checked! Kemudian, dialog-dialog lucu. Checked! Pada saat 0:30 logo GDH dipaparkan. Setakat ini filem terbitan GDH yang masuk ke pawagam Malaysia berbaloi tonton di pawagam. Checked! Minit 1:06 imej KLCC dipaparkan. Checked! Minit 1:14 OST catchy berbunyi. Checked! Lagi babak-babak lucu terutama sekali babak monyet. Minit 2:00 rangkap OST versi Bahasa Melayu terpasang. Checked!
Buka IG ternampak GSCinemas post gambar Baifern 9-10 tahun dulu. Oh my heroin filem legend “Crazy Little Thing Called Love”. Hampir tak cam weh sebab sekarang dah ekstra cantik. Heroin = Checked! Tunggu apa lagi. Marilah ke pawagam.
Hasutan kawan-kawan dan promo di media sosial bukan faktor mempengaruhi untuk menonton (sebab tekad untuk menonton sudah ada dalam diri) tetapi faktor ingin cepat ke panggung wayang supaya boleh cepat-cepat bersembang. Peer pressure gituh! Haha!
AZIAN: Faktor utama untuk kita tonton filem Friend Zone adalah sebab no. 1, 2, 4, dan 6. Selaku ahli kelab peminat filem/drama Thai pasti sentiasa menantikan kemunculan filem Thai yang bakal keluar di panggung. Tak ketinggalan juga untuk movie Friend Zone ni. Malah, tak dinafikan kalau kita tengok trailer sahaja pun dah tonjolkan banyak aksi komedi yang bakal pecah perut. Sebelum ni, kita tak pernah lagi tonton lakonan Naphat, tapi dalam movie ni lakonan Naphat mampu buat kita rasa nak follow project dia akan datang. Lakonan Baifern pulak nampak lebih matang dari dalam filem “Crazy Little Thing Called Love” dan lebih bersahaja diselit dgn adegan komedi menjadikan kombinasi mereka berdua sangat serasi. Lagi satu, setakat ni rasanya filem dari GDH Production memang tak pernah mengecewakan lagi.
Tak sabar untuk tunggu next project GDH dengan harapan next filem bakal ada P’ Sunny :p
Tak sabar untuk tunggu next project GDH dengan harapan next filem bakal ada P’ Sunny :p
HAJJAR: Semua dia atas.
1) FANGIRL ACTOR/ACTRESS - Fangirl actress masa cerita “Crazy Little Thing Called Love”.
2) PEMINAT FILEM/SERIES THAI - Yes of course. (Horror, thriller, comedy, love etc.)
3) KAKI WAYANG - Ya sudah semestinya.
4) TERASA NAK TENGOK SELEPAS MENONTON TRAILER - Rasa wow dengan trailer tambah-tambah dengar lagunya ada BM dan nampak KLCC!
5) HASUTAN KAWAN (TERIKUT KAWAN) - Sudah semestinya sebab rakan-rakan kaki filem/series Thai jugak serta fans para pelakon dan penyanyi Thai yang lain hehe.
6) FANGIRL GDH PRODUCTION - Ya sudah tentu. Dari dulu suka filem yang diterbitkan oleh GDH.
7) HASUTAN PROMO DI MEDIA SOSIAL - Ya, IG sudah semestinya!
HARMIZA: 1) FANGIRL ACTOR/ACTRESS - Sebab memang dah kenal pelakon-pelakon dalam filem ni, so why not kan?
2) PEMINAT FILEM/SERIES THAI - YES. Selaku presiden kelab peminat filem/series Thai dalam kalangan rerakan, memang kena tengok filem ni. Hehehe!
3) KAKI WAYANG - Yang ni pun mempengaruh juga la sebab hampir tiap bulan akan tengok wayang, Friend Zone ni pun sampai tengok dua kali.
4) TERASA NAK TENGOK SELEPAS MENONTON TRAILER - Yang ni tak berapa sangat. Sebab dah set dalam kepala "kena tengok Friend Zone". Trailer tak main peranan sangat.
5) HASUTAN KAWAN (TERIKUT KAWAN) - Yang ni mungkin Aimi la kot, sebab pernah fangirl Nine Naphat sebelum ni pasal filem A Gift/New Year's Gift (insert link? HAHAHAHA)
6) FANGIRL GDH PRODUCTION - Tak kisah mana-mana production, filem Thai memang jarang mengecewakan.
7) HASUTAN PROMO DI MEDIA SOSIAL - Kalau tengok poster promo kat IG pelakon-pelakon ni rasa comel je, ada lah sikit main peranan.
SOALAN 2: JIKA ANDA LETAKKAN DIRI DALAM SITUASI PALM, SANGGUP TAK NAK TERBANG MERATA DEMI "BEST FRIEND" ANDA?
AIMI: "Kalau banyak duit bolehlah, kalau tak, tanya khabar kat Whatsapp jelah" - Itu benda pertama terlintas kat kepala. Tapi setelah diulang baca soalan ... "letakkan diri dalam situasi Palm", jawapannya adalah: Ya.
Sebab tengok balik karakter Gink, Gink adalah seorang yang buat keputusan mengikut hati, Dia tak berfikir implikasi, dia hanya fikir perkara itu perlu dilakukan. Jadi sebagai Palm seorang yang sudah masak dengan perangai Gink dan menyimpan hati padanya, mengapa tidak? Bukan dalam bercinta je kena ada usaha, dalam persahabatan pun kena ada usaha untuk menjadikan persahabatan itu kekal.
Sebab tengok balik karakter Gink, Gink adalah seorang yang buat keputusan mengikut hati, Dia tak berfikir implikasi, dia hanya fikir perkara itu perlu dilakukan. Jadi sebagai Palm seorang yang sudah masak dengan perangai Gink dan menyimpan hati padanya, mengapa tidak? Bukan dalam bercinta je kena ada usaha, dalam persahabatan pun kena ada usaha untuk menjadikan persahabatan itu kekal.
AZIAN: Kalau kita jadi Palm memang seronok lah kalau dapat terbang merata dan jalan-jalan. Lagi-lagi dapat berjalan dengan BFF. Tapi bergantung juga pada situasi dan keadaan. Kalau setakat pergi tak sampai sehari dah kena balik memang tak sanggup la. Penat kot lagi-lagi bila travel jauh tanpa sebab yang kukuh atau sekadar untuk benda yang remeh. Hahaha.
HAJJAR: Ya, saya sanggup. Best friend kot siapa tak risau hehe. Tambah-tambah memang ade feeling kat best friend tu mestilah rasa risau ya amat kalau apa-apa berlaku dekat dia. Hati tak tenteram la kalau risaukan best friend tu (erti kata lain sanggup terbang cepat jumpa best friend untuk tengok dia depan mata baru puas hati gituh). Lucky pekerjaan menyumbang kepada boleh terbang ke mana-mana lol.
HARMIZA: Jujur, bergantung dengan keadaan dia. Kita sanggup nak terbang merata kalau keadaan dia kita boleh handle (dengan perks kerja airlines lagi lah!) Kalau kita ragu-ragu nak handle, mungkin kena bawa kawan back up. Tapi melepas la pula peluang nak spend time sama-sama. Hmmm.
SOALAN 3: APAKAH PERASAAN ANDA APABILA MELIHAT KUALA LUMPUR MENJADI SALAH SATU LOKASI DALAM FRIEND ZONE SERTA BAHASA MELAYU DIGUNAKAN DALAM SALAH SATU RANGKAP OST FILEM INI?
AIMI: Rasa minat kita terhadap filem dan lakorn Thai diiktiraf dan dihargai. Haha! Masa ternampak KLCC dalam trailer dan Gink berdialog, "Saya di Malaysia!" perasaan bercampur antara gembira, gementar dan ingin tahu. Nervous and curious untuk tahu sudut Kuala Lumpur/Malaysia macamana yang akan ditonjolkan dalam Friend Zone ini.
Tambah teruja bila video lirik OST keluar, ada rangkap Bahasa Melayu. Lagilah tak sabar nak tengok wayang.
Tambah teruja bila video lirik OST keluar, ada rangkap Bahasa Melayu. Lagilah tak sabar nak tengok wayang.
Walaupun sebenarnya, OST Hello Stranger telah melakukan perkara yang sama pada tahun 2015. Namun zaman itu, pendedahan agak berbeza. Filem ditonton melalui DVD dan tiada info tambahan dari sumber luar (Instagram, misalnya). Jadi pengetahuan terhad kepada apa yang terjadi dalam filem sahaja. Pasal OST Hello Stranger ni baru sedar sebab ada di ruangan Suggestion Youtube.
AZIAN: Bangga jugalah diterima sebagai salah satu lokasi filem ni walaupun cuma sekejap je dan part 3 pelayan restaurant dan bellboy berjaya menghiburkan kita. Lepas habis cerita lagu Kid Mak terus bermain-main dalam kepala.
(Dalam hati mujur Joyce Chu bukanlah skandal sebenar. Haha!)
HAJJAR: Masa first time tengok trailer terkejut tiber ada word Melayu yang dinyanyikan dan kenal penyanyi tersebut serta bertambah wahhhh KLCC! Terus “eh eh la berlakon kat sini ke ceyy”. So perasaan excited nak menonton. Eherm, kecewa tak tahu awal filem ni shooting di sini haha kalau tahu mesti berhajat nak skodeng dengan rakan-rakan!
HARMIZA: RINDUUU~ ada dua bandar yang kita rindu bila tengok filem ni, KL dan sudah semestinya Bangkok. Berkenaan lirik dalam OST filem ni, kita rasa janggal sikit mungkin sebab tak berapa jelas dengan lirik lagu tu. Tapi bangga sebab Bahasa Melayu jadi sebahagian dari lagu tu.
SOALAN 4: PALM KENA FRIEND ZONE OLEH GINK SEJAK SEKOLAH MENENGAH. JIKA ANDA DI TEMPAT PALM, SANGGUPKAH ANDA SIMPAN PERASAAN SELAMA 10 TAHUN?
AIMI: Berbalik pada permulaan cerita, Palm yang mem-friendzone-kan Gink terlebih dahulu. Jadi bolehlah dianggap Palm sanggup hidup dalam penantian 10 tahun kerana sedar akan implikasi terhadap kata-katanya dahulu. Dalam situasi Palm-Gink sepanjang 10 tahun itu mereka kekal berkawan baik dan tidak pernah terpisah lama. Kata lainnya, tak pernah putus hubungan dan sentiasa tahu perkembangan sesama sendiri dalam susah dan senang. Ini menyukarkan proses Palm untuk berpindah hati ditambah pula dengan karakter Gink yang sentiasa ada perkara untuk Palm risaukan. Jadi apa lagi nak buat selain memendam perasaan.
Apa pun, untuk kita secara personal 10 tahun terlalu panjang untuk bergelumang dalam perasaan/penyesalan semalam. Every day is a new day!
Apa pun, untuk kita secara personal 10 tahun terlalu panjang untuk bergelumang dalam perasaan/penyesalan semalam. Every day is a new day!
AZIAN: Bagi pendapat kita lah, punca sebenar mulanya dari Palm. Palm yang mula-mula letakkan Gink dalam situasi friendzone. 10 tahun tu satu tempoh yang lama. Tapi berbaloilah untuk Palm tunggu. Kalau tanya kita sanggup ke tak untuk tunggu 10 tahun tu bergantung pada situasilah sebab bagi kita susah untuk menunggu sesuatu yang tak pasti. Yang penting percaya pada jodoh. Kalau ada jodoh adalah. Haha.
HAJJAR: Ya saya sanggup. Well tiada siapa tahu apa akan jadi di masa akan datang. Dah dari sekolah suka dia mestilah suka je tengok dia hari-hari so terima je la situasi friendzone dengan harapan one day cinta akan berbalas lol. First love dan crush mungkin akan jadi jodoh pada masa akan datang gituh. Cuma masa yang lama akan buatkan diri risau takut cinta tak berbalas dan kecewa. Salute Palm punya kesabaran dan kesungguhan. Su!
HARMIZA: Kalau best friend kita tu sekacak Nine Naphat, dengan relanya, kita sanggup simpan dan tunggu. HAHAHA Ok gurau. Sebenarnya kita pernah lalui situasi ni, tapi tak sampai 10 tahun dah move on sepenuhnya. KIta ambik masa 7-8 tahun juga lah. In between tu memang ada suka kat orang lain, tapi there was always a spot for him in my heart. Gituhhh. Untuk menjawab soalan, knowing myself who hates waiting, tak :')
***
P/s: We miss you Bangkok!