10/26/14

Macam Biasa

Aku sedang lapar dalam library ni tapi tak nak balik. Aku ada roti telur dalam beg tapi tak boleh nak makan. Jadi, aku tulis blog.

Hujung minggu lalu, aku, Diah, Manda dan Nana berhasrat untuk menonton teater dengan tiket RM 50.

Sepanjang ingatan aku, ini antara tiket mahal aku akan bayar. Paling mahal sebelum itu, mungkin tiket wayang. Lepas ni, aku bercita-cita untuk ke cinema exclusive / premium yang kerusi macam kerusi urut tu dan boleh order pelbagai menu (aku dengar ura-ura je ni, aku belum pernah masuk lagi).

Tapi siapa peduli tentang harganya, we want a good show and the story! 

Malangnyaaa, selepas ulang-alik turun naik tangga untuk mendapatkan tiket, kami dapat tahu tiket sudah habis. Mujur Diah tahu kunci untuk mendapatkan tiket.

Jadi, kami boleh kembali beratur untuk menonton teater.

Ketika beratur, kami mulai sedar yang tiket kami pegang tidak sama dengan tiket orang lain. Kami mula tertanya-tanya ‘Apa jenis seat kita dapat ni weh?’

Padahal beratur dah semangat depan sekali. Mungkin di salah satu Instagram krew teater tersebut ada muka kami menjerit ‘Awesome!’

Manda tepuk bahu aku dan cakap ‘tak apa, we had it worst.’

Kenangan terimbau saat tengok skrining berdiri di bawah khemah ketika baru lepas hujan, duduk atas kerusi dalam dewan tapi kepala terangkat-angkat sebab orang depan tinggi. Bila skrining ramai sangat orang, kena bersila kat lantai dan berhimpit. Atau sampai lambat ke skrining sebab tersesat dalam building tak siap dan dapat tengok 3 short film dari 10.

Atau kenangan-kenangan lain.

Banyaknya yang terjengah-jengah kepala sebab orang depan lagi tinggi lah. Kalau tengok teater, bila pelakon tu baring atas lantai, ada tahap kita rasa nak bangun atas kerusi sebab tak nampak. Maklumlah dewan bukan jenis auditorium / panggung wayang.

Tapi kami masih bersyukur dan gembira dengan apa yang ada.

Dan kini, mungkin corak aktiviti dah berubah lebih hip sikit. Contohnya, berjalan-jalan dengan kereta Nana dan Diah. Buat kejutan di hadapan rumah Paan. Main baseball di One Utama atau contoh termudah adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menamatkannya.

Tapi ada juga yang sama, aku masih sama macam sebelumnya. Masih lost bila buat academic writing. My mind going places. Tapi masih meneruskan hari-hari optimis dengan bantuan intern di pejabat.

Apa-apa pun,
Selamat maju jaya untuk Manda dengan kertas kerja Bab 4 - 40 muka surat.
Selamat meneruskan separuh lagi semester di kampus buat Diah!
Selamat menjalani hari-hari internship sebagai PR berjaya untuk Nana.

*** 

Selepas entri ini ditulis Manda mesej berbunyi: ‘Aku tak siapkan pun Bab tu sampai 40 pages. Aku datang kelas lambat setengah jam. Alhamdulillah, sem ni masih berjalan dengan lancar!’

***

Oh ya! Tempat yang kami dapat tu, kerusi tambahan sebelah kerusi-kerusi asal dewan. Masih nampak pentas dan kesemua aksi dengan jelas sebab dewan berkonsep auditorium.

Selesai persembahan kami tangkap gambar luar bangunan.

"Weh! Weh! Gambar nampak macam kat Melaka kan? Mungkinkah destinasi kita lepas ni Melaka?"

Jeng jeng jeng!

No comments: