4/17/14

Kembara di Pangkor

Song Played: Nuri - Ella

Ada sebab kenapa tajuk cerita ini Kembara di Pangkor. Satu; kerana kami telah mengembara ke Pangkor. Dua; kami meronda di Pangkor naik kereta Kembara.


"Bang, kat sini ada ATM ke?"

"Amboi, hang ingat Pangkor ni sengkek sangat ka ... Kat jeti tuh. Bank apa nak, semua ada," Abang Bot dengan nada bergurau.

"Kehh, tanya je. Manalah kami nak tau."

Itulah permulaan kepada jemputan makan malam di kedai Abang Yaya untuk kami berempat. Jemputan itu beserta dengan tawaran meronda Pulau Pangkor menaiki kereta. Adalah kelebihan untuk mempunyai skil membawa motorsikal kerana sewaan basikal sudah tidak berapa ada di Teluk Nipah dan jika ada, 'the shop is over the hill' (kami tanya pelancong mat salleh). Kalau naik van ke jeti, mau kena RM 15 (untuk 4 orang). Selepas bertanya pada pak cik van, untuk meronda satu Pangkor, bayaran yang dikenakan RM 30. Nak berjalan kaki bolehlah tapi ... Ok, aku tak rasa kau mahu berjalan. Aku masih ingat kenangan berjalan bersama kawan-kawan kelas dan ahli kelab dari Teluk Nipah menuju Dewan Arena. Mestilah terpahat, begitu banyak gambar sepanjang jalan terutamanya di batu penanda Pasir Bogak. Tiba-tiba hujan turun. Berlari juga cari tempat berteduh


Pulang dari menyaksikan matahari jatuh, langit jingga dan berayun di buaian pantai, kami solat dan berehat seketika di bilik. Perjanjian tidak rasmi yang dibuat adalah kawan Abang Yaya akan ambil kami di resort kami malam ini.


"Hello, abang dah kat luar resort naik kereta Kembara," itulah tekaan aku akan butir bicara Abang Kembara kepada Nana di dalam telefon.

Kami pun berjalan menuju keluar resort, haa, kereta dia memang betul-betul depan pintu resort. Selaku pelajar Perhubungan Awam yang cemerlang, Nana duduk di kerusi hadapan. Manakala aku, Linda dan Diah di kerusi belakang.

"Panas ke?" Abang Kembara memulakan ice breaking.

Aku rasa biasa-biasa sahaja.

Aku dengar Diah jawab "Ok je."

"Maaflah, air cond ni, tak tau macamana, keluar angin ja."

"Bukalah tingkap, Bang," Diah mencadang.

"Uiii, tak boleh! Bawa turun nanti, tingkap dia tak boleh naik dah."

"Oh, ok."

Perbualan seterusnya diteruskan oleh Nana. Dia memang ramah, aku dapat rasakan bila aku jadi pelakon terkenal nanti aku nak Nana jadi PR aku. Ok, tak. Cita-cita aku bukan pelakon. Sesekali dicelah Diah dan Linda. Aku tak berapa berbunyi. Sambil-sambil tengok phone yang baru dapat line internet, aku banyak tengok keluar tingkap sahaja. Selepas 15 minit melalui bandar dan beberapa buah rumah, kami pun sampai ke Teluk Kecil.

Kedai makan separa rumah kayu dan separa batu bercat merah, berlogo Arsenal dengan TV LCD terpasang siaran bola Pahang menentang ahhh, aku tak tahu team apa! Kedai itulah tersergam di depan mata. Bahagian yang separa kayu itu adalah rumah Abang Yaya. Dekat sini, ada satu nilai kau boleh ambil; kita kena pandai ambil peluang. Abang Yaya ada bisnes bot dan kedai makan (walaupun nama kedai makan tu Kedai Abang Deen), resort yang kami bermalam tu rupanya di sebelahnya resort kakak Abang Yaya.

Seketika duduk di situ terasa seperti di dalam sebuah drama yang menonjolkan masyarakat aman-damai sentosa. Bayangkan, di dinding tertampal manila card 'Rombongan menonton JDT vs Perak di Lumut', pak cik-pak cik datang mengopi lepas pulang dari surau, pak cik-pak cik bawa roti sendiri cuma air dipesan di kedai, kanak-kanak bermain basikal. Di hadapan kedai terdapat sebuah dewan. Dewan itu kelihatan meriah sebab esoknya ada YB nak datang. Ada latihan persembahan. Ada juga jualan. Linda sesekali terintai-intai jubah/dress yang tergantung untuk jualan itu. Aku bayangkan ada kompang. Kalau ada kompang lengkaplah imej desa permai yang aku gambarkan.

Abang Yaya sebenarnya, ajak ke situ untuk makan Mee Udang. Tapi kelaparan telah mengakibatkan aku order Nasi Goreng Udang. Jadi, kami semua mencicip kuah Mee Udang yang dipesan Linda. Sedap juga! Kami tak boleh lama-lama di kedai Abang Yaya sebab Abang Kembara tak join kami makan. Jadi, kami rasa bersalah. Paling banyak ulang rasa bersalah, rasanya Diah. Maklumlah, esok pukul 8 mereka sudah mahu ke pantai.

"Abang asal tak join sekali tadi ktorang makan?" soal Diah.

"Tak pa lahhh, dah biasa lepak sini. Sini memang selalu kalau orang lepaih habis kerja ka lepas bawa van orang lepak."

Abang Kembara nampak dah sedia nak memandu Kembara. "Abang dah tau dah pasaipa air-cond tak ada tadi. Lupa tekan button ni, patutlah!" Abang Kembara sedikit teruja, kereta menjadi lebih sejuk.

"Oh, tulahh. Saya nak tanya tadi tapi takut kereta ni macam lain sikit ke apa," balas Nana.

Tiba-tiba terimbau, perjalanan datang ke kedai makan tadi. Kami melalui beberapa bangunan baru yang bertingkat-tingkat "Haa, ni semua balai polis, tempat JPJ baru buat nih. Sapa-sapa takdak lesen pasni pandai-pandai depa lah," ujar Abang Kembara. Kehh, Abang ni betul ke dah ada lesen *jahat! jahat! jahat!*. Aku perlukan Diah dan Nana untuk ulas hal ni lebih lagi. Aku pun bukan tahu memandu.

Bertemankan playlist lagu-lagu rock nasihat Abang Kembara, kami pun tiba di Kota Belanda. Siapa sangka di kawasan rumah-rumah orang ada tempat bersejarah. Sempat jugalah bergambar dalam lingkungan 10 keping gambar. Rondaan Pangkor diteruskan. Sebelum pulang, "Bang, ATM kat sini kat mana haa?"

"Oh, kat pekan. Kejap lagi kita lalu. Tapi bukan apalah selalu kalau hujung minggu ni, ATM suka habis duit. Tak pa, kita cuba dulu,"  Abang Kembara memberi harapan.

Dan tibalah kami di hadapan barisan kedai yang menyediakan pelbagai ATM.


Tapi keesokan paginya tu, kami pergi snorkeling naik bot Abang Yaya free



Jadi, ke mana pula kita lepas ni?


3/19/14

Dalam Perjalanan

Now Playing: Apa Khabar - Joe Flizzow ft SoneOne


Kami masih lagi berada di kedudukan di mana ada abang-abang dan kakak-kakak yang perlu kahwin dulu. Sungguh pun ada di antara rakan-rakan batch zaman diploma yang sudah berkahwin tapi kelas kami masih steady hidup bujang. Namun semasa pos ini ditulis, kawan kami, Yana telah pun selamat bertunang. Tahniah!

Setelah satu percaturan dibuat, aku, Manda, Shah dan Ag pun berangkat menuju ke kenduri kahwin kakak Diah. Pastilah Ag membawa Jee bersama. Aku sudah tidak ingat bila kali terakhir kami semua lepak bersama dalam jangka masa yang panjang. Ada lah sekali dua bertemu di kedai makan sekejap-sekejap. Lepak berbual di kedai tidak cukup panjang kerana semasa diploma dulu hampir setiap hari masa dihabiskan bersama. Dari kelas, kemudian lepak di gazebo untuk buat keputusan, kemudian ke diningsambung lagi kelas, gazebo, kandang, balik bilik, buat assignment, mesej-mesej bertanya assignments sesama sendiri.

Jadi, wajarlah perbualan di dalam kereta itu berkisar tentang hal-hal 'Weh, kau suka dia ke? Dia baik kot dengan kau, korang boleh kahwin', 'So, macamana life sebagai pemimpin pelajar sekarang?', 'How's the script that you've been working on?', 'Macamana kau boleh decide nak kerja sambil belajar? Gilalah!' tapi above all 'Weh! Weh! Lagu Gadis Jolobu ni! Diam, diam. Dengar aku rap.' Untuk petang itu sahaja, 3kali kami dengar lagu itu disiarkan.

Kami sampai agak lewat di majlis itu. Lewat sehingga Paan dan Ejam terpaksa pulang sebelum sempat berbual panjang. Jadi, penghujung hari kami boleh bergambar di atas pelamin sambil menggunakan semua perhiasan atas pelamin itu sebagai props. Ah, Shah dan Ag yang paksa! Kami berhenti bila Manda kata "Eh, kita dah macam budak-budak ni tahu tak?!" sambil menunjuk ke arah dua kanak-kanak yang sedang bermain kejar-kejar di atas pelamin.

Perjalanan pulang dilatari dengan pemandangan damai walaupun jerebu dengan pergerakan lancar di atas jalanraya selepas beberapa siri terlepas simpang dan ragu-ragu melalui jalan yang betul. Ahhhh, hidup memang macam tu, selalu dalam ketidakpastian dan persoalan. Raikanlah bila kita bertemu dengan kawan-kawan yang ada menghadirkan senyuman di dalam perjalanan kita.




Ok, aku ada proposal dan surat sponsor nak ditulis ni. 

1/29/14

2014: Semoga lebih produktif!

Now Playing: Tanya Sama Itu Hud Hud - Salam Musik.



Maaf dah lama tak menulis. Rasa janggal pula. Bagaimanapun, salam 2014 diucapkan!

Sejak akhir-akhir ni aku dah kurang menulis. Lagi-lagi perkara santai dan fiksyen. Kebanyakkan yang aku tulis ada tugasan berdasarkan fakta dan research paper, research, research. Aku dengar semester depan akan ada subjek untuk menulis fiksyen kemudian siapkan layout, cover dan design keseluruhan buku tu sekali. Debar jugak!

Apa pun, itulah yang aku buat sekarang: design on photoshop, design on flash, design on indesign. Tapi kadang-kadang bila orang tanya 'Eh, macamana nak buat effect blablabla?', ada saja yang aku tak tahu nak jawab. Tahun lepas aku ada melawat satu syarikat penerbitan buku, masa tu aku rasa tertarik betul tengok kerja illustrator dan graphic design. Dia lukis, dia colour. Haa, yang ini aku tak reti buat. Jangan kata yang itu, yang Pencil Tools dekat tiga jenis adobe yang aku guna tadi pun, tak reti juga ikut cakap aku.

Lain macam pula feeling entri, kah kah kah! Untuk memulakan 2014, yang diharapkan menjadi lebih produktif (bermula dari dalam diri), aku akan buat tutorial sesuatu yang mudah dilakukan. Tutorial untuk buat teknik Clipping Mask. Nak tahu apa itu Clipping Mask? Lanjutkan bacaan ke bawah.


Tutorial on How to do Clipping Mask

1. Pilih satu imej.



2. Place lagi satu gambar -- pilih imej yang ingin diklipkan dengan imej yang dipilh tadi. Place di atas imej yang ingin diklip bersama. Macam dalam contoh ni, aku nak letak gambar kartun dalam perkataan 'Productive'.

Dah siap place semua. Right click atas layer gambar kartun tadi. Kemudian, dalam banyak- banyak pilihan yang keluar tu, cari perkataan 'Create Clipping Mask'.




3.  Sebenarnya, sampai step 2 tadi dah kira siap. Tapi untuk cantikkan lagi keadaan boleh right click lagi atas layer yang pertama dan pilih 'Blending Option'. Di situ boleh pilih nak letak shadow, outline dan  lain-lain lagi. Boleh periksa dan explore sendiri, yeah?




4. Siap!




Clipping mask ni kita boleh nampak juga digunakan dalam video Takkan Terpisah - Black, Rescue - Yuna, cover album Definisi - Ali Satar. Masa aku baru discover nak buat ni, aku inbox kawan aku cepat-cepat bersertakan kata-kata 'Oi, tengah trend ni sekarang!'.


Macamana nak buat clipping mask pada gambar? 

Cara yang sama macam tadi. Cuma kali ini mula dengan, crop gambar diri sendiri anda yang digemari. Kemudian, tukar jadi hitam putih dan save as '.png' format. Seterusnya, place gambar yang nak diletakkan dalam diri, right klik atas layer tu then cari create clipping mask. Untuk pilih kepekatan gambar (tak kira gambar yang mana pun), gunakan 'Opacity', 'Fill'.



Taraaaaa! Dah ada gambar style video klip 'Takkan Terpisah'.

 Orait, kawan aku dah sent tiket Candy Crush pada aku nampaknya! Cun sangatlah ni -- All aboard!

11/10/13

Jaga Sedia!

Now Playing: Mimpi - Aisyah Aziz

Ini bukan kali pertama pensyarah menelefon aku. Dua peristiwa panggilan telefon oleh pensyarah zaman diploma dahulu sepatutnya menjadi pengajaran bagi aku. Tapi dalam peringkat pengajian yang sekarang ini, aku dah lama laid back, sekarang aku dah semester 4.

Aku ceritakan dua peristiwa pertama supaya, cerita ketiga ini boleh jadi lebih mencuit hati (kononnya).

1. Kelas 8.30pagi
Kes ini juga memberi pengajaran yang tidur selepas Subuh memang tak elok. Tapi pada masa itu, aku tidur juga. Kelas dan kolej tidak begitu jauh. Aku tak perlukan effort bangun 2 jam lebih awal sebelum kelas macam sekarang. Aku juga tak pernah mengantuk dalam mana-mana kelas. Kelas begitu hampir kerana kau cuma perlu 10 minit untuk datang awal dan 5 minit untuk datang tepat pada masa.

Telefon berdering. Ahh! Aku baru snooze phone, rasanya. Tengok skrin dengan mata yang masih pedih untuk celik. Jam pukul 8. Alamak, sir! Aku duduk dan angkat.

"Hello"

"Hello! Eh, awak tak bangun lagi ke?"

Kelas aku dibatalkan pagi tu.


2. Pemulangan assignment.
Aku tak jadi balik rumah sebab nak kena jumpa pensyarah ini. Esoknya cuti. Aku pun memang tak expect lah dia nak juga pulangkan assignment tu juga. Mula-mula, dia kata nak pulangkan masa petang. Tapi tak sempat, jadi malamlah jawabnya.

Apa entah yang aku sms dia. Tapi rasanya, dia reply 'nanti saya nak sampai, saya call.'

Sebab esoknya cuti, dan roomate aku dah pulang dan sebab yang aku tak ingat, aku bergelap/ Bila bergelap, endingnya aku tidur.

Telefon berdering.

"Hello"

"I'm almost there. Eh, awak dah tidur?"

"Eh, tak lah mana ada," cuba berlagak cool.

Assignment selamat tiba di tangan jam 10.30malam. 


3. Lapar
Aku tak tidur malam sebelumnya. Pagi selepas ayah aku hantar aku ke rumah sewa, barulah aku dapat tidur. Pukul 2petang barulah aku terjaga. Itu pun mata masih pedih, badan masih mahu baring. Tapi aku sangat lapar. Jadi, aku paksa diri aku bangun.

Housemate aku pula dah pesan dalam peti ada kek dan kek cawan. Jadi, aku bangun dan dapatkan kek cawan. Tiba-tiba telefon berdering. Aku lari masuk ke bilik.

"Hello."

"Hello, Aimi. Saya Encik ... Esok ..." dan line mula buat hal

"Oh, esok kelas saya full."

"Eh, apa ni? Esok awak ada kelas dengan saya kan?"

"Eh, sir!" diikuti ketawa kerana malu.

"Awak mamai ke?"

"Eh, mana ada! Saya lapar."

Ini sudah pukul 2, takkanlah nak mengaku aku mamai (lagipun aku dah sedar. siap berjalan pergi ambil cupcake) tapi lepas tu aku tepuk dahi sebab alasan lapar lebih memalukan. Ditambah bila kita boleh dengar pensyarah kita ketawa di hujung talian.

Kelas tak ada dua minggu. 
Selasa ni ada kelas dan aku harap pensyarah ni lupa perbualan ni.



11/5/13

Esok Cuti!

Salam Maal Hijrah 1435H (:

Aku baru buat Bitstrip. 


Lepas tu, aku ajar adik aku. Banyak juga yang dia buat. Salah satu yang aku jumpa:


Tak ada aku punya 'Breakfast in Bed' esok siap!