12/31/14

10 Budak Intern

Now Playing: Young Blood by The Naked and Famous.


"Weh, dalam meeting tadi cakap ada 53 budak intern kat sini? Ramai gila!"

"Berapa kau cakap?"

"53."

"23 lah."

"Oh. Tapi ramailah tu. Kita baru 10 orang. Siapa lagi 13?"

"Dah lah. Jom makan Pizza!"

***

Sebenarnya ada 8 orang je; Aku, Puti, Haikal, Zati, Diba, Ag, Maria dan Naim.
Lagi dua tu aku puratakan dari teman yang dah pun bekerjaya di bank ibu kota dan seorang lagi kenalan gim Ag.

Kami raikan diri kami dalam majlis 'dari kami untuk kami' sempena hampir berakhirnya internship kami. Yang paling awal habis, aku lah.

Sementara aku sedang menulis entri ini, mereka masih lagi di pejabat. Situasi ini membuatkan aku seolah-olah tak move on, like gambar-gambar mereka di pejabat dan menulis entri tentang bagaimana mereka mewarnai hari-hari aku.

Aku memang dah kenal Ag dan Maria dari zaman diploma tapi mereka ambil masa 3 minggu untuk mendaftar. Jadi, Puti dan Haikal adalah antara kawan terawal aku di sini.

"Weh, kesian gila cerita kau ni!" balas Haikal selamba selepas 10 minit perkenalan dan aku cerita tentang bagaimana aku kena tukar tempat intern. Gaya bersahaja Haikal seperti sudah lama kenal menjadikan situasi perkenalan itu tidak janggal.

Mungkin sebab dia dan Puti adalah pelajar Master Psikologi?

Di suatu hari ketika sedang membetul-betulkan tudung di hadapan cermin usai solat, aku dan Puti bertukar-tukar cerita tentang latar belakang kami. Puti adalah gadis dari Indonesia. Aku ceritakan di zaman diploma dulu aku ambil Diploma Penulisan.

Puti pantas berkata "Yang benarnya kalau kita tulis cerita kita tiap hari juga ada yang akan baca, kerna setiap orang tu kan punya cerita."

Aku mula terawang-awang yang kononnya aku berada di set filem Indonesia yang puitis dan indah.

Perkenalan aku dengan Zati dan Diba bermula pada suatu pagi aku sampai 5 minit sebelum jam tepat menunjukkan 8.30 pagi. Masa tu, Ag, Maria, Zati dan Diba duduk di meja lobi. Aku datang bersalam-salaman buat meriah dan punch in jam 8.26 pagi.

Sebenarnya, aku pernah naik Broga dengan Zati dulu. Zaman random, aku main ikut je plan Ag.

Diba ada satu gaya macam cikgu. Lepas tu, dia bagitahu dia memang cikgu. Cuma aku tak tahulah cikgu dekat mana.

Anak murid Diba bagi salam "Assalamualaikum Cikgu Adibah Noor!"

"Aku terus denda dorang semua berdiri atas kerusi," cerita Diba. Adibah Noor bukan nama penuh Diba. Adibah Noor adalah nama penyanyi.

Kemudian muncul Naim.

Naim dulu pernah tak layan aku tanya soalan kat dia. Sepatah pun tak jawab, padahal aku confuse gila. Siapa dia ni, kenapa ada semeja dengan aku?!

Tapi suatu hari, Zati, Diba dan Maria puasa sunat. Yang rehat cuma aku, Ag dan Naim. Dari situ kami mula berbual-bual mengenai purse Mont Blanc yang dipakainya.

***

Semua bersandar kekenyangan pizza di kerusi.
Mungkin juga kekenyangan Kek Batik buatan Diba. Haa, kecuali Ag, kami yang lain memang mahukan Kek Batik. Sempat Puti meminta resipi Kek Batik dari Diba.

"Haa, dah memang sedia. Selalu dah orang minta," ujar Diba sambil tengannya pantas forward resipi pada Puti.

Tidak sampai 2 saat, resipi itu sudah di dalam tab Puti.

"So, Haikal bila kau nak kahwin?" soal Zati.

Di usia 27, Haikal boleh dikategorikan sabar melayan kami semua. Tapi bila difikirkan balik, kami juga sabar melayan Haikal. Terutama masa nak order pizza tadi (aku tak nak tulis part ni).

"A'ah, Haikal. Bila? Muka macam aku pun ada makwe, takkan kau tak ada?" ujar Ag.
Ag pernah kata Haikal macam Johny Depp masa Haikal baru gunting rambut and it's not membahan ok, it is 100% pujian!

Keadaan senyap.

Jangan salahkan aku Naim tak ada dialog di sini. Dia masih lagi excited ber-selfie dengan iPhone 5s barunya.

"Aku tak tahulah. Aku pernah bayangkan aku umur 27 tu aku dah berjaya. Atau mungkin boleh dikategori stabil," aku suntik elemen angan aku.

"27 tu awal sangat. Tapi yelaa, kalau kau kerja design tu, kau bukan je boleh kerja syarikat. Kau boleh buat juga kerja luar sebagai side income ... blablablabla" ujar Haikal.
Dia ingat dengan bincang topik designer ni, kami lupa ke topik asal.

"Patutlah kau bayangkan umur 27 tahun hidup kau dah berjaya kan," balas Zati pada aku.

"Lagipun, aku baru lepas tengok Raikan Wanita episod Vivy Yusof. Don't blame me," aku senyum sambil mengangkatkan kedua bahu.


Perbualan kami mula tiada titik penghujung. Ini lepak paling lama rasanya. Selalunya aku takut-takut masuk lewat ke jabatan lepas lunch. Tapi malam ini, tidak (malam ini kita punya?).


"Dah jom lah balik pukul berapa dah ni ..." ujar Maria. Dia drive.
Aku pun ada tren nak dikejar.



Kami bergambar di hadapan kedai piza menggunakan iPhone 5s sebagai kenang-kenangan.




Sampai berjumpa lagi dan selamat mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan!

12/28/14

Ah, hari ini juga mimpi!

Aku sedang bersantai-santai memilih ringtone baru di telefon bimbit.

1 FB chat berdenting masuk.

"Apa cerita terbaru?" icon bulat bergambar Paan keluar di tepi.

Aku balas "Haha, apa cerita kau? Kau kalau ada cerita, cerita jelah. Tak payahlah buat-buat berminat dengan kisah aku."

Kemudian, Paan mula bercerita tentang gadis yang dikenalinya di internet. Gadis yang merupakan kenalan kepada kenalan. Baru tadi, dia berselisih dengan gadis itu. Dalam berperenggan-perenggan cerita tu, dipercayai seorang gadis dah tertarik hati pada personaliti Paan. Dalam berperenggan-perenggan cerita tu juga, ada satu perenggan "Kau bayangkan ktorang baru berselisih kat kedai Murni tau, aku tak tegur pun. Dia dah tulis 'Best night blablabla ...'"

"Perasan teruknyaaaaa kau niiiiii," aku balas.
Kawan-kawan kalau khayal tinggi teruk tu, baik cepat-cepat tarik.

Aku pantas menaip username gadis itu di laman sosial.

Paan ni kalau kau check dalam phone Diah, Diah save nama dia 'Paanoying'. Dan kalau kami lepak, tak pernah lekang dari mulut kami 'Ishhh, annoyinglah kau ni!'.

Sebab tu aku perlu bukti bila gadis tu tertarik hati pada personaliti dia.

Ahha! Ada satu status 'Tp knplaaah dy xtegur tadikannn?'

Aku printscreen dan hantar pada Paan dengan caption "Aku rasa orang paling creepy orang yang ramah di laman sosial tapi dalam real life pandang sebelah mata je. Patut ke aku add dia untuk nasihat dia supaya jangan percaya sangat orang dia kenal di laman sosial?"

Paan balas "Ak kan pemalu. Kau kena fhm."
Tengoklah ciri-ciri malu tu, sampai eja 'aku' pun tak boleh penuh.

"Jadi, aku kena add dia untuk nasihatkan supaya dia patut tegur kau dulu?"

Paan tak balas.
Paan is typing ...
tapi tak balas.

Aku hantar satu situasi
-- paan berjalan. gadis berjalan. paan memandang, gadis tertunduk. paan tertunduk, gadis memandang. gadis dan paan berselisih. gadis tahu dia perlu sapa paan. 
"eh, hai paan! suka eh pakai baju belang-belang?"  
paan balas "ehhh, awak stalk saya eaaaa?"  
gadis tersenyum maluuuu, tak dapat cover diri. 
lepas tu, paan kata "haha! gurau jelah. pernah tengok cerita KIL ? itu dialog dalam cerita tu laaaa." 
gadis menggeleng.
malam berakhir dengan paan dan gadis lepak di kedai murni. paan dan gadis berkongsi gelas minum air 'i love you' dan siaran astro menayangkan cerita KIL. --

"So, macamana? Best tak cerita garapan aku?" tambah aku lagi.

"Alaaa, mana aci. Kau mmg terer cerita berangan mcm ni."

"Alaaaa, apahal pulaaaaa?"

"Yelah, ak kdg2 xdapat beza cerita kau yang mana realiti, yang mana fantasi ... cth: blog kau."

"Keh keh keh, kau layan jelah! Kebenaran tu kan rahsia penulis."



Telefon aku berdering dengan ringtone baru:
Pleaseeee, don't see just a girl caught up in dreams and fantasies ...  

12/23/14

Pagi Berikutnya

Now Playing: Yellow - Coldplay


Pagi-pagi aku terus diwarnai dengan sesi membancuh minuman di pantri. Terus disinari dengan jenaka-jenaka minta aku masak atau hidang sarapan pagi dari kawan designer dan setter. 

Hingga akhirnya, aku dan kawan designer capai titik persamaan yang kami anak sulung dan jarang nak ikut cakap orang.

Minggu ini, teh o aku kembali manis.

Bukan apa, minggu lalu akibat 'depresi tesis', semua minuman aku buat bagaikan tak berperisa. Kadang-kadang memang sengaja biar rasanya kelat. Kalau manis, nanti terpejam mata pula layan keenakan. Jadi, biar kelat, nanti terbuntang mata merasa.

"Hari ni kita ada perhimpunan kan?" soal kawan setter.

"A'ah, pagi ke petang entah," kawan designer membalas.

"Rasa macam pagi," balas kawan setter.

Aku biarkan perbualan itu berlarutan memandangkan aku seakan-akan ketinggalan LRT sebab tak dapat catch up hal perhimpunan yang sedang dibincangkan.

"Eh, perhimpunan apa ni?" aku bersuara.

Mereka terus rancak berbual berdua.

Aku dengan sengaja menjatuhkan gelas ke lantai, biar pecah, supaya dapat perhatian.

PRANGGGGG!!

2 pasang mata pantas memandang ke arah aku.

Kah kah, tipu je. 

Aku cuma sandarkan diri pada dinding dan berkata "Ok ... so, aku memang takkan dapat jawapan lah ... hmm"

Kawan designer tertawa dan memandang ke arah aku "Perhimpunan staf kat Tingkat 6 leeee."

"Oh," aku balas ringkas. 
Walhal aku memang tak tahu pun tentang hal perhimpunan tu. Jenis tak dapat emel.

Kenangan kembali tersingkap waktu kami bertiga baru masuk dulu.
Sekarang aku dah nak habis intern.

Aku tak pernah bagitahu sesiapa, antara babak kegemaran aku ketika mula intern di sini adalah ketika satu jabatan naik lif yang sama untuk ke Tingkat 6.

Walhal ketika itu, lif sudah penuh. Aku dan seorang lagi teman inten sudah mahu beralah untuk menaiki lif berikutnya. Tapi orang-orang di dalam lif itu terus "Masuklah! Masuk. Sini boleh."

Jadi, kami pun masuk. 

Nak sampai Tingkat 6 dari Tingkat 2 punyalah janggal sebab yang kita dengar cuma nafas dari kiri - kanan. Masa ini, lagu Taylor Swift bermain-main dalam kepala aku, sekalipun tak terlintas langsung aku nak daki tangga, kah kah. 

"... Elevator buttons and morning air, 
Stranger silence makes me wanna take the stairs ..."

***


Ahhh! Aku campak beg ke hujung katil sebaik sahaja tiba di rumah.

"Malasnyaaaaa nak tulis report internnnn ni," aku campak pula diri aku ke katil.

Sambil berbaring menonton movie, roomate aku hanya pandang endah tak endah. Mesti sebab aku selalu buat atau ulang benda yang sama.

"Aku tak readylah intern nak habis."

Dia terus terduduk dan berkata "What?! You're like the first person who said that!"

"Kau kena rujuk balik hal yang aku tak siap lagi report intern tu," aku tertawa. 

12/1/14

Harapan Dari Langit

Now Playing: Sahabat - Pita Hati


"Aimi, cuba kau buat Do Re Mi Fa So La Ti Do O o o" sapa Paan sebaik sahaja aku duduk di kerusi kedai makan.

Nampaknya Paan betul-betul tak puas hati bila Manda kata dia teringat aku ketika Diah memuji skil nyanyian persembahan live I'm Not The Only One - Sam Smith di Twitter.

"Ah! Apahal pulak! Tak nak aku," aku menolak mentah cabaran Paan.

Waiter kedai datang membawa menu untuk meredakan keadaan.

Selepas itu, kami bersembang-bersembang-bersembang sampailah Mee Raja, Maggi Goreng dan Bihun Tom Yam kami sampai.  Sebenarnya, kami baru pulang dari menonton filem di pawagam. Aku dan Diah tonton Mockingjay. Paan dan Manda tonton Lelaki Harapan Dunia.

(Kah kah kah, kalau kau nak baca review filem-filem tu, kau kena paksa ktorang tulis sampai ktorang nak.)

Kami bersembang-bersembang-bersembang tanpa sedar sudah pukul 3 pagi. Dari rancangan wrestling kepada rancangan bola, kami masih di kedai makan. Dan nak membayar pun ambil masa 30 minit.

Seperti biasa, kalau dah pagi-pagi ni, mana boleh balik kolej. Jadi, kami buat aktiviti overnight seperti zaman muda-mudi. Dengan kereta Waja dan Viva kami pun meronda-meronda-meronda sampailah ke sebuah restoran makanan segera.

Kami bukan nak sangat makan tapi kami nak duduk je. Selain dari Putrajaya yang berada di arah bertentangan dari tempat yang kami ingin tuju pada waktu pagi, tak tahu malam-malam ini patut dihabiskan di mana. Jadi, kami tong-tong duit untuk satu set makanan segera.

Kami bersembang-bersembang-bersembang sampai dah tak ada topik. Diah sudah diam bersandar di dinding. Manda mula keluarkan flyers acara yang dia perlu promosikan. Kalau kau berjaya jumpa twitter dia sekarang, tweet dia penuh promosi jual tiket.  Paan akhirnya, "Weh, siapa tahu buat baju pakai kertas?"

"Aku tahu," aku jawab penuh yakin. Walaupun sebenarnya aku tak pasti aku tahu ke tak.

"Ok, ajar ktorang," cabar Paan.

Kali ni aku sahut. Kami akhiri sesi kami dengan pembentangan design masing-masing.



----

On the other note: 

  • Paan dapat markah kedua tertinggi untuk sesi viva dia.


  • Manda kini kembali bermain gitar.


  • Diah memulakan hari yang sihat dengan berjogging dan pose gambar-gambar beraksi yoga.

----



Aku sedang menikmati cuti Isnin dan Selasa yang telah aku rancang sekian lama.
Ini antara keputusan terbaik aku buat.

Semoga Academic Writing aku ni menuju ke arah sinar harapan.