Salam Sembang Gebang!
Pelawaan aku untuk episod kali ini disambut baik oleh Farhan Ramli a.k.a Paan walaupun dia mungkin sedang sibuk dengan ruangan barunya #SeminitMasak.
Jemput baca perbualan kami.
P/s: Ingat nak letak hashtag #SeminitBaca tapi aku rasa paling-paling 6 minit kot. Haha!
***
SINOPSIS THE NEGOTIATION: Akibat satu kes rundingan yang tidak berjaya, Inspektor Ha dari pasukan Perundingan Krisis Seoul nekad untuk meletakkan jawatannya. Tiba-tiba Pesuruhanjaya Keselamatan Negara memanggilnya kerana terdapat situasi tebusan rakyat Korea di Bangkok. Salah seorang yang dijadikan tebusan adalah ketuanya, Kapten Jung.
Inspektor Ha kini perlu berhadapan dengan Min Tae-gu untuk mengetahui tuntutan dan motif sebenarnya di sebalik situasi ini.
***
Sesi 1: Aimi ➡ Paan
AIMI: The Negotiation adalah sebuah filem yang ...
PAAN: The Negotiation adalah sebuah filem yang menyeronokkan bagi orang yang nak tengok pihak atasan atau orang yang mempunyai autoriti tinggi dimalukan dan dikenakan cukup-cukup atas jenayah yang mereka lakukan selama ini yang boleh disembunyikan dan terdiam begitu sahaja kerana ada kuasa.
AIMI: Apa faktor anda menonton filem ini?
PAAN: Well, kau kenal aku kan. Aku memang minat filem Korea. Actually dah lama nak tengok tapi tak berkesempatan. Sejujurnya, aku dapat tengok akhirnya, kebetulan Astro bagi saluran percuma sementara dan cerita ini ada ditayangkan.
AIMI: Kongsikan pendapat anda mengenai watak Min Tae-gu.
PAAN: Aku suka giler kat watak Min Tae-gu. Bukan sebab dia jahat, berkarisma atau cool giler dia jadi jahat. Tapi aku suka villain yang mempunyai motif yang besar dan jelas kenapa dia membuat sesuatu perkara jahat. Kalau perasan motifnya sangat jelas dan sedikit pun tak lari dari awal sampai habis.
AIMI: Adakah dapat meneka situasi sebenar yang perlu ditangani oleh Inspektor Ha dengan mudah?
PAAN: Percayalah kalau korang selalu tengok filem Korea, a minute after you saw watak orang berjawatan tinggi kau boleh agak. Haha. Tapi tak adalah sederap terus dapat tangkap the whole situation tapi itulah yang bagus pasal filem ini, kau akan dapat maklumat sedikit demi sedikit dalam kadar yang bersesuaian dari awal sehingga habis filem.
AIMI: Perkara yang anda suka/tidak suka mengenai filem ini.
PAAN: Jujurnya aku suka keseluruhan filem ini. Walaupun nampak macam cerita berat tapi kadar beratnya tidak terlalu membebankan semasa menonton. Dan aku antara orang dalam jawapan yang aku beri di soalan nombor 1.
Sesi 2: Paan ➡ Aimi
PAAN: Kalau kau perasan Ha Chae Yoon dalam filem ini rundingan dia bersama penjenayah tak pernah berjaya sedangkan kita diberitahu dia seorang perunding yang mahir. Kau rasa kenapa begitu?
AIMI: Sebenarnya, semua orang nampak potensi Inspektor Ha. Namun disebabkan Inspektor Ha menjadi boneka dalam permainan orang atasan, dia gagal untuk menjadikan situasi itu berpihak padanya walaupun telah membuat tindakan yang betul.
Sebab itu mereka sering berkata pada Inspektor Ha, "jangan resah, awak telah buat dengan baik".
PAAN: Kau rasa Son Ye Jin cantik tak? Hihi. Dia sesuai ke bawa watak Ha Chae Yoon?
AIMI: Masa awal aku tengok trailer, okay je. Aku pun tak pernah ke Korea jadi tak tahu stereotaip rupa polis atau rakyat Korea sangat.
Ketika pembukaan cerita, saat dia turun dari kereta ... aku mula berfikir, "Eh ini ke watak utama? Lawanya polis!"
Tapi babak pertemuan awal dia dengan Min Tae-gu, Min kata, "Orang selalu kata awak ini cantik orangnya tetapi pada saya awak biasa-biasa saja."
Sesuailah orang lawa dipilih untuk karakter Inspektor Ha ini.
Sebenarnya, kalau tengok ekstra perempuan dalam bilik operasi tu semua pun lawa.
PAAN: Watak yang kau paling suka dalam filem ini. Kenapa?
AIMI: Selain dua watak utama aku memilih - Superintenden Ahn-Hyuk-su. Walaupun pada awal filem kebolehan kepolisiannya nampak diragui tetapi setelah cerita berjalan wataknya mula berfungsi. Tiada lawak slapstick atau aksi huru-hara yang membuang masa.
Tidaklah jawatan "superintenden" itu menjadi sesuatu yang sia.
PAAN: Pendapat kau, kenapa banyak filem Korea yang bertema "against their governments"?
AIMI: Wah aku tak pasti pula mengenai hal ini. Sebab kalau berdasarkan beberapa kerat filem Korea yang aku tonton sebelum ini, aku rasa mereka mengangkat tema nasonalisme.
Mungkin berkait dengan situasi politik dan undang-undang negara mereka.
PAAN: Kalau suatu masa nanti penggiat filem tempatan mengangkat tema sedemikian dan kita sebagai penonton dilambakkan dengan filem-filem sebegini, apa kau rasa?
AIMI: Bagus sebab selalunya filem mahupun apa-apa isu yang diangkat ke medium video atau gambar akan lebih cepat mendapat perhatian.
Aku berpendapat kadang-kadang bukanlah orang malas membaca atau ignorance terhadap sesuatu perkara tetapi mereka tidak terdedah mengenai sesuatu hal itu. Jadi, dia tak ada tempat untuk bermula.
Dari pendedahan topik begini melalui filem dapatlah budaya membaca, menulis, perbincangan mahupun wacana boleh diperkembangkan lagi. Melahirkan masyarakat yang cakna isu semasa dan berfikir gituh.
Contohnya: Bila ada filem menyebut "Dari Kisah Benar" - pengkritik filem akan memberikan pandangannya, orang akan mencari kisah benar tersebut, fakta atau auta, undang-undang di sebalik kejadian, pelbagai artikel akan ditulis, thread Twitter dll. Mewujudkan perbincangan dalam masyarakat.
PAAN: Aku nak suggest satu filem Korea aku baru tonton. Best kelakar - The Dude in Me.
***
Dalam menulis aku rasa aku terlalu banyak sangat nak guna perkataan "namun" dan "tapi/tetapi". Aku perlu cari alternatif baru untuk menyatakan pendapat/ayat aku.
No comments:
Post a Comment