SITI AMANDA: Idea filem Motif (2019) ni mudah sahaja. Seorang inspektor bernama Dewi ditugaskan dari Bukit Aman ke Tanah Merah untuk membantu penyiasatan mengenai kes misteri kehilangan seorang remaja bernama Anna.
Di dalam sebuah temu bual Awani Pagi bersama barisan pelakon dan pengarahnya, idea filem ini datang setelah beliau banyak menonton drama bersiri, bergenre Nordic Noir. Nordic Noir ini asalnya dari Sweden.
Aku gunakan ciri-ciri Nordic Noir menurut Glen Creeber ini sebagai framework untuk dipadankan dengan filem Motif. Setiap satu ciriya aku sertakan dengan satu contoh babak:
1. Bleak Naturalisme (Memaparkan peristiwa suram seadanya dan tidak dibuat-buat)
-- Ketika Inspektor Dewi menyegarkan diri, kelihatan lumut di penjuru bilik air.
2. Disconsolate Location (Latar tempat yang tidak menyenangkan)
-- Pencahayaan rumah tumpangan berwarna merah memberi refleksi Daerah Lampu Merah** di alam nyata (luar filem).
3. Morose Detective (Perwatakan detektif yang tidak profesional seperti baran, tidak fokus dan tidak rasional)
-- Inspektor Rizal: misogynist**
-- Inspektor Dewi: frail (lemah, mudah dimanipulasi)
Sudah jelas bahawa framework genre yang digunakan berpadanan dengan landskap filem Motif ini.
Tetapi, cukupkah sekadar menepati padanan genre maka naratifnya mampu bergerak sendiri?
Tidak. Motif ibarat karipap angin. Luar nampak sedap terus beli, Bila makan, kosong.
Menonton Motif ibarat memandu kereta di jalan yang banyak bonggol. Di bawah aku sertakan beberapa bonggol yang mengganggu konsentrasi pemanduanku.
Kelihatan jelas kereta milik Inspektor Dewi melepasi sebuah papan tanda tertulis Tanah Merah. Sebagai rakyat Malaysia, kita tahu Tanah Merah ini letaknya di Kelantan. Tetapi tidak ada seorang pun penduduk di sana bertutur dengan dialek Kelantan. Hal ini aku maafkan kerana di dalam filem ini tidak dinyatakan sama ada Tanah Merah ini letaknya di Kelantan. Mungkin sekadar ingin menunjukkan bahawa daerah ini namanya Tanah Merah kerana berlakunya pertumpahan darah dan pelacuran.
Aku abaikan kejanggalan tersebut dan teruskan menonton. Temu bual di BFM menjelaskan bahawa Tanah Merah ini sekadar rekaan. Mungkin boleh tukar jadi Tanah Mera atau Bukit Merah atau Tanamera supaya audiens dapat lebih menghayati tanpa ada anasir-anasir luar menggugat konsentrasi.
Menurut temu bual tersebut, pemilihan pelakon juga atas dasar hebat semata-mata. Sehebat mana pun pelakon tersebut, jika watak yang diberikan tidak sesuai, maka lakonannya tidak akan menjadi. Aku kecewa dengan Rosyam Nor dan Sharifah Amani. Kali ni lakonan mereka kering. Aku tidak pasti di mana silapnya. Adakah arahan yang diberikan tidak difahami para pelakon atau para pelakon tidak digambarkan dengan frame yang sepatutnya.
Aku amati dialog mereka. Dialog antara watak tidak disambut dengan baik. Hanya satu sahaja yang aku ingat ketika seorang polis menghulurkan karipap yang bini dia masak kepada Inspektor Rizal yang pada waktu itu berasa buntu dengan kes kehilangan Anna yang tidak selesai.
"Makanlah karipap ni, bini saya yang masak."
Dan Inspektor Rizal menyambung secara bersahaja...
"Masak aku macam ni."
Ini sahaja dialog berkualiti yang aku jumpa. Yang lain semua teruk. Rasanya baca sari kata bahasa Inggeris lagi sedap. Antaranya lebih/kurang begini:
Dialog Inspektor Dewi,
"Aku nak pergi ke banglo terbengkalai tu, kau dengan aku tak?"
KAU DENGAN AKU TAK? ni diterjemah ke dalam bahasa Inggeris sebagai ARE YOU WITH ME?
Tak kena pada aku. Tak semula jadi.
Dialog Inspektor Dewi,
"KAU NI TAK ADA TULANG BELAKANG" diterjemah sebagai you have no balls.
Aku bagitahu kawan aku yang juga seorang penulis sari kata filem, kawan aku kata,
Aku bagitahu kawan aku yang juga seorang penulis sari kata filem, kawan aku kata,
"Kenapa tak tulis 'you have no spine'. Much better. Kenapa tak kata 'kau pengecut' je? Penggunaan perkataan yang bombastik."
Tak perlu kot. Tak kena.
Aku rasa skrip filem ini ditulis dalam bahasa Inggeris kemudian diterjemah kepada bahasa Melayu.
Menurut temu bual di Awani Pagi lagi, 50 skrip draf dibikin barulah disahkan sesuai untuk shoot dan hasilnya begini.
Setting cantik. Sinematografi taraf antarabangsa. Tetapi penceritaanya tidak dijahit dengan kemas. Bagus di atas kertas tidak semestinya cantik di atas skrin.
Baju sudah pakai. Wajah sudah rias. Bersiap cantik-cantik tapi tak tahu nak pergi mana. Itulah filem Motif.
**Daerah lampu merah merupakan sebahagian daripada sesebuah kawasan perbandaran di mana tertumpunya aktiviti pelacuran serta perniagaan berasaskan seks termasuklah kelab bogel, dan rumah urut. Istilah tersebut berasal daripada lampu merah yang digunakan untuk menandakan sesebuah rumah lacur
**a person who dislikes, despises or is strongly prejudiced against women
AIMI ROSLI: Aku mula mengenali sentuhan Nadiah Hamzah melalui filem pendeknya, Sub Rosa. Kemudian, di zaman tergila-gila dengan lakonan Beto Kusyairy aku menemui sebuah lagi filem pendek sentuhan Nadiah Hamzah, Hujan Panas. Malah CD Hujan Panas itu aku beli. Kemudian, muncul pula trailer Jupiter bikinannya.
Pada aku, trailer Jupiter sangat menarik! Aku ternanti-nanti kemunculan filem tersebut.
Selepas itu, nama Nadiah Hamzah sudah tidak lagi aku dengar sehinggalah beberapa minggu yang lalu.
Sebuah trailer berjudul Motif muncul!
Namun, trailer itu tidak cukup kuat untuk membuat aku ke pawagam. Tamat trailer aku terfikir, "Kenapa macam Misteri Dilaila tapi versi tak seram? Oh mungkin sebab Rosyam Nor."
Antara trailer Hujan Panas, Jupiter dan Motif, trailer Motif paling tidak memanggil sekali.
Namun aku berubah fikiran selepas melihat keyakinan tinggi team Motif menawarkan untuk membelanja tiket tayangan dan pelbagai peraduan. Mereka benar-benar yakin dengan produk mereka. Bagus!
Hari Rabu tiba. Waktu tayangan amat ngam dengan jadual aku ... Aku tidak keberatan untuk membeli tiket tayangan.
Saat cerita dimulakan dengan imej seorang remaja perempuan yang basah kerana hujan dan percikan kilat terlihat di skrin, aku mulai cemas. Aku mulai berfikir, "Alamak aku dah salah wayang ke ni? Cerita 'Ikut Aku Ke Neraka!' ke ni?"
Bukan apa sebab sebelum filem bermula, penonton dalam pawagam disajikan dengan trailer filem Indonesia berjudul Ghost Writer sebanyak dua kali.
Keluar pula di skrin: One Struck Media
"Aduh bukan Wayang Works ke?"
Kemudian muncul di skrin: One Struck Media & Wayang Works
Aku bernafas lega dan bersandar meneruskan tontonan.
***
Secara keseluruhannya, visual dan bunyi Motif memang dicipta untuk tontonan pawagam tetapi jalan ceritanya longgar.
Selain dari jalan cerita, ini senarai hal-hal lain yang berlegar di fikiranku:
1. Konflik antara Inspektor Dewi dan Rizal melompat-lompat. Contoh: Dewi mula menyindir hubungan Rizal dengan Orang Kaya Tanah Merah namun tak sekali pun Dewi naik angin atau lapor pada ketua Bukit Aman bila dapat tahu Orang Kaya Tanah Merah ada hubungan dengan Rizal.
Malah gabungan kuasa dua polis ini tidak cukup mantap untuk satu adegan akhir. Sebagai penonton, tiada adrenaline rush yang dirasakan.
2. Aku agak terganggu dengan tagline "Lelaki Semua Sama" usai menonton Motif. Inspektor Dewi dilihat seakan tidak dapat menyeimbangkan masalah rumah tangga dengan kes yang ditangani. Beberapa kali Dewi bertindak menggunakan emosi dan bukan naluri kepolisian. Ini perkara yang tidak baik kerana memberi ruang tagline yang dibuat t-shirt ini di-backlash dengan "Perempuan Memang Macam Tu".
3. Ada satu kematian berlaku, pada babak itu emosi yang disalurkan oleh Rosyam Nor kepada watak Hussein tidak sampai. Aku tidak dapat menghalang diri dari berfikir, memang beginikah rasa yang pengarah inginkan?
4. Agak tercengang dengan slang "photo album" oleh salah satu watak yang muncul di skrin. Hatiku berteriak, "Mengapaaaaaaaaaa?"
***
Atas permintaan Manda, aku tonton temu bual Motif di Awani Pagi setelah selesai menonton filem tersebut.
Dua perkara yang menangkap perhatian aku:
1. Rosyam Nor menerangkan watak dan perwatakan Hussein lebih baik dari Hussein yang muncul di skrin.
2. Aku bersetuju dengan Nadiah Hamzah mengenai Motif cukup dalam 86 minit, tidak perlu masa yang lebih lagi.
Setelah difikir-fikir, sebenarnya Anna mengetahui tentang ayahnya berkahwin dua merupakan sebahagian dari perkara yang patut dirahsiakan dari penonton kerana ini juga perkara di bawah siasatan polis. Namun, disebabkan hal ini telah diperbincangkan secara besar-besaran malah menjadi salah satu perkara yang disebut untuk menceritakan sinopsis Motif maka misteri yang perlu diselesaikan di skrin hanya tinggal 1/3.
SESI 1: AIMI ROSLI ➡ SITI AMANDA
AIMI ROSLI: Adakah anda merasakan semangat women empowerment tersalur kepada anda melalui watak Inspektor Dewi?
SITI AMANDA: Hell no. Adakah Dewi dicipta untuk bawa semangat itu? Jika ya, jawapannya tidak. Jika tidak, jawapannya Alhamdulillah. Dewi orangnya cuai, terburu-buru dan tidak punya mata yang tajam. Wanita perkasa perlu punya naluri seorang ibu. Boleh jumpa barang yang hilang tanpa perlu mencari.
Menurut aku, Puan Suri lah yang paling perkasa. Dialog seperti ketua mafia Jepun (bak kata Aimi) ketika mengupah Kamal untuk lakukan sesuatu;
Menurut aku, Puan Suri lah yang paling perkasa. Dialog seperti ketua mafia Jepun (bak kata Aimi) ketika mengupah Kamal untuk lakukan sesuatu;
"Berapa Hussein bayar kau, gandakan dua. Aku boleh bayar. Ambil semua duit dalam peti simpanan. Aku tak nak dia ada satu sen pun."
AIMI ROSLI: Berikan pandangan anda mengenai kepentingan watak yang dibawa oleh Azhan Rani?
SITI AMANDA: Aku lupa apa nama karakter dia. Setelah di-google, Kamal. Perwatakannya sebagai Ah Long bagi pinjam wang. Kamal ni lucu, kerja sorang buat kecoh sorang. Dia tak ada kepentingan. Kalau aku nak kata Kamal sebagai bayangan Hussein pun boleh. Bagaimana jika sebenarnya Kamal dan Hussein adalah orang yang sama. Si baran Kamal dan si bacul Hussein. Itu plot twst aku (cliche lah). Character development tidak bagus.
AIMI ROSLI: Kongsikan babak yang menimbulkan rasa "wow" atau paling diingati dari filem Motif.
SITI AMANDA: Tidak ada. "Wow" hanya daripada segi teknikal sahaja. Permukaannya sahaja. Apa yang hilang daripada filem ini adalah "rasa". Aku tak rasa teringin untuk tahu apa yang berlaku seterusnya. Satu hal belum siap, dia dah pergi tempat lain. Sampai ke sudah. Sesat.
SESI 2: SITI AMANDA ➡ AIMI ROSLI
SITI AMANDA: Berikan contoh satu babak untuk menyokong kenyataan "jalan cerita longgar" dan bagaimana kau kemaskan mengikut perspektif kau?
AIMI ROSLI: Kau tahu tak perasaan main badminton dengan orang yang tak habis-habis nak smash? Baru servis tetiba smash. Jadi kerja kau hanya kutip bulu tangkis dan servis. Awal-awal okaylah, lama-lama kita yang asyik kena mengutip bulu tangkis ini jadi bosan.
Begitulah perasaannya dengan jalan cerita filem Motif ini. Semua bulu tangkis di-smash dan penonton kena buat servis baru. Tak ada kesinambungan.
Contoh terbesar aku boleh bagi adalah bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian. Barang-barang Anna ditemui di sebuah banglo tetapi Anna tidak ada. Kita tidak dijelaskan, apa barang Anna yang ditemui di banglo tersebut. Sedangkan kita ada babak Inspektor Dewi berdiri di papan kes Anna.
Dalam cerita ini kita tidak diberitahu kadar jenayah Tanah Merah. Ada kes dadah ke, ada kes ragut atau kecurian ke. Baiklah, tidak mengapa. Mungkin memakan masa. Pengarah tidak mahu kita percaya perkara lain, selain Anna diculik dan semua ini angkara keluarganya sendiri.
Ayah Anna dikatakan orang kaya Tanah Merah, susah kita nak jelaskan sejauh mana kedudukan Ayah Anna sebab pak cik-pak cik warung kopi ini tidak bersembang pun pasal hal kehilangan Anna. Aku sebut ni sebab ada babak pak cik-pak cik bersembang tapi cuma untuk dialog, "Budak baru ni tak kenal siapa kita."
Hahaha ingatkan babak seterusnya aku akan kenal siapa pak cik-pak cik ni.
Penceritaan boleh terperinci lagi dengan menjelaskan: dompet mangsa ditemui dengan keadaan tidak berusik, telefon bimbit di mana dan sebagainya.
Di babak yang lain teman lelaki Anna, Azlan, tunjuk kepada Inspektor Dewi yang dia memiliki diari Anna. Di satu babak lagi, Anis (adik Anna) ternampak diari itu pada Dewi dan mengatakan, "Masa Kak Anna hidup dia tak bagi siapa pun pegang buku tu."
Samalah juga halnya dengan telefon bimbit. Jadi, telefon bimbit tidak ditemui di banglo, tidak ditemui bersama mangsa. Kawasan sekitar, dimatikan atau bagaimana. Tiba-tiba ada Anis, "tengok handphone kakak macam ni (online)." Tak diendahkan Inspektor Dewi.
Awal cerita ini, Inspektor Dewi kata pada Anis, "kalau ada apa-apa bagitau" tapi sepanjang cerita ini berlangsung semua yang keluar dari mulut Anis tidak diambil kira. Boleh dikatakan bukan klu untuk penonton ikut. Bukan maklumat berharga. Kalau Inspektor Dewi peduli, aku tak nampak ekspresi itu.
Untuk dikemaskan mengikut perspektif aku, aku akan buat polis Tanah Merah terangkan barang milik mangsa yang ditemui dan tidak ditemui, pada pertemuan pertama Anis beritahu Dewi bahawa Anna ada sebuah diari tetapi diari itu tidak ditemui di tempat kejadian. Diari itu juga tiada di bilik tidur mereka. Apakah rahsia dalam diari tersebut? Barulah terurus pemikiran kita untuk mengesyaki siapa atau motif. Kemudian, Dewi rasa perlu untuk mencari diari tersebut. Rupanya ... Ada pada Azlan ... Kisah diteruskan ...
Watak Azlan ni pun ada masalah juga ... Haha! Tapi satu contoh cukuplah.

SITI AMANDA: Okay, kau mengikuti Nadiah Hamzah sejak Sub Rosa. Kau tidak ada masalah dengan karya-karya beliau sebelum ini sehinggalah Motif keluar. Jadi kau rasa, kenapa Motif ni banyak masalah dan apa yang perlu beliau fokuskan jika ingin bikin filem pada masa akan datang.
AIMI ROSLI: Eh, aku ada cakap banyak masalah ke? Haha! Susah ea soalan kau kali ni. Susah aku nak jawab pendek-pendek.
Dua filem pendeknya sebelum ini membawa cerita yang mudah. 8 mahupun 20 minit cukup untuk kita mengenali watak dan konfliknya.
Aku rasa Nadiah Hamzah telah mencabar diri sendiri untuk menampilkan genre crime thriller sebagai feature film pertamanya. Genre sebegini mempunyai penonton yang kebiasaannya teliti, ingin tahu serta sedia menghadam logik kejadian dalam ruang fiksyen yang dicipta. Jadi, apa yang pengarah dan penulis skrip ingin tonjolkan perlu kemas.
Aku setuju dengan kau berkenaan "penceritaan tidak dijahit dengan kemas". Jadi, aku harap hal inilah yang dia perlu perbaiki di masa akan datang. Well, kita pun tak pernah tengok script treatment Motif, jadi kita pun tak dapat pastikan macamana yang atas kertas. Memang plot holes pada skrip atau babak yang telah dibuang dalam proses suntingan.
Lagi satu, selepas membuat 50 draf, aku rasa Nadiah Hamzah perlu bezakan apa yang dia tahu dalam kepala dia mengenai karakter dalam filem Motif, dengan apa yang terpapar di layar.
Aku bagi contoh: Dalam temu bual Movie Addict bersama Nadiah Hamzah, dia kata, "kita akan find out kenapa dia (Inspektor Dewi) dihantar ke Tanah Merah."
Dalam Motif, tak ada pun tau hal ni.

SITI AMANDA: Kau kata hanya 1/3 misteri dirungkai adakah kau tahu baki 2/3 misteri yang tidak dipaparkan?
AIMI ROSLI: Misteri yang aku maksudkan di sini adalah perkara yang menjadi siasatan Inspektor Dewi dan Inspektor Rizal. Dan "1/3 misteri untuk diselesaikan" yang aku katakan bukan bermaksud 2/3 lagi tidak dipaparkan tetapi ... misteri itu telah pun dibocorkan melalui temu bual atau promosi. Di sini aku senaraikan perkara siasatan oleh inspektor Bukit Aman dan Tanah Merah:
1. Kehilangan Anna
Ini dapat dilihat melalui sinopsis dari laman web Wayang Works:
2. Punca Kehilangan Anna
Punca kehilangan Anna dikaitkan dengan perlakuan Hussein. Rupanya dalam filem ini kita tak tahu perlakuan sebenar Hussein tetapi bila tengok temu bual Meletop ingatkan perkara ini disebut macam memang sudah di-establish dari awal cerita.
Rupanya bila tonton, "Ehhh lahhhh ... rupanya Hussein kahwin dua ni hal dalam siasatan ..."
3. Pembunuh Anna
1/3 bahagian yang penonton perlu selesaikan tetapi perkongsian siasatan kes di skrin tidak cukup untuk mengajak penonton teruja menyiasat bersama. Kita hanya perlu tunggu menerima.
1. Kehilangan Anna
Ini dapat dilihat melalui sinopsis dari laman web Wayang Works:
Inspektor Dewi (SHARIFAH AMANI) ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna (KHAYRANI KEMAL) di Tanah Merah, sebuah pekan terpencil. Kehadirannya tidak disenangi penduduk pekan, termasuklah rakan setugasnya Inspektor Rizal (TAQIM ZAKI), dan menerima tentangan hebat dari bapa remaja yang hilang itu, Hussein (DATUK ROSYAM NOR) yang juga merupakan orang kaya Tanah Merah, yang benar-benar tidak mempercayai kebolehan Dewi dalam menjalankan tugasnya.
Ramai orang disyaki menjadi dalang sebalik kehilangan Anna - semua dengan motif mereka yang tersendiri. Adakah ianya Kamal (AZHAN RANI) seorang ah long, atau bekas teman lelaki Anna, Azlan (FADHLI MASOOT)? Ataupun, adakah ibu Anna (SHERIE MERLIS) yang sanggup merancang menggadai nyawa anaknya sendiri? Dapatkah Dewi merungkai misteri kehilangan Anna apabila dia mula dihimpit dengan konflik dalaman yang semakin menghantui dirinya? Semuanya akan terjawab dalam MOTIF pada 26 September, di pawagam berdekatan anda.Juga melalui trailer dan promo IG story "Anna Hilang Ke Mana"-- ini adalah misteri pertama dan akar cerita.
2. Punca Kehilangan Anna
Punca kehilangan Anna dikaitkan dengan perlakuan Hussein. Rupanya dalam filem ini kita tak tahu perlakuan sebenar Hussein tetapi bila tengok temu bual Meletop ingatkan perkara ini disebut macam memang sudah di-establish dari awal cerita.
Rupanya bila tonton, "Ehhh lahhhh ... rupanya Hussein kahwin dua ni hal dalam siasatan ..."
3. Pembunuh Anna
1/3 bahagian yang penonton perlu selesaikan tetapi perkongsian siasatan kes di skrin tidak cukup untuk mengajak penonton teruja menyiasat bersama. Kita hanya perlu tunggu menerima.
***
Filem Motif ni tak ada babak imbas kembali. Perasan tak? Eh sambung sembang sambil minum kopi lah jom!
No comments:
Post a Comment