Salam Sembang Gebang!
Seperti dijanjikan ada episod baharu yang menanti semua para pembaca.
Sebenarnya, Ezham Mohd Noh tidak asing dalam Sembang Gebang. Dia pernah muncul dalam beberapa episod Sembang Gebang sebelum ini: Sembang Gebang Reunion Raya, Sembang Gebang 2019: Episod Akhir, Pengulas Filem = Penyelamat Duit Masyarakat? dengan nama Muhamad Ezham.
Episod Sembang Gebang sebelum ini sifatnya lebih kepada berbincang mengenai filem yang telah kami (aku dan tetamu) tonton. Ada juga episod santai yang membicarakan isu berkaitan seperti pengulas filem dan pawagam. Kali ini, kita akan bersembang mengenai web series yang telah ditulis dan diarahkan oleh Ezham Mohd Noh. Jadi perbualan lebih terarah ke proses pembikinan.
Untuk web series ini, aku buat dua interview; (1) bersama pengarah dan penulis, (2) bersama rakan produksi. Masa nak publish, aku keliru nak publish mana dulu. Nak guna konsep "give a good introduction" atau "save the best for last" (tapi 2-2 interview pun best). Jadi, interview mana patut dipublish dulu?
Setelah aku timbang tara, peribahasa "tak kenal maka tak cinta" adalah jawapannya. Elok jika kita berkenalan dari mana idea web series ini bermula.
Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh menyelami buah fikiran di balik web series Rumah Sakit ini!
***
AIMI ROSLI: Ceritakan serba sikit idea di sebalik Rumah Sakit dan sinopsisnya.
EZHAM MOHD NOH: Rumah Sakit ni kalau boleh aku label, sebuah web series pendek yang gila syok sendiri. Bercerita tentang sebuah rumah dan beberapa orang penghuni. Penghuninya pula ada macam-macam jenis penyakit, fizikal dan mental. Idea ni, sebenarnya 5 tahun dulu aku pernah bagitahu budak rumah aku tentang nak visualkan kisah rumah sewa aku waktu tu. Masa tu borak sambil berkhayal je lah. Dipendekkan cerita, Waktu awal PKP hari tu, selain berkawan dengan kucing aku ada menulis sedikit. Antaranya, benda fucked up dan kelakar yang pernah berlaku di rumah sewa aku dulu. Mungkin bagi orang lain benda ni tak kelakar tapi bagi aku bukan saja kelakar, malah sweet! Idea aku ni aku ceritakan ke beberapa orang kawan. Mereka meyakinkan aku, yang benda ni boleh je jadi kalau aku buat dan tak banyak borak. Jadi, aku pun kurangkan berborak dan mula bekerja.
AIMI ROSLI: Macamana rasanya duduk di kerusi pengarah?
EZHAM MOHD NOH: Sebenarnya, benda ni fun project. Jadinya aku have fun je waktu berkerja. Anyway, selain menulis aku juga adalah camera operator yang merakam visual dalam web series ni.
AIMI ROSLI: Adakah keseluruhan 10 episod web series Rumah Sakit ini sudah siap sepenuhnya dan hanya menanti hari untuk dimuat naik sahaja?
EZHAM MOHD NOH: Tak juga, footage je yang dah rakam 10 episod dan semua dah kami potong di timeline editing. Cuma tak diexport semua sekali sebab kalau ada pertambahan tiba-tiba senang nak buat kerja. Biasanya last proses sebelum upload aku akan minta Iki buat subtitle.
AIMI ROSLI: Siapa antara yang terawal kau approach untuk visualkan penulisan kau ni? Masa tu kau bawa skrip 10 episod yang dah siap ke?
EZHAM MOHD NOH: Entah aku tak sure, aku rasa budak rumah aku sekarang. Lepas tu baru aku bagitahu yang lain. Waktu tu, tulisan tu belum jadi skrip. Aku conteng buku nota aku je. Aku mula kerja dengan pilih beberapa cerita yang aku rasa aku mampu laksanakan tanpa duit. Seterusnya, barulah aku mulakan proses penulisan skrip.
AIMI ROSLI: Bagaimana proses penggambaran web series ini dijalankan?
EZHAM MOHD NOH: Kalau proses produksi atau penggambaran series ni aku apply benda sama je macam apa yang aku belajar di sekolah dulu. Basic film production, aku mulakan dengan pre-production, production dan diselesaikan dengan post-production. Aku mula pre-production dengan pilih pelakon dulu, kemudian baru aku tulis skrip. Anyway, pelakon aku Kaitiu, Danni dengan Fathi ni antara orang yang pernah bersama aku tinggal di rumah sakit ni. That’s why aku suruh diorang guna nama dan perwatakan mereka sendiri. Mudah untuk aku dan juga mudah untuk diorang. Tak perlu terlalu berlakon sangat, berlakon bila perlu je. Production pun kami jalankan secara kecil-kecilan di tempat tinggal aku je, di AU5. Post-production, pun berjalan di rumah je.
AIMI ROSLI: Apa perkara yang kau belajar dalam proses menyiapkan web series Rumah Sakit ni?
EZHAM MOHD NOH: Idea kalau disimpan tak guna sebab last sekali aku lupa. Jadi kalau ada idea tu eloklah direalisasikan, tak boleh besar mula dengan kecil. Siapa tahu benda aku buat ni 5 tahun lagi ke Channel MTV? Perkara paling besar yang aku belajar adalah jangan banyak borak. Kalau nak buat, buat je!
AIMI ROSLI: Adakah semua visual jadi seperti yang kau bayangkan ketika menulis atau lebih baik?
EZHAM MOHD NOH: Tipulah kalau aku cakap aku capai semua visi aku. Tapi tak juga aku kata hasilnya teruk. Okaylah, power lah sikit dari budak diploma ITM.
AIMI ROSLI: Apa perasaan kau selepas upload Episod 1 web series ini di Youtube?
EZHAM MOHD NOH: Entah, kalau nak takut pun takut orang tak layan. Dah lah benda percuma lepas tu orang tak layan. Loser gila! Mujur ada kawan-kawan yang tonton. Tak adalah loser sangat.
AIMI ROSLI: Kongsilah sikit asal nama Dealer My dan perancangan lanjut channel ini.
EZHAM MOHD NOH: Sebenarnya, aku tak ada plan jauh Dealer ni. Settlekan yang ni dulu lepas tu tengoklah macam mana jadinya. Anyway, nama page ni Dealer. Tapi disebabkan Google minta last name aku letaklah My. Represent Malaysia katanya! Aku pilih nama dealer sebab dia ada semangat keusahawanan.
AIMI ROSLI: Okay, dipersilakan promosi Rumah Sakit atau nak tujukan ucapan Terima Kasih dan sebagainya
EZHAM MOHD NOH: Rumah Sakit ni kami upload Jumaat jam 9 malam di Youtube, hari Ahad kami akan upload ke Facebook. Youtube, Facebook dan Instagram kami: DealerMy. Buat semua yang terlibat, terima kasih semua! Moga kita berjaya. Alang-alang, izinkan aku namedrop semua yang terlibat. Terima kasih buat Kaitiu, Danny dan Fathi sebab sudi berlakon tanpa bayaran. Reban, Jaa dan Rico Leong terima kasih sebab bagi pinjam equipment dan artwork untuk art direction. Selain itu, terima kasih Kocak sebab tolong aku set up dan terima kasih juga Durra keluar duit untuk makan di hari kejadian. Tak lupa Amanda untuk muzik, Bronan untuk kerja teknikal dan juga lukisan yang diigrafikkan oleh Nas seterusnya diselesaikan Rik menggunakan komputer dua monitornya. Anyway, terima kasih Iki untuk subtitle.
***
Malam ini jam 9 episod baru web series Rumah Sakit akan dimuat naik ke Youtube DealerMy. Jangan ketinggalan!
Minggu depan kita berkenalan dengan lagi 3 individu di balik pembikinan web series Rumah Sakit ini. Jeng jeng jeng.
No comments:
Post a Comment