Salam Sembang Gebang! Salam XX Ray!
"Apa khabar astronomer muda?" - Johan (XX Ray 2, 1995)
Kalau berdasarkan trailer sahaja, aku tak rasa nak ke pawagam menonton XX Ray 3 walaupun aku suka sangat XX Ray, XX Ray 2 dan Misi XX Ray.
Tapi lepas tengok live session interview Aziz M. Osman dan Adam John di Tapau TV, aku terus rasa nak pakai topi Batman. Hahaha! Shoutout to Tapau TV!
Aku whatsapp Manda pasal live session tu dan apa yang aku rasa. Wah, rupanya dia pun rasa yang sama.
Jadi, Sembang Gebang ini pula adalah pandangan kami selepas keluar dari pawagam.
Jemput baca!
***
Sesi 1: Aimi ➡ MandaMANDA: Assalamualaikum Aimi.
AIMI: Waalaikumussalam. Apa perasaan kau sebaik sahaja filem ini tamat?
MANDA: Sebaik sahaja filem ini tamat, aku rasa bertuah dapat menontonnya di pawagam. Kau bayangkan di Melaka, pada minggu pertama tu hanya satu panggung yang menayangkan XX Ray 3 iaitu MBO Melaka Mall. Secara jujurnya aku kecewa. MBO Melaka Mall ni kodi nak mampus. Kenapa MBO Element Mall tak tayangkan XX Ray 3 ni? Hal ini pastinya masalah kewangan produksi. Lokasi Melaka Mall ni ada digunakan sebagai lokasi penggambaran XX Ray 3 jadi mungkin dapat tajaanlah kot. Kot lah.
AIMI: Ada pasang apa-apa expectation untuk XX Ray 3 sebelum menonton?
MANDA: Aku sama macam kau. Lepas tengok trailer dan beberapa komen netizen di laman media sosial, aku tak rasa nak tengok. Tapi lepas kita sama-sama tengok Tapau TV live, aku jadi bersemangat nak tengok. Antara komen netizen yang keji adalah Aziz M. Osman ni syok sendiri, elok tak perlu ada sekuel, direct drama tv je lah, duduk rumah je lah yang pada aku melampau tau. Lepas tu ada yang bandingkan XX Ray ni dengan Badang dan kata XX Ray ni lagi teruk dari Badang. Masalahnya lepas tu dia mengaku "Walaupun aku belum tengok Badang, tapi aku compare trailer pun memang XX Ray ni lagi teruk dari Badang". May Allah bless your soul. (TIBAH).
Aku tak pasang expectation yang tinggi tetapi aku percaya dari segi skrip, Aziz M. Osman amat bernas dalam melontarkan sindiran secara bersahaja. Jadi lahirlah, "kalau abah rasa filem dulu lagi best, susahlah orang muda sekarang nak sokong abah".
AIMI: Aspek apa dalam XX Ray 3 yang kau rasa patut dipersembahkan dengan lebih baik?
MANDA: Dalam apa jua bentuk naratif, first establishment tu penting. Ia tak perlu mula dengan asal-usul, klimaks pun boleh duduk di tempat pertama. Naratif tak semestinya linear. Establishment shot untuk XX Ray 1, 2, 3 mempunyai babak yang sama iaitu babak batu meteor jatuh ke bumi. Di dalam XX Ray 1, batu meteor telah jatuh di kawasan perkampungan orang Iban di Sarawak. Babaknya sangat realistik malamnya betul-betul gelap. Bukan malam yang cerah tapi pelakon pakai lampu suluh jalan dalam hutan, tanah rata tapi jalan macam nak jatuh tah pape. XX Ray 2 batu meteor ini telah jatuh di zaman Hang Tuah kemudian babak ini disambung ke masa kini iaitu di Muzium Hang Tuah. Bagi XX Ray 3 pula, dimulakan dengan kisah benar yang berlaku sekitar tahun 1996 yang mana 1 Malaysia bergelap akibat kegagalan punca jana kuasa dari stesen Paka, Terengganu yang berlanjutan selama beberapa jam.
"A transmission line near Sultan Ismail Power Station in Paka, Terengganu tripped at 5:17pm causing all power stations in Peninsular Malaysia to collapse resulting in a massive power failure. Supply was back to normal by 11:00pm."
Ianya sebuah kisah benar and it is epic!
Kalau babak pertama dah kureng, macam mana penonton nak engage?
Seterusnya CGI dan VFX. Aziz M. Osman sendiri dah kata ini hasil pakai duit sendiri. Bajet pun kampung je. Ok lah ni at least sampai. Tak payahlah nak kutuk lagi. Ha ha ha. Tak ada orang nak sponsor. Aku harap XX Ray 4 nanti tolonglah GB atau Astro atau iFlix sponsor lepas tu tayang je kat Astro atau online TV. Tolonglah faham. XX Ray 3 hasil ciput sebab bajet. Tengok Izzue Islam pun teringat Din Sardin. Apa ceritaaaaa.
AIMI: Apa pendapat kau mengenai character development Rayyan dan Sam sebagai teraju utama XX Ray 3 ni?
MANDA: Aku tak ada masalah dengan Sam. Aku suka dia. Aku ada masalah dengan Rayyan. Sebelum aku bebel panjang biar aku bagitau babak kegemaran aku yang melibat kedua-dua watak ni. Babak semasa Rayyan dan Sam di stesen Petronas membeli jajan, Secara long shot-nya Rayyan dan Sam berasingan ketika di dalam Mesra mart kemudian bersatu di dalam kereta. Best gila! Ha ha ha.
Rayyan ni dikatakan seorang pelajar kolej yang aktif bersukan. Bijak fizik, boleh kira pecutan sambil ada formula yang terbit secara hologram dan sukakan hal-hal angkasa lepas dengan mengkaji UFO. Apa yang kelam-kabutnya di sini, macam mana dia boleh terlibat dengan hal probe, Prof. Amir dan konspirasi korporat yang inginkan kuasa menakluk dunia? Kenapa tak buat je Rayyan ni adore Prof. Amir atau tahu serba sedikit tentang Prof. Amir. Aku percaya character development Rayyan ni bagus atas kertas tapi tidak di layar.
Sam ni dikatakan seorang peminat tegar XX Ray 1 dan 2. Dia juga yang bertanggungjawab menzahirkan figura Amir untuk dijadikan koleksi oleh toy collector. Aku rasa dalam filem ni, selain Aziz M. Osman dan Jalaluddin Hassan, Sam inilah yang paling menjiwai ruh XX Ray. Ha ha ha. Kalau ada sambungan XX Ray 4, aku harap topi Batman tu biar Sam yang pakai. Rayyan ni tak payahlah. Pakai suit pun nak kena ada stunt double keeeeeee geramnya akuuuuuu hahahaha. Kalau Sam ni ada toy figure, aku belilah. Topi dia cantik.
AIMI: Macamana suasana / sambutan dalam masa hall masa kau menonton filem ini?
MANDA: Macam biasa aku dapat Hall 5 yang kodi ni. Seat jenis berlipat. Ada 1 keluarga, ibu bapa dan 2 anak. ada 1 aku rasa hardcore XX Ray sebab dia tengok sorang pun nampak teruja sangat. Ada pasangan suami isteri di row belakang. Semuanya berlapang dada. Akhir kata, tolonglah faham yang Aziz M. Osman ni power weih hahaha.
Sesi 2: Manda ➡ Aimi
MANDA: Apa pendapat kau tentang skrip dan jalan cerita filem XX Ray 3?
AIMI: Aku rasa idea Aziz M. Osman menarik, ada je ruang dia nak explore. Bayangkan dia boleh pick up dari kisah benar tahun 1996 (setahun selepas XX Ray 2) ... untuk dibawa ke 2019. How refreshing kan! Apa yang aku nak cakap adalah idea asas XX Ray 3 ni menarik. Dialog dalam skrip pun aku okay je.
Selain dari yang Rayyan dengan abah dia. Lagi satu dialog aku suka masa Rosman (Dazrin) dengan ayah dia (Rahim Razali). Rosman mengamuk-ngamuk ayah dia batalkan perjanjian ... Tiba-tiba ayah dia cakap, “Cuba istighfar Rosman...”
Rosman pun “Astaghfirullahalazim” pejam mata, “ayah yang patut istighfar ...” sambung memetir pada ayah dia. Haha!
Tetapi ...
Binaan jalan cerita yang menarik ni tak dibantu karakter-karakter di layar. Contohnya, Rayyan lah. Agak disturbing apa yang menyebabkan Rayyan ni terkenal sehingga ke telinga Prof. Amir. At least tunjuklah pencapaian dia apa. Group menjejak UFO tu ke apa. Rayyan yang minat UFO ni tak kaji ke sejarah penemuan UFO di Malaysia, artikel apa-apa sampai terjumpa Prof. Amir. Atau buatlah dorang ni bertembung dalam frekuensi ke apa.
Haha, cara meet up 2 generasi ni macam tak cantik. Belum hal 3 ekstra tak berdialog lagi – 3 orang ni boleh disatukan jadi seorang yang lebih helpful dan signifikan kot. Fuh!
MANDA: Apa pendapat kau tentang lokasi penggambarannya di Jordan?
AIMI: Kah kah! Ingatkan kau akan tanya pasal Melaka. Maklumlah sebab latar tempat XX Ray 3 ni kan, Melaka. Aku lepas habis tengok movie ni siap rasa, tak patut pawagam Melaka tayang kejap je XX Ray 3 ni. Melaka patut tayang paling lama.
Mungkin juga sebab orang tak tahu. Kat poster pun background Petra.
Petra ni aku tengok dalam Into Jannah (Astro Oasis) ni memang gempak sejarahnya. Siap pernah hilang beberapa tahun. Dalam movie ni pun sudah ada dinyatakan sebab pangkalannya di Jordan.
Masa dorang baru sampai kat Petra pun Sam excited siap cerita pasal Transformers bagai. So, dari sudut sebab-musabab perlu ke Petra tu okay. Penuh misi!
Kalau dari sudut penggunaan Jordan dalam filem pula, aku rasa tak impactful macam Melaka. Haha!
MANDA: Apa pendapat kau tentang perempuan yang pegang kamera tu? Haha tak ingat nama.
AIMI: Lana, maksud kau.
Watak Lana macam kelam-kelibut. Hahaha!
Lagi satu ... dialog Lana ni lah paling banyak aku tak dengar dia cakap apa. Contohnya masa babak dia bersandar kat kereta sambil belek kamera, antara dialog awal dia dengan Rayyan. Time tu aku dah tak dengar. Diikuti pula dengan babak dia tetiba nak melontar piring apa ntah kat polis, pun aku tak dengar apa dia cakap kat Rayyan.
Lepas tu suara dia kejap lain, kejap lain tau. Orang lain tak macam tu sangat aku rasa.
Sebelum ini aku rasa tak ada masalah dengan lakonan Nonny Nadirah. Kalau ikutkan lakonan dia dalam drama TV3 bertajuk Cinta Hati Abah tu aku suka je.
Lagi satu apahal dia dengan kamera DSLR tu. Tak signifikan sangatlah. Dalam sudut fikiran aku ni ... DSLR tu boleh digantikan dengan smartphone je, lepas tu boleh minta smartphone taja movie ni hahaha! So, tak perlu watak extra perempuan yang lagi satu untuk buat live FB tu.
MANDA: Bagaimana sambutan / suasana panggung sewaktu menonton?
AIMI: Pertama sekali, aku nak shoutout penghargaan buat TGV sebab adakan promo tiket RM 12!
Aku tengok XX Ray 3 ni kat KLCC. Masa aku tengok ni ada 6 orang je dalam pawagam termasuklah aku. Belakang aku ada 2 lelaki, row aku - aku sorang, depan aku sorang lelaki dalam 40-an, depan lagi ada 2 orang gadis.
Basically, sambutan tak hangat sangat tapi semua yang dalam wayang ni (kecuali 2 gadis baris depan) tunggu sampai end credit habis barulah nak bangun dari kerusi. Sampai keluar logo Ace Motion tu tau. Bila aku buka pintu nak keluar, 2 gadis tu nak masuk balik tau. Kami bertembung depan pintu.
Sebabkan aku keluar, dorang tak jadilah masuk. Skrin pun dah gelap. Sambil berjalan menuju pintu keluar TGV, aku dengar dorang bincang teori XX Ray 3.
MANDA: Apa yang baik dan apa yang kureng dalam XX Ray 3 ni?
AIMI: Yang baik sebab XX Ray 3 ni sebab elemen XX Ray tu ada. Muzik tu aku rasa siap Aziz M. Osman insert sekali yang dari Misi XX Ray. Tak dinafikan hakikat bahawa XX Ray 3 tidak dapat mengulangi kegemilangan seperti 2 filem pertamanya tetapi ... Aziz M. Osman letak objek dan watak-watak yang bila kita tengok, kita tahu dan boleh relate dengan 2 filem pertama tu.
Benda macam ni buat fans francais XX Ray terasa special. Contoh bila ada muzik tradisional seiring dengan dialog Jalaluddin Hassan, scene pementasan teater Hang Tuah yang Sam jaga lighting tu, topi Batman. Orang kalau tak tengok 2 filem pertama mesti tak boleh relate dan rasa, “eh apahal!”, don’t get the jokes or hint.
Kira bukanlah dia buat movie yang lain terus, semua watak tak sama tapi saja je nak letak tajuk sama. Kah kah nampaknya aku ni macam ada geramkan sesuatu movie je!
Kira bukanlah dia buat movie yang lain terus, semua watak tak sama tapi saja je nak letak tajuk sama. Kah kah nampaknya aku ni macam ada geramkan sesuatu movie je!
Walaupun dalam interview ada cakap, yang XX Ray 3 mahu tarik penonton baru, tak tengok francais XX Ray pun tak apa ... tapi untuk aku, sebenarnya dorang kena tengok. Kalau kau tiba-tiba pergi wayang, tanpa basic idea boleh mengamuk juga dengan harga tiket dan rasa semua idea random atau bercelaru (while actually it is not). Kalau tak tengok Misi XX Ray haa tu tak apa.
30 minit terakhir adalah momen kegemaran aku.
Nasib baik Lydiawati tak keluar kat skrin jadi pemilik Muzium Hang Tuah je ni.
Yang kurang mengenai filem ini: Sound. Ada dialog tak berapa dengar. Muzik kemain kuat tapi dialog macam mumbling. I need subtitle!
Lagi satu, apahal dengan stand-in tu semua. I don’t get it ... whyyyyyyyyy?
No comments:
Post a Comment