Kita kembali dalam satu lagi episod baharu. Woohoo!
Dalam episod lalu, kita telah pun cari tahu mengenai web series Rumah Sakit bersama pengarah dan penulis skripnya, Ezham Mohd Noh (Ejam). Kali ini aku berpeluang untuk menemubual ringkas 3 orang dari ahli produksi yang terlibat.
Mereka ialah Amirul Mohd Zaid/Kocak (Pengurus Produksi dan Pengarah Seni), Siti Amanda (Pencipta Lagu Opening Montage) dan Iki Ali (Pembikin Sari Kata).
Mereka ialah Amirul Mohd Zaid/Kocak (Pengurus Produksi dan Pengarah Seni), Siti Amanda (Pencipta Lagu Opening Montage) dan Iki Ali (Pembikin Sari Kata).
Setiap individu mewakili satu kategori dari pre-production, production, and post-production. Really exciting how everyone coming together for this project. Jom baca!
***
AIMI ROSLI: Terima kasih sudi ditemubual. Kita akan mulakan dengan semua orang akan dapat 2 soalan sama lepas tu kita bergerak kepada bidang kerja masing-masinglah.
Soalan pertama, bagaimana boleh melibatkan diri dalam projek Rumah Sakit?
Soalan pertama, bagaimana boleh melibatkan diri dalam projek Rumah Sakit?
AMIRUL MOHD ZAID: Aku melibatkan diri dalam projek ni sebab masa PKP itu hari, Ejam ada datang rumah aku atau aku datang rumah dia. Aku lupa tapi selepas 2, 3 kali berjumpa macam tulah di rumah, Ejam bagitau yang dia ada buat sedikit penulisan skrip. So aku tertarik dengan idea dia dan aku sapot apa yang dia nak buat. Niat aku just nak tolong memandangkan aku ada banyak masa lapang waktu PKP dan selepas PKP.
SITI AMANDA: Aku offer diri lepas nampak Ejam post kat Facebook mencari tukang buat muzik. Dia kata nak bunyi psychedelic. Jadi aku tawarkan diri untuk mencuba. Dia kata okay.
Tak lama tu, dia text;
IKI ALI: Ada satu masa tu, tuan pengarah umumkan dia perlukan komposer lagu pembukaan web series ni, dan dari situ aku tau dia ada projek baharu. Aku ni pun tengah takde job sekarang (kah!), jadi sambil-sambil berehat cari peluang pekerjaan baharu, apa salahnya tolong kawan. Aku suka tolong kawan ni. Hehe.
AIMI ROSLI: Apa keistimewaan Rumah Sakit di mata korang sendiri?
AMIRUL MOHD ZAID: Istimewanya projek ni sebab selepas sekian lama tak bekerjasama dengan kawan-kawan sealiran akhirnya dapat buat sama-sama lagi. Pada aku cerita ni tak delah kitorang nak tunjuk artsy ke apa, Ejam just cuba sampaikan apa yang selalu terjadi dalam rumah sewa. Short and sweet. Plus, kenapa terlalu pendek, maklumlah 1st projek takkan terus letup-letup kan. Sponsor takde. Fully independent. Yang penting projek selesai.
SITI AMANDA: Aku petik kata-kata Jayzuan lah eh ketika ditanya, "wujudkah gelombang anak muda?" -- Mungkin yang ada hanya kentut anak muda. Kentut juga permulaan yang baik sebelum terlaburnya kepuasan dan kenikmatan.
Rumah Sakit ni adalah kentut anak muda. Dia 3 minit je. Special lah tu.
IKI ALI: Istimewanya aku rasa pasal Rumah Sakit ni ialah ini projek suka-suka yang serius. Ada effort, siap dengan animated opening montage, ada lagu original lagi. Kiranya, tak malaslah walaupun simple dan pendek je web series ni. Itu wajib direspek.
***
Pengurus Produksi dan Pengarah Seni
AIMI ROSLI: Boleh terangkan tugasan kau untuk 2 portfolio yang kau pegang dalam pembikinan web series ni?
AMIRUL MOHD ZAID: Asalnya aku pun tak tahu Ejam nak aku buat apa. Aku just tahu aku akan terlibat dengan projek ni. So apa-apa yang Ejam perlukan pertolongan aku akan cuba assist dia. So, 1 hari sebelum shoot Ejam ada call minta tolong set-up bilik dan sediakan persiapan untuk shoot. Berbekalkan pengalaman yang tak seberapa aku cuba selesaikan. Contohnya makan minum yang terlibat (shooting day), set-up bilik dan ambil equipment shooting. Semua tu diselesaikan 1 hari sebelum shooting.
AIMI ROSLI: Macamana pengalaman bekerja dengan Ejam?
AMIRUL MOHD ZAID: Bekerja dengan Ejam agak selesa sebab dia tak mengamalkan prinsip diktator. Dia seorang yang boleh dengar pendapat dan cuba untuk cooperate dengan pendapat kitorang dan dalam masa sama dia dapat sampaikan apa yang dia nak sampaikan kat peminat dia.
***
Pencipta Lagu Opening Montage
AIMI ROSLI: Ok Manda, kau buat muzik ni agak impromptu juga. Jadi, kongsikan proses penciptaan lagu tema untuk Rumah Sakit.
SITI AMANDA: Proses tak lama. Bila Ejam video teaser yang takde bunyi. Aku try jelah tekan Roland Groovebox. Oh ya, aku pinjam Azlan Dawai punya Roland Groovebox.
Ni first time aku usik. Sebelum ni aku tak tahu langsung cara guna.
Jadilah bunyi bising yang sekarang ada kat opening montaj dan intro episod tu.
AIMI ROSLI: Perasaan kau bila nampak lagu tu dah bersatu dengan visual opening title?
SITI AMANDA: Agak wah jugalah. Sebab rasa macam kena juga. Haha.
AIMI ROSLI: Adakah kau akan teruskan eksplorasi dalam muzik pyshchedelic ni atau dah mula dapat invitation untuk muzik short film lain?
SITI AMANDA: Eksplorasi muzik tetap diteruskan macam biasa. Cuma psychedelic tu apa maksudnya aku pun tak faham sebenarnya.
Invitation tu buat masa ni tak ada. Takkan ada kot. Suka-suka je buat bunyi tu. Kalau suruh main balik, boleh. Tapi tekan playback je lah. Nak main live tak lepas. Wkwkwk.
***
Pembikin Sari Kata
AIMI ROSLI: Iki, kau dah banyak pengalaman dalam buat sari kata, jadi untuk web series berdurasi singkat begini berapa lama kau perlukan untuk keseluruhan proses? Kongsilah gerak kerja kau.
IKI ALI: Tugas aku simply translate dan transcribe apa diorang cakap, sebab pengarah kata dia perlukan subtitle dwibahasa (English aku translate, Bahasa Melayu aku transcribe). Dari segi jangka masa nak siapkan, disebabkan ini short content bawah 5 minit, sebenarnya aku boleh settle dalam masa 5-10 minit je. Tapi sebab web series ni multi-platform, lepas tu kena pulak buat subtitle dwibahasa, nak adjust time code lagi dan beberapa faktor lain, nak translate dan transcribe tu tambah tolak darab bahagi boleh jadi 30 minit per episod untuk aku siapkan.
Dari segi tool pulak, aku guna SubtitleEdit, my trusted free and open-source tool sejak entah bila (kebetulan iFlix pun guna tool yang sama). Bagi menyenangkan kerja buat subtitle ni, paling penting jaga audio level masa shooting dan editing; pastikan dialog kena jelas. Kalau tak, jenuhlah nak mendengar betul-betul weh. Kesianlah kat aku.
Dari segi tool pulak, aku guna SubtitleEdit, my trusted free and open-source tool sejak entah bila (kebetulan iFlix pun guna tool yang sama). Bagi menyenangkan kerja buat subtitle ni, paling penting jaga audio level masa shooting dan editing; pastikan dialog kena jelas. Kalau tak, jenuhlah nak mendengar betul-betul weh. Kesianlah kat aku.
Lepas tu, masa nak aku buat subtitle, tolong bekalkan skrip sekali, just in case audio video preview tu macam haram kualitinya.
Ni aku kongsikan screenshot workflow aku:
***
AIMI ROSLI: Kita telah pun sampai ke penghujung episod. Untuk mengakhiri episod ini, bolehlah korang jemput semua tengok Rumah Sakit.
AMIRUL MOHD ZAID: Ucapan aku cliche je, aku mintak korang sapot je apa kitorang buat ni. Benda collective macam ni perlukan sapot dari kengkawan. Just enjoy the series. Lagi 1 korang takkan sakit kepala rasa penat ke apa lepas tengok series ni sebab cerita ni tak buat korang sakit kepala pon. Korang tengok drama petang sakit mata sakit hati nengok kan. Layanlah kitorang ni 3 minit je masa korang terbuang. Sekian terima kasih kawan-kawan dan peminat. Hahaha!
Terima kasih!
SITI AMANDA: Rumah Sakit ni ada 10 episod. 3 minit lepas tengok berita tu layanlah.
IKI ALI: Nak content short form yang tak rumit dan senang nak relate? Tontonlah Rumah Sakit di saluran YouTube My Dealer setiap hari Jumaat, ya!
***
Web series Rumah Sakit yang kini memasuki episod kelima boleh ditonton setiap Jumaat mulai 9.00 malam di Youtube atau pada hari Ahad jam 9.00 malam di Facebook.
Apa pula yang akan dibincangkan dalam episod Sembang Gebang akan datang? Sama-sama nantikan!
No comments:
Post a Comment