10/11/18

Experimenting HUJI by Capturing Food In Front of Me

Now Playing: Mudah Saja - Sheila On 7

I just spent 2 hours and got myself frustrated because of the portal where I was supposed to upload my short story keep crashing and not responding. So, I lay down on my bed, scrolling down the timeline/news feed and then look at the photo galleries on my phone. Just trying to get off my mind from thing that just wasted my time.

Then I opened my HUJI album. If you remember, I owned La Sardina (lomo camera), which I've posted few of the result from the camera here: (1), (2). But that was such a long time. I still have the camera but it's been a long time since I bought the film.

So these few months, I saw a lot of photo on Instagram with retro vibes. It kinda reminds me of my lomo cam but different. Later on, I found out that they're using HUJI cam app. I wanted to try but my phone storage is insufficient.

After a few session of transferring photos from phone to laptop, I finally got to download the app before I visit Pulau Kapas, Terengganu. Because the result makes me happy I think I wanna share among the earliest photo I took using the HUJI cam app.


Sata is a must have in Terengganu!


Akok Hijau (I think its pandan).


Bahulu.


More Sata.


My kind of dinner.


I don't know the name.


Yum! Yum!


Cendol near Pasar Payang


Trying HUJI cam indoor + sunlight.
This photo was taken one week after I got back from Pulau Kapas. 
My aunt ordered Jus Alpukat (Avocado). I took a sip. I think its gonna be my new favourite drink.


Trying the HUJI cam indoor. The restaurant used orange bulb.


This was taken last night (outdoor + dim orange light), 
after quite sometime not using this HUJI cam. 
I got a flu. Everytime I got a flu I prefer to have sup ayam / daging as my dinner. 
Telur dadar is a must! But even if I do not have flu, this kind of meal is my favourite.


Take care everyone! See ya later!

8/26/18

Top 5: My Favourite YouTube Channels Right Now

Now Playing: Flop Poppy - Flop Poppy

Hello!

Dalam post lepas aku ada cakap mengenai nak buat Top 3 list buku yang aku nak cadangkan dibaca mengikut publisher tapi yang tu aku hold dulu. Still buat list. Lepas tu confuse, nak Top 5 ke Top 3.

Cuti 5 hari ni, aku baru terperasan kerap jugak telefon aku perlu di-charge. Semua ini sebab melayan Youtube. Youtube sekarang dah makin banyak channel yang menarik. Ramai yang makin confident buat content, edit syantik syantik (haha!). Durasi pun banyak yang 20 minit segala.

Anyway, tolak random videos yang aku buka, ini adalah Top 5 Channel Youtube yang aku subscribe dan memang akan play kalau ada video baru. Aku juga sediakan link video pertama yang aku tengok menyebabkan aku subscribe channel tu:





Aku suka konsep video sekejap-sekejap ni.
1) Ringkas dan padat.
2) Speaker ada pelbagai. Tambahan pula, sesuatu isu tu boleh diulas pelbagai angle. Even kalau ada speaker yang tak setuju dengan video lepas, dorang boleh balas pulak.
3) Random topic. Ada topik yang tak terfikir pun nak Google/baca pun sebelum ni.

Video pertama yang menyebabkan aku klik subscribe adalah: Buku Paling Banyak Diulang Cetak




The first video I saw was actually from the "Recommended" section. It was one of the episode of "Kids Describe to the Illustrator". After that, I clicked on another video. From there, I discover that the channel have more interesting content. My favourite is "Kids Meet". It is informative and at the same time adorable.

The video that make me feel "I must follow this channel!": Kids Meet a Magician! 











One day I was searching for something from Mufti Menk, so, I can listen too while folding my cloths. So, I stumbled upon "Your Lipstick is Too Much" video at the search results. The content is beneficial and the illustration is cute. Then, I saw a video of  "Understand & Memorize Quran Project" at the Up Next section. So I took the time to browse the playlists. I clicked on subscribe after that without hesitation.









Pertama terjumpa video Aida Azlin di FB. Ada yang share video Let's Talk About Rezki di news feed. Kalau kat FB kan, lepas habis satu video, next video akan autoplay, so tengok lagi satu video. Ternyata reflections Aida Azlin penuh aura positif dan motivasi. So, terus suka!

5. Thinker Studios



Discover channel ni melalui Zack Merican. Masa tu Zack Merican ada buat Asking Awkward Questions ft Buruk Cantik. Lepas tu tengok video Motif Viral: Top Vlogger Datang Studio! Kah kah, basically awal-awal ni tengok semua video yang ada Zack Merican lah sebab masa tu tak tahu sangat Thinker Studios. Rasanya hook Thinker Studios memang "Life at Thinker" sebab lepas tengok tu memang rasa tak sabar tunggu episod minggu depan. Sementara menunggu tu sempat pengaruhi kengkawan untuk tengok juga.


Selain 5 di atas dan juga Zack Merican yang aku sebut tadi, aku juga suka tengok video dari DOPStv, Lipstik Maskara (DurianStroberi). Yang paling latest aku discover, Ria SW. Layanzzzz!


Sampai bertemu di hari cuti akan datang!
So, what are your favourite YouTube Channels?

8/16/18

If you're looking for some books to read. Here some suggestions.

Now Playing: Lucky - Aurora

Hi! Long time no see.

Everytime people asked me, "Hey do you still write on your blog?" 
I'll be answering something like, "Yeah. Where else would I write ..." then I laughed awkwardly before continuing with, "Cause you know, even one blog is hard to manage."

As you can see my last post was on March. Oh my!

Anyway, this evening I was craving to eat Ayam Penyet and Kit Kat. So, I randomly got myself to go to Tapak Foodtruck and Giant in Amcorp Mall to buy those. 

After satisfied eating those, I just thought to myself, "Yep! I'm gonna write tonight."

For those who has been following me on Instagram / FB page Zine I-Me ... you might be familiar with my #ProjekReviu. But last month I did something a lil' bit different.

I've become a curator for twt_buku (search for this page on Twitter) for one week (22nd July - 29th July 2018). I got all excited to talk to all the bibliophile / book lovers, so I did some poster to promote my session on IG story.


Other than feeling excited, part of me were also nervous at that time because that account has 19.5 k followers. Some of  'em are writers, people who work in publishing industry, past currators, people who have read a lot of title.

During the session I was required to review 3 books I've read. Apart from that, I was also given the freedom to curate any topic I wanted (book related). So, I came up with a few topics, including zines and magazines. Really warm response I got there. I'm so happy reading the response; some tells story, experiences and many more.

At the end of this post I'll be providing the full list of links to all my topics. So you won't be missed out.

The topics I could came up with at that time,
As refer to the title of this blog post. Here are list of books that I've shared along the session. I have sort it according to the topic I discussed.


I also include the title that I planned to buy in the future:

1. Good Night Stories For Rebel Girls, Timbuktu Labs, 2016 (illustrated by 60 females artists; 100 stories, 100 illustrations)
2. Terdampar, ITBM, 2014
3. The Book of Invisible Questions, Gramedia Pustaka Utama, 2017

and right now the list is growing as I added more title to the list:

4. One Two Jaga: Movie Tie-In, FIXI, 2018
5. Dihantu, FIXI, 2018
6. Hikayat Nabi Yusof, FIXI Retro, 2018
7. Teksi Blues, Studio Anai-anai, 2017.
8. Something written by Syafiq Ghazali
9. Something written by Syamnuriezmil



Well, hope the list help you in choosing your next book to read or even your first!

Apart from that, I also listed the magazines & zines I have in my collection. And just a few days ago, I bought two new zines to be added to my collection:

1. Small Man 7, Mkazizi_Bxm, 2018
2. Tapir Post #3, ZinesbyMari, 2017


 As promise, here are the compilation of the links to the topic discussed during the session:

Part 1 - Book Review


Part 2 - Everyday Topics

7. Zines 

Special for all bibliophile, I also made Story Template for you guys to spread the love of reading and positive vibes on your IG / FB story, WhatsApp status.

1

2

3
Anyway, right now I see that reading scene is growing in Malaysia. We've #MalaysiaMembaca that suggested by our Minister of Education. In the city we've KL Book Exchange, Books On The Move, Buku Jalanan. These are several example. Maybe you can name more.  

Soon, I've a plan to do something like Top 3 of my Favourite Book according to publishers (especially Malaysian publishers). This will requires me to do some sorting and checklist. Hopefully, I can do it quick. 

For now, drop your comment on the title you think I should read, any books that I should try to read from any publisher or Top 3 list of books genre that you want me to write first.  

Till we meet again! Stay awesome!

3/5/18

Dibawa Bayu ke Bawah Bayu 2018 (Bahagian 2)

Lagu Tema: Kasih - Hyperact

Baiklah bersambung dari bahagian yang pertama, aku akan zass terus kisah hari ketiga, keempat dan terakhir di Sabah tanpa membuang masa.

DAY 3  (19/1/2018)

Sebenarnya, ada je aktiviti yang terkenal di Kundasang yang aku, Diah dan Nabil tak buat. Misalnya, pergi ke Luanti Fish Spa mahupun main flying fox di Kundasang Mount Valley Recreation and Resort. Tapi tak apa sebab semua aktiviti yang kami letak dalam top list masih lagi on track.

Pagi di Kiram's Village dimulakan dengan bersarapan nasi goreng dari dapur istimewa kami. Setelah itu baru kami melawan kesejukan untuk mandi dan bersiap.

Rencananya nak berphotoshoot lah. Namun, kami hanya merancang. Hujan turun dengan sangat lebat. Jadi kami photoshoot di dalam rumah.


Kami jadualkan selewatnya jam 12.00 kami perlu bergerak ke KK semula. Kerana perjalanan ke sana memakan masa 2 jam. Di KK kami ingin menuju ke Mari-Mari Cultural Village. Sesi yang kami ingin sertai bermula jam 2.00 petang.  


Kesabaran kami menunggu membuahkan hasil, akhirnya hujan yang lebat tadi bertukar menjadi hujan rintik. Dapatlah kami melihat keindahan Kiram's Village yang tertutup dek gelap malam semalam.


Sekuat mana pun jiwa modelling dalam diri, masa tetap mengejar kami. Kami perlu bergegas menuju ke Mari-Mari Cultural Village (MMCV). Maklumat mengenai harga tiket dan sesi lawatan ada di website MMCV. 


Di MMCV ini pengunjung diperkenalkan kepada 5 etnik di Sabah: Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau, dan Murut.


Dah kira macam pergi beraya haa, melawat satu per satu rumah. Setiap rumah mempunyai keunikan. Di MMCV ni ada tour guide, jadi tour guide akan terangkan semua benda. Apa-apa yang nak tahu, boleh tanya.


Diah dengan Nabil teruja bukan main setiap kali rumah-rumah hidangkan makanan. Tapi yang madu kelulut ni, aku pun teruja. Bukan main lebah kelulut terbang kat kiri kanan lagi haa.


Sikit-sikit makan dekat 5 rumah tu memang ngam lah untuk megalas perut kami yang tak lunch ni. Ending kepada tour ni ada persembahan tarian yang amat mengujakan. Kemudian, ada minum petang.

Selesai acara, kami pun pulang ke apartmen yang kami sewa melalui Air BNB di Bundusan. Kami pulang untuk settle down sebab malam ada acaran makan seafood di Dataran Todak!


Gerai pilihan kami ialah Gerai Santai Haji Manja. Meriah betul suasananya.


Aku simpulkan pilihan masakan kami ni memang tepat. Lagi-lagi Salted Egg Prawns tu. Hoho!



Selesai makan kami tidak terus pulang. Kami berjalan-jalan sebentar di Pasar Malam Kg Air. Setelah itu kami menuju Borenos City Center untuk bertemu Cassy.

Ingat lagi aku cerita di Sabah, kami bertiga ada 2 pembimbing? Miza dan Cassy?

Cassy bantu untuk susun jadual berjalan di Kundasang. Jadi malam ini, kami pergi bertemu dengannya. Kali terakhir jumpa adalah masa kami konvo diploma. Dah 5 tahun lebih rasanya. 


I can't help it, tiang Borenos ni cantik sangat. Aku nak jugak tangkap gambar dan simpan.

Anyway, Borenos ni dorang cakap KFC Sabah.

Memandangkan aku, Diah dan Nabil dah terlajak kenyang untuk makan lagi setelah membelasah seafood tadi. Kami bungkus 9 ketul ayam Borenos untuk pengembaraan esok. 

Bukan apa, ini persiapan kami untuk makan lebih teratur. 


DAY 4  (20/1/2018)

Hari keempat bermula!

Ini antara misi besar kami ke Sabah. Kami mahu menaiki kereta api BEAUFORT-TENOM-BEAUFORT. 

Setelah bertanya-tanya di sini-sana, maklumat yang kami dapat tiket pertama dijual jam 7.00 pagi. Mengikut perkiraan, perjalanan dari KK ke Beaufort juga memakan masa 2 jam. Bermakna kami perlu bertolak jam 5.00 pagi.

Kalau macam tu, bangun mestilah pukul 4.00 pagi.


Aku bangun awal pagi tu. Aku kejutkan semua orang. Sambil aku tunggu mereka bersiap, aku sempat makan seketul ayam Borenos bahagian dada. Memang sedaplah ayam Borenos. Aku harap bisnes mereka melangkah maju dah buka cawangan di NU sentral, KL ni haa.

Naik je kereta, aku terus tertidur. Sedikit pun tidak berbakti terhadap pemanduan yang berjalan di bahagian hadapan. Aku duduk di seat belakang sorang. Ini juga membuktikan aku amat percaya dengan skil dan kemahiran yang dimiliki Nabil dan Diah.  

Tepat pukul 7.00 pagi kami sampai di Stesen Kereta Api Beaufort. Barulah aku buka mata. Selamat pagi Beaufort!


Semasa kami ingin ke Tenom, berlaku sedikit situasi. Dikhabarkan kereta api dari Tenom rosak. Tidak tahu akan sampai pukul berapa. Kalau mahu juga naik kereta api, bolehlah naik sampai ke Halogilat.

Turut bersama kami ketika itu warga setempat yang mahu meneruskan aktiviti harian, pengunjung yang ingin bermain water rafting di Pangi dan selebihnya pelancong yang ingin ke Tenom seperti kami.

Kami akhirnya memilih untuk pergi sahaja ke Halogilat, untuk pengalaman menaiki kereta api. Yelaa, bekal Borenos pun dah bawa. Drive pun dah 2 jam. Takkan nak terus balik.


Dalam sejam lebih kami tiba di Halogilat. 


Berita baik di Halogilat, kami boleh membeli tiket dah ke Tenom!


Di Halogilat kami tukar kereta api. Dua-dua design pun aku suka. Perjalanan bersambung lagi 2 jam. Memang puaslah nak merasai pengalaman naik kereta api dan tengok pemandangan. Tidur pun lena beb! Haha. Sila jangan ikut perangai aku. I just can't help it.


Tiba di Tenom kami ada masa sejam untuk berjalan sebab tren pulang ke Beaufort bertolak jam 1.00 petang. Jadi dalam masa yang singkat kami decide untuk pergi ke  Yitt Foh Coffee.


Aku bukan penggemar kopi, malah aku tak minum kopi. Tapi kopi Tenom siapa yang tak kenal. Semua orang kenal. 


Berhampiran dengan Stesen Kereta Api Tenom ada Tenom Coffee Valley. Di sini menghimpunkan semua jenama kopi Tenom di samping ada kafe. Diah dan Nabil bungkus kopi untuk diminum dalam tren.

Yang kami belajar dari MMCV, kopi Tenom ini dulunya diusahakan oleh etnik Murut. Jadi Tenom ada Pusat Kebudayaan Murut cuma kami tak berpeluang untuk melwat. 

Tepat pukul 1.00 petang kami berangkat pulang. Punyalah lena aku tidur masa perjalanan datang tadi, aku tak sedar langsung yang kereta api tu, ada lalu 3 terowong. Terkejut betul aku bila lalu masa balik. 

Pengalaman yang aku rasa kelakar, bila kereta api ni terlepas satu stesen. Tetiba stop lepas tu slow slow undur untuk ke stesen yang terlepas tadi.

Oh ya, harga tiket 1-Way dari Beaufort ke Tenom - RM 2.75 sahaja.


Untuk acara malam, kami pilih sesuatu yang lebih santai dan bersahaja. Kami lepak The B Side. Selitkanlah satu hipster cafe untuk lepak. Barulahhhhh in trend kan u'ólzzzzzzz!


Untuk mengakhiri hari yang manis dan malam terakhir trip kami di Sabah, kami berkongsi sepinggan dessert! Lol! Kononlah kongsi tapi pancake tu sorang satu sebenarnya.


Steady! Esok boleh bangun lewat sikit!


DAY 5  (21/1/2018)

Masuk hari kelima aku jadi lebih bersedia. Aku dah siap-siap tanya Miza mana tempat bersarapan yang best. Lalu Miza mencadangkan kami ke Happy Muslim Restaurant.

Aku tak pandang benda lain sebab masa sampai tu, bau sup dia ni dah mempengaruhi segala pertimbangan aku. Lalu mihun sup daging pilihan aku.

Aku berpuas hati dengan hidangan pilihan aku dan kuantiti daging yang ada dalam sup itu. Setiap suapan mesti ada daging. 


Setelah mengalas perut, barulah bertenaga kami nak menuju matlamat kami iaitu Gaya Street.


Pasar ini hanya ada pada hari Ahad. Kalau nak pergi, pastikan susun jadual dengan betul. 


Dari Gaya Street kami bergerak pula ke pasar-pasar lain.

Kami pergi ke Pasar Kraftangan KK, Pasar Phillipine, Pasar Ikan Masin, Pasar Besar KK. Semua pasar ini berada dalam baris yang sama. Yang diperlukan hanyalah kekuatan kaki untuk berjalan. 

Hasil pemerhatian aku dapati harga jualan di pasar-pasar ini lebih murah dari Gaya Street. Contoh Amplang di Gaya Street RM 10, di Pasar Ikan Masin RM 6 dengan saiz sama, RM 13 lagi besar. Pasar Kraftangan jual beg 5 in 1 RM 20, Gaya Street minta tawar dapat RM 27.50 harga asal RM 30. 

Aku sarankan untuk ke semua lokasi yang disebutkan di atas sendiri sebab ada juga barang yang dijual di Gaya Street tidak dijual di pasar-pasar yang disebutkan tadi.


Setelah 5 hari berlalu dan khabarnya kehadiran kami sudah mulai dirindui ramai, tibalah masa untuk kami pulang ke KL.


Sebelum balik makanlah dulu. Luckily, ada kupon. Boleh redeem dan dapat extra fries. Aku lapar beria pulak sebelum naik kapal terbang. 


Flight kami dijadualkan jam 4.55 PM - 7.25 PM. 
First time juga aku naik kapal terbang guna pintu belakang ni. 


Okay, mana fans yang merindui kehadiran kami tu?


Haha! Okay, Alhamdulillah kami selamat tiba seperti yang dijadualkan.

In a nutshell, amat bersyukur trip ini berjalan lancar walaupun cuaca di Kundasang tak berpihak untuk kami melihat Kinabalu tetapi kebanyakan rencana yang kami letak dalam tentatif semuanya tercapai. Paling penting dalam trip semua jadi morning person dengan jayanya setiap hari. Purata berjaga setiap hari adalah dari 5.00 pagi - 12.00 tengah malam. Ada harinya bangun pukul 4.00 pagi. Rabak jugak., hari-hari bangun awal tapi tidur tetap lewat. 

Maybe ada yang baca blog ni, follow Instagram aku dan nampak beberapa gambar macam pengulangan dari Instagram Story. Bukan apa, dulu "update semasa"/luahan hati aku buat di Twitter. Bila-bila aku nak menulis blog aku akan skrol balik untuk ingat balik apa terjadi/apa aku rasa masa perkara tu berlangsung. Namun memandangkan aku sudah meninggalkan Twitter dan Instagram menyediakan fungsi Stories Archive yang amat sesuai dengan keperluan aku, jadi, Instagram Story adalah pilihan aku yang terkini untuk post update semasa.

***

Anyway rumah baru dalam cerita trip Sabah Bahagian 1, aku dah pindah masuk pun rumah tu. Alhamdulillah, aku dapat workspace seperti yang diinginkan. Jadi, insyaAllah semua benda dalam list writing yang tertangguh selama ni akan aku kerjakan tahun ni. Untuk permulaan aku hidangkan kisah Trip Sabah dengan panjang berjela. Khabar lain akan menyusul dari semasa ke semasa. 

Aku ni memacam list ada; list movie, series nak tengok, list buku nak baca, itu ini. 

*Guruh berdentum*

***

Lain-lain tempat: