Now Playing: Hanya Mimpi - Caliph Buskers
Assalamualaikum! Salam Sejahtera!
Ada ke yang risau Sembang Gebang terus menyepi tahun 2019?
Alhamdulillah! Masih diberikan iltizam yang tinggi untuk kembali menyinari dunia anda.
Okay, kalau ingat dalam blog post aku yang bertajuk "Top 3 Occult Fiction on iFlix" aku ada cerita yang aku sedang mengikuti series Pretty Little Liars (PLL). Malang sudah beramaran namun aku tidak sempat untuk mengejar tarikh luput 6 season PLL di iFlix. Gegaran PLL-ku terhenti pada Episod 2 Season 4.
Bila situasi ini berlaku, aku cubalah buka Season 7 yang tinggal di iFlix. Namun begitu, Season 7 ni dah jauh sangat perginya. Ada karakter tak kenal, lepas tu muncul Spaleb. Aku sebagai Team Haleb pastilah tidak dapat menerima semua ini secara mendadak. Long story short, aku abaikan sahaja PLL dan mencari series baru.
Masa ni aku nampak yang English series memang tak ada yang lengkap dah di iFlix, yang ada cuma series yang masih on going atau tinggal final season. Alaa, tak nak. Nak yang habis terus.
Ketika itu jugaklah terdetik hati aku nak tengok cerita Korea. Aku memang dah lama tak tengok drama Korea, last drama aku tengok rasanya Full House. Selepas tu, aku hanya tengok movie Korea. Itu pun cenderung pada jenis crime, law, based on true story gitu.
Dalam kepala aku juga berfikir, "Macam dah lama jugak ek tak tengok drama cinta! Cerita apa ek nak tengok ni?". Cewah!
Teringat pula Ain Syazwani pernah cadangkan satu drama, "Aimi tengoklah She Was Pretty, tengok tempat kerja dia teringat awak."
Aku tanya Ain, "Kenapa 'was'? Dia tak cantik dah ke?"
Haa, itulah yang nak kena tengok tu!
Lepas dah menangis, inspired apa segala aku cadangkan pada Manda pula untuk tengok She Was Pretty ni. Kebetulan masa tu kami tengah bersembang mengenai filem dan drama lakonan Park Seo Joon. Maka, terjadilah Sembang Gebang ini! Boom!
***
Sesi 1: Aimi ➡ Manda
AIMI: Watak mana yang kau rasa paling dekat dengan kau?
MANDA: Sudah tentu watak Kim Hye-jin. Kerja keras dia untuk dapatkan pekerjaan pejabat walaupun di usia lewat 30-an. Tapi bila fikir balik ada banyak watak yang dekat dengan aku dari segi emosi macam Bapak Hye-jin tengah elok makan mee walaupun baru kena marah dengan pelanggan. Watak Kim Shin Hyuk yang suka kenakan orang dan tak serius pun dekat juga dengan aku.
AIMI: Adakah kau berpuas hati dengan emotional development cerita ini dari satu episod ke satu episod?
MANDA: Pada awalnya aku rasa menyampah sebab Kim Hye-jin ni gelabah sangat kerja nak menjerit dan tak comel langsung mungkin sebab hero kegemaran aku tak keluar lagi. Sememangnya punca utama aku tengok drama ni sebab nak tengok Park Seo Joon je. Drama ni dia mula ketagih bila aku kat episod 9. Seterusnya memang aku tak sabar nak tengok sampai habis. Sebelum tu aku rasa macam lamanya nak habis ni. Walaupun dari segi tajuk dan jalan cerita utama dia berkisah percintaan kanak-kanak Kim Hye-jin dengn Ji Sung-joon, aku lebih beremosi dengan ikatan persahabatan antara Kim Hye-jin dan Min Ha-ri. Aku paling beria nangis masa diorang gaduh.
AIMI: Berikan pendapat mengenai karakter rakan sepejabat Kim Hye-jin?
MANDA: Rakan sepejabat Kim Hye-jin boleh dibahagikan kepada beberapa orang utama: Miss Cha, Kim Shin Hyuk, Kim tua, Kim muda, Minah gedik, 3 sekawan. Hahaha mesti tak fahamkan? Tengoklah dulu baru faham. Apa yang menariknya rakan sepejabat diorang tak pulaukan Kim Hye-jin walaupun diorang senior. Mungkin juga sebab Kim Hye-jin ni pandai buat kerja dan rajin. Kita hanya akan dapat nilai mutu kemahiran seseorang itu jika dia diberi peluang dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu kerja. Kalau kau asyik nak menang dan kau je yang betul, mana nak datang perintis.
AIMI: Bahagian mana buatkan kau rasa nak teruskan tontonan sehingga akhir?
MANDA: Lepas je aku dapat tahu yang si Shin Hyuk ni minat si Hye-jin. Aku nak tahu, sama ada dia pilih Kim Shin Hyuk atau Ji Sung-joon. Sebab Shin Hyuk ni not bad juga orangnya. Lol!
AIMI: Ada dapat motivasi atau inspirasi baru dari cerita ni?
MANDA: Aku tertarik dengan ayat Hye-jin yang aku terjemahkan: "mungkin selama ni kita sendiri yang tutup our own spotlight". Kita semua ada potensi untuk maju. Tapi yang halang kita adalah alasan. Cuba dalam sebulan tu. Kau buat je. Takyah fikir apa orang kata. Hujung bulan nanti kau sedar-sedar je, "eh i survived!"
Sesi 2: Manda ➡ Aimi
MANDA: Apa pendapat kau selaku editor dengan industri pengeditan di Malaysia compare dengan majalah The Most ni? Haha soalan pertama dah mega gitu.
AIMI: She Was Pretty menonjolkan bahagian editorial The Most yang di hujung tanduk sebab kalau tak improve kedudukan dalam 3 bulan, The Most Korea akan ditutup. Dapat pula pengarah baru.
Kalau nak bandingkan industri penerbitan majalah Korea dengan Malaysia, aku masih belum di level pakar. Skop aku lebih kepada buku umum, fiksyen. Bukan penerbitan bulanan. Majalah lain sikit mekanisme penerbitannya berbanding buku.
Yang aku boleh cakap, aku nampak jualan majalah di Malaysia nampak struggle jugalah, banyak saingan dari Internet. Ini bukan dari segi bentuk bahan tapi dari segi kepantasan berita, exclusivity cerita atau isu dan macam mana nak buat orang rasa “mesti” beli majalah ni.
Dalam She Was Pretty, kita nampak majalah The Most ni pentingkan dua elemen: sales dan iklan.
Dari segi menggunakan syarikat penerbitan sebagai latar tempat, haa, tu sejujurnya aku amatlah terharu bila bos Bahagian Sokongan tu cakap, “Bahagian Editorial ni paling top dalam company ni, semua orang nak kerja situ. Awak tak patut sia kan peluang ni.”
Dan bila Hye-jin tiba di Bahagian Editorial, subtitle tullis, “Hye-jin can you proofread and translate this?”
Ewah rasa relatable bukan main!
MANDA: Kenapa kau rasa ikatan persahabatan Hye-jin dengan Ha-ri boleh kekal? Walaupun ada adegan cintakan lelaki yang sama?
AIMI: Sebab dorang bijak value persahabatan dorang lebih dari seorang lelaki. Dua-dua tak lupa diri. Dua-dua pun ingat dengan jelas jasa sepanjang persahabatan. Susah dan senang.
Aku suka sangat masa Ha-ri tak nak Hye-jin putus asa dalam team editorial so dia tolong Hye-jin study fashion semua tu. Persahabatan dorang buat aku terharu.
MANDA: Apa persamaan kau dengan Hye-jin?
AIMI: Bayar student loan? Kah kah.
MANDA: Kau kata kat aku kau menangis di setiap episod. Apa yang buat kau emo sangat ni?
AIMI: Hahaha! Aku terharu pasal banyak benda kot. Antaranya: Ha-ri nak jaga hati Hye-jin vice versa, Ha-ri rasa terharu bila Sung-joon ikat jaket sebab tak pernah lelaki hormat dia macam tu, Shin Hyuk jatuh motor. Kah kah, masa baru beberapa minit start yang Hye-jin lemas, Ha-ri pun jatuh kolam tapi Hye-jin tak ada siapa pun yang nak selamatkan dia pun aku dah rasa tersentuh hati.
Aku perasan masa aku tengok cerita ni, aku tak banyak gelak. Sampai aku terfikir, ‘Orang selalu tengok K-drama gelak-gelak, asal aku berjuraian air mata je ni? Salah tengok drama ke?’
Overall, selepas habis tengok She Was Pretty ni ada feeling yang best dalam diri aku.
MANDA: Seterusnya, apa motivasi kau lepas tonton drama ni?
AIMI: Motivasi 1; Rajinkan diri menulis - Aku berharap aku pun akan dapat masuk group penulis-pelukis buku kanak-kanak, lepas tu duduk kat satu perkampungan (ke apa nak panggil) dalam setahun buat perbincangan, terbit buku macam Hye-jin. Alaaaa, seronoknyaaaaaaaaa! Haha!
Motivasi 2; Beli Helena Naelofar Hijab. Hahaha! Ubah style bawal lilit pulak - Dalam She Was Pretty ni juga ada satu scene Hye-jin cakap, “saya nak jadi cantik untuk diri sendiri”, dalam babak ni terasa satu katarsis berlaku setelah semua yang dia lalui.
***
AIMI: Manda, mungkin kau nak bagi ucapan Tahun Baharu untuk semua pembaca kita? Kongsilah juga filem atau series 2019 yang kau nantikan.
MANDA: Sepertinya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua pembaca blog Aimi yang setia. Terima kasih kerana menyokong kami. Hahahahahaha ah sudahlah dengan berangan ni!
Tahun ni aku nak tengok Pokemon, Us, The Lion King, Dumbo (tengok trailer pun nangis), Toy Story 4 dan lain lain! Salam!
***
P/s: Aku patut tengok What's Wrong with Secretary Kim (K-drama) atau Happy Birthday (Thai Series) ea lepas ni?
2 comments:
Tengok wwwsk! Haha
Okayyy! :DDD
Post a Comment