Mula-mula aku fikir nak letak tajuk entri ni sebagai 'Cerita Dari Kampung' yang kemudiannya isi kandungan entri ini mengenai sambutan atau perkara-perkara yang terjadi di kampung aku. Itu perancangan aku sewaktu di kampung. Namun, semuanya tergendala kerana pada hari raya kedua atau ketiga (ah, lupa!) aku mulai selsema. Aku selsema dari kampung hinggalah kembalinya aku ke rumah. Sekarang pun, aku masih lagi batuk-batuk kecil. Bertanya-tanya pada diri, bila nak sihat tapi bila pergi rumah orang malu nak minta air kosong, masih bedal air batu. Haha.
Power cermin mata aku naik. Amboi, dah macam filem French New Wave cepat aje jump cut ke topik lain. Naik +25. Masa aku di kampung aku dapat rasa, kalau aku duduk lebih lama di sana, power spec aku boleh turun (aku rasalah). Tiap petang kalau tak ada apa aktiviti, aku naik ke tingkat atas rumah berdiri tepi tingkap tengok bendang (sawah). Hijau, hijau, hijau. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa dan sangat nyaman. Kau boleh rasa perubahan hidup kau jadi lebih sihat. Nak pula, duduk di kampung tidur lebih awal. Tak lebih pukul 12 tengah malam, mata akan secara automatik menjadi sangat mengantuk. Berbeza dengan apa yang aku buat dekat rumah sekarang : 2.17 A.M sedang menulis blog.
Ok, aku kena jelaskan yang entri lepas yang bertajuk 'Menghampiri Suasana Di Aidilfitri' bukanlah cerita tahun ini. Itu cerita tahun lepas. Kawan aku tadi boleh pergi komen dekat status lama FB dia yang aku dengan dia rancak berkomen tahun lalu. Sebab dia dah mula komen balik dekat status tu, aku pun balaslah. Facebook pun tinggal 30% harapan je untuk tidak menjadi Ghost Town. Satu tahap tu dia cakap dekat aku 'jangan baca komen atas-atas ni. ok jangan baca lah aimi! jangan letak dalam blog pun tau! *marah sebab rindu'.
Ini menunjukkan apa ? Haa, aku sebenarnya dah cuti - dua minggu sebelum puasa, puasa, dan 3 minggu raya. Macam mimpi puasa di rumah. Semuanyaaaaa di rumah bukan di kolej.
Walaupun tak buat apa di rumah (kedengaran amat pemalas), cuti ini terasa sangat menggembirakan. Ditambah pula dengan program-program komedi yang dipaparkan di TV mencanak-canak naik. Habislah aku ulang-ulang 'Betul Ke Bohong', 'Karoot Komedia X', 'Warna Raya', Jep (?). Eh, masa ... hari tu rasa macam banyak kenapa sekarang dapat senaraikan 3 je. Mungkin sebab sekarang dah 2.32 AM. Haha. Kalau boleh drama TV nak bolot tonton semua. Hari Selasa aku akan pastikan remote TV milik aku bermula jam 10.30 malam.
Petang tadi, aku pergi beraya dengan kawan-kawan dari sekolah menengah. Tak pernah gagal lagi raya bersama sejak tamat sekolah walaupun makin lama makin sikit yang ada di kawasan ni, dicampur dengan kekangan jadual pembelajaran yang berbeza,. Tapi masa tingkatan 5 dulu pun kawan sekalas cuma 20 orang ja. Kami adalah tangkap gambar sama-sama. Masa tangkap gambar sama-sama tu, terperasan ramai betul pengguna Samsung (Samsung VS iPhone, bincangkan). Jadi, sebab tangkap gambar jari berbentuk bintang atau kasut dalam bulatan adalah terlalu mainstream, kamu tangkap gambar phone. Tapi aku bukan guna samsung. Aku #TeamSonyEricsson. Haha.
Beraya punya beraya, ramai yang terlupa tarikh. Tak sedar 31/8 tiba. Kebelakangan ni, macam perkara-perkara yang terjadi dalam negara ini. Faham, kita semua mahukan perkara yang terbaik untuk negara tapi kita semua juga perlu terus membela keamanan yang kita ada sekarang. Perbezaan, percanggahan pendapat itu perlu untuk melihat pro dan kontra dalam sesuatu perkara tetapi rasanya rusuhan tu takkan membawa kepada negara kepada menjadi terbaik. Sebelum, pergi lebih jauh ... sedar tak kita nak Merdeka ni tayang 'My Name Is Khan' filem-filem perang atau perjuangan dari luar. Filem bercorak patriotik amat sikit dalam negara kita. Ada tahap kita sampai boleh bertanya pada orang 'Eh, tahun ini TV mana tayang Hati Malaya ?', 'TV apa pula, tayang Bukit Kepong ?'. Tolonglah orang industi, bebaskan diri dari cerita-cerita hantu, seram, rempit, mengarut sekejap.
Tahun ini, kurang sikit filem hantu ditayangkan waktu raya. Aku harap tak perlulah, aku ingatkan tiap-tiap tahun yang bulan Syawal ni kita sambut raya bukannya Halloween. Tak perlulah tayang cerita hantu tiap masa.
3.00 AM.
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-55.