2 minggu pertama sekali-dua aku terdengar keluh-kesah oleh proofreader senior “teruk buku ni, teruk.”
Setakat 10 buku yang check ni masih ok lagi. Aku masih enjoy.
Jadi, aku wonder, seteruk mana format buku tu boleh jadi.
Petang tadi, aku dah dapat satu yang buat aku rasa 1% apa yang senior aku rasa. Rasa nak edit terus kat komputer editor/setter. Geram.
Aku tengok cover depan – teringat satu debat tentang konsep buku selalu tak kena dengan isi buku sebab jarang designer cover buku baca isinya.
Mungkin aku patut tanya designer “kau pernah baca buku yang kau design ni?"
Ahha! Aku ada kenal satu designer kat sini.
***
“Minum,” dia senyum sambil mengangkat gelasnya.
Aku senyum. Aku sedang berjalan dari arah bertentangan untuk masuk ke pintu jabatan. Ini permulaan hari yang baik untuk orang baru 2 hari macam aku.
Petang itu juga ada perjumpaan staf. Masa inilah aku tahu dia pun pekerja baru. Cuma tak tahu berapa baru.
Pertemuan seterusnya, di mesin thumbprint. Aku dah scan jari aku, baru aku sedar hujan lebat di luar. Di belakang aku dia beratur.
“Lebat hujan kat luar tu. Nak redah?”
“Tadi ingat boleh redah,” aku akhirnya duduk di salah satu kerusi di lobi pejabat.
“Belajar kat Shah Alam ea?” soalnya sambil mengambil tempat di sebelahku.
“A’ah.”
“Course apa?”
“Publishing.”
“Oh … Dulu belajar kat Shah Alam gak.”
“Course apa?”
“Fine art.”
“Oh …” aku dah tak tahu nak bawa ke mana topik ni.
Hujan di luar masih bersisa. Aku nampak bas lalu. Kejap lagi mesti bas ni pusing ke bus stop seberang.
“Orait, gerak dulu!” aku bangun. Surat khabar di lobi aku ambil untuk perlindungan.
“Eh, tak payah redah hujan. Aku boleh hantar kejap lagi kalau nak.”
“Kau tak bawa helmet lebih,” sepantas mungkin aku berlari ke bus stop.
***
Pejabat terlalu sejuk.
Nak makan roti sekeping di pantri terlalu janggal. Jadi, aku duduk lobi jabatan sambil merenung keluar tingkap. Lif berbunyi.
Aku toleh.
“Oi, buat menda sini … Cari ilham?”
Aku ketawa.
Setakat ni aku nampak kerja aku lebih kepada cari penyelesaian dari ilham. Kalau ilham pun, cari ilham kepada penyelesaian.
“Kat dalam sejuklah.”
***
Aku dah tak boleh duduk diam lagi bila tengok dia sedang design cover buku koleksi cerpen. Cerpen tu aku pernah baca.
Beberapa kali juga aku ke hulu ke hilir kat belakang kubikel dia.
Akhirnya, aku singgah.
“Pernah baca cerpen ni?” aku pantas bertanya.
Dari senyum yang terbit ni, aku dapat rasa macam dia tak baca. Tapi aku tak nak bersikap judgemental.
Serentak dengan aku melihat mulutnya ingin menuturkan sesuatu, nama aku sudah dipanggil ketua jabatan.
“Mungkin kau boleh jawab esok bila kau bawa nasi lemak untuk makan di pantri,” gurauku. Aku tak pernah lagi makan kat pantri.
***
“Nasi lemak?” dua bungkus nasi lemak di tangannya di angkat.
Aku mengangkat kening.
“Jom!”
Aku mengikut jejaknya ke pantri tanpa meletakkan beg di meja kerja.
“Beli kat mana?” aku berbasa-basi.
“Simpang depan rumah.”
“Oh …” sekali lagi aku tak tahu nak bawa perbualan ni ke mana.
“Tak nak tanya pasal aku?” satu peluang yang dia buka.
“Dah kahwin?”
Dia ketawa besar.
“Asal gelak? Semua orang kat sini dah kahwin kot.”
“Che Mon belum kahwin lah.”
“Dia lain.”
“Tapi tak kahwin. Kau pun belum.”
“Ok ... So, dah kahwin?”
“Asal nak tahu sangat aku dah kahwin ke belum?”
“Takutlah kalau tengah berbual dengan laki orang.”
“Gila! Ini first job aku. Tak sempat kumpul harta lagi. Kahwin mendaaa.”
“First job? Baru ingat nak tanya pengalaman. Ingat dah lama grad.”
“Lunch ni ikut aku, jom?"
“Pergi mana?”
“Pergi mana?”
“Makan ayam penyet best. Kau hari-hari makan kat kedai Mak Teh je.”
Aku buat muka curiga.
“Aku dah bawa helmet lebihlah!”
Selepas itu, kami berbual panjang tentang filem, muzik dan perihal dunia yang lainnya. Baru sahaja teringat persoalan semalam dan ingin membuka mulut, nama aku sekali lagi dipanggil ketua jabatan lagi.
Rasa begitu hampir ketua jabatan dengan aku. Macam dia di belakang aku.
Bahu aku ditepuk.
***
“Buku ni boleh siap esok?” soal ketua jabatan lembut.
Aku mengangguk tapi tak fokus.
Aku dah berangan jauh sangat ni. Tak boleh jadi.
Yang benarnya, sapaan angkat gelas itu saja.
Aku bangun dan capai 2 paket Milo 3 in 1 yang aku bawa dari rumah. Kenapa pantri hanya sediakan Nescafe saja?
Aku bancuh 2 cawan dan bawa ke meja dia.
“Minum?” soalku. 1 gelas di tanganku, 1 gelas aku letakkan di mejanya.
“Minum,” balasnya sambil melagakan gelas kami.
Aku senyum. Dia senyum.
Skrin komputernya terpapar design buku koleksi cerpen. Tak pasti tentang cerpen lain tapi yang jadi tajuk, aku pernah baca cerpennya.
Skrin komputernya terpapar design buku koleksi cerpen. Tak pasti tentang cerpen lain tapi yang jadi tajuk, aku pernah baca cerpennya.
“So … kau pernah baca buku yang kau design ni?”
No comments:
Post a Comment