Hari terakhir aku di kampus, aku naik bas percuma yang disediakan universiti.
Memandangkan ramai yang dah pulang ke rumah masing-masing kerana sudah tamat peperiksaan, bas itu kosong. Rasanya aku seorang sahaja dalam bas tu.
Sebelum aku turun, nampaknya abang bas ramah bertanya "Sewa sini berapa dik?"
"RM 1300," aku balas ringkas.
"Uish, mahal jugak tu! Habis duduk berapa orang?" abang bas bertanya lebih lanjut.
"8, 9 orang"
"Habis macam kandang lah?"
"Eh, tak lah. Semua orang ada katil," aku bayangkan yang abang bas ini fikir kami susun tilam di ruang tamu dan tidur bergelimpangan.
"Maksud abang, penuhlah rumah tu?" abang itu menjelaskan pernyataannya tadi.
"Tak lah, bukan tiap masa semua orang kat rumah," aku senyum sambil melangkah turun dari tangga bas.
Dan kalau semua orang ada di rumah pun, tak rasa semaklah.
***
"Best kan kalau kat dalam rumah ada buai rotan kat balkoni? Boleh lepak-lepak baca buku sambil tengok matahari terbenam," aku bersuara ketika semua mata sedang tertumpu pada televisyen.
Rumah-rumah dalam drama ini memang keterlaluan kayanya. Sama macam lot-lot banglo berhadapan apartmen yang kami sewa ini.
Drama jam 7 petang ni selalunya, memang waktu kami berkumpul depan tv dengan tujuan masing-masing. Ada yang baru sampai dari kelas; rehat sebentar hilangkan peluh, duduk-makan sementara tunggu Azan, tonton drama kegemaran, tonton novel kegemaran jadi drama mahu pun tonton hero kegemaran.
"Nanti dapat rumah macam tu, minta tolonglah seseorang tangkap kan gambar awak. Boleh buat DP FB untuk ktorang tengok," respon Kaka.
"Awak nanti jangan lupa tangkap gambar dengan peti sejuk tertanam kat dinding yang macam awak idam-idamkan tu," balas aku. Dia memang impikan peti ais yang tertanam kat dinding. Aku tak pasti pula model apa.
Tiba-tiba, iklan Revive terpapar di tv. Eh, Najwa tak ada di ruang tamu.
"Najwa! Najwa! Cepat! Ada De Gea ni."
Najwa memang gila De Gea. Tapi dekat Shah Alam dia jarang dapat tengok match MU. Kami semua gantikan dengan tonton Piala Malaysia. Sekali-sekala kalau jengah Najwa di katil dia sedang tengok tumblr De Gea tak pun anak-anak pemain bola.
Keriuhan terhenti sebentar setibanya waktu Maghrib.
Malam sikit kembali rancak. Hajjar mula menghidangkan teh Cameron yang dibawanya. Selalunya dia bagi pilihan nak strawberi atau lemon. Aku akan pilih strawberi tapi satu hari aku rasa lemon, rupanya lemon pun not bad.
Saat hirup-hirup teh aku mulai lost sedikit bila Hajjar, Azian, Syifa dan Ika mula bercerita hal-hal dunia hiburan Korea. Selalunya hard disk Syifa akan bertukar tangan dalam kalangan mereka untuk episod-episod yang baru. Alaa, aku dah lupa pula nama website yang dorang suka buka tu.
Mereka berempat ni semuanya pernah tunjukkan bakat di dapur Syifa pernah masakkan Spageti, Azian masak ikan bilis goreng, Ika buat telur goreng sambal. Kami perlu bagi markah untuk Hajjar sebab memperkenalkan inovasi makanan dalam tin.
"Kau dah kahwin nanti ktorang datang rumah, jangan hidang makanan dalam tin pula," Najwa bercanda.
Jangan ingat Kaka, Najwa, Tina tak pernah tunjuk bakat memasak pula.
"Korang! Korang! Jiran semalam yang main gitar tu main gitar lagi lah," ujar Tina tiba-tiba.
Kami semua diam. Satu lagu berkumandang.
"Bestnya! Nak buat kerja kat luarlah," sambung Tina sambung mengangkut barang-barang menuju ke balkoni.
***
Housemates adalah elemen paling penting di dalam rumah sewa sebab itu adalah orang yang akan tinggal dan kongsi kemudahan rumah dengan kita.
Dan lagi best bila kita dapat kongsi cerita, kegembiraan, kegusaran, impian, harapan, dan cita-cita.
Rumah Sewa: #1, #2, #3
2 comments:
telur gorang sambal? hehe..
hahaha, lepas 15 tahun pos baru nak perasan typo. nasib ada kau.
terima kasih.
Post a Comment