10/30/14

16 Mac 2015

Aku cari mug untuk bancuh Milo macam biasa.

Semenjak baca artikel tentang pentingnya bersarapan, aku berazam untuk bersarapan walaupun itu bukan lifestyle yang aku amalkan selama ni.

“Minum Milo?” sapa random kawan designer.

“Hmm,” aku senyum.

Suasana pantri agak rancak pagi tu sebab ramai yang nak bancuh air. 2, 3 hari ni semua orang di pejabat nampak sibuk. Termasuklah dengan aktiviti packing luggage 30kg berisi buku sahaja.

“Milo … cicah biskut ah!”

Haa, itu memang favourite aku. Tapi aku tak bawa pula biskut pergi tempat kerja.

Pantri ni sediakan biskut apa ntah. Ada 4, 5 tin atas meja. Ada akak jabatan ni pernah offer tapi tak pernah sekali pun aku tengok orang kat pantri ni buka tin tu.

“Hup Seng?” aku cuba dapatkan kepastian.

“Haa, patah dua.”

“Kan …”

Aroma Milo aku memenuhi ruang pantri sebaik sahaja aku tuang air panas.

*** 

Sejak-sejak dah pandai operate mesin air panas/sejuk ni, aku tak cuak sangat nak pergi pantri sorang. Walaupun aku masih tertanya-tanya, macamana nak naikkan level air panas ni tahap maksimum walaupun dah set dekat ‘Hi’. Kalau set ‘Med’ – ‘Low’ ni patut air suam lah kan? Mesin ni ada konsep kena tunggu air masak juga ke?

Syukur hari ni, air tu memang panas dan perfect untuk Vico aku. Ya, aku try Vico hari ni.

Aku pergi pantri awal sikit, supaya tak bersaing dapatkan air panas. Jadi, aku boleh duduk tenang di pantri sambil membelek surat khabar Ahad lepas yang ditinggalkan di pantri ini.

Mungkin aku tak perasan, yang aku suka humming / menyanyi kecil di sana-sini.

“Tenerife Sea?” sapaan random macam biasa. Dia masuk menuju ke sinki.

“Huh?” aku terkejut. Aku cari ‘Tenerife Sea’ dalam surat khabar yang sedang aku belek. Tak ada pun.

“Lagu kau nyanyi tu kan?”

“Oh … a’ah!” aku tepuk dahi. Tak perasan langsung. “Haha.”

“Suka album ‘+’ ke ‘x’?” ok, mungkin ada dua titik persamaan di sini.

“Dua-dua pun layan. Tapi ‘+’ deluxe tu lagi layanlah!” bila aku dengar ‘x’ aku akan dengar sampai lagu ‘Thinking Out Loud’. Lepas tu, aku restart dari ‘One’. Lagu ‘Afire Love’ dan ke atas tak begitu menarik perhatian aku.

“Ed Sheeran datang Mac depan tahu?”

“Tahu jugak … Baru baca semalam.”

“Tak pergi?”

“Tak ada ganglah. Lagipun tak tahu tahun depan Mac tengah buat apa,” masa depan siapa boleh duga. Aku tak tahu aku akan duduk kat mana lepas ni, kerja ke apa ke. Ketahuilah aku berada di phase of transition in life.

“Kita tak ada plan untuk jadi stranger kan di masa depan?”

Aku angkat kening tanda tak mengerti. Terlebih random sangat dah ni.

“Pergi dengan aku.”

Perkara real ke ni? Tapi aku berlagak tenang dan balas “Kan dah kata tadi Mac tahun depan tak tahu buat apa lagi. Tak tahu pun aku kat mana.”

“Alaa, kau buat kerja bagus mesti dorang serap masuk. Tak pun part time ke.”

“Ish!” walhal aku memang harap untuk diserap bekerja di sini. Aku tak ada pun hantar resume kerja ke mana-mana syarikat lain macam yang dibuat beberapa kawan aku “Academic Writing aku pun macam apa je sekarang. Lost.”

“Tapi tak ada plan nak extend kan?” satu soalan terbit.

 Terus rasa nak pergi ke meja aku dan siapkan Literature Review yang aku nak bawa pergi consultation Jumaat ni.

Aku geleng. Gila extend menda. Pandai pula aku nak pujuk diri-sendiri supaya usaha dulu.

“Buat jelah dulu, kau bolehlah. Jom pergi meja aku, kita tengok tiket,” ajakan ini diikuti dengan tindakannya menutup akhbar yang aku baca dan mengangkat mug aku ke mejanya.

Jadi, aku ikut saja.

Lepas klik, sana-sini. Paparan harga tiket RM 285, RM 355 dan venue memenuhi skrin.

Kami berpandangan sesama sendiri. Kami perlu buat keputusan.

“So, kita pergi tak ni?”

Aku angkat bahu dan capai mouse.


 KLIK ‘BUY TICKET’.

3 comments:

Mikael Sahaja said...

Nicely written.

Amie Afendi said...

Aimi! I've always love your writing. It gets better everytime.

Please, please tulis & terbit buku ya, one fine day!

:)

Amanda said...

Cheesynyaaaaaa hahaha. Bilalah aku ada peluang jumpa abang designer. try lah lukis gambar dia beb!