Now Playing: 333 Batu - Faizul Sany
1.
Aku dah tak ingat sebelum-sebelum ni hari pertama puasa cuti / tak. Lagipun 3 tahun lepas, hari pertama puasa selalunya berada dalam study week (yang sememangnya cuti).
Jadi, puasa kali ini bila rakan-rakan sepejabat mula bercerita tentang cuti raya. Aku selitkan pertanyaan tentang cuti Ramadan, "Semua orang cuti ke hari Jumaat?"
"Kenapa nak cuti hari Jumaat pulak?" balas senior proofreader.
"Yelaa, kan first day puasa hari Khamis. Manalah tahu sambung terus sambung hari Jumaat. Nanti sedihlah kalau ramai cuti," jawab aku.
"Khamis tu pun bukan cuti."
"Eh ye ke!? Omg! Ingat cuti. Pengalaman pertama kerja kot," aku tepuk dahi.
Senior proofreader tu cuti dari Rabu sampai hari ni.
2.
Hari pertama puasa, aku berbuka dengan Diah dekat area rumah dia. Kami decide untuk makan nasi ayam. Memandangkan bulan puasa ni, jadi, waktu pejabat pun tamat awal.
Seawal 6.15 petang kami dah sampai depan gerai. Di seberang jalan pula ada mini bazaar. Tapi tak berapa ada orang.
Melihatkan suasana itu aku berkata, "Betul ke buka kedai ni Diah? Tak ada orang pun. Kebulur kita ni kang."
"Buka lah ..." Diah melihat kiri kanan, "Kita park sini then jalan-jalan kat bazaar tulah."
"Ok."
Kami pun turun dari kereta.
Kami seakan-akan kejutan budaya kerana tak ramai orang, tak perlu berebut dan tidak ada persaingan di kawasan tersebut. Jam 6.50 petang, kami masuk ke kdai nasi ayam. Masih banyak tempat kosong.
"Pelikkan, tak ada orang. Orang kat KL first day buka puasa kat mana? Ni kalau kat Shah Alam, bayang tempat kosong pun dah tak nampak ni."
"Tu ah, sem lepas g bazaar pukul 6.00 tinggal bekas je. Tak ada apa dah nak dibeli," ujar Diah, "Maybe sebab kat Shah Alam tu semua student kot."
"Ha'a. Ni kawasan famili kan. Semua orang kat rumah kot."
3.
Baru hari kedua puasa, pejabat dah edarkan kad raya dan sampul duit raya. Gila awal!
Dengarnya tak lama lagi dapat biskut raya pula.
Aku ada juga berangan dapat duit raya dari rakan-rakan sepejabat. Memandangkan aku paling junior sekali Hahaha! Kekal berangan jelah.
4.
Gembiranya hujung minggu dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga di rumah. Alhamdulillah.
Salam Ramadan.
Sama-samalah kita mempertingkatkan amalan (:
6/20/15
6/13/15
Pasca Pesta Buku
1.
Selesai membaca Proletar Dua Menara aku telefon Manda, "Aku dah habis baca Proletar Dua Menara ni. Dia ni tak kisahkan main tulis je pasal Petronas. Kawan-kawan kerja dia tak kisah ke apa dia tulis ni?"
"Dorang tak baca kot," jawab Manda di hujung talian.
"Hmm, mungkin jugak. Selamba je tulis kat blog pun."
Dua esei paling aku relate kat dalam buku ni adalah "Istilah Perniagaan" dan "Office Politics".
Kemudian perbualan kami berlarutan tentang buku-buku lain yang kami borong di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Antara yang Manda dah habis baca, Pengembaraan Tanah Jepun. Aku minta dia review.
Dia pun tulis satu entri di blog nya.
2.
Sebelum pesta buku hari tu, ada task force di pejabat. Sebagai majikan yang prihatin, setiap petang bos akan sediakan makanan untuk staf.
Sekurang-kurangnya, ada 4 kelompok untuk sesi ambil makanan. Kelompok pertama akan bangun dan ajak orang "Dah, dah! Makan! Makan!"
Kelompok kedua akan bangun ambil makanan dan duduk di meja. Masa ni kau akan tahu menu makan petang. Aku dalam kelompok ketiga, bila semua orang dah bangun baru aku pergi.
Kelompok keempat adalah bila sesiapa sahaja dari Kelompok 1, 2, 3 datang untuk menambah makanan. Haha.
Ketika aku sedang kepit roti sardin dari dulang, aku telah disapa dari belakang, "Aimi betul ke apa yang awak tulis ni?"
Hampir terlepas roti sardin yang aku kepit tadi. Macam-macam ada dalam fikiran, 'Tulis apa? Baca kat mana dia ni? Omg! Ada orang dah jumpa blog aku ke? Siapa ni?'
Aku toleh sebelah kiri. Celaka! Kawan designer rupanya. Pandai betul tiru suara bos.
Kah kah, takut bukan main lagi.
3.
Aku tengah berlatih datang awal ke pejabat sempena menyambut bulan puasa nanti.
Datang awal, balik awal.
4.
Ada beberapa orang mula cakap pada aku, "Bila kau nak menulis balik?", "Harap awak dapat tulis novel" dan sewaktu dengannya.
Kita tengok pesta buku tahun depan macamana.
4.
Ada beberapa orang mula cakap pada aku, "Bila kau nak menulis balik?", "Harap awak dapat tulis novel" dan sewaktu dengannya.
Kita tengok pesta buku tahun depan macamana.
5/21/15
Muzik di Hatiku
Untuk
degree ni, 3 tahun dihabiskan dengan menghadap muka tak cukup tidur, cuak
datang kelas lambat, mengah panjat tangga, panik assignments tak sempat print,
serabut handle PC depan mata - laptop pula kat riba, menggelabah test tak baca,
menggigil kesejukan tidur kat bangku keras library, serabut dan serabai.
Tapi
keadaan tak ada lah teruk mana sebab hubungan kawan-kawan tu makin erat.
Lagi-lagi kawan muzikal. Setiap classmates yang hadir datang dengan lagu
masing-masing.
Kadang-kadang
rasa macam tengah sekelas dengan juara-juara karaoke dari daerah masing-masing.
Haha!
Macam
Azian, penghujung semester 1, ketika
aku dan dia sedang stay up mengerjakan assignment subjek Advertising aku
tiba-tiba bersuara, “Kita rasa macam nak dengar lagu Sheila On 7 lah.”
Kurang
dari 10 minit, aku ada satu album lagu Sheila On 7. Menginjak ke semester
berikutnya, aku mulai sedar laptop Azian memang banyak lagu. Tahap kekadang aku
ada orang berkaraoke pun pakai laptop dia.
Kaka pula, aku mula kenal dia dengan menggunakan
sebaris lirik dari lagu “Primadonna Girl” nyanyian Marina and The Diamond (mana band
ni sekarang?) yang dia jadikan tagline di Twitter. Tapi semakin kami kenal,
Kaka juga layan lagu-lagu seperti “Ratuku”.
Ada sekali tu, aku tertangkap dia tengah nak capai key Awie dan Adira serentak. Gila.
Hajjar mungkin terkenal dengan personalitinya yang fanatik
K-Pop. Tapi memori aku dengan Hajjar, lebih dekat dengan lagu “Warna-warni
Malaysia”. Aku rasalah itu tajuknya. Dalam video klip ada Siti Nurhaliza, Aznil dan Elfira. Aku jumpa lagu ni dalam laptop
Hajjar. Berulang kali juga aku pasang. aku buat simbol perpaduan macam tak jadi
sangat tapi Hajjar tetap ajar jugak.
Miza jadi back up dan layan aku nyanyi “Aku Cinta
Padamu”. Aku nyanyi ‘Gemerlapkan jiwaaaa …’, Miza sahut bunyi bass ke drum ntah
‘Dum, dum, dum’, ‘Semikanlah cinta …’, ‘Dum, dum, dum’. Balasannya di hari yang
lain, aku teman dia pergi majlis anjuran majalah K-Pop dan kena buat
persembahan lagu K-Pop kat depan. Kah kah! (Padahal aku gatal nak ikut sebab
dengar dapat makan Nando’s).
Tu
belum tengok orang main The Voice kat talipon. Haha, aku tengok Izyan main The Voice, bukan main lagi
komitmen yang dia bagi kat performance “She Will Be Loved” tu. Cuma aku tak
ingat time tu judges pusing ke tak. Haha.
Iyan ni seorang yang fasih berbahasa Mandarin. Jadi
tak hairanlah, kalau lagu yang buat aku ingat tentang dia adalah lagu Mandarin.
Tapi tak, aku lebih ingat dalam bas ke RTM aku minta dia Bluetooth kan
lagu-lagu Taylor Swift dalam BB dia
kat telefon aku. Lepas tu, koleksi lagi Taylor Swift aku terus banyak.
Awal
perkenalan dengan Marwan (turut
dikenali sebagai Morn), muzik yang aku tahu dia layan OCK. Macamana ntah
lama-lama dia makin layan scene rapping. Ni aku dengar lagi sikit dia nak tukar
nama jadi MackleMorn nak gantikan Macklemore.
Boleh
dikatakan Naem antara yang mempunyai
self-confident yang tinggi dalam kelas. Kadang-kadang dia punya confident, dia
pakai tibai je “Ters a lapehhh, starting in ma hatttt” lepas kau dengar punya
dengar, baru dapat catch up itu lagu Adele. Kau orang tekalah lagu apa. Tapi
ada satu lagu yang dia nyanyi dalam kelas buat aku tercari-cari masa cuti semester,
lagu “Get Yourself Back Home” nyanyian Gym
Class Heroes ft. Neon Hicth.
Agim selalu juga update lagu yang dia dengar dekat
Twitter. Entah borak punya borak macamana ntah, dia cakap kat aku “Weh,
dengarlah lagu ‘Pompeii’ – Bastille rasa
macam pelangi keluar ikut telinga kot.” Aku dengar first time, tak ada
berpelangi apa pun. Kali kedua dengar, penuh pelangi dalam bilik. Lagu Pompeii
jadi lagu raya aku tahun tu. Dan aku kekal suka vokal si vokalis Bastille. Nak
tahu feel Bastille try lagu baru dorang, Flaws.
Bertitik-tolak
dari aku tertangkap Kaka nak capai key Awie dan Adira tu, aku mula sarankan
pada Kaka untuk ada rakan duet. Aku cadangkan Sofi. Masa kami semua pergi family day, rancak juga aku bahan
supaya Kaka pergi ke depan berduet tapi Sofi nak tak nak je. Tiba-tiba, lagu “Bourgenvilla”
nyanyian Spring terpasang. Masa tu
dengan jelas Sofi berkata, “Ahha! Ini lagu faveret aku!”
Ada
satu masa tu kelas berkeadaan senyap, Faiz
mula pasang lagu di dalam playlists di tabnya. Ada satu muzik yang aku tak
kenal. Intro nya seakan menyeramkan. Aku pun mula bersuara, “Weh, lagu apa ni?
Tak tahu pun”. “Lagu cerita Kak Limah tu lah,” balas Faiz yang pekat berloghat
Penang. Haa, masa tu lah baru suara Ezlynn berdialog baru masuk. Engkorang tahu
ke lagu apa?
Lagu
“Lamunan Terhenti” nyanyian Awie ft.
Ezlynn lah.
Aku
tak tahu dorang akan ingat aku dengan lagu apa. Semoga dorang tak ingat aku dengan nyanyian yang sumbang dah lah. Sebab ada salah satu hari dalam
satu semester tu, setiap ayat yang aku habis cakap aku akan nyanyi “Minum Milo
anda bersemangat ju-a-ra!”.
Aku tujukan lagu "Flashlight" nyanyian Jessie J buat korang. Yeay, kita dah konvo!
Dan esei ini diakhiri dengan:
“So save me in your playlist. So, you wont forget this. When things don't quite go your way. You'll still have me on replay.”
-
Random
Awesome, Yuna.
5/20/15
Lintas Jalan Berpimpin Tangan
Bermula dengan peristiwa tali beg aku bawa ke kelas terputus. Aku beranikan diri untuk mengetuk pintu bilik jiran merangkap classmate aku di kolej. Kaka, namanya.
Aku rasa masa tu baru seminggu lebih aku masuk degree. Aku tak berjaya berkawan baik dengan sesiapa lagi. Nampaknya beg aku tak tahan dengan beban buku teks di level degree.
Aku ketuk pintu bilik Kaka. Mujur dia buka.
“Awak beg kita putus. Tak tahu nak bagitahu siapa,” aku bersuara sebaik saja pintu terbuka.
Bermula dari situ perkenalan kami berlanjutan.
Selepas tiga tahun, banyak benda yang kami kongsi dan guraukan. Yang terkini masa sesi ambil pakaian konvo hari tu.
Selesai mengambil jubah, sempat lagi Kaka mengusik Abang yang bertugas tu dengan berkata “Bang, fitting room kat mana?”
Aku dah tergelak-gelak kat tepi.
Abang tu turut tergelak tanda terhibur tapi masih menjawab, “Kat sini tak ada fitting room. Boleh try kat lorong luar tu”.
Aku senyum sambil berkata, “Sorrylah bang, kawan saya ni suka gurau tak kira masa.”
Kemudian kami berlalu dan mencuba jubah di lorong yang dicadangkan.
Abang tadi kekal menggelengkan kepala sambil tersenyum riang melihat gelagat kami.
Hampir semua orang yang lalu, aku tanyakan elok ke aku pakai jubah saiz XS ni. Mulia betul hati Abang tu bertanggapan aku saiz XS.
Aku cuba pula jubah Kaka yang bersaiz S. Ramai berpendapat ambil S lebih selamat sebab jubah tu berada di bawah lutut. Aku setuju.
Dalam ramai-ramai yang lalu tu, Tar berhenti untuk try jubah bersama kami. Ternyata dia juga perlu menukar saiz jubah.
Pada masa yang sama aku terperasan rambu pada mortar board aku dah tak terurus, aku nak tukar juga. Jadi, aku dan Tar pun pergi berdua.
“Ok ke bang saya pakai yang ni? Tak senteng ke?” aku menyoal Abang tadi sambil menggayakan jubah XS.
“Ok lah,” jawab Abang tadi.
“Ye ke?”
“Kalau nak selamat ambillah S.”
“Ok.”
Sambil-sambil Abang itu mencari jubah S untuk aku dan Tar, aku kata pada Tar, “Weh, tukarkan mortar board aku.”
“Kenapa pula?” soal Tar.
“Aku nak topi ada tocang macam kau ni. Aku punya tak cantik,” jawab aku sambil menunding jari ke arah mortar board Tar.
“Ah! Tukarlah sendiri,” balas Tar.
“Alaa, cakapkanlah …” aku mula merampas mortar board Tar, “Kalau kau tak cakap, kau tak ada topi konvo.”
Abang tadi kembali dengan jubah kami. Sempat juga masa dia cari jubah tadi dia curi lihat gelagat kami.
“Bang, kawan saya ni nak tukar topi,” Tar bersuara.
“Kenapa?”
“Dia nak yang bertocang,” jawab Tar.
Abang tu mulai tertawa.
“Alaa, bang jangan gelak. Kawan saya serius ni,” ujar Tar.
Aku tersenyum-senyum, “Boleh kan tukar?”
Abang itu menghulurkan mortar board baru kepada aku.
Selesai mengucapkan ‘Terima Kasih’ kami berlalu keluar ke lorong. Berjumpa sahaja dengan Kaka, aku ceritakan apa yang terjadi tadi.
Kaka pantas berkata, “Abang tu tak cakap kat awak ke ‘Eleh, budak ni tadi cakap kawan dia suka bergurau. Dia pun sama’?”
“HAHAHAHA, tak ada pula dia cakap macam tu.”
Punyalah bergurau, sampai kami tak ada gambar berdua masa hari konvo.
Walaupun begitu, Kaka juga merupakan orang sama berkata, “Awak ni independent tapi tak reti lintas jalan.”
Terima kasih untuk 3 tahun memimpin tangan ketika melintas jalan, Kaka!
Selamat maju jaya di masa hadapan. Semoga berjaya dalam bidang masakan dan jahitan (serta penerbitan). Ketahuilah bidang itu adalah bidang paling ingin dikuasai oleh ramai wanita.

***

5/7/15
Impian Rutin
Aku
rasa macam ... Ewah, intro macam trailer movie adaptasi novel John Green je. You
know ...
“I believe we
have a choice in this world about how to tell sad stories.”
-
The Fault in Our
Stars.
“The way I
figure it, everyone gets the miracle.”
-
Paper Towns.
Bila aku
bosan dalam kubikel aku, aku berdiri. Masa tu, aku rasa macam nampak semua
orang sedang mengimpikan untuk lari dari rutin. Rasanya kalau langit impian
atau angan kita ni orang boleh nampak atas kepala, mungkin boleh berlanggar
antara satu sama lain sebab terlalu
besar.
Yelaa, mana
aku tau kalau kau ada impian nak berhenti kerja pusing dunia sambil buat art.
Saling bertukar pandangan atau ajar melukis seluruh dunia. Balik Malaysia, buat
exhibition.
Atau
berbasikal ke seluruh dunia, panjat 7 gunung dan rentas 7 lautan, kemudian
tulis buku.
Atau dari
satu kisah kecil dalam hidup, kau bertekad untuk jadi penulis lirik dan pemuisi
ulung. Sekali-sekala kau pentaskan karya kau.
Atau
tinggalkan semua kerja, mulakan kehidupan di sebuah rumah mewah di tepi pantai
setelah bertahun-tahun kumpul duit.
Atau
mungkin, cinta kau terhadap rakan sepejabat akhirnya bersambut. Kau mula
merancang untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah. Mungkin buat business
tudung online di rumah. Tapi kemudian terhalang kerana anak CEO juga berkenankan
kau dan dia sudah lebih pantas menghantar rombongan. Antara motor Kriss dengan Ferrari
458 Spider mana yang kau pilih? Cincin belah rotan atau cincin bertakhta tiga
jenis permata?
Ops, sorry! Bahagian akhir ni, aku
terpengaruh dengan lambakan drama tv dan novel.
Hahaha!
Terpengaruh ke memang jenis kuat berangan! Ghentikanlahhh.
***
Aku berhenti
sekejap dari kekalutan pejabat ni, bila aku terfikir kenapa walaupun kerja part
time, aku macam permanent staff. Siap datang hujung minggu. Aku pun dah lupa
sebulan lepas aku suka buat apa hujung minggu.
Di tahap ni,
bos aku dah tak pesan “rajin-rajin kerja” lagi pada aku lepas sign borang claim
gaji. Aku tick semua tarikh kecuali Ahad. OT berderet.
Aku suka
kerja ni tapi aku harap aku tak lupa impian aku. Dan kau juga sama.
Orait, aku
nak pergi hantar borang claim ni. Chow!
Subscribe to:
Posts (Atom)