Salam Sembang Gebang!
Tahun ini aku nak menyahut seruan “betulkan yang biasa, biasakan yang betul” mengenai “tahun baharu”. Aku akan ingat betul-betul tahun baHAru, tahun baHAru bukan tahun baru.
Siap mesej kawan lagi minta penjelasan kenapa baHAru bukan baru. Jawapannya sebab baharu adalah kata adjektif waktu, baru pula adalah kata bantu aspek.
Kalau macam gini memang tak lah aku boleh ingat.
Jadi aku minta ringkasan ➡ baharu = sifat (new), baru = perbezaan masa (just).
Rasanya macam ini bolehlah aku ingat dan faham.
Berbalik mengenai Sembang Gebang, aku baru teringat mengenai sebuah filem bertema tahun baharu. Gituhh contoh ayat! Kena konsep!
Jika anda sering menonton New Year's Eve setiap kali masuk tahun baharu, A Gift adalah untuk anda. Boleh maraton 2 filem mengenai tahun baharu dalam satu malam. Haha!
Idea untuk buat episod ini tercetus bila Harmiza (Miza) tiba-tiba menggamit memoriku mengenai filem ini bila dia pos satu tweet. Aku terus cop Miza untuk buat Episod 3 Sembang Gebang 2019. Lagipun, Miza tak ada episod sorang-sorang lagi.
Ini adalah waktu yang tepat!
***
A Gift (2016) memaparkan kisah cinta, kasih sayang dan impian 6 individu yang dibentuk melalui 3 cerita. 3 cerita ini diarahkan oleh 3 pengarah yang berbeza dijalinkan di dalam satu filem dengan latar ambang tahun baharu.
Filem ini didedikasikan untuk King Bhumibol Adulyadej sebagai hadiah akhir tahun kepada semua rakyat Thailand. Lagu-lagu yang digunakan dalam filem ini merupakan lagu yang telah digubah oleh King Bhumibol Adulyadej tetapi digubah semula mengikut mood cerita.
***
Sesi 1: Aimi ➡ Harmiza
AIMI: Antara 3 cerita yang dipersembahkan, yang mana satu paling digemari?
MIZA: Saingan sengit antara cerita pertama dan cerita ketiga! Tapi bagi kita cerita pertama tu klise sikit jadi kita pilih cerita ketiga! Sebab kita suka tengok satu pejabat bagi kerjasama untuk tubuhkan band kat pejabat. Nampak semua have fun dengan apa yang diorang buat.
AIMI: Pendapat anda mengenai cara 3 cerita dalam filem ini dihubungkan?
MIZA: Bila perasan 3 cerita ni berhubung kita terus automatik teringat filem arahan Kabir Bhatia, “Cinta”. Mudah difahami hubungan antara tiga cerita ni, disusun kemas supaya penonton dapat fokus dengan setiap cerita dan tidak serabut.
AIMI: Ada gubahan semula lagu dalam filem ini yang menambat hati?
MIZA: Kita suka lagu dalam cerita ketiga New Year Greeting, “Pohn Pee Mai”. Mungkin sebab terhibur dengan video klip untuk lagu ni. “Love at Sundown” pun sedap dengar dan kita masih kagum dengan babak Body Percussion dalam filem ni sebab kita cuba buat, gagal dengan jayanya.
AIMI: Dari segi "membeli emosi” penonton, adakah filem ini cukup elemen rasa untuk anda?
MIZA: Elemen rasa memang cukup untuk kita. Emosi kita macam naik rollercoaster tengok filem ni sebab cerita pertama memang cringe dengan jalan cerita cinta yang boleh kita jangka pengakhirannya, kita terikut emosi sentimental dengan cerita kedua sebab terkeluar air mata, dan kita balik-balik tergelak tengok punchline dalam cerita ketiga. Memang berbaloilah kalau nak tengok lagi!
AIMI: Usai menonton filem ini, adakah jangkaan anda terhadap filem ini melalui trailernya tercapai?
MIZA: Kalau perasan selalunya GDH menerbitkan filem yang menarik, jadi melalui trailer filem ni kita dapat jangka filem ni memang boleh tarik minat penonton, sesuai sebagai hadiah tahun baharu buat warga Thailand. Kita tak sangka keenam-enam pelakon utama kena pandai nyanyi atau main alat muzik untuk filem ni. Kita cuma tau Violette Wautier tu penyanyi, tak sangka yang lain pun memang boleh nyanyi dan main alat muzik!
Sesi 2: Harmiza ➡ Aimi
MIZA: Watak yang digemari dalam filem ni?
AIMI: Dari penyanyi band rock metal kepada penganalisis kewangan; Llong (Ter Chantavit) watak yang dicipta penuh warna. Mungkin juga kerana dibantu dengan mood dan jalan cerita. Fight for your dreamsssssssssssss~!
MIZA: Cerita yang paling memberi kesan kat awak?
AIMI: Paling memberi kesan semestinya, “New Year Greeting”. Cerita ini telah uplift mood keseluruhan filem sehingga bila tiba pada pengakhiran untuk setiap cerita semua pun kita rasa best jeeee. Amat bijak macam mana cerita ini dikaitkan dengan cerita kedua -- bagi emosi sayu, kemudian dari segi visual pun buat kita bersemangat nak tubuhkan band di pejabat (lol). Boleh pula ada elemen seram, video karaoke.
MIZA: Adakah berpuas hati dengan setiap pengakhiran bagi setiap cerita?
AIMI: Ya dengan tanda seru. Ya! Happy ending is what we want! Such a feel good movie.
MIZA: Kesesuaian setiap lagu sebagai tema bagi setiap cerita?
AIMI: Kalau tengokkan gaya persembahan filem ini, rasanya lagu-lagu telah dipilih dahulu kemudian baru skrip ditulis sebab setiap penggunaan lagu itu sesuai dengan situasi dan lirik lagu tersebut.
Saat acapella “Love at Sundown” dinyanyikan pertama kali, watak Pang nampak istimewa dan bila lagu tersebut dinyanyikan sekali lagi, the scene looks beautiful and sweet! Tema cinta sampai di situ! Magis bila Pang sedih lirik nampak sedih, bila Pang gembira lirik jadi nampak gembira juga.
“Still on My Mind” bila dengar lagu ini secara keseluruhan ada bahagian perlahan dan ada bahagian rancak. Gubahan lagu ini terlihat dihargai dalam suntingan apabila digunakan dengan baik mengikut penceritaan.
Cerita ketiga ini memang sebuah cerita yang meriah. Jadi lagu “Pohn Pee Mai” dengan pelbagai instrument amat sesuai untuk menggambarkan semangat jitu band yang ditubuhkan (dalam filem) serta menaikkan perasaan teruja (kepada penonton) untuk melangkah ke tahun baharu.
MIZA: Sedia maklum, antara sebab kita dua tengok filem ni sebab ada P'Sunny. Pendapat awak tentang lakonan dia? Ada beza tak dengan watak-watak filem lain? #SunnyMission
AIMI: Sebenarnya, jika dilihat keseluruhan bahagian “Still on My Mind” konflik sebenar adalah antara Fa dan bapanya. Aey (lakonan Sunny) hanya karakter penyeri. Aey bertindak sebagai peneutral setiap kali timbul ketegangan antara Fa dan bapanya.
Dibandingkan dengan karakter komedi yang pernah dibawakan, kali ini Sunny lebih relaks. Masih lucu tetapi lebih laid-back.
***
AIMI: Okay Miza, sekarang masih bulan Januari dan bersesuaian dengan filem yang kita bincangkan ini, mungkin nak beri sedikit ucapan tahun baharu pada semua pembaca? Kongsikanlah juga jenis filem-filem yang macamana yang anda harap dapat tonton di layar perak 2019 ini.
MIZA: Selamat Tahun Baharu 2019! Semoga apa yang dihajati untuk tahun ini dapat dicapai dan semoga yang baik-baik sentiasa buat kita. Semoga Sembang Gebang tahun ni lebih meriah!
Untuk tahun 2019, berharap ramai pembikin filem berani menunjukkan senario di negara kita. Gituhhh. Macam tahun lepas kita ada One Two Jaga, kita kagum dengan filem tu sebab senario tu memang berlaku di negara kita cuma mungkin tidak ramai yang tahu. Paling kurang pun, kita nak tengok filem yang dekat dengan diri kita. Agak pentingkan diri harapan ni. Hahaha!
***
P/s: Looking forward for series by GMM TV called Endless Love. I hope for nothing but the subtitles. Kih kih. Starring: Violette Wautier and Thanat (from Secret Seven), love between two social classes kind of storyline never gets old for me.
No comments:
Post a Comment