Now Playing: Live Forever - Pamungkas
Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sejahtera.
Setelah hiatus sejak dari pertengahan Ogos 2020, akhirnya Sembang Gebang kembali. Tiada sebab misteri tentang kehilangan dan kembalinya blog ini. Yang ada hanyalah kekakuan (seketika) untuk kembali menaip rancak di papan kekunci.
Tanpa membuang masa, kita mulakan Sembang Gebang dengan mood ceria! Oleh itu, sebuah filem animasi telah dipilih. Tiada perubahan format yang dilakukan. Masih sama dengan tahun-tahun sebelumnya, mungkin ada sedikit penambahbaikan dari sudut pembahagian segmen sahaja.
Okay, enjoy!
***
SINOPSIS WISH DRAGON
Din berhasrat untuk menyambung kembali persahabatannya dengan Lina yang telah terputus ketika zaman kanak-kanak. Dalam sebuah kejadian Din telah menerima sebuah teko berisi seekor Naga bernama Long yang boleh menunaikan 3 permintaan. Bagaimanakah Din menggunakan 3 permintaan tersebut dan menjadikan hasratnya satu kenyataan? Semuanya dalam Wish Dragon. Animasi Wish Dragon boleh ditonton di Netflix.
***
PUSINGAN 1: ULASAN
AIMI: Wish Dragon merupakan animasi yang sederhana, tidak kira dari segi jalan cerita mahu pun konflik. Pacing yang laju hingga penghujung. Pergerakan animasi dan dialognya lancar menjadikan animasi ini mudah diikuti. Ada perkara yang mengelirukan tetapi semuanya dileraikan dengan pelukan persahabatan (happy ending).
Sesuai untuk tontonan feel-good.
P/s: Bila nampak nama Jackie Chan sebagai produser terus rasa, tak syak lagi patutlah ada elemen kung fu. Ceh padahal tak tahulah itu decision dia ke bukan.
PAAN: Jujurnya, filem Wish Dragon ini biasa-biasa sahaja. Aku tak nampak kat mana keaslian ceritanya. Makin lama aku tengok makin aku rasa eh ini macam cerita yang itu, eh ini macam cerita yang ini. Cerita ini macam diorang ceduk cerita sini sikit, ceduk cerita sana sikit, campur gaul boom! Jadilah Wish Dragon. Disebabkan itu juga, ceritanya tersangatlah boleh dijangka.
Selain dari tidak mempunyai keaslian cerita, filem ini juga bagi aku tidak mempunyai elemen wow yang betul-betul memukau. Tetapi, aku suka dengan filem ini. Bagi aku Wish Dragon kalau boleh dijelaskan dalam satu ayat, aku akan cakap Wish Dragon ialah sebuah filem biasa-biasa sahaja yang dibuat dengan baik. Aku masih boleh terhibur dengan ceritanya, lawak jenaka dan ada beberapa momen yang mengusik hati aku.
Selain itu, aku suka latar tempat filem ini. Mungkin latarnya di bandar sekitar Hong Kong. Rumah apartment kecil, bilik tutup dengan langsir, dekat situlah dapur, situlah ruang tamu dan situlah bilik. Pastu jiran-jiran sebelah menyebelah bertumpu kat rumah mak Din. Semua itu nampak realistik. Kalau aku boleh sentuh sedikit mengenai animasi, aku suka cerita ini dia macam tak fully 3D dan tak fully 2D sangat. Dia macam kat tengah-tengah. (ini cakap orang yang tak ada ilmu animasi).
Akhir kata, aku enjoy menonton filem ini tetapi aku rasa budak-budak kecik sekarang akan lebih enjoy filem ini. Sebab diorang kecik lagi bukan kisah pun asli ke tak, diorang bukan perasan pun.
***
PUSINGAN 2: SPOILER ALERT
AIMI ➡ PAAN
AIMI: Wish Dragon mengingatkan kau pada animasi apa?
PAAN: Kau tanyalah sesiapa pun, kalau dah ada jin atau sesuatu makhluk yang boleh menunaikan hajat kita, pastinya semua orang akan terfikirkan animasi/kartun Aladdin. Cerita ni pulak ada makhluk naga yang boleh buat camtu mengingatkan aku kepada Dragon Ball. Tetapi tolak tepi jin atau naga cerita ini juga mengingatkan aku kepada Big Hero dan Over The Moon.
AIMI: Apa yang menjadikan animasi ini mudah diikuti hingga penghujung untuk kau?
PAAN: Aku rasa disebabkan oleh kesederhanaan dan ceritanya yang sangat familiar. Selain itu, cerita ini animasinya tak nampak kekok.
AIMI: Ada tak Wish Dragon buatkan kau nak cari tahu sebalik tabir pembikinan atau sejenis filem yang tonton & biarkan berlalu?
PAAN: Aku sangat tertarik bila melihat ending credit. Pertama, bila keluar nama Jackie Chan aku dah wow. Pastu kalau kau tengok nama-nama yang terlibat macam datang dari pelbagai negara. Agak universal jugaklah produksi ini. Tapi tak adalah sampai aku nak cari gali lebih dalam lagi dia punya belakang tabir.
AIMI: Setakat ini Wish Dragon masih suam-suam dan kurang diperkatakan, kau rasa kalau Wish Dragon dibincangkan di masa akan datang atas faktor/isu apa?
PAAN: Maksud kau suam-suam kuku sebab
Zhafvlog tak review ke? Mungkin kena suruh dia review lah baru orang akan berkata-kata. Haha. Tak adalah. Aku rasa tak berapa lama lagi cerita ni akan tular. Sebab musim-musim PKP ni, cerita Wish Dragon sangat sesuai ditonton bersama keluarga. Kalau orang nak berkata-kata pun mungkin disebabkan persamaannya dengan Aladdin dan ceritanya yang terlalu biasa.
AIMI: Adakah kau nampak Din-Lina sebagai "kawan" sahaja atau animasi ini secara tersirat tentang "cinta"?
PAAN: Setakat sampai habis cerita, aku nampak mereka cumalah kawan baik. Mungkin diorang nak pendekatan cerita ni tak sama dengan cerita-cerita lain yang dihabiskan dengan dua pasangan kekasih yang akhirnya mengikat tali percintaan. Cuma sekadar menyambungkan semula silaturahim yang terpisah.
***
PAAN ➡ AIMI
PAAN: Kau tak rasa pelik ke, kan Din dah jadi Tuan Terakhir Long, tetapi kenapa hujung-hujung tu boleh pula bertukar-tukar tuan eh?
AIMI: Pelik. Itulah bahagian mengelirukan yang ingin aku perkatakan dalam ulasan aku sebenarnya. Masa hal tu terjadi aku macam, “Errr, kena ada apa-apa pengetahuan am yang patut dikongsi ke pasal pantang larang naga ni? ”.
PAAN: Kalau diberi pilihan, apa yang kau nak Din buat permintaan kepada Long? Berbeza dari permintaan dalam filem.
AIMI: Mungkin permintaan aku akan jadikan filem ni tak menyampaikan maksud mesej sebenar. Haha. Aku tak ada pilihan lain. Permintaan Din ni sederhana sesuai dengan karakter Din. Tapi downside kepada hal ni, kesederhanaan itu menjadikan 3 permintaan Din sebenarnya tak begitu diingati selepas aku tamat menonton.
PAAN: Kau suka ending cerita ini? Kalau boleh tukar, kau nak ending dia camne?
AIMI: Suka sebab diakhiri dengan scene makan malam bersama. Aku ada tengok beberapa cerita sebelum ni (bukan animasi) yang aku rasa lebih indah jika endingnya adalah scene makan bersama. Makan bersama, gelak-gelak ni lambang satu kebahagiaan dan penyatuan. Mujurlah kali ni tidak dihampakan. Nak pula dengan kedatangan jiran tetangga yang sibuk nak tengok juga kat pintu tu.
Alang-alang tu bagitahulah yang aku suka babak: jiran tetangga dan kesesakan lalu lintas masa Din-Long naik teksi.
PAAN: Kau okay ke kalau sesebuah cerita animasi tu tak ada keaslian asalkan kau enjoy?
AIMI: Okay. Soalan kau sendiri sebenarnya dah mengarah ke satu jawapan. "Okay" dan "enjoy".
Kebanyakan filem standard akan dilihat melalui three-act structure lah. Melalui animasi lebih mudah untuk lihat yang dorang ni macam ada satu format: Watak, cabaran, pengembaraan, buddy dan matlamat. Apa yang membezakan adalah latar dan dialog yang akan ditulis, di skrin pula tampilan karakter.
Tak dinafikan bila tengok babak awal Wish Dragon teringat
Up dan bila konsep teko ni akan teringat
Aladdin. Tapi telah semua elemen ini telah disadur dengan baik dengan elemen Shanghai.
Kena cara adaptasi babak / watak memang onz lah.
Kat sini macam bahagian yang aku patut akhiri dengan satu quote pasal imitating art, adaptation, no original idea semua tu kan ... Haha, but I guess you already know the quotes. I don't have to repeat it.
PAAN: Kau rasa lelaki dengan perempuan boleh ke jadi kawan baik tanpa melebihi dari itu?
AIMI: Wow soalan seperti untuk editor majalah-majalah untuk remaja ya. To keep it short, boleh dengan adanya rasa hormat dan batasan.
Soalan Tambahan
PAAN: Kau kan selalu pindah randah dulu, kau tak ada ke kawan lelaki yang kau cari semula atau memang dah berjanji nanti umur sekian sekian nak jumpa kat mana mana?
AIMI: Tak pernah. Berkawan pun bukan jenis sentimental ke apa. Mungkin perkataan "janji" tu pun bukan perkataan yang familiar dalam kamus aku semasa kanak-kanak. Janji ni bila dah besarkan baru banyak jumpa: Dokumen Perjanjian PTPTN, perjanjian sewa rumah dan sebagainya. Hahaha.
Anyway, kawan perempuan ada yang berjaya cari aku setelah aku pindah dan nombor telefon tukar apa semua tu.
***
PENUTUP
Aku sempat search video BTS Wish Dragon ni di Youtube. Untuk menjawab persoalan terbesar, "takkanlah sorang pun dalam production tu tak bersuara yang konsep cerita ni macam Aladdin" kan?
Dengan 2 video yang ada ni, 3 persoalan terjawab:
1. Wish Dragon = Aladdin
Kawan Chris Appelhans yang bagitahu dia, "Oh did you know Aladdin is a Chinese folk tale?"
Kiranya dalam Chinese folk tale tu kisahnya ... haha, aku petik dari video lagi: "It was originally Chinese folk tale about a peasant boy from Eastern China who finds a wish-granting genie and falls in love with a princess."
Tapi sebabkan folk tale ni selalunya diakhiri dengan cinta, maka penulis dan pengarah ni nak tulis versi khas untuk kawan.
Okay, so elemen kung fu dalam ni memang ada kena-mengena dengan Jackie Chan. Aksi kung fu dalam Wish Dragon ni adalah tribute untuk Jackie Chan.
3. Din-Lina sekadar kawan
Penulis dan pengarah, Chris Appelhans memang buat Wish Dragon ni untuk kawan dia yang dia kenal di Shanghai 20 tahun lalu. Memetik kata-kata Chris, "Pretty much made the movie for my friend. And I wanted it to feel true to him and to speak to his life". Memang all the way semangat Friends Forever.
Anyway, Paan kata dia nak buat perbandingan antara Wish Dragon dan
Over The Moon tapi takut panjang sangat. So dia tak tulis. Kalau kau rasa perbandingan tu akan menarik dan berminat nak dengar, requestlah di IG Paan:
Farhan Ramli.
Sampai berjumpa lagi. Salam Sembang Gebang!
No comments:
Post a Comment