7/21/19

Ehh Emel! #3: Subject: "Let's hope I get more likes"

From: Aimi Rosli
Date: May 1, 2019, 9:28 AM
Subject: Friend Zone, Liam dan Laila & Hey Guess Where I'm Goin'?
To: Siti Amanda


Hello Manda!

Wah! Tak sangka pula kau akan tanya aku mengenai Black Hole. Pada aku, kajian tersebut tidaklah membazir. Kadang-kadang orang memang tak faham apa yang kita buat sebab belum nampaknya faedah/hasilnya. Benda begini banyak juga dipaparkan dalam movie. Mungkin melalui formula Hero's Journey. 

Aku tak banyak tengok filem akhir-akhir ini. Keris Siamang Tunggal pun aku tak sempat tengok. Filem terakhir aku tengok di pawagam adalah Friend Zone. Ketika e-mel ini dihantar, aku telah pun release Sembang Gebang Friend Zone.

Sembang Gebang kali ini aku uji satu formula baru iaitu semua perlu menjawab soalan yang diajukan termasuk soalan sendiri dan nama yang bertanya soalan itu dirahsiakan (kecuali dari aku). 

Anyway, Friend Zone adalah semua filem romcom (komedi romantik) yang menghiburkan. Punchline sentiasa ada. Lepas aku keluar wayang, aku terus dapat simpulkan pandangan aku mengenai filem ini: a good laugh movie. Amat sesuai ditonton setelah seharian membanting tulang membangunkan ekonomi negara dan diri-sendiri.

Situasi friendzone ni kalau diikutkan remaja bitter Twitter bukanlah perkara yang funny, malah amat sensitif tetapi dalam filem ini kau akan nampak semuanya dikomedikan. Namun begitu, kalau kau tengok sinopsis cerita ini atas A4, kau takkan nampak keistimewaannya. Jalan cerita basic.

Kekuatan filem ini adalah karakteristik yang dibentuk, di samping pemilihan hero dan heroin serta promo yang dibuat. Dalam filem ini, heronya adalah Naphat Nine yang aku rasa ini merupakan penampilan pertamanya sebagai hero. Karakteristik yang digarap untuk karakter Palm ni, akan menjadikan Naphat Nine kegilaan gadis-gadis walaupun di luar filem. Manakala Baifern heroin yang melakonkan watak Gink memang sudah terkenal sebelum ini. Aku ada satu perasaan yang bukan jalan cerita ini yang comel tetapi gandingan hero dan heroin di skrin itu yang menjadi.

Setelah sekian lama aku tak menonton filem di iFlix, aku tersentuh untuk membuka sebuah filem Indonesia bertajuk Liam dan Laila. Amboi terkejut juga aku, iFlix ni dah ada iklan pula muncul semasa cerita sedang dimainkan.  

Liam merupakan jejaka dari Perancis. Aku tak kenal pelakon Liam. Yang jadi Laila adalah Nirina Zubir. Kalau kau kenal Upiak Tak Tun Tuang haa, dia pun ada dalam movie ni. Jadi mak cik kedai kopi yang suka jaga tepi kain orang, pak cik-pak cik yang lepak kedai kopi sampai beristighfar beramai-ramai dengan mulutnya tu. Haha!

Sebagai sebuah filem yang menggunakan 2 nama sebagai tajuk, 2 watak ini hanya bertemu 3 kali sahaja. Filem ini membincangkan adat pepatih, kahwin lambat, teroris dan imigresen. Kebanyakan benda dijalani dengan tenang. Tiada penolakan atau dramatik keterlaluan kecuali watak pak cik imigresen yang sedikit menaikkan darah. 

Eh aku tak ceritakan sinopsis Liam dan Laila ni! Haha, Google lah! 

Sebelum aku akhiri e-mel aku ni, aku cakap mengenai trailer yang aku tonton minggu ini. Trailer filem The Hustle lakonan Anne Hathaway dan Rebel Wilson macam menarik! Teaser filem Wira juga nampak convincing. Ada Dain Said woah! 

Sampai berjumpa di filem-filem yang lain!


P/s: While writing this, I'm waiting for my gate to Banda Aceh open! 


---


From: Siti Amanda
Date: Jul 18, 2019, 11:47 AM
Subject: Cringe! Cringe! You’ve got a mail!
To: Aimi Rosli  


Hello Aimi!

Cuaca hari ni baikkan? Diharap begitu juga dengan mood kau.

Agak sukar aku mencari e-mail kau. Rupa-rupanya ia terletak di tangga yang ke-87 dalam carta inbox aku. E-mail kau bertarikh 1 May dan aku hanya balas ia sekarang pada tarikh 18 Julai. Mujurlah masih dalam tahun yang sama.

Semalam aku berkesempatan menonton Dilan 1991. Tidaklah aku memberi sebarang sangkaan baik atau tinggi terhadap filem ini. Mood aku betul-betul santai ketika masuk ke dalam panggung dengan tujuan sekadar berhibur. Namun pick-up line pertama telah mendorong aku untuk secara harfiahnya mengangkat jari tengah berganda setiap kali muka Dilan terpampang di layar. Bukan sahaja pick-up line, lawak-lawak bodohnya juga mencabar keimananku. 

Aku tidak sempat menonton Dilan 1990 sebelum ini dan aku tidak bercadang untuk menontonnya. Aku rasa tidak menjadi masalah bagi mereka yang belum menonton Dilan 1990, untuk menonton Dilan 1991 ini kerana tidak ada benda yang penting pun untuk kau hadam. 

Setelah menarik-hembus nafas bertenang, aku mengeluarkan 3 perkara yang akan aku maki secara berhemah iaitu: Sekolah, Keluarga Dilan dan Keluarga Milea.

Sekolah
  • Engkau cuba bayangkan. Letak diri kau sebagai salah seorang pelajar sekolah ni. Kau nampak ada satu pasangan bercinta teruk. Pakwe dia dah kena buang sekolah. Tapi masih pakai uniform sekolah dan hantar si makwe pergi sekolah. Di mana letaknya kerasionalan moraliti dalam situasi ini, anak-anak. Okay mungkin dia tak bagitahu mak dia yang dia kena buang sekolah. Tapi tidak ya. Mak dia sangatlah santai dan relax je anak dia kena buang sekolah. Dilan ni bukan sahaja kena buang sekolah. Malah dia kena tahan polis sebab bergaduh, dan bawa pistol. Aku tengok mak dia masih bertenang tapi yang gelabah nya si Milea ni macam Instagram down. 
  • Ada pulak kes cikgu mengorat pelajar yang pada aku tak berkait langsung dengan cerita ni seperti letak pickles dalam Subway sandwich.
  • Bila Dilan dah kena buang sekolah, dia datang bilik guru dan minta maaf atas kesalahan dia selama ni dan cikgu-cikgu dia semuanya bengong. Si Milea kebetulan boleh turut sama masuk ke bilik guru dan berdiri sebelah Dilan melendat (berkepit).
  • Dilan dah masuk sekolah lain. Tapi dia boleh datang naik motor ke sekolah lama dia semata-mata nak jumpa si Milea. Dilan ni budak paling bermasalah sekali. Milea, aku faham taste kau bad boy tapi Dilan ni bukan bad boy tapi sewel.


Keluarga Dilan
  • Keluarga dia ramai ada kakak, adik perempuan, abang, bapak tapi ramai yang tak function. Haha. Dilan ada mak, okay most of the time dalam filem ni, mak dia lah paling banyak keluar compare dengan family members dia yang lain. 


Keluarga Milea
  • Melalui keluarganya si Milea, filem ni cuba untuk tonjolkan yang keluarga si Milea ni merupakan keluarga paling sempurna ada anak-anak yang baik, ibu bapa yang super chill tidak marah-marah tidak menghukum tapi bagi aku ni plastik. Jika dicampak ke laut menjadi makanan ikan dan kura-kura.


Secara keseluruhan, filem ini teramatlah cringe. Cringe dalam bahasa melayu setelah di google adalah; MENGEKOT. Ya, hampir sepanjang filem ini aku mengekot dan mengangkat jari tengah setiap kali watak Dilan muncul di layar. 

So filem ni tak happy ending pun. Milea dan Dilan berpisah secara samar-samar (seperti cinta monyet kau) dan 7 tahun kemudian mereka bertemu di sebuah kantor (pejabat) yang mana Dilan merupakan anak magang (pelajar praktikal). Sebelum aku lega, hujung sekali dia keluar teks:

"nantikan sambungan di filem MILEA..."

Mengekot yang tiada akhirnya...



Okay Aimi hope to hear from you soon! Hikhik.


---


From: Aimi Rosli
Date: July 21, 2019, 12:38 AM
Subject: Teenage heartbreak, it's a classic mistake
To: Siti Amanda


Hi Manda! Glad to hear from you.


Sebelum pergi lebih jauh ingin kunyatakan bahawa tajuk e-mel kali ini, aku gunakan lirik lagu Yuna dari album terbarunya: ROUGE. ROUGE adalah mood muzik aku sekarang. Sehingga aku berfikir yang subject #EhhEmel kali ini juga aku akan letak salah satu lirik lagu Yuna juga. Yang mana? Kau kena teka.

Top 3 ROUGE pilihan aku buat masa ini adalah:
1. Amy
2. Teenage Heartbreak
3. Does She
Mungkin berubah-ubah di masa hadapan.

Filem terakhir aku tonton di pawagam adalah Yesterday. Aku akan berikan 3 buah fikiran aku mengenai filem ini:

1. Garapan muzik Yesterday tidak meninggalkan kesan yang mendalam untuk aku. Nyanyian semula dalam filem ini biasa-biasa saja. Bila keluar dari pawagam aku tak ada urgency untuk mencari album soundtracks filem ini dan dengar berulang-ulang kali. Tak sama macam lepas aku habis tengok Across The Universe, aku terus cari I’ve Just Seen A Face versi Jim Sturgess. 
Namun begitu sebagai sebuah filem Yesterday berdiri sendiri dengan imejnya tanpa langsung dibayangi ingatan kepada persembahan filem Across The Universe.
2. Ed Sheeran benar-benar “wujud” dalam filem ini. Wujud di sini bermakna banyak juga babak dia. Nama Ed Sheeran tidak disalahgunakan untuk melariskan movie kemudian muncul di satu babak: “Hey Dude!”.  Malah Ed Sheeran muncul dengan 2 lagu original yang menarik perhatianku. Single ini memang belum dikeluarkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, salah satu darinya telah dinyanyikan live di sebuah konsert. Aku akan tunggu hari di mana dua lagu ini release secara rasmi. Sekarang biarkan dahulu fokus promosi kepada No. 6 Collaborations Project
3. Bukan hanya The Beatles sahaja yang hilang dari ingatan  dunia malah Coca-Cola dan rokok juga! Aku rasa pengetahuan tentang culture apa yang popular pada tahun kegemilangan The Beatles akan membantu penonton untuk dapat lebih joke Yesterday ni. Tapi no pressurelah untuk kau buat research sebelum pergi tengok.

Secara keseluruhannya, Yesterday adalah sebuah cerita yang sedap untuk ditonton pada komputer riba sambil berbalut selimut di atas katil pada malam yang dingin. Pengalaman aku dalam pawagam bersistem bunyi Dolby Atmos paling function ketika babak crowd bersorak semasa Jack Malik ingin menyanyi atas bumbung hotel. Masa tu rasa macam crowd tu semua sebelah kita. Filem ini secara halus dan tidak ingin menyampaikan “the world is a better place with The Beatles”. Disebabkan filem ini merupakan filem komedi romantik muzikal, aku nak cerita banyak pun tak sedap juga. Apa aku boleh cakap, apa yang kau tengok dalam trailer tu bukan the whole picture. Ada lagi. Pada aku, persembahan ending untuk filem ini sweet.

Ada satu babak dalam Yesterday yang tak dijangka dan buat aku rasa terharu.

Aku akhiri e-mel ini dengan mengajak kau menonton trailer filem oleh Joko Anwar: Gundala. Dibuka dengan dialog yang menarik. Sesetengah babak dipaparkan tak dapat menghalangku dari mengingati filem The Dark Knight dan The Dark Knight Rises. Contohnya seperti: imej Pengkor (Bront Palarae) seperti Two-Face, pertembungan polis dan rakyat. Seiingat aku kedua-dua filem Batman ini memaparkan babak polis beramai-ramai atas jalan. 

Namun begitu, dari kajian kasar aku menemui bahawa Gundala Putra Petir (1969) berasal dari komik karya HASMI. Komik ini diinspirasikan oleh watak DC: The Flash. Sumber lain pula menyebut inspirasi sebenar adalah dari lagenda Jawa: Kiageng Selo. Haa, ini adalah bahagian di mana kajian mendalam diperlukan.


InsyaAllah, berjumpa kita di e-mel akan datang!

No comments: