12/14/12

tolong

"terlalu lembut hati dan terlalu keras hati -- ada rasional di tengahnya."



masa mula-mula aku buka page 'new blog post' ni, aku nak tulis satu esei tentang kewajaran keputusan yang aku ambil dan segala teori tentang orang yang patut ditolong dan tidak ditolong.

tapi masa tu, aku tak banyak masa. bola dah nak mula. 

nak pos benda-benda bermakna kena berfikir sekurang-kurangnya 10 kali, baru pos tak nampak emosi. kena elak gelaran 'perempuan emo'.

tengok bola tadi, betul-betul escapism untuk aku. ada masalah kau tak boleh lari, nanti dia kejar. kalau kau berdiri tegak antara masalah tu pun tak apa, nanti pelan-pelan dia lalu jelaskan semua yang keruh.

macam gila, banyak pula part nak menjerit. aku tak mahir sangat nak maki-maki. sejenis katarsis terjadi apabila seorang pemain dibuang padang dan memaki keadaan, dari sebak kepada menangis. aku dapat rasakan aku lakukan perkara yang sama walaupun aku tak buat semua tu.

wisel ditiup, permainan tamat. kalah.

tak rasa apa-apa, hati jadi kebas. semuanya harmoni.



di setiap 'tidak patut', timbul pula persoalan 'peluang'.
"ok. kita bagi peluang. tengok dia buktikan macamana."




11/11/12

Zine I-Me Isu #2

Hai.

Harap tak ada yang bengang bila gambar-gambar countdown tarikh Zine I-Me dijual melimpahi news feed. Hampir setahun juga rasanya, orang asyik tengok poster 'AKAN DATANG'. Kali ini, betul. Kali ini, final countdown.


















Sengaja aku pilih tarikh 11/11/2012 walaupun zine ini siap lebih awal, sebenarnya. Ini kerana ketika 1 November 2011, zine ini mula dijual. Pada 11 November pula, FB : Zine I-Me mula beroperasi. Jadi tahun ini, di tarikh yang sama aku release Zine I-Me isu #2 : Catatan Penganggur.





Berbeza sikit dengan yang pertama yang ini ...

(Ok, aku dah lupa nak tulis apa sebab ketika sedang buat entri ini, aku dipanggil untuk makan tengah hari).


Orait, semua info mengenai dan cara mendapatkan zine ada dalam poster di atas.


atau

klik FB : Zine I-Me




Semoga hari-hari anda baik-baik saja (:

11/6/12

Pengaruh

Masa zaman kanak-kanak drama-drama TV saya programkan saya dengan pemikiran supaya berhati-hati dengan kawan di universiti, mereka akan hasut kawan-kawan yang lain untuk membeli telefon canggih menggunakan duit pinjaman.


Syukur, bila saya masuk ke universiti saya tak dikelilingi dengan kawan-kawan yang menghasut supaya sentiasa menukar telefon bimbit kepada yang lebih canggih.


Tapi sekarang saya ada satu dilema. Begini ... 


Saya ajak 2 orang kawan saya join pertandingan online untuk menangi tiket supaya dapat tengok movie percuma, malam esok. Tanpa disangka-sangka kami semua menang. Movie bermula pukul 9 malam di sebuah pawagam di bandaraya. 


Kawan saya kata mesti bertolak pukul 6 petang -- saya kata kelas saya habis pukul 7. pergi pukul 7. 


Dia kata tak sempat dan dia kata ponteng kelas pukul 4.30 petang hingga 7 tu atau keluar awal (keluar awal ? memang tak lah, nak cakap pun takut). Kelas 4.30 tu pun sebenarnya ... bermula pukul 4 tapi sekarang ni, jurusan yang saya ambil ada buat Talk. 


Jadi, kenalah ... saya dengan classmate pergi lambat kelas kul 4.00 sebab Talk tu wajib. 


Talk tu dijangka habis pukul 4. Untuk solat dan ambil bas ke fakulti, saya jangka kami sampai pukul 5. Saya tak nak missed benda-benda penting dalam kelas tapi saya juga nak raikan tiket yang saya menangi. 


Persoalan sekarang -- patut ke tak saya ponteng kelas tu ?

11/1/12

Seram Ke Tidaaak ?


Hari ini, hari Khamis. Sepatutnya sama macam hari lain. Tapi Khamis kali ini
adalah sangat disturbing. Biar aku ceritakan kenapa, Bermula dengan ...
4 pagi :  Belum tidur, bukan baru bangun. Aku sedang asyik melihat blog fesyen. Lagu yang aku sedang dengar di Youtube sudah tamat, aku belum tekan replay. Jadi bilik sangat senyap. Tiba-tiba, pintu diketuk. Tubuh aku melonjak tersentak akibat terkejut bagaikan artis yang dikenakan karen di dalam rancangan Betul Ke Bohong. Rupanya, adik aku lapar ... cari makanan di dapur.

6 – 11 pagi : Tidur ... Tidur ... Tidur.

12 – 1 pagi (eh, petang) : Aku terjaga kejap tadi (11-12). Sambung tidur adalah pilihan yang salah. Kerana aku bermimpikan yang bukan-bukan. Berikutan mimpi yang terlalu merepek, aku ambil keputusan untuk bangun.
SKIP to 3 petang : Ambil keputusan untuk on laptop. Tengok cerita menarik apa yang dah di-upload di Youtube. Ok, dah jumpa satu !
Klik! – ada iklan pula nak kena tunggu loading. buka Tab lain.
Terkejut lagi bila tiba-tiba ada suara perempuan menjerit nyaring. Ahh, iklan cerita hantu apa ni, buka Tab youtube. Ok, ok, babak seram. Tak nak tengok. Lekas-lekas tekan Skip AD.

SKIP to 6 petang :   Sedang dengar lagu dengan volume dengan sangat kuat. Boleh dikategorikan menganggu jiran-jiran. 1Notification masuk : Kawan bagi link yang bertajuk ‘--Rahsia Turunkan Kalori--’ teragak-agak nak buka. Tapi dia tanya sampai 5 kali : dah tengok belum, dah tengok belum, dah tengok belum, dah tengok belum, dah tengok belum, jadi, bengang pula. Aku pun klik tanpa berfikir panjang sambil mulut terkumat-kamit menyanyikan lagu yang dipasang kuat tadi (baru discover malam tadi). Sistem tubuh jadi terbejat dengan hilaian nyaring menusuk telinga, imej berdarah di hadapan skrin. Ahh, tak guna!
SKIP to 8 malam : Adik-adik rancak bercerita tentang cerita seram yang terjadi di sekolah mereka dalam seminggu dua ini di meja makan. Sebagai seorang yang berada di meja makan, aku turut mengangguk-angguk mendengar kisah mereka. Walaupun malas, ambil port sangat. Tubuh aku masih menggeletar akibat kekuatan hilaian dari link tak guna dari kawan aku tadi. Cerita mereka berlarutan kepada kisah seram dongeng yang mereka pernah dengar sebelum-sebelum ini. Kisah yang aku juga dengar ketika sekolah rendah.

SKIP to 10 malam : Duduk bersama adik-adik di hadapan TV. Sudah! Cerita seram apa pula ini. Tapi kena layan sama-sama dengan mereka baru nampak cool.

SKIP to 12 tengah malam : Ambil keputusan untuk tidur awal. Malam ini panas, tentu lambat lena. Sekurang-kurangnya, 2 jam berguling. Pejam, celik, pejam, celik. Bilik sangat sunyi kerana kipas baru dicuci. Cahaya bulan penuh sangat terang masuk ke bilik.

Tiba-tiba, terdengar bunyi kertas di bawah katil bergerak-gerak. Abaikan! Abaikan! Aku tutup mata rapat-rapat. Selubung satu badan. Selang sejam kemudian, aku terlena. Hinggalah, TIBA - TIBA ...





bersambung di dalam Zine I-Me #2



nantikan 11/11/2012






Sementara, itu dengar lagu ni dulu : 

10/14/12

Rumah Sewa #2 : Rosak

1. Kisah Misteri Kapas

Sedang baring-baring di katil sambil menonton sebuah rancangan komedi tanah air di Youtube bersumberkan Wi-fi fakulti yang hampir dengan rumah sewa ini.  Haruslah difahamkan bahawa rumah sewa ini 'dekat tapi jauh' dengan fakulti tersebut. 


Antara definisi ringkas tentang frasa 'dekat tapi jauh' ini adalah, setiap kali bangun pagi dan jenguk di tingkap akan nampak fakulti tapi tak boleh pergi ke sana dengan jalan kaki. Mesti kena naik bas. Rekod terkini, tunggu bas 45 minit, kelas yang diadakan cuma 30 minit.


Sambung balik, tentang menonton rancangan komedi tanah air tadi. Tiba-tiba, terasa air mengalir di pipi. Aneh juga, rasanya emosi yang sedang dilalui sekarang ini adalah gembira. Sedang mengesat pipi, menitik lagi dua tiga air di laptop. Berdebar, berbaur suspen melihat ke syiling. 


Persoalan tentang misteri kapas yang dilekat di syiling selama ini mula terjawab satu per satu.


_______________

2. Dance Dance Dance Dancing In The Dark

"Dah kenapa berus kain tak tutup pintu bilik air ? Jimat elektrik ke ?"


"Lampu rosak."


"Stail Disko lah ?"


















Tip 1 : Sewajarnya jika anda belum berkenalan dengan jiran / kawasan rumah anda jiran-jiran sentiasa sibuk, rumah ada wajar memiliki tangga lipat.

Tip 2 : Antara kemahiran asas yang diperlukan untuk duduk di rumah sewa adalah tahu menukar starter atau lampu terbakar.