10/16/14

Rentak Kuala Lumpur

Now Playing: Malam Ini Kita Punya - Bunkface


"Jerebu kan?" kawan aku menyoal sambil meletakkan makanan dan minumannya ke atas meja.

Sekarang, habis kerja je terus fikir nak makan apa. Maklumlah, tunggu bas nak ke lrt pun lama. Memang fikir makan malam jelah.

Aku tarik kerusi dan menjengah ke luar tingkap "Eh, ye ke? Entahlah. Tak perasan pun."

Setiap pagi, aku akan berjalan selaju mungkin menuju ke stesen lrt. Beli tiket, tunggu 50 saat, naik lrt. Lepas-lepas tu, aku spent 8.30-5.40 duduk dalam bangunan. Kubikel aku tak berada di tepi tingkap. Dan disebabkan 4 5 hari lepas hujan sentiasa turun pada belah petang, aku ingatkan mendung.

Atau mungkin sahaja, aku memang tak cukup prihatin.

"Cuba kau tengok kat luar tu, KLCC pun tak nampak," tundingnya ke arah luar tingkap food court.

"Eh, ye ke? Mana kau tahu KLCC kat sana?"

"Aku tahulah. Aku duduk sini dengan kawan aku hari tu."

"Oh, ye ke? Aku tak perasan," kalau kau perasan, aku dah 3 kali ulang 'ye ke' lepas tu aku sedut teh o ais RM 1.90 yang jadi RM 2 selepas tax.

***
"Busynya orang kl"

"Laju gila kan berjalan?" aku mengiyakan pendapat kawan aku dengan memberikan pendapat baru.

Awal-awal aku ke sini aku try hard to keep up with the pace of people walking. Sekali pun aku tak berhenti untuk membeli sarapan di gerai tepi-tepi jalan. Semua orang jalan dengan pantas dan yakin ke mana mereka mahu pergi atau berhenti. Untuk orang mahu lihat-lihat juadah macam aku ni mungkin akan dilanggar je nanti.

Tiba-tiba, kami berdua sudah sampai di simpang 3 di dalam mall. Jalan ke depan atau kanan ada kedai untuk sambung window shopping; Belok ke kiri jalan menuju stesen kereta api.

Alaaa, tapi aku tak nak balik lagiiiii.

"Kita nak pergi mana ni?" tanpa disedari aku telah berjalan setapak lebih ke depan dan mula dirempuh hampir 3 orang. "Weh cepatlah!"

"Sini! Sini!" kawan aku mengajak aku belok ke kanan.

"Fuh!"

"Kau yang duduk tengah jalan, dorang yang cakap 'sorry'," nada bergurau atau serius kawan aku semacam tak ada perbezaan. Dalam hati aku menjawab 'Kan dorang yang langgar aku tadi.'

Di mulut aku menjawab "Dah kau lambat sangat nak decide nak pergi mana. Kan aku dah kata orang kat sini semua tahu hala tuju masing-masing."

***

Aku bingkas bangun sebaik sahaja pintu KTM terbuka.
Aku sudah sedia untuk berjalan laju, gaya bersaing untuk masuk barisan menyerahkan tiket keluar. Kemudian, aku sedari yang semua orang berjalan tenang (tapi bukan melenggang).  'Ahh, Shah Alam!'

Aku beli karipap 5 biji - RM 2. Kemudian, aku ambil port di tepi jalan. Aku duduk makan pretzel yang dibeli KL Sentral tadi dan juga karipap sambil mengurut kaki sementara menunggu ayah aku sampai.

1 comment:

Mikael Sahaja said...

Kuala Lumpur memang pantas rentaknya.