5/7/12

Radio

# Shock Jocks is outrages, rude, crude radio personalities. In addition, it is a DJ’s competing to become celebrities. 

Hujung minggu. Naik kereta dengan keluarga. Radio dibiarkan terpasang supaya bila kami tidak berborak, kami sing-a-long sama-sama. Paling benci bila, DJ radio tanya pada pemanggil : 

“Haa, awak tak nak bagi ucapan pada si ‘dia’ ke ?,” sambil tergelak kecil. 
Kedengaran pemanggil teragak-agak di hujung talian. 

Ada beberapa situasi untuk hal ini : 

A. Sama ada pemanggil beritahu ‘Selamat Petang, sayang !’ 

ATAU 

B. ‘Ehh, saya tak ada kekasihlah.’ 

Jika, menjawab dengan situasi A, DJ radio akan berkata : 

“Haa, si dia tu siapa nama ? Takkan tak nak bagitahu ke ? Cepatlah, kata sayang.” 

Pemanggil ketawa-ketawa malu. Akhirnya, mengalah dan beritahu nama kekasih. 


Jika menjawab dengan situasi B pula : 

 “Eleh, iyalah tu. Susah nak percaya.” 

Mood pemanggil sedikit menurun tetapi masih ketawa. Akhirnya, DJ mengalah. 

“Ok, saya mainkan lagu pilihan awak sekejap sahaja lagi.”

Jawapan lain, antaranya, "kalau macam tu, sayalah jadi kekasih awak."

Come on, ini bukan segmen cari jodoh !


Ini adalah antara situasi yang mengjengkelkan. Serius. Tak bohong. Silalah, cari soalan yang lain untuk ditanya. Rasanya pemanggil tu kalau nak bagitahu nama kekasih dia, dia dah bagitahu awal-awal. 

Ini bukan mengenai ‘tak ada siapa pun, nak dengar nama kekasih dia kecuali kekasih dia’ tetapi mengenai DJ itu. Mungkin, dia patut fikirkan subjek lain untuk diperbualkan. Aku tak rasa soalan-soalan macam ni, molek untuk ditanya pada budak sekolah (sekolah menengah pun sekolah juga). Sekali-sekala mungkin seronok dengar. Kalau dah, tiap-tiap minggu macam ni je, meluatlah.



Ow ow yeah ... kuatkan radiO, kuatkan radiO anda ...



Ok, boleh tutup buku. 
Ujian ditunda ke minggu hadapan. Maknanya, Isnin depanlah baru buka buku balik. 
7 bab kau nak baca saat akhir, kau memang gila. Alaa, bukan tak biasa.

4/23/12

“Aku ada cakap tak minggu ni cuti semester ? Abaikan. Cuti dibatalkan.”

Betapa bahayanya setiap ayat dalam otak berbunyi seperti status-status untuk diterbitkan di Twitter. Walaupun sebenarnya, tak ada Twitter. Dan gejala ini juga, yang mengundang kepada kelumpuhan entri panjang lebar di blog ini. Dulu ada seseorang berkata pada aku dan kawan-kawan bahawa, akademik mampu membunuh kreativiti. Kalau begitu, banyak lagilah punca kenapa aku dah lama tak tulis blog. 


Bercakap mengenai akademik, ya, seperti tajuk di atas aku sedang cuti pertengahan semester. Tapi aku malas nak borak mengenai assignment. Rumit. Hal ini demikian kerana, kita semua tahu di hujungnya kita akan kembali kepada kata-kata ‘tak student lah tak ada assignment.’ Dan kawan aku baru je tibai aku tadi bila aku kata ‘Tapi aku baru part 1 kot. Mana aku nak tahu semua benda.’ Lalu dia berkata ‘Part 1 tapi DEGREE.’ Malas aku nak reply dah. Haha. Ok, sebenarnya aku reply jugalah mesej tu. 


Seterusnya. 


Sebelum ini, aku tidak mengambil pernyataan bahawa ‘membeli-belah mampu menghilangkan tekanan’. Aku pun tidak begitu ingat kalau aku pernah menerima tekanan hebat. Ada dua sebab. Satu, mungkin sebab selalunya aku akan terus mengamuk. Dua, memang tak pernah terjadi. Untuk mengekalkan imej aku yang baik, eloklah kita pergi pada sebab yang kedua. (Sebenarnya, nak letak ‘HAHA!’ selepas pernyataan ini. Tapi nanti tak nampak main-main. Sepatutnya blog, berlatar putih dan bertulisan hitam ini bersifat serius. HAHA! Makin lama, makin menjadi-jadi pula sifat nak letak ‘HAHA!’ untuk semua benda.)


Jadi, cerita bermula apabila, aku dan dua orang rakan tamat menduduki ujian sebelum cuti pertangahan semester (jam 7, hari Khamis), berjalan menuju ke mall. Ia sebenarnya, adalah sebuah dataran yang penuh dengan peniaga. Tetapi bahan jualannya bukan calang-calang. Wajarlah dikatakan bahawa semua pelajar di sini berfesyen up-to-date. Sebenarnya, Isnin lalu, kelas ditamatkan awal. Kelas yang ditamatkan awal ini, bukan ditamatkan dengan suka-suka. Oleh kerana, buntu mengenai tugasan yang diberikan, terapi paling hampir di sini ialah window shopping. 


Window shopping adalah perkara biasa. Perkara biasa sehinggalah ada satu, dua, tiga, empat, lima benda yang buat kita jatuh hati dan rasa perlu untuk memilikinya. Maka, Khamis itu, aku nekad membeli dua helai baju, yang aku dah sasar dari hari Isnin. Dari Isnin ke Khamis, assignment juga makin bertambah-tambah. Kepala makin kusut, memikirkan mana tahu baju sudah dibeli orang. Bagaimana mahu bercuti dengan assignment dan sebagaimanya (hal ini jatuh no. 2 selepas baju [mana logiknya ? awak seorang pelajar]) Ya, ya, kita tunggu duit pinjaman masuk. Dan di saat hari genting, di mana sedikit lagi aras tekanan dalam diri meningkat ke peringkat tertinggi, duit pinjaman masuk. 


Berlakon memang seronok, walaupun tak kaya tapi dengan berlagak sudah buat kita senang. Aku dan dua orang rakan tadi berjalan laju menuju ke mall kami. Kami berjalan sambil berkata “Dah lah kaya, ada masa lapang pula. Tak tahu nak buat apa.” Masing-masing duit pinjaman sudah masuk. Tetapi masih order nasi goreng kampung. Tidaklah, secara tiba-tiba drastik menuju ke Kenny Rogers. Cuma kali ini, aku beli milo ais. Selalunya, aku beli teh o. Ini pertama kali, aku order milo ais, sampai aku baru tahu milo ais dekat sini harga RM 1.30. Ingatkan semua air dalam cup ni RM 1. 


Selesai makan, kami menuju ke kedai baju yang aku sasarkan. Berdasarkan dari pernyataan di atas, sudah menunjukkan bahawa aku tak reti membazir. Kalau aku reti, aku tak sasar pada satu kedai. Sebaliknya, beli di semua kedai. Gila. Malangnya, apabila aku kedai tersebut, salah satu baju yang aku mahu telah pun tiada. Jadi, aku cuma beli satu. Aku tak peduli. Aku sudah puas hati. Kawan aku bertanya ‘Pernah rasa tak, kalau time kita tak ada duit semua benda lawa. Bila ada duit dan nak beli, semua jadi macam biasa ?’ 


Aku mengangguk. 


Pulang ke bilik, aku pantas menyarungkan baju baru yang aku beli tadi, selama 2 jam. Ingatkan mahu buat tidur. Tapi aku perlu mandi. Dari pagi lagi, aku tak jejak bilik. Aku dah keliru. Aku rasa sebenarnya stress sebab memikirkan baju selama 4 hari atau assignment bertimbun. Abaikan. Semuanya tidak sepenting, 9 hari ini : makan lebih kenyang, hati lebih senang, hidup lebih tenang.






Ahh, akhirnya aku di rumah !

Ok, nak kena catch up tv show ni. 

4/2/12

Satu kali ganda buat kerja, Dua kali ganda online.

Hampir sebulan dekat sini, boleh dikatakan jadual aku, masih huru-hara.

Satu kali tak setting tarikh, Dua kali kena ambil gambar.


Kali kedua ambil, dah tak cantik macam yang pertama. Jadi, terpaksa update dekat blog je. Haha!

3/18/12

Update

Hai.

Lama juga, gua tak update blog. Kekok pula rasanya. Jadi, dekat sini gua nak khabarkan yang gua dah belajar dekat tempat baru sekarang. Tapi kali ni, gua tak nak bagitahu gua belajar dekat mana.

Sebenarnya, terbayang-bayang lagi zaman muda remaja gua (dulu muda remaja, sekarang remaja). Di mana ketika itu, gua update blog dan letak nama penuh nama fakulti gua sekali dengan course gua. Zaman muda remaja ni zaman myspace.

Bila tiba masa penghujung-penghujung minggu orientasi datang satu mamat ni bertanya “You ni Aimi ke ?”. Penggunaan “I-You” cuma bertahan lima minit sebab waktu lain kami berjumpa terus guna “aku-kau” sebab gua paling terbelit lidah kalau nak cakap “I-You” kalau pertuturan tu tak sepenuhnya Bahasa Inggeris.

Jadi sekarang, gua tak letaklah nama fakulti dan course gua pasal tak nak kena tegur lagi. Ok ok, itu bukan sebabnya. Sebabnya, gua saja nak bagi element of suprise. Nanti di masa hadapan biar lu orang sendiri bayangkan macamana tempat ni.Kalau gua bagi nama tempat ni, lu orang pulak dah tahu rupa tempat ni, tak magislah cerita gua.

By the way, mamat yang tegur gua “You ni Aimi ke ?” adalah classmate gua sampai habis semester. Minggu lepas dia SMS gua tanyakan macamana classmates baru. Haa, lagi satu gua teringat dulu ada sorang lagi classmates gua kata dekat gua “dulu aku Google nama fakulti ni, aku jumpa blog kau lah.” Gua senyum. Tak tahu patut rasa apa.

Lama tak tulis blog, kali ni gua update panjang gila. Selalunya bila semester bermula, gua jarang online.Sebab gua tak ada broadband.Jadi, waktu diploma dulu gua dan seorang atau dua tiga orang kawan selalu ke perpustakaan untuk online.Mula-mula, ada sekatan.Hanya selepas 5 petang sahaja boleh online, lama-lama, dia tak peduli pun.

Tapi dekat sini gua tak boleh pergi perpustakaan kerap-kerap pasal semua benda jauh.Gua cuma boleh pergi perpustakaan sekali je seminggu.Satu hari je yang gua betul-betul lapang.Jadi, bila pergi gua take time 2-3 jam juga dekat perpustakaan tu. Jarak antara satu tempat ke satu tempat adalah RM 1 (maksudnya tak jauh sangat bila naik bas tapi boleh tahan mengah, lecak bila berjalan).Berbanding dengan kampus lama gua, perjalanan ke semua kemudahan sekitar kolej adalah 3 minit – 5 minit.

Gua terimbau lagi kenangan di kampus lama. Selalunya, lepas makan tengah hari gua akan pulang ke rumah, naik ke katil dan tidur. Kadang-kadang tidur gua, dikejutkan oleh panggilan telefon atau bunyi SMS menyatakan kelas petang akan dilewatkan sedikit dalam 10-15 minit. Lepas baca, gua tidur lagi. Kalau pensyarah tak SMS selalunya, gua akan bangun pada waktu sepatutnya. Tapi bila dia SMS gua selalu terlajak.Lalu, gua pun menggelupur turun katil dan kejut kawan gua di katil bawah untuk ke kelas.Haa, orang dah lewatkan waktu masuk kelas, makin lambat pula kita sampai.

Bercakap mengenai rakan sebilik yang gua kejut dan sama-sama lambat ke kelas dengan gua, dia sebenarnya adalah mentor kepada cara-cara menggunakan mesin basuh di kolej gua dulu. Betapa pro-nya dia dengan kehidupan kolej, minggu pertama dia sampai ke kolej (masa ni gua tak kenal dia lagi – dan ini adalah menurut ceritanya), dia terus menghantar pesanan ringkas kepada seniornya yang belajar di kampus yang sama dengan kami, bertanyakan mengenai mesin basuh.Minggu pertama lagi dia dah mesin baju.Gua masa tu masih belajar perah baju kuat-kuat.

Lu orang perasan tak, yang perenggan gua ni makin lama makin panjang ?Makin rancak gua bercerita.

Berbalik kepada soal mesin basuh tadi.Inilah hal yang memberi gua ilham untuk meng-update blog. Gua sebenarnya, cari-cari juga perkataan ‘update’ dalam Bahasa Melayu apa dia, tapi menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, teruskan dengan cerita mesin basuh tadi. Nilai duit syiling yang perlu dimasukkan pada mesin basuh ini adalah RM 2.50

Masalah bermula apabila nilai duit syiling yang hanya diterima mesin basuh adalah 50 sen dan 20 sen sahaja. Sedangkan, dalam beg dompet gua ada 10 sen sebanyak 13 keping. Gua terus SMS, mentor mesin basuh gua yang sedang berada di rumahnya, dengan berkata “Celaka !Mesin basuh sini terima 50 sen dan 20 sen je.”Gua paling jarang mencarut.Ada beberapa ketika je terlepas.Salah satunya dalam situasi begini.Lagipun, gua baru tahu, dalam filem tempatan boleh sebut ‘Celaka’. Gua ingat tak boleh tapi gua baru tonton filem yang sebut ‘Celaka’ hari tu. Tak ingat pula tajuk apa. Iyalah, ingatkan tak boleh sebut ‘Celaka’ pasal lagu Sheila On 7 yang ‘Oh, CELAKAyaaaa, hanya kau lah yang benar-benar aku tunggu. Kaulah yang benar-benar memahamiku...’ tu kan ditukar kepada‘Oh, SAYANGnyaaaa, hanya kau lah yang benar-benar aku tunggu. Kaulah yang benar-benar memahamiku...’ untuk siaran Malaysia ni. Mungkin juga gua ketinggalan, sebab “Apa Celop ?” (What The Fuck ?)pun boleh jadi tajuk drama dan semua kanak-kanak pun sebut je tanpa bersalah. Gua dah tak dapat nak bidas lagi.

Mental tak kreatif matematik gua ni masih tak dapat nak break code, macamana nak bayar mesin harga RM 2.50 tanpa 10 sen. Jadi, gua pun cuba jelah masukkan 10 sen dekat lubang 20 sen. Perbuatan pelik gua ni tidak dihiraukan pelajar-pelajar perempuan lain yang lalu-lalang belakang gua. Sehinggalah, ada satu akak ni menegur gua dari belakang. Gua bukan sengaja panggil dia akak tapi dia yang tegur gua “Kenapa dik, duit lekat ke ?”

Gua menggeleng sambil berkata “Tak.Testing masukkan duit. 10 sen memang tak boleh ea masuk ?”

Ok, gua pendekkan cerita. Akhirnya, gua berjaya tukar duit 10 sen gua yang 13 keping tadi dengan classmates gua yang sekarang yang duduk level bawah sama dengan mesin basuh tu. Dan sebab dia juga, gua dapat break code macamana nak bayar RM 2.50 tanpa 10 sen.
50sen+50sen+20sen+20sen+20sen+20sen+20sen.
Dan macam-macam formation lain lagi. Contohnya :
50sen+50sen+50sen+50sen+50sen
Inilah pentingnya Mathematic Education.

Sebenarnya, gua pun tak tahu kenapa gua lambat cerna hal ni. Mungkin sebab banyak sangat 10 sen yang gua pegang. Nasib akak yang tegur gua tu sabar jawab semua soalan gua. Walaupun, sekarang gua rasa semua soalan gua pada akak tu dalam situasi tadi sangat mudah. Sebab antara soalan gua kepada akak tu adalah "Kalau macam tu bayar RM 2.60 ke ?"

Update-update juga. Ni gua nak update. 31 Mac 2012 ni, Boco datang lagi. Gua dan geng tak ketinggalan untuk turut serta. Datanglah ke The Zines untuk dapatkan Zine I-Me (Aimi Rosli), NOKSS (9belas), Lagenda Budak Sekolah (Ezralsya), Kecil Tenet (Rayhan Ahmad),Katarsis dan Memo (Alyssa Syakina Ali Sobree).

Tapi gua tak dapat datang Boco kali ni, pasal fakulti gua ada buat modul (yang wajib gua hadiri). Yang pasti, gua akan pastikan zine gua sampai ke event tu. Punyalah ber “gua-lu orang” kononnya macam rebel semacam. Sekali, skema gila. Modul pun tak berani ponteng. Hahaha! Nak buat macamana, gua masih simpan hasrat nak jadi pelajar cemerlang.Memang orang kata keputusan tu cuma sehelai kertas je.Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tapi kalau dapat tukar pinjaman jadi biasiswa, sedap juga kan ?

Mengenai baucer buku tu. Terima kasih. Syukur. Memang cukup-cukup untuk buku teks semua subjek gua.Harga pun, semua tak nak kalah. Mesti lebih RM 50 punya. Dalam hal buku teks ni, gua memang culture shock. Pasal kampus dulu gua tak ada pun belajar pakai buku teks. Ikut jelah, masuk kandang kambing-mengembek, masuk kandang harimau-mengaum. Harap semester depan ada lagilah baucer buku ni.

Kepada yang ada lagi baucer buku tu, just nice lah, nak guna. Tak silap, 31 Mac ni hari terakhir boleh guna baucer buku. Tapi gerai The Zines ni tak dapatlah nak terima baucer buku. Kami peniaga kecil-kecilan je .Jadi, bawalah wang tunai.

Jadi, pergilah Boco untuk membeli buku untuk di’boco’.






Lain kali gua tulis “aku-kau” macam biasa.

Ahhh, tengok moodlah !

3/4/12

datang lagi

status penganggur telah dilucutkan dan bakal memegang status pelajar kembali.
jadi, nantikan 'catatan penganggur' ini.