Date: Apr 6, 2019, 12:21 PM
Subject: Thai Film Festival in Malaysia 2019
To: Siti Amanda
Hi Manda!
Aku akhirnya dapat masa untuk tulis e-mel. Ingat tak ada hari aku Whatsapp kau dan cakap, "Manda! Aku nak reply e-mel kau ..."?
Lepas tu kau reply, "... and then ..."
Haha basically, aku balik dan tertidur kepenatan.
Ini pun dah 3 hari aku datang lewat ke pejabat. Not that I want to be this way, though.
Anyway, aku nak cerita mengenai aku pergi Thai Film Festival in Malaysia 2019. Basically, semua filem yang aku sasarkan nak tengok, aku berjaya dapatkan tiket kecuali satu cerita.
Filem yang tak dapat tengok tu tajuknya Bikeman, tayangannya terhad. Dalam tempoh tayangan tu 1 hari je filem tu ditayangkan jadi dari awal jadual film fest ni keluar, aku dah aware dengan kemungkinan aku tak dapat tengok. So, aku okay.
3 filem yang aku dapat tengok pula bertajuk App War, 2215 dan Homestay.
Aku akan bagitahu secara ringkas apa yang aku rasa mengenai setiap satu filem yang aku tonton.
App War - Filem ini dibuka dengan screen gelap kemudian muncul perkataan START UP. Babak berikutnya mengingatkan aku pada babak solo Pat di dalam Bad Genius.
Filem ini juga mengingatkan aku kepada filem ATM: Er Rak Error yang juga berlegar sekitar hero dan heroin yang menjadi rival.
App War berkisar mengenai Bomb (Inviter) dan June (Amjoin) yang tanpa disedari telah mencipta application yang fungsinya sama. Kedua apps ini ada kekurangan. Basically, kat sini simboliknya kalau team dorang bergabung dalam satu app, app tu jadi padulah. Dengan keazaman yang tinggi, kedua team dapat menyertai START UP THAILAND yang memberikan dana untuk improvement application dalam satu segmen khas.
Yang aku suka mengenai film ni adalah tema dan gayanya. Tema terkini, gaya pula dari segi fashion setiap karakter, pejabat dorang. Aku simpulkan cerita ini dengan 3 perkataan; funny, trendy and stylish.
2215 - Yang ini pula sebuah film documentary yang mengisahkan Toon Bodyslam berlari dari Betong ke Chiang Rai selama 55 hari di bawah kempen Kao Kon La Kao (Take One Step Each). Aku memang bertekad, yang aku kena tengok 2215 ni lepas tengok trailer.
Keseluruhan, pengalaman aku menonton dokumentari ini adalah heart-warming.
Walaupun aku bukanlah pengikut rapat Bodyslam. Aku hanya tahu Bodyslam melalui filem-filem Thai yang aku tonton. Band Bodyslam ni akan sentiasa jadi reference pada karakter yang nak jadi rock star atau sewaktu dengannya. Kalau tanya penyanyi muda Thai pun, memang ada yang menjadikan Toon Bodyslam sebagai idola/inspirasi.
Homestay - Kalau ikut Instagram GDH559, filem ini ada banyak pencalonan untuk acara-acara anugerah di sana. Tapi menang ke tak menang tu, aku tak berapa ingatlah. Haha!
Filem ini diinspirasikan dari novel Jepun, Eto Mori. Feel Jepun tu ada lagi walaupun satu cerita ni bercakap Thai. Walaupun ada part aku rasa macam terlalu lama dan mengantuk tapi ada juga benda yang aku suka, contoh, lakonan dalam filem ini. Aku juga ada suka satu dialog dari Abang karakter utama ni, "Stop Min! Stop thinking that no one loves you."
Karakter Abang ni, muncul sekali dua je, tapi dialog tu pun simple je tapi pada aku itu macam tamparan hebat untuk the whole Min's drama.
Min = Watak utama yang mati bunuh diri.
Keseluruhannya, aku suka yang aku tonton 3 movies ni dan semuanya beri feels yang berbeza. I feel content gituh! (Thank you Thai Film Festival in Malaysia 2019. Please come again!)
Oh ya! Reason aku nak cepat reply email kau adalah aku tak nak semangat kau yang berkobar nak sembang Captain Marvel dan Wonder Woman tu terpadam. Tapi rupanya lambat jugak aku reply kau ni.
Apa khabarlah kau sekarang. Hahaha!
Dalam perjalanan pulang film fest pun aku sempat tangkap satu gambar untuk menuntut content kau tu.
From: Siti Amanda
Date: Apr 17, 2019, 1:24 PM
Subject: Fly Me to the Pet Sematary by saying Shazam!
To: Aimi Rosli
Hi Aimi!
Email kau bertarikh April 6, akhirnya aku balas pada April 17! Amalan untuk Whatsapp kau tentang keterujaan aku terhadap sesuatu patut dihentikan jika tidak mahu terlalu lama masa diambil untuk membalas emel kau.
Jadi, aku rasa aku tak nak dahlah cerita pasal Wonder Woman dan Captain Marvel tu. Haha!
Okay sepanjang minggu lepas, aku berkesempatan menonton Shazam, Pet Sematary dan Fly By Night.
Ini pandangan aku,
SHAZAM! dari segi production wise aku rasa industri kita mampu menghasilkan kualiti filem yang sama. Setakat terbang-terbang, kebakaran, raksasa tu semua kacang je lah. Perlu diingatkan ya aku bukan pernah tahu pun Shazam ni apa. Aku ingat ni The Flash. Ha Ha Ha.
Apa yang gempaknya, pada akulah. Villain dalam cerita ni dipandukan oleh 7 sin dalam Bible! Kau tau kan kita pernah tengok cerita Se7en yang ada Brad Pitt dulu. Ala yang kita tak sangka wahhh Brad Pitt deepnya. Ingatkan kerja dia bercinta dengan Rachel dalam F.R.I.E.N.D.S je. 7 sin ni ada Pride (riak), Greed (tamak), Lust (nafsu), Envy (cemburu), Gluttony (makan berlebihan), Wrath (amarah), and Sloth (Malas).
Jadi, filem yang baik adalah filem yang kita nampak ada usaha mereka di situ untuk menjalankan kajian. Bukan nak suruh penonton percaya dengan 7 deadly sins dari Bible ni tidak. Kita nak penonton ambil tahu tentang agama lain supaya kita lebih kenal agama sendiri. Apa-apa pun Shazam ni so funny.
Pet Sematary pula bagi aku, aku dah salah percaturan. Malam sebelum aku menontonnya di pawagam, aku dah tengok Pet Sematary (1989) di Netflix. Aku sangat berharap masa tu, yang remake ni akan berbeza sedikit dari yang asal
Sedia maklum atau tidak, Pet Sematary merupakan sejenis filem adaptasi dari novel Stephen King. Jadi kedua-dua adaptasi baik 2019 dan 1989 yang aku sudah lihat ini berbeza dari segi pembawakan watak. Perwatakan sama tapi peranan dah lain. Aku tak nak cerita sebab kau tak tengok lagi. Tapi aku tahu kau tak suka cerita seram.
Walaupun begitu, aku tetap tak nak cerita sebab nanti dah jadi tak seram. Apa yang pasti, poster Pet Sematary yang ada budak-budak pakai topeng tu alamak sikit je sekejap je keluar. Lepas tu dah tak ada dah. Aku kecewa.
Fly By Night insyaAllah akan menamatkan tayangan di seluruh pawagam pada hari ini (Rabu) atau mungkin akan ada tayangan pada hari minggu, siapa tahu.
Keluar je dari panggung, berjalan belakang aku ada pasangan warga emas. pakcik tu kata,
"Ingatkan cerita Hong Kong."
Haa orang bila tengok poster, dah ingat tu macam cerita luar. Cerita Hong Kong. Poster dah baik dah. Tapi pemasaran dia lambat. Aku boleh dikatakan setiap minggu pergi tengok wayang. Tapi aku hanya tahu kewujudan filem ni hanya seminggu sebelum ia ditayangkan. Contoh macam pakcik tadi tu, dia mungkin tahu filem ni berdasarkan poster. Jarak masa tayangan perdana dengan tayang pertama di seluruh pawagam, dekat sangat. Apa yang blogger tulis tak sempat dihadam rakyat.
Aku tengok orang banyak bandingkan dengan One Two Jaga. Aku dah agak. Sebab dia tunjuk cerita polis jahat. Bagi aku, Fly By Night lebih kemas dari One Two Jaga. Bagi aku pula, dari segi nuansa filem ni, aku bandingkan dengan Interchange. Satu sebab penulis skrip dia salah seorangnya dalah Dain Said. Dua sebab dia pakai kereta polis dalam filem Interchange. Hujan dia, Gelap, cahaya rendah (low key lighting) dia memang macam Interchange. Misteri. Penamat (ending) dia aku rasa arus perdana tak boleh terima. Tapi inilah filem. Ini bukan cerekarama atau telemovie.
Lagi satu, kalau boleh blogger nak bagi reviu, bagi perkataan yang senang faham. Kalau kau kata Noir, tunjuk babak noir tu. Kalau kau setakat petik sana-sini tapi tak ada visual, orang yang baca, tak faham. Kalau takde visual, bubuh definisi dengan bahasa mudah dalam kurungan. Contohnya; Villain (orang jahat/bad guy) Kerja keras lah lagi sikit. Sikit je.
Kisah blackhole ni, ada orang kata "membazir". Apa kau rasa?

No comments:
Post a Comment