12/6/11

#4 : tak terfikir nak collaborate dengan author lain tulis zine i-me ? lagi tebal lagi masyuk!

- soalan dari Muhammad Ikhwan, Pemilik Kepada Dua Blog,


apa mukadimah yang sesuai untuk jawab soalan ni ? hmm. never mind, straight to the point.

sebenarnya, aku mula tulis zine dengan berkolaborasi dengan penulis lain dari 9BelasZine untuk NOKSS 1 dan 2. hanya selepas itu, baru aku berani decide untuk launch zine solo (I-Me).

jadi, untuk menjawab soalan di atas, aku ada terfikir tapi mungkin untuk isu 3 dan seterusnya nanti. al-maklumlah, sekarang masih lagi dalam tempoh pengenalan, cari market, ruang dan peluang dulu. isu 2 pula sudah dalam rangka.

apa pun, kita sama-sama tengok nanti macamana.


Bercakap pasal zine ni, nak buat satu pengumuman. I-Me dan Nokss yang diceritakan di atas akan dijual di meja yang sama di Boco! 2011 bersama beberapa zine lain. Datanglah beramai-ramai !

Selain itu, Zine I-Me juga boleh didapati di acara dua minggu sekali - Buku Jalanan.

Oh, lagi satu, aku telah dihubungi berkaitan dengan sukarela untuk menjadi runner untuk Zine I-Me (terima kasih). Sesiapa yang berminat boleh inbox FB Zine I-Me. Kita boleh berbincang dengan lebih lanjut. Cuma nak cakap awal-awal, benda ni tak dijanjikan apa-apa bayaran.

Terima Kasih Semua (:




Sekian.

6 comments:

Iki Ali said...

terkejut sat. aku ingat aku yang tanya. haha. rupanya ada mamat lain nama Ikhwan. :P

Aimi Rosli said...

kelakarlah kau ni Iki.

HAHA!

hati~♡ said...

aimi, bg la sy 1.. hehe..

mysara ramlan said...

aimi aku pun teringin nak buat zine sendiri.... =)

Putus-putus said...

masih ada lg zine i me?

Aimi Rosli said...

Putus-putus : Masih (:

Email pada - lifejournal94@yahoo.com