3/28/20

Super Heroin: Bab 1

Hari ini aku sudah siap sedia untuk membaca kandungan fail Microsoft Word yang telah dikirimkan akaun MonK yang tidak aku kenali ke e-mel aku.

Untuk menghilangkan debaran di dada, aku buka lagu "Your Shampoo Scent In The Flowers" sebagai latar. Tanpa membuang masa marilah kita mula membacanya sekarang! 

-----

SUPER HEROIN

Bab 1
(MULAN)



“Apa kejadahnya benda ni?” tanya Mulan pada D dan Amy.

Mereka bertiga berdiri mengelilingi sekujur tubuh yang sudah kaku. Tubuh yang sedang dalam proses decomposition. Entah dari mana ia datang tanpa diundang. Bau bangkai yang hadir memaklumkan kedatangannya lantas merusuhkan suasana.


Mulan, D dan Amy masih berdiri. Amy cepat-cepat menyepit hidungnya dengan jari sekuat kepit ketam. Mata kecilnya buntang memberi isyarat do something pada Mulan dan D yang masih kaku dengan situasi terseput. Mulan ke dapur mencari surat khabar dan plastik. D menyarung sarung tangan plastik milik Mulan yang digunakannya untuk gaul kunyit buat ayam goreng. Mulan terlihat dan memegang tangan D. Matanya melorot ke tangan D yang siap tersarung plastik. D melepaskan genggaman tangan Mulan dan jari telunjuknya memberi isyarat ah nanti beli lain lah! Mulan mendengus tidak puas hati. Matanya melihat Amy yang hidungnya sudah merah. Semerah lipstik rouge Maybelline.

D mengangkat bangkai tersebut dengan penuh hati-hati. Masih panas di bahagian perut. Membaringkannya di atas bentangan surat khabar. Mulan pada membungkus dengan lembut.

“Oi cepatlah!” D mengambil alih tugas tersebut dan rakus membungkus seperti penjual nasi kerabu yang punya ramai pelanggan beratur di depan gerai. 

Amy membuat carian di internet tentang cara-cara pelupusan bangkai seekor haiwan yang berdarah panas dan berbulu. Dia menemukan hadis yang mengatakan haiwan ini pada akhirnya akan menjadi debu. Tidak ada panduan yang tertib dalam menguruskan bangkai ini. 

Bungkusan tersebut diisi ke dalam plastik tak berikat. D mencadangkan agar kita cari kawasan yang bertanah untuk kita tanam. Namun persekitaran mereka tidak membenarkan ritual semula jadi itu berlaku. Mereka tinggal di rumah tingkat 10. Kawasan bertanah di sekitar hanya ada padang bola milik Sekolah Kebangsaan Berkluster Tinggi.

Mulan mencadangkan kita campak sahaja plastik ini di dalam tong sampah besar di rumah sampah bawah blok. Cadangan ini dibantah sekeras-sekerasnya oleh ahli persatuan pencinta haiwan yang lain (Amy dan D sahaja ahlinya) kerana mereka beranggapan itu melawan hak asasi haiwan.

Mereka tidak punya masa. Mereka mula membayangkan apa akan berlaku sekiranya pengkebumian dilengah-lengahkan. Tubuhnya akan berulat. Membusuk. Haiwan-haiwan lain akan turun bersarang di tubuh mangsa bukan sahaja ulat. Boleh jadi ada lipas, tikus, lipan, katak, cicak, labah-labah, kala jengking atau rama-rama…

“Aku nak keluar makan McD. Siapa nak ikut, siap cepat.” Mulan yang sememang sudah siap hanya menggapai beg silang berisi data peribadi dan terus turun ke bawah sambil membimbit plastik bangkai tersebut turun lif.

D dan Amy yang memang pantang dengar McD terus bersetuju dan cepat bersiap. Mulan menunggu mereka di dalam kereta. Matanya terpandang rumah sampah betul-betul ada di hadapan keretanya. D dan Amy mula menghampiri kereta dan Mulan menghidupkan enjin. Keluar dari petak parkir, Amy bertanya “Mana kau buang bangkai tadi tu?”

“Kau pun tanya mana aku ‘buang’. Kau dah tahu jawapannya.”

Sebenarnya bukan mereka tidak bersetuju dengan cadangan Mulan untuk membuang sahaja bangkai tersebut. Namun mereka tidak mahu menanggung rasa bersalah dengan melakukan perbuatan itu. Jadi, sebagai manusia kita perlu ada dua pilihan dalam membuat kata putus. Setidak-tidaknya jika kita memilih untuk menyusur di jalan jahat, kita tahu ada jalan baik yang turut difikirkan dalam mengimbangi kognitif pemikiran. Disebabkan itu, dapatlah mereka tahu bahawasanya mereka masih waras dengan tidak mengadakan parti barbeque malam itu. Maklumlah rezeki jatuh dari langit.

Masing-masing merenung ke luar jendela memikirkan menu apa yang hendak dipesan setibanya di McD nanti. 

***

Mulan atau nama sebenarnya Nur Alisya Binti Mohd Sabri merupakan anak sulung dari 4 beradik. Ibu bapanya sewaktu awal perkahwinan tinggal bersama keluarga mertua. Jadi sebarang tindak-tanduknya diawasi oleh keluarga mertua sehinggalah nama cucu mereka turut dicampuri. Ibunya mahu menamakan anaknya Mulan kerana sengaja nak rebel. Sengaja mahu melihat orang berkata yang tidak-tidak dengan pilihan nama tersebut. Mulan hanya gelaran yang diberi oleh ibunya. Orang lain memanggilnya dengan nama Caca atau Ica.

“Punyalah berebut nak bagi nama Alisya, last-last yang dipanggilnya Caca. Apa kejadahnya.” Rungut hati ibu si Mulan yang sedikit sebanyak menurun ke anaknya.

Sesuai juga nama Mulan dengan keperibadian dan fizikalnya yang berkulit licin. Warna kulit bergantung pada aura dalaman. Jika stress, warna kulitnya menjadi gelap. Jika tidak stress warna kulitnya cerah bersinar memancar. Walaupun nama Mulan ini datang dari keturunan Disney berbangsa Cina, matanya tidak sepet. Matanya kuyu. Orang anggap dia mengantuk dan bosan sepanjang masa. Orang kata dia tak ada perasaan. 

“Ah Mu, main henset macamlah ada orang mesej dia. Padahal main lock screen.” Sindir Zack. Zack ni asal Kuantan. Nama Mulan dipendekkan jadi Mu. Mengikut dialek Kuantan, Mu ni bermaksud Kau. Mu ni juga boleh jadi pinjaman daripada dialek Terengganu. Orang Kuantan rata-rata kalau guna Mu, maksudnya mereka dipengaruhi orang Terengganu. Orang Kuantan kalau sebut kaw, dia jadi ka je. Ka. 

Contoh soalan: “Kereta kalau Bahasa Inggeris apa?”

Jawapan: “Ka”

Ini lawak bodoh Zack. Anggap jelah Zack ni dah mati dalam hidup Mulan.

***

“Aku pantang dapat ayam sejuk. Tapi aku makan je lah.” Rungut D yang pesan set Ayam Goreng McD dengan sampingan Kentang Goreng dan Coke saiz besar. 

“Krup…krup…krup...” D kunyah kulit Ayam Goreng McD yang rangup.

“Hufff…huff…” D kepedasan.

“Korang kerja okay?” Soal Mulan membuka diskusi meja makan. Topik hari ini, kerja.

“Aku okay. Baru ni aku dapat projek terjemahan laman web untuk sebuah syarikat terkenal.” Respon Amy. Amy bekerja sebagai seorang penulis bebas. Punya laman web sendiri yang menjana pendapatan melalu Nuffnang dan Google Ads.

“Tak payah terkenal sangatlah bagitahu je lah syarikat apa.” D menghirup Coke dari cawan kertas mengguna straw besi yang diperoleh percuma dari sebuah syarikat terkenal.

“Straw kau tu pun aku tanya dapat dari mana kau jawab ‘adalah dari sebuah syarikat terkenal’, lupa ke?” Amy bidas.

“Tak boleh sebut la isu hak cipta”. Balas D berseloroh.

“Kau ingat je benda-benda lepas ni eh. Power ah kau.” Sanjung Mulan.

“Takde ah. Aku tak boleh nak bagitahu korang ni syarikat apa selagi projek ni tak siap. Kontrak dia macam tu.”

“Weh, tah-tah ni scam?” D risau. 

Amy ni bukan tak pernah kena scam. Dah banyak kali. Kes nak beli motor dari Senang.My yang hangus dua ratus ringgit. Deposit dua ratus ringgit telah Amy transfer dan penjual meminta Amy datang sendiri mengambil motor tersebut di Gurun, Kedah. Sebaik sahaja dia tiba di terminal bas Gurun, nombor telefon penjual gagal dihubungi. Aplikasi mesej tiada respon. Amy pulang ke Kuala Lumpur, hampa. Seminggu Mulan dan D cuma mengenal pasti punca kemurungan Amy yang tidak riang seperti selalu. Akhirnya ketika makan malam, Mulan masak lauk kegemaran Amy, isi ayam masak halia. Amy tiba-tiba keluar dari biliknya dan duduk di meja makan. Kepalanya dihempas ke meja dan menjerit. Amy menceritakan pengalaman buruknya itu dan berjanji selepas ini dia akan sentiasa berkongsi apa sahaja perkara dengan D dan Mulan. 

Mulan membisu membiarkan D dan Amy bersembang. Mulan tidak bekerja. Dia mewarisi kekayaan datuk angkatnya yang berdarah jawa dari negara Indonesia. Sejak kecil dia mengimpikan sebuah keluarga yang lain daripada apa yang dia ada. Dia berharap kewujudannya di dalam keluarga yang kucar-kacir ini adalah sebuah kesilapan ghaib. Boleh jadi Mulan bukan anak kandung bapanya. Boleh jadi ibunya berenang di Laut China Selatan dan seekor sperma telah berenang masuk ke dalam sistem peranakan ibu maka terjadilah persenyawaan zuriat di dalam rahim. Mulan mengharapkan sperma itu datang dari golongan kaya-raya. 

Ternyata ia benar dan Mulan juga berjumpa dengan dua adiknya iaitu D dan Amy. Agak menjengkelkan wasiat yang ditulis. Syaratnya, “Kau perlu menjaga dua adik tirimu jika kau mahukan harta ini.” Suara bergema dari dalam peti surat rumahnya. Surat itu terbaca dengan sendirinya seperti filem Harry Potter: Batu Ajaib.

D menepuk meja lantas Mulan terkejut. 

D memandangnya dan berkata,“Kau berangan lagi kan?!”

“Zoned-out!” Mentang-mentanglah tengah buat projek menterjemah, kerja dia terjemah orang je si Amy ni.

Mulan menggaru kepalanya yang gatal. Beberapa helai rambut gugur ke lantai McD. Mulan nampak rambutnya gugur. Boleh jadi aku ada barah, detik hatinya.

“Woi! Kau kat mana ni? Kau dengar tak plan kitaorang ni tadi?” D menjerkahnya. Entah darah pahlawan mana mengalir dalam badan dia ni. Kerja nak jerkah orang je.

“Aku tak dengarlah. Apa dia?” Mulan pening-pening lalat akibat hentakan tangan D di meja tadi. 

“Aku ada gosip.” D memberi topik baru menggantikan topik kerja itu tadi.

Mulan menggapai ayam goreng McD dan menggigitnya.

“Kruppp… Kruppp… Kruppp…” Mengutip saki baki kulit rangup yang terburai di dulang McD.

“Mak aku dah tanya bila aku nak kahwin.” D mengecilkan matanya. Konon bertenang. Padahal dalam hatinya meronta-ronta. D pernah kata yang dia tak suka alam perkahwinan. Pengalamannya melihat manusia yang sudah berumah tangga ini merengsakan dirinya. D bukan tak sukakan perkahwinan. D cuma belum bersedia. D memegang teguh prinsip diri lebih penting dari "si dia". Ada patch terjahit di parka hijaunya persis parka kepunyaan Fahmi Reza.

“Banyak nak pakai duit tu.” Respon Mulan yang mengerutkan kening D.

“Bukan itu masalahnya. Masalahnya mak kau tak tahu ke kau ni paranoid dengan perkahwinan!” Amy mengekek ketawa. D juga mengekek ketawa hingga mengeluarkan air mata.


-----

Mulan?! Seriously, are you kidding me?

Mulan, MonK - M - Make sense. Aku dah tahu siapa hantar Bab 1 begini. 

Analisa ini tidak akan silap. Lepas dapat jawapan baru aku teringat, sebenarnya aku boleh sahaja pergi ke bahagian Properties fail dan semak bahagian Author.


Hah, semua orang tunggu sekejap! Aku nak bawa Bab 1 ini ke sebuah mesyuarat group Whatsapp. Aku akan kembali.

Bersambung ...

3/27/20

Super Heroin: Pengenalan

Hai! 

Lama kita tidak bersua. Pastinya telah banyak yang dikecapi dan jalani tanpa aku ketahui. Aku juga sudah lama tidak menulis perkara-perkara santai di sini. Harap semua berada dalam keadaan tenang menjalani tempoh ini.

Walaupun tidak bekerja, tabiat menyemak e-mel setiap hari jam 9:00 pagi masih tidak dapat aku singkirkan. Aku juga tidak pasti e-mel apa yang aku nantikan.

Mata aku bercahaya. Pagi ini berbeza kerana selain e-mel dari foodpanda, Zalora, Shopee, Naelofar, LinkedIn dan Jobstreet, ada satu e-mel yang memang asing masuk ke Inbox aku. 

Mungkin ini yang aku tunggu.

Aku lihat nama pengirim “MonK – yourmonk [at] gmail [dot] com”. Hmm, aneh.

Tiada sebarang catatan di dalam e-mel tersebut melainkan sebuah fail Microsoft Word bertajuk “Super Heroin”.

Aku ragu untuk muat turun. Dalam dunia internet ini, aku paling bimbang dengan virus yang boleh menyebabkan kita terlog keluar dari akaun sendiri dan mesej spam berpautan aneh akan masuk ke semua friend list.

Do or die. Aku muat turun. 

Word dibuka. Kandungannya begini:


Aku macam woah! Apa ni!

Dalam keadaan terkejut kebolehan untuk membaca hilang. Aku skrol sampai ke bawah. 

Word itu berakhir dengan:


Beberapa perkara muncul di minda aku: 
1. Adakah aku patut menghubungi kawan-kawan aku berkongsi mengenai e-mel ini? 
2. Adakah pemilik e-mel “MonK” ini ingin aku membuat semakan pruf ke atas tulisannya? Aku tak buat kerja membaca pruf dengan percuma. Proofread dengan aku perlulah mengikut syarat: font size 10/11 pt, spacing 1.5, 1 halaman RM 3.00.  
Tetapi sekiranya begitu, buat apa hantar Bab 1 sahaja. 
3. Aku perlu beri penilaian? Mustahil. Manuskrip novel untuk penilaian sekurang-kurangnya knae ada 3 bab pertama.

Penyelesaiannya adalah dengan membaca sahaja fail Microsoft Word ini. 

Baiklah, aku akan baca selepas aku ber-pilates dan menonton 1 episod drama Korea. Buat masa ini aku diamkan dulu mengenai e-mel dari semua kawan-kawan aku.

Tapi bila aku baca nanti, aku nak kau juga baca bersama e-mel ini!

1/1/20

Sembang Gebang 2019: Episod Akhir

Salam Sembang Gebang! Selamat menyambut tahun baharu 2020!

Minda kesedaran aku akhirnya diketuk untuk menutup apa yang aku telah buka pada tahun 2019. Bukan pintu Jumanji. Ya, tidak lain tidak bukan: Sembang Gebang 2019. Mungkinkah Sembang Gebang 2020 akan berwajah baharu? 

Termasuk episod ini, Sembang Gebang 2019 mempunyai 12 episod dengan jumlah keseluruhan rakan tetamu seramai 11 orang. 

Untuk Sembang Gebang 2019: Episod Akhir kita bawakan kembali IKI.ALI, MUHAMAD EZHAM, MARWAN ZAHARUDIN, AQIL ASRAF, NABIL BASARUDDIN, HARMIZA HASHIM, HAJJAR IZWANI, AZIAN MOHD NOOR dan SITI AMANDA. Istimewa di tahun baharu, dibawakan seorang tetamu yang belum pernah ditampilkan dalam mana-mana episod sebelum ini iaitu NURUL NAJWA.

Walau bagaimanapun, FARHAN RAMLI tidak bersama kita dalam episod akhir kali ini kerana aku tidak menyambut salam Midsommar yang dihulurkan. Haha! Eh entahlah kenapa! Mungkin dia akan jelaskan sendiri di episod lain. Wow! Betul ke kita akan ada episod lain di 2020?

Usah bertarik tali lagi. Mari kita mulakan Sembang Gebang 2019: Episod Akhir!


***


SOALAN 1: TOP 3 FILEM 2019 PILIHAN ANDA DAN SEBAB RINGKAS.


TOP 3 PILIHAN IKI.ALI

Ya ampun! Kejamnya Top 3 je! Kena pilih betul-betul ni! Walaupun sebenarnya tahun ni agak mengecewakan bagi pencandu filem di Malaysia macam aku.

(。ヘ°) 

1. Ejen Ali The Movie – Misi: Neo
Aku sebenarnya pressured oleh orang sekeliling untuk join the hype train. Dan aku tak menyesal. Patutlah bapak budak lagi teruja pasal sirinya; agak matang idea, penyampaian naratif dan worldbuilding Ejen Ali. Bila diterjemahkan sebagai filem cereka, aku makin senggama minda. Tak sangka kita boleh pergi sejauh ni. Kudos kepada pasukan Wau Animation!

Lejen yang masih hidup ni masih boleh membikin filem jenayah epik yang power! Walaupun terpaksa berlawan dengan capaian Internet yang macam haram, berjaya juga aku habiskan filem yang bagi AKU (penafian ni kena letak, sebab takut ada yang tersinggung) lebih baik daripada Goodfellas!

3. Joker
Todd Phillips ni satu kes di mana aku respek dia nak teruskan jugak buat filem berdasarkan watak DC paling popular ni dengan jiwa yang kerdil. Tapi payoff dia sangat hebat! Ya, filem ni sangatlah on the nose dan taklah mendalam macam orang canangkan, but the fact that he didn't give a sh*t what people think about his take on the Joker dan membuatkan kaki filem adiwira dan penonton biasa boleh minat sebuah character piece tentang jiwa yang tersakiti ni (gotta include this reference!) yang agak slow-burn ala-ala filem festival ni ialah sesuatu yang memberangsangkan! Boleh kata filem ni sebenarnya pembuka bicara untuk geng-geng ni jadi celik sinema! Sekali lagi gua tabik!

Ah, lantak. Top 3 tak cukup, jadi nak juga letak honourable mentions kat sini, dan ini dia pilihan aku (yang tak ikut susunan kesukaan): Fly By Night dan Motif (sebab mampu menunjukkan yang Malaysia mampu buat crime drama yang gritty dan bergaya), Avengers: Endgame (penamat Infinity Saga dalam Marvel Cinematic Universe yang amatlah cukup rencahnya!) dan Metro Maalai (akhirnya dapat tengok filem Tamil tempatan yang ikut rentak sendiri dan tak terikut sinema Tamil di India selepas Jagat yang sarat dengan human drama dan sisi emo dan cantik di ceruk KL).


TOP 3 PILIHAN MUHAMAD EZHAM

1. Ejen Ali The Movie
Jarang aku ke pawagam tonton animasi. Tak seperti filem Melayu yang lain, filem ni menggunakan dana yang diberikan dengan sebaiknya.

Filem ni mengingatkan aku tentang berusahanya kawan-kawan aku mahu menjadi filmmaker. Payah, walaupun industrinya tak sebesar Hollywood. Aku harap mereka bersedia.

Aku suka dengan isu yang filem ni bawa. Simple, tak perlu sebarang letupan filem ni berjaya bawa aku menonton sampai habis. Filem ni juga bagitahu aku, pendidikan sex tu penting.


TOP 3 PILIHAN MARWAN ZAHARUDIN

1. Joker
Filem ini paling kacau emosi aku dan memberikan pengalaman yang sangat menekan ketika menonton untuk tahun 2019. Sebab itulah best kerana aku tak pernah rasa macam tu lagi dalam panggung wayang. Hampir setiap masa aku terganggu, terganggu dengan keasyikan watak Joker itu sendiri. Ada banyak benda yang aku kagum tentang Joker antaranya cerita dari mana datangnya Joker, skil penceritaan, pengarahan yang hebat, dan kagum dengan rasa yang berjaya ditinggalkan oleh Todd Phillips dalam hati aku sepanjang cerita berjalan. Rasa dicungkil-cungkil dengan ketidak selesaan dan kasihan.

Parasite terlalu real! Bila tonton filem ini rasa macam cukup lengkap, seimbang dengan elemen-elemen dark comedy, suspen, drama dan ganas yang menghancurkan jiwa. Bila tonton, kau akan faham yang semua ini ditunjukkan atas tujuan untuk memperlihatkan bagaimana dunia yang dibina atas semangat keinginan yang kuat, harapan, kehendak dan keperluan memaksa kita untuk terus berubah.

3. The Irishman
Aku memang suka dengan cerita yang memaparkan sisi gelap sesebuah tempat, masyarakat dan budaya. Bahasa mudahnya 'underworld' - cerita di bawah lapisan dan cerminan bagi apa yang ada di permukaan. Lagi dark lagi best. Lagipun, masa Martin Scorsese umumkan yang dia nak arahkan The Irishman aku dah tahu ia akan jadi filem yang bagus sebab dah ada buktinya melalui filem Taxi Driver. Nampak dia faham betul dengan subjek dan apa yang nak diceritakan.


TOP 3 PILIHAN NABIL BASARUDDIN

Sudah mengikuti sejak sekian lama dari Iron Man sejak 2008, hampir 12 tahun ya sudah tentu ia wajib menjadi top filem hahaha.

Dunia dragon sentiasa menjadi kegemaran ya kenapalah takda di dunia nyata haha.

3. Ejen Ali The Movie
Mengikuti sejak season pertama dalam diam dan yeahh akhirnya muncul sebagai sebuah filem. Asyik yaaaa.


TOP 3 PILIHAN AQIL ASRAF

1. Cold Pursuit - sebab cerita dia cam kelakar tapi dalam cara yang unik.

2. John Wick 3 - action terbaik, Keanu Reeves performzz. Franchise yang always consistent.

3. Avengers: Endgame - sebab memang follow MCU kan, ending dia pula fuh. Final fight tu pun memang tip top!


TOP 3 PILIHAN HARMIZA HASHIM

1. Avengers: Endgame 
- Sebab yang paling ketara, untuk tahu kesinambungan daripada end credit filem yang lepas. #TeamHulk

2. Parasite
- Sebagai seorang yang mudah dipengaruh, bila nampak filem ni banyak kali dapat review positif, kita pun kenalah tengok. Plus, ending filem yang kita tak terfikir pun dari awal.

- For personal reason, kita dua kali tengok filem ni. Mungkin aura Naphat Nine kuat sangat.


TOP 3 PILIHAN HAJJAR IZWANI

Setelah termenung dan ingat balik memori filem yang pernah ditonton wah rupanya susah nak pilih top 3 haha. Berikut ialah pilihan kita:-

1. Avengers: Endgame (24/4/2019)
Sudah tentunya peminat Marvel menanti yang final ni. Memang countdown tunggu yang final. Penat ooo gigih focus semua sequel dia. Puas hati la dengan ending dia. Kite ternanti yang final sebab ada characters yang kite suka well ‘hilang’ masa Avengers: Infinity War. Emo ok part ending Spidey lenyap masa peluk Tony Stark. Omg! So, keseluruhannya berpuas hati dengan ending Endgame sebab segalanya terjawab. Walaupun Endgame dah habis sequel lain still bakal muncul nanti. Kene focus lagi. Good luck geng kipas Marvel :p

Kite memang fan untuk Spiderman dari season 1 dan 2. Season 3 lakonan oleh Tom Holland ok suka juga wey walaupun die muda ok haha. Kecewa kot Spiderman season 2 until 2 filem je haha. Far From Home memang ternanti sebab die sambungan daripada Avengers: End Game. Kejadian setelah tamat perang Endgame. Tetap emo ok bila ade moment teringat Tony Stark haha I feel u Peter! Far From Home bagi kita best. Sama syiok dengan nombor 1. Terharu ok die pewaris Stark dan ada access to Stark Industries. Wow. Ok kene nantikan lagi sambungannya la. Harap jadila ade Spiderman 3. Please.

3. IT Chapter 2 (6/9/2019)
IT pun filem yang kite nantikan lepas tengok yang pertama (2016). Yang pertama dia kureng actually tak uhm! Lagipun berkisar zaman dulu so faham la kenapa tak uhm sangat dan watak-watak pun muda-muda. Bila nampak trailer Chapter 2 wah tak sangka sambung dari one. Pennywise kembali selepas 27 tahun wah. Of course nak tahu why why dan budak budak tu berkumpul kembali pabila dewasa dan sedih ok sorang watak suicide sebab nak selamatkan kawan-kawan. Chapter 2 ternyata wow. Die punya kejam, terkejut semua berganda dari no 1. Amat puas hati. Kita tak akan puji kalau cerita hantu hambar hehe. Kesimpulannya, storyline dan ending kita berpuas hati. Rasa macam dah habis kot entah ade sambungan ke tak lagi sebab tak siasat lol.


TOP 3 PILIHAN AZIAN MOHD NOOR

1. Joker
Kenapa Joker berada dalam senarai Top 3 pilihan kita adalah kerana cerita ni bukanlah cerita biasa-biasa. Ia membawa satu mesej yang sangat berat. Seorang watak antagonis yang berjaya menjadi Hero dalam ceritanya sendiri. Yes! Depression dan masalah mental bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Begitu juga dengan watak Arthur Fleck. Dengan masalah dan malang yang bertimpa-timpa menjadinya seorang Joker. Kisah realiti kes buli, penindasan golongan kaya-miskin, penderaan mental dan fizikal yang sering terjadi dalam kehidupan hari ini diterapkan dalam filem ni. Its a real thing. Itulah yang membuatkan filem ini menjadi bagi kita.

2. Avengers: Endgame 
Kita pilih movie ni sebab kita memang pengikut Avengers dan ini adalah titik nokhtah untuk team Avengers. Lepas ni takkan ada lagi group Avengers ni. So kira yang terakhirlah. Banyak aksi, moment komedi dan emosi diterapkan hingga ke babak akhir. Banyak mainkan perasaan penonton. Filem ini diakhiri dengan dua tema iaitu sad dan happy ending. Tak sure patut bersedih atau gembira lepas keluar wayang.

Okay Homestay antara fav movie kita untuk tahun 2019 ni. Dua kali kita tengok movie ni kat wayang. Haha. Sebab utama kita tengok cerita ni adalah kerana actor dia. Okay jangan kecam dulu. Dalam cerita ini Jamy James (JMJ) sekali lagi membawa watak remaja yang menghidap depressi setelah series S.O.S. Memang salute dengan lakonan dia dalam S.O.S dan bagi kita JMJ sesuai bawa watak ni dan dia memang deliver watak ni dengan sangat baik. Hope dia akan teruskan dalam bidang lakonan dia sebab sekarang dah terjun dalam bidang nyanyian pula!

Note: 
Homestay release date in Thailand: 25th October 2018
Homestay release date in Malaysia: 17th January 2019


TOP 3 PILIHAN NURUL NAJWA

Bagi peminat animasi klasik Disney The Lion King versi terbaharu ini jalan cerita sepenuhnya mengikut versi asli 1994 dan filem ini boleh membuat penonton bernostalgia. Trailernya mampu menarik penonton dengan kecomelan watak Simba semasa dilahirkan. Itu boleh dilihat dari komen-komen penonton mengenai betapa comelnya Simba ketika bayi. Seperti selebriti terkenal Neelofa meletakkan komen di media sosialnya "can't wait to see this cuteness" refer to baby Simba dalam trailer. 

The Lion King dimulai dengan kemegahan alam semula jadi berserta hidupan di dalamnya diiringi dengan lagu "Circle of Life" berhasil membuat penonton menikmati permulaan filem ini. Lagu-lagu seperti "Hakuna Matata", "I Just Can't Wait To Be The King" dan "Can You Feel The Love Tonight" boleh membuat penonton ikut bersenandung. Kualiti teknologi CGI sangat hebat sampai aku sendiri rasa macam tengok filem live action. Landskap yang sangat foto realistik dan yang pasti binatang juga sangat realistik.

2. Joker
Membawa masej yang sangat berat. Senang cerita filem ini sangat 'deep'. Ok point utama filem ini adalah mengenai kesedaran kesihatan mental. Meletakkan  watak Arthur Fleck sebagai seorang gila dalam perlakuan dan penuh dengan muslihat. Arthur dilihat sebagai individu yang berjuang secara senyap sebab takutkan pandangan masyarakat. Lalu apa yang terjadi meyebabkan dia sering kali memakai topeng gembira yang palsu untuk menutup kesedihan dan kesengsaraan dalaman yang dialaminya. Point kedua adalah kecelaruan mental Joker yang misteri kerana dalam filem tidak dinyatakan penyakit apakah yang dialami Arthur hanya diterangkan melalui beberapa  simptom seperti ketawa yang terhasil tanpa kawalan tetapi dalam filem disebut medical condition di mana Arthur membawa kad kecil untuk menjelaskan kepada orang sekelilingnya kenapa dia boleh ketawa dalam masa yang tidak sesuai. Point ketiga adalah keganasan dan penyakit mental. Filem ini memberi maksud yang yang mendalam tentang kesengsaraan mereka yang berjuang dalam senyap iaitu keganasan Joker yang membunuh mangsa sepanjang filem adalah hasil kepada kesengsaraan dalaman yang dialaminya. Point filem ini berpotensi mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecelaruan mental berpontensi untuk melakukan keganasan. Dialog Arthur  "I used to think that my life is a tragedy but now I know its fucking comedy" is the line where Joker is begin di mana setelah tiada ubat tiada terapi dan tiada bantuan Arthur memilih menunjukkan sisi dalamannya yang kejam sebagai sumber kekuatan. Yang pasti, point sebenar Joker adalah seseorang yang mempunyai kecelaruan mental dan beliau sengsara dengannya.


3. Midway
Filem ini mengisahkan Perang Dunia Kedua yang melibatkan dua negara besar iaitu Amerika Syarikat dan Jepun. Filem ini membawa penonton mengimbau kembali kisah perang dunia seperti Pearl Harbor. Sebuah kisah sebenar yang berlaku semasa pertempuran laut yang epik dalam sejarah dunia yang dikenali sebagai The Battle of Midway pada Jun 1942. Enam bulan selepas serangan Jepun ke atas Pearl Harbor. Menampilkan pelakon hebat seperti Luke Evans, Nick Jonas dan ramai lagi. 

Yang menarik perhatian dalam filem ini adalah lakonan Nick Jonas sebagai Bruno Gaido iaitu seorang juruterbang pesawat tentera Amerika yang hebat tetapi pesawatnya terhempas dan terkandas lalu ditangkap oleh tentera Jepun untuk disoal siasat. Point utama adalah watak Bruno Gaido ini langsung tidak gentar dengan pihak lawan iaitu tentera Jepun dan apabila disoal siasat dia hanya meminta sebatang rokok dan sempat memaki pihak lawan tanpa menjawab pertanyaan tentang rahsia tentera US. Watak Bruno menggambarkan bahawa sebagai seorang tentera yang sudah bersumpah untuk taat dan melindungi tanah air haruslah berjuang bermatian-matian dan melindungi rahsia tentera. Latar belakang filem cukup menawan dengan kesan CGI dan memaparkan landskap perang yang mampu membuat penonton terasa kagum dan cemas. Deruan enjin pesawat, barisan kapal perang yang gah serta ledakan bom berjaya membuat penonton merasai suasana perang yang sebenar. Secara keseluruhannya, Midway memaparkan ciri-ciri aksi dan nilai sejarah yang tinggi.


TOP 3 PILIHAN AIN NURLISA

1. Boboiboy Movie 2 kerana cerita ini mempunyai pengajaran yang tersendiri contohnya mengajar kita tidak mudah berputus asa dan terus berlatih hingga kita capai matlamat kita.

2. Ejen Ali The Movie kerana animasi yang gempak.

3. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kerana mengingatkan kembali kisah lagenda.


TOP 3 PILIHAN SITI AMANDA

Hi Aimi sorry ya aku amnesia. Filem tempatan tahun ni banyak sangat tak sedap. Ada yang sedap tapi tak cukup puas. Jadi filem tahun ini yang buat aku tersedar bahawa aku masih peminat filem adalah :

1. Ford vs Ferrari: Tentang mimpi dan cita-cita yang menjadi kenyataan.

2. Us: Filem seram yang pelik ni memang aku tunggu-tunggu untuk tonton dan masih kagum sampai sekarang. Aku kagum dengan ideologi yang dibawa. 

3. Two Sisters: Aku suka konsep filem ni. Ia tidaklah seasli mana kerana ceritanya seakan-akan A Tale of Two Sister. Punya jalan cerita yang berbeza tapi sama plot twistnya. Bajet filem ini juga kecil. Aku kagum dengan hasilnya. 



SOALAN 2: APA YANG ANDA INGIN LIHAT PADA FILEM PADA TAHUN 2020?


IKI.ALI: Filem lokal tahun ni banyak juga yang cuba untuk tampil dengan offering yang berbeza, tapi berapa kerat je yang berjaya buat aku kagum. Tahun depan macam lagi banyak kelainan akan disajikan yang mungkin aku tak perasan. Antara yang aku perasan ialah filem political thriller berjudul Daulat! Lain macam tu! Filem-filem omputih yang aku tak sabar pula antaranya Black Widow (yang sungguh ada aura The Winter Soldier!), Tenet, Free Guy, Sonic the Hedgehog (sebab nak sokong studio Hollywood yang actually dengar cakap peminat!), Ghostbusters: Afterlife (sebab nampak macam tulus ikhlas nak teruskan legasi antara francais yang paling disayangi orang ramai), Godzilla vs. Kong (sebab apa lagi?) The Gentlemen (sebuah comeback Guy Ritchie selepas bikin filem entah apa-apa kebelakangan ni) dan banyak lagi yang masih tak diumumkan atau dibiarkan misteri. Ayuh, pembikin filem semua! Step up your game!


MUHAMAD EZHAM: Harapan aku untuk 2020, aku ada lebih banyak masa menonton filem.


MARWAN ZAHARUDIN: Tahun 2019 aku kurang menonton filem tempatan di pawagam. Tidak pasti sama ada tiada yang memikat hati atau filem antarabangsa yang ada lagi kuat memikat auranya. Jadi, untuk tahun 2020 aku harap filem tempatan lebih berkembang dan hebat supaya ramai melekat termasuk aku sekali la.


NABIL BASARUDDIN: Lebih banyak movie sekuel atauuu fantasi dan juga magis.


AQIL ASRAF: 2020 nak tengok movie animasi Malaysia lagi, maybe Ejen Ali 2? Haha. Takde nak expect apa pun tengok lah apa yang release nanti. Yang penting cerita action lah nak tengok


HARMIZA HASHIM: Mungkin masih sama dengan keinginan tahun lepas, untuk lebih banyak filem yang tidak cliché masuk pawagam negara kita supaya penonton dapat explore genre lain.


HAJJAR IZWANI: Tahun 2020 kita menantikan wishlist filem yang bakal muncul. Harap filem-filem yang dinantikan hebat dan memuaskan hati kita hehe. Antara yang kite nantikan ialah The Conjuring 3, 21 Bridges dan filem-filem Marvel yang lain bakal keluar, oh harap Pee Nak 2 ade la tayang kat Malaysia tahun 2020. Pee Nak 1 kita amat suka cannot move on haha. Kat Thai nak release 20/2/2020. Ok kemon! Jumpa lagi tahun 2020 Sembang Gebang. Love.


AZIAN MOHD NOOR: Kita tak mengharapkan banyak tapi kalau boleh pengeluaran filem-filem Melayu yang berkualiti boleh dipertingkatkan setanding filem luar yang kian membanjiri pawagam kita seperti filem negara jiran Indonesia, Thailand dan Korea. By the way, hari tu tak sempat untuk tonton movie Khun Phaen sebab tempoh tayangannya sangat singkat. Mungkin tak dapat sambutan di sini ... sobb … Harap tahun 2020 akan lebih diwarnai dengan filem-filem yang lebih berkualti tidak kira filem Melayu atau filem luar. Tak sabar menantikan The Conjuring 3!


NURUL NAJWA: Seiring dengan perkembangan teknologi kebanyakan filem yang dihasilkan akan mengikut arus perkembangan dunia. Namun setiap filem yang dihasilkan haruslah lebih mendekati jiwa seorang manusia dan memaparkan motif yang tepat di sebalik jalan cerita. Unsur sains dan teknologi haruslah dikaji sebaik mungkin sebelum diterapkan dalam sesebuah filem namun ianya hanya berlaku di Hollywood dan kita tidak mampu untuk menghalang idea mereka. Untuk industri filem Malaysia, terapkan lebih isi-isi sejarah dalam filem untuk kenangan dan pengetahuan generasi akan datang.


AIN NURLISA: Harapan untuk tengok sekuel The ConjuringThe Conjuring 3 sebab dah pernah tengok Conjuring pertama dan kedua semestinya Ain mahukan yang ketiga.


SITI AMANDA: Tahun 2020, aku nak tengok filem yang sedap. Satu jawatankuasa perlu ditubuhkan ala-ala badan penapisan tender kantin sekolah. Makanan kantin sekolah tak pernah tak sedap kan?


***


Seperti biasa, giliran aku pula. Top 3 filem pilihan aku ialah:

1. Ejen Ali The Movie
Filem ini best tahap aku hanya nak bersembang dengan orang yang rasa best jugak je. Haha! Aku tak nak ada yang memusnahkan mood aku yang best gila selepas menonton filem ini. Sama macam masa aku tengok Spider-Man: Into the Spider-Verse tahun lepas.

2. Weathering With You
Aku ingat sound effect cerita ni memang sedap. Bunyi, guruh, hujan memang real. OST pun ngam! Sekarang bila hujan lebat, OST filem ini akan terngiang dalam otak aku sambil imej-imej dalam anime ini dimainkan dalam minda.

3. Gundala
Aku suka perasaan selepas menonton filem ini. Rasa penuh. Ada banyak dialog dan babak yang boleh dikaitkan dengan realiti. Aku sedang mempertimbangkan untuk ke pawagam dan tonton sekali lagi.

Harapan untuk filem tahun 2020: Untuk industri Malaysia, teruskan meneroka kepelbagaian genre dan kisah. Antara yang aku dah nampak sinar: Daulat. Harap penyampiannya berjayalah ya.

Selamat maju jaya untuk semua penggiat filem tanah air! 
Kami menanti seruan membeli tiket wayang.

Kali ini canggih sikit, ringkasan aku buat dalam bentuk jadual haa:



Sampai berjumpa lagi! 

11/5/19

Sembang Gebang: Pengulas Filem = Penyelamat Duit Masyarakat? (BAHAGIAN 2)

Salam Sembang Gebang!

Marilah kita terus sambung saja perbincangan hangat kita mengenai "Pengulas Filem = Penyelamat Duit Masyarakat". Untuk yang terlepas Bahagian 1, macamana boleh terlepas?

Haha, untuk Bahagian 1 boleh klik di sini.

***

Sebelum bermula, mari berkenalan dahulu dengan tetamu-tetamu Bahagian 2. Agak-agak melalui pengenalan diri boleh teka tak personaliti mereka bagaimana?

AQIL ASRAF ialah seorang remaja? Yang berumur 22 tahun. Beliau meminati teknologi, muzik elektronik dan permainan video. Beliau merupakan seorang juruteknik komputer di sebuah universiti awam. 
NABIL BASARUDDIN, manusia yang tidak sukakan Joker.  
HARMIZA HASHIM ialah seorang yang pendiam pada pertemuan pertama dan seorang pembising pada pertemuan seterusnya. Sukakan muzik, buku, filem, bahasa, makanan, melancong, dan semestinya lelaki. Eh! Sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dalam semua aspek. 
HAJJAR IZWANI ialah seorang yang masih 20-an dan bajet masih muda lagi kah! Susah nak describe pasal diri sendiri sebab risiko 'perasan'. Hidup as ‘Hajjar’ dan ‘Wani’. Semoga orang sekeliling dan yang mengenali diri ini senang dengan kehadiran diri ini :) Cekal itu penting ok! 
AZIAN MOHD NOOR bukan pengulas filem bertauliah. Merupakan ahli ke-4 kelab peminat filem Thai Malaysia yang dipengerusikan oleh Miza, Aimi, dan Hajjar. Juga merupakan pemilik sijil NIGHT Malaysia. Bakal pengganti … (Aimi anda tahu siapa) jika diberi peluang.

***

SOALAN 1: Menurut anda, apakah peranan seorang pengulas filem?

AQIL ASRAF: Mengulas sesuatu filem dari pelbagai sudut (plot, audio, teknologi yang digunakan, mutu filem). Juga memberitahu penonton sinopsis cerita yang diulas.

NABIL BASARUDDIN: Perkembangan dunia perfileman seluruh dunia turut menjadikan kerjaya sebagai pengulas filem turut meningkat naik baik dalam mahupun luar negara.

Pengulas filem juga sering kali dijadikan sebagai rujukan bagi sesetengah masyarakat mahupun peminat dunia perfileman kerana mahu memastikan karya yang ditonton adalah terbaik dan memenuhi apa yang dikehendaki oleh penonton itu.

Mengulas filem bukanlah satu kerja yang mudah, kerana memberi ulasan sahaja tidak membawa sebarang erti tanpa menggali maksud sebenar yang ingin ditampilkan dalam sesebuah karya itu.

Sebagai pengulas, beliau sudah tentu perlu menonton filem itu dan perlu menghayati jalan cerita serta mendalami watak yang ditonjolkan supaya apa yang ingin diulas dapat difahami oleh peminat dunia filem itu.


Namun, pengulas filem juga tidak boleh 'bias' apabila filem yang dikaji itu bukan genre yang diminati atau disenanginya. Awas, ini antara perkara yang mampu mencemarkan kerja pengulasan itu sendiri.


HARMIZA HASHIM: Mengulas filem! Pengulas boleh jadi sesiapa sahaja, masing-masing ada pendapat sendiri mengenai filem yang ditonton.

HAJJAR IZWANI: Yang kita sendiri tahu pengulas filem ni individu yang suka komen pasal filem yang mereka sudah tonton. Dari segi profesional kite tak tahu die wujud ke tak sebab mostly mudah ditemui di laman sosial, blog dan mana-mana website. So, peranannya adalah mengulas iaitu memberikan pendapat sendiri mengenai filem yang ditonton tak kira dari segi aspek apa, terpulang pada individu tersebut. Contohnya komen dari segi nak bagi berapa rating, plot, storyline, CGI, cinematography, pelakon dan lain-lain. Senang kata, nak beritahu kepada orang lain cerita tu best ke tidak.

AZIAN MOHD NOOR: Bagi kita seorang pengulas filem berperanan untuk berkongsi atau membincangkan idea dan penilaian serta pendapat mereka tentang sesebuah filem yang mereka tontonkan. Baik atau buruk sesebuah cerita/filem termasuklah dari segi jalan cerita atau corak penceritaan, keberkesanan watak dan lakonan para pelakon, mesej yang cuba diketengahkan atau disampaikan dalam filem tersebut, aspek teknikal dan sebagainya. Jadi sebagai pengulas filem yang baik, mereka seharusnya bijak dan jujur dalam menilai sesebuah filem yang dipertontonkan  untuk menjadi rujukan para penonton yang lain yang masih belum menonton dan bakal menonton filem tersebut.


SOALAN 2: Adakah anda bersetuju/tidak dengan pernyataan "pengulas filem penyelamat duit masyarakat" dan kenapa?

AQIL ASRAF: Setuju - Berkemungkinan besar filem yang diulas dapat memberi gambaran yang jelas kepada penonton dan membantu buat keputusan atas ulasan tersebut

Tak setuju - Lain orang lain pendapat, kadang orang tak kisah sangat pun pasal benda benda kecil seperti muzik latar yang menarik dsb. Mungkin penonton suka ceritanya yang penuh aksi tanpa plot yang kukuh atau lain-lain sebab.

NABIL BASARUDDIN: Tidak bersetuju.

Perkara ini disebabkan walaupun pengulas filem bebas mengulas mahupun mengkritik filem yang ditayangkan, namun perkara asasnya adalah filem adalah satu perkara yang subjektif.

Minat seseorang mungkin berbeza dengan yang lainnya, namun ulasan filem boleh disandarkan sebagai rujukan sahaja.

HARMIZA HASHIM: Setuju, tetapi bergantung dengan ulasan. Kalau baca ulasan yang baik, penonton sebenarnya boleh dipengaruh untuk menonton filem tersebut dan mempunyai pendapat sendiri selepas menonton.

HAJJAR IZWANI: Bersetuju. Rasanya kebanyakan penonton tak main taram je menonton sesebuah filem. Mesti ade faktor tertentu yang menyebabkan mereka nak tengok. Setuju kerana komen/kritikan pengulas filem inilah sumber inspirasi kepada kaki wayang untuk nilai filem tersebut untuk ditonton ataupun tidak. Kalau terbaca tak best sudah semestinya tak jadi nak tengok (fuhh selamat duit). Tapi kene tengok juga pengulas tu benar jujur ke tak ulas. Dalam erti kata lain die tak bias haha. Tapi terpulanglah pada individu, asal die suka pengarah atau pelakon tu, meskipun dah baca review tak best die nak tengok jugak well sebab nak support dan minat kan hehe. 

Kita sendiri pun gemar ulas di status Whatsapp/IG story sendiri. Tiap kali tengok filem of course akan up di IG story dan mesti ulas sedikit, puji best ke tak dan bagi star but tak la sampai bagi spoiler hehe.

AZIAN MOHD NOOR: Tidak dan Ya. Haha. Mulanya kita agak tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Bagi kita setiap orang akan mempunyai persepsi dan pendapat serta penilaian yang berbeza. Kadang-kadang bila orang review best giler bahkan mendapat kutipan tinggi di pawagam tapi bila kita tonton rasa macam eh biasa je cerita ni. Tapi bila kita rasa cerita tu okay and not bad, ada pula yang review tak bagus ... So, depend kepada penonton dan individu tersebut. Jenis hiburan yang bagaimana yang mereka mahukan sebab setiap orang akan ada tahap standard penilaian tersendiri, apa yang mereka suka, berapa bintang akan mereka bagi, pelakon kegemaran mereka dan adakah filem atau cerita tersebut dapat mencapai standard expectation seperti yang mereka harapkan setelah keluar dari panggung wayang. Jadi, setiap penonton itu berhak untuk menilai sendiri sesebuah filem tanpa mengikut bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh pengulas filem.

Dan kenapa kita cakap ya adalah sebab kadang-kadang dengan adanya pengulas filem ini sedikit sebanyak dapat membantu penonton untuk decide sama ada menonton ke panggung wayang atau hanya tunggu cerita tersebut keluar di Netflix, Astro First/Best atau HBO atau juga saluran-saluran TV yang lain. Haha. Sebab ada beberapa pengalaman yang kita sendiri rasa bila tengok satu movie ni (just tengok dekat Netflix dan tak boleh mention filem apa kat sini) dalam hati kata oh patutlah banyak bad review, mujur tak tengok dekat wayang. Hahahaha korang boleh relate tak perkara macam ni?


SOALAN 3: Kongsikan laman web atau individu yang anda jadikan rujukan dalam membuat keputusan menonton sesebuah filem. Jika tiada, boleh kongsikan sebab anda yang tersendiri.

AQIL ASRAF: 
- Youtube
1. Moist Meter series oleh penguinz0

- Trailer dan poster
- Review orang dekat Twitter (ni percaya tak percaya je).

Tapi selalunya tgk trailer jela. Haha

NABIL BASARUDDIN: Tiada laman web tertentu. Ini disebabkan pemerhatian melalui laman sosial sahaja atau individu yang dilihat bersesuaian yang arif dalam hal perfileman ini. 

Apa yang penting, saya akan menonton apa sahaja yang saya mahu walaupun pengulas filem mengkelaskan ia sebagai kurang menarik.

Menonton apa sahaja bagi memberikan perspektif berbeza, begitulah kisahnya. Lebih menarik, apabila sesi tayangan secara percuma, menarik atau tidak, terima berlapang dada.

HARMIZA HASHIM: Syazwan Zakariah, Sharifah Amani. Pengulasan dengan "isi" dan mudah difahami. Kebanyakan filem yang dikongsi sesuai dengan "selera" sendiri.

HAJJAR IZWANI: Laman web - TGV cinemas (www.tgv.com.my) & GSC (www.gsc.com.my).

Mostly kite refer dua website ni untuk tahu filem terkini dan coming soon. Diorang memang provide trailer so memang wajib tengok trailer sebelum ke panggung! Tapi tak tertumpu pada website je sebab selalu scroll IG atau FB (oh sudah semestinya follower setia) sebab di situ lagi aktif promote filem yang ditayang. Bila tengok trailer pun hambar herm jawabnya tak tengok la haha.

Individu - tiada kerana minat kita tak semestinya orang lain pun minat jugak. Well berlainan genre kegemaran masing-masing hehe. Kita jenis dah tahu filem tu nak keluar just setakat tanya kawan-kawan lain yang berminat nak tengok jugak ke sebab boleh ke panggung bersama dan seronok bila tengok filem bersama keluarga atau kawan yang minat/suka jugak. Bila selesai tonton of course riuh puji cerita yang ditonton ataupun fangirling towards the actor/actress.

AZIAN MOHD NOOR: Kita tak ada spesifik individu atau laman web yang kita jadikan rujukan but sebab kita selalu juga layan ML Studios, so ada juga beberapa ulasan filem yang kita dengar dari pengulas di ML Studios. Tapi sejujurnya ulasan ini bukanlah faktor utama yang bawa kita ke panggung wayang haha. Kalau kita suka dan support seseorang pelakon atau sesuatu series itu juga boleh jadi faktor untuk kita menonton. Jadi, banyak lagi faktor luar yang lain yang boleh mendorong kita untuk membuat keputusan menonton sesebuah filem di pawagam selain dari ulasan dari pengulas filem.


SOALAN 4: Apa nilai yang anda cari dalam sesebuah ulasan filem?

AQIL ASRAF:
1. Jelaskan plot cerita ni cemana, ikut pendapat. Suram ke, slow ke.
2. Soundtrack ceritanya. Memberi impak kepada cerita ke tidak, biasa-biasa ke cane (sampingan).
3. Barisan pelakon dan pengarah (ini penting la jugak sebab kita tahu hasil kerja dia cemana kalau dah kaji)
4. Lakonan watak, ok ke tidak.

Tu jela kot.

NABIL BASARUDDIN: Tidak mencari nilai tertentu yang penting tidak terlalu menyimpang dan terlalu berat. Sebabnya kerana mahu jadikan tontonan sebagai hiburan dan bukan memberi lebih tekanan.

HARMIZA HASHIM: Ulasan yang buat teruja untuk menonton filem dan dari persepsi yang jarang kita nampak.

HAJJAR IZWANI: Alamak banyak sebenarnya (bergantung pada genre filem yang ditonton juga). Paling kita akan tumpu ialah star yang diberi. Kalau tinggi star maksudnya best la. Tahu dari segi star pun dah memadai sebab nilai yang lain kita suka nilaikannya sendiri. After tonton kita akan rasa sendiri plot die macam mana, storyline, sound effect ok tak, scenery lawa tak, lakonan pelakon-pelakon, CGI, seram tak seram, emosi sampai ke tak, pengajaran sampai ke tak, gempak ke tak. 

Pengalaman sendiri, kita suka genre horror. Kalau trailer horror tu hambar memang tak la nk tonton dan kita akan tanya pada individu yang minat horror filem sebab penulisan komen horror filem kita tak percaya (kebanyakannya tulis sebab nak lakukan filem tu je walhal tak gempak). Gebang je takut padahal hantu hambar rasa nak lempang haha. So, kita akan aim rakan-rakan yang seberani kita untuk bagi star (kalau die kata hantu tu krik krik emm dah la buat rugi duit). Kalau genre lain seperti Marvel, comedy, romantic, action, thriller, Disney, mostly ulasan jujur dan boleh dipercayai sebab penonton mesti enjoy ketika menonton.

AZIAN MOHD NOOR: Pengulas memang boleh mempengaruhi penonton untuk mengajak mereka ke pawagam, namun untuk memuaskan hati setiap penonton adalah perkara yang mustahil. Tapi dalam kita mengulas apa yang penting adalah perkongsian pendapat pengulas mengenai filem tersebut. Perjelaskan motif karya tersebut, kupaskan apa isu yang cuba diketengahkan dalam filem tersebut, kenapa filem tersebut wajib ditonton, nyatakan apa kelebihan dan kekurangan yang ada dalam filem tersebut (jika ada), adakah mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah sampai dihati penonton. Dan paling penting ulasan diberi tanpa berat sebelah. Kalau bagus filem tu kata bagus dan jika tidak ratekan yang sepatutnya dan explain kenapa. 


***

Masa aku tengah susun jawapan semua ni, memori membuat research writing untuk degree mula tergamit. Segala metodologi dan drama mula menjengah. 

Kalau judul ini adalah sebuah tesis ada banyak aspek lagi yang perlu dilihat. Nak skop besar, skop kecil. Antara persamaan tetamu-tetamu aku ni semuanya boleh membeli tiket dengan peruntukan sendiri dan berada dalam lingkungan usia 28-29, paling muda 22.

Untuk pengulas filem, teruskan mengulas! Antara perkara paling banyak disebutkan oleh tetamu dalam topik ni aku rasa: tulisan yang tidak bersifat berat sebelah; jika baik katakan baik, jika tidak katakan tidak. Jika ada aspek yang anda rasakan berguna untuk ulasan akan datang, gunalah.

Untuk aku sendiri, ulasan akan jadi panduan kepada aku untuk cadangan filem/series yang untuk tontonan di TV, Netflix, Iflix, Viu. Kalau cerita yang masih di pawagam atau aku memang sudah tekad untuk menonton di pawagam aku pilih untuk tidak membaca ulasan atau mengikuti perbincangan secara berlebihan kerana tidak mahu mencemarkan mata penilaian aku sendiri.

11/2/19

Sembang Gebang: Pengulas Filem = Penyelamat Duit Masyarakat? (BAHAGIAN 1)

Salam Sembang Gebang!

Klisenya pembukaan setiap episod aku akan tulis "istimewa episod kali ini ..." tetapi kali ini benar-benar berbeza kerana Sembang Gebang tidak akan bersembang mengenai mana-mana filem yang sedang ditayangkan. Untuk episod ini, kita akan fokuskan kepada "pengulas filem".

Idea untuk episod ini aku dapat ketika sedang menonton sebuah video ulasan filem di Youtube, video ini aku tonton secara rawak setelah menonton beberapa trailer dan temu bual berkenaan filem. Bila aku skrol ruangan komen video tu aku terperasan komen-komen berbunyi seperti "terima kasih weh review kau, selamat duit ktorang", "fuh nasib baik tak tengok kat wayang", "aku dah agak tak best nasib tengok review kau dulu". 

Aku macam, 'Fulamak, begini sekali ke impak ulasan filem sekarang?'. 

Ada banyak lagilah yang fikir pasal komen-komen tu dan dunia ulasan filem. Yang akhirnya telah membawa kepada aku ingin mengetengahkan topik "penyelamat duit" ni. Walau bagaimanapun, topik ni macam tak sedap sembang berdua je. Maka, aku befikir untuk ajak lebih ramai orang, hmm mungkin aku patut temu bual 20 orang. 

Tinggi semacam pula cita-cita tu. 

Setelah aku buat reality check (haha!) dan memberanikan diri menghantar DM, aku dapat respons positif dari 10 orang yang bersetuju untuk menjayakan topik ini. 

Inilah yang dikatakan aim for the stars, if you fail, you'll land on the moon. 

Ketika proses suntingan, aku rasa membahagikan temu bual ini kepada 2 bahagian adalah pilihan yang terbaik supaya kita tak tenggelam dalam terlalu banyak perkataan dan pemikiran yang akhirnya menjadikan kita terlupa apa yang kita sedang baca sebenarnya. Oleh itu, setiap bahagian akan menampilkan 5 tetamu. 


***

Tanpa berlengah lagi, kita mulakan Bahagian 1 ini dengan pengenalan diri oleh tetamu jemputan:

MARWAN ZAHARUDIN ialah seorang yang kukuh memegang citra anak muda, menghargai budaya pop, alternatif dan seni sebagai landasan utama sesuatu tamadun.  
MUHAMAD EZHAM merupakan seorang penonton filem yang bercita-cita mahu menjadi pembikin filem. Menetap di Langkawi dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan digital sebagai video editor. 
FARHAN RAMLI ialah seorang penonton yang adakalanya menonton untuk suka-suka dan adakalanya menonton untuk serius. Bergantung kepada filem apa yang ditonton. 
IKI.ALI ialah seorang jejaka yang mengidolakan Thor Boroi. Beliau pembikin sari kata untuk iFlix dan seorang pengulas/pembekal info filem untuk Movie Addict Malaysia
SITI AMANDA ialah penggemar halia, bawang putih dan sos tiram.

***


SOALAN 1: Menurut anda, apakah peranan seorang pengulas filem?

MARWAN ZAHARUDIN: Memberitahu dan menjelaskan keseluruhan filem. Paling utama daripada aspek cerita, persembahan para pemain, teknikal dan bahasa filem - Kandungan filem yang memerlukan ilmu filem untuk memahami sesuatu subjek atau penceritaan. 

MUHAMAD EZHAM: Peranan seorang pengulas filem sudah tentulah mengulas filem. Tidak kira bagus atau tidak sesebuah filem tu, pengulas haruslah menggunakan pertimbangan yang baik dan tidak terlalu personal. Yang paling penting, sebelum mengulas tontonlah dulu. Anyway, kritikan dan ulasan dua perkara yang berbeza ya. Jadi, kalau setakat mengulas, jangan claim diri pengkritik.

FARHAN RAMLI: Pengulas filem ada dua jenis. Pertama, jenis tonton filem kemudian terus capai laptop menulis ulasan atau capai kamera buat video ulasan. Kedua, jenis yang lebih teliti. Masa menonton ambil nota. Balik buat kajian menyeluruh dua tiga hari kemudian baru ulas. Kedua-dua jenis ini berilmu tapi tahap ketinggian ilmu itu bergantung. Ada banyak ada sikit. Faham banyak, faham sikit. Aku rasa peranan diorang paling utama adalah memperkenalkan atau memberitahu kepada orang ramai mengenai sesebuah filem. Kemudian yang membezakan adalah cara mereka memberi penjelasan mengenai filem tersebut.

IKI ALI: Pengulas filem ni kerja diorang ialah menolong pertimbangan penonton nak tengok satu-satu filem tu dengan beri penjelasan kukuh dan jelas kenapa sekian-sekian filem ni dapat markah kurang memuaskan atau sebaliknya. Bagi akulah.

SITI AMANDA: Peranan seorang pengulas filem hendaklah memberikan ulasan filem yang baik tanpa berat sebelah. Jika baik kata baik jika buruk kata buruk. Pengulas atau pengkritik sama sahaja. Tanggungjawabnya adalah untuk menjelaskan beberapa metafora yg terdapat di dalam filem tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan pengarah tidak menjelaskan erti filem mereka supaya ia bebas menakluki apa jua bentuk pemahaman penonton. 


SOALAN 2: Adakah anda bersetuju/tidak dengan pernyataan "pengulas filem penyelamat duit masyarakat" dan kenapa?

MARWAN ZAHARUDIN: Tidak. Jika pengulas filem penyelamat duit masyarakat maka "Munafik 2" tidak akan duduk di carta nombor 1 kutipan filem paling tinggi di Malaysia.

MUHAMAD EZHAM: Payah juga aku nak bersetuju. Sebabnya, kerja menyelamatkan duit masyarakat ni kerja berat. Mungkin juga aku silap dan sebenarnya pengulas filem dah menyelamatkan berjuta RM masyarakat Malaysia.

FARHAN RAMLI: Kalau saya pakai kasut penonton saya akan bersetuju. Tapi kalau saya pakai kasut pembikin saya tidak bersetuju. Tapi untuk bertindak neutral saya akan pakai selipar dan berpendapat zaman sekarang pengulas adalah penghubung antara penonton kepada filem. Walaupun pemasaran dan promosi filem adalah yang paling penting untuk menarik penonton ke pawagam tapi kita tak dapat nafikan peranan pengulas dalam mengajak penonton juga. Tapi sebagai pengulas filem yang berkredibiliti, sepatutnya harus membiarkan penonton membuat keputusan sendiri sama ada mahu pergi menonton atau tidak. Kata-kata seperti "jangan pergi tengok, filem ini sampah" perlu dielakkan. Penonton pula janganlah buat penilaian semata-mata mengikut bulat-bulat kata pengulas. Ada yang berkata filem sekian sekian tak best, sampah tak payah tengok. Tapi bila ditanya dah tengok ke belum mereka jawab tak tengok tapi pengulas sekian sekian cakap camtu. Tak tengok tapi hasut orang lain jangan tengok pula. Rasai pengalaman menonton sendiri, kalau bukan di pawagam pun, tengok kat rumah dulu. Lepas tu nak hasut terpulanglah.

IKI ALI: Pernyataan ni bagi aku agak kurang asam. Tapi pada masa yang sama juga realiti yang sangat pahit untuk ditelan.

In a way, aku setuju. Sebagai penonton kasual/pencandu filem, menonton filem di pawagam mahupun melanggan servis penstriman tier premium secara bulanan ni bukanlah murah. Jadi mereka yang jenis ni ada hak untuk memilih nak tengok filem apa berdasarkan ulasan yang dibaca. Tapi kalau jenis yang tengok pirate tu nak berterima kasih kat pengulas sebab tolong jimatkan duit diorang tu... elok jangan membiaklah. Buat aku rasa bersalah je buat ulasan, tau.

SITI AMANDA: Saya tidak setuju. Manusia memang gemar meletakkan sesuatu beban ke atas orang lain misalnya, wang tiket. Setelah ulasan dibaca, ia adalah kehendak anda sendiri yang mendorong anda membeli tiket tersebut. Jika seseorang itu menganggap wang tiketnya terselamat setelah membaca/menonton beberapa ulasan maka anda tidak ada pendirian. Setakat mengikut orang. Trend. Menontonlah kerana keinginan sendiri dan bukan atas pengaruh orang lain.


SOALAN 3: Kongsikan laman web atau individu yang anda jadikan rujukan dalam membuat keputusan menonton sesebuah filem. Jika tiada, boleh kongsikan sebab anda yang tersendiri.

MARWAN ZAHARUDIN: Orang filem dan bekas editor di The Daily Seni, Al Jafree Md Yusop. Segmen At The Movies di Radio BFM. Kadangkala post dan thread random di Facebook dan Twitter.

MUHAMAD EZHAM: Tak ada spesifik web atau individu. Biasanya, ulasan ni kalau aku baca pun suggestion dari Facebook dan kalau aku tonton pun sebab suggestion dari Youtube. Lagi satu kalau aku rasa nak tonton filem tu, aku pergi je tak payah nak merujuk sesiapa.

FARHAN RAMLI: Saya tak ada laman web atau individu (chuckles) yang spesifik. Tapi apa saja posting yang melintas lalu di garis masa Facebook atau cadangan video di Youtube yang memperkenalkan atau memberitahu mengenai sesebuah filem yang membuatkan saya tertarik untuk menonton saya akan pergi menonton.

IKI ALI: Maaf kata, tapi susah nak jumpa pengulas yang ada kredibiliti (sorry, ulasan berbentuk makian atas lesen kejujuran tu bukan kredibiliti, ye) selain mungkin Amir Hafizi atau Fadli Al-Akiti (tapi diorang ni pun aku baca sekali dua je; tak ikut sangat).

Sejujurnya, aku tak ada rujukan sangat, tapi aku suka tonton ulasan oleh Chris Stuckmann, seorang pengkritik filem YouTube dari Amerika Syarikat. Korang tengoklah. Best!

SITI AMANDA: Sebelum menonton, saya mewajibkan diri sendiri untuk tidak membaca mana-mana ulasan atau trailer atau sinopsis. Hanya akan menonton/membaca kesemuanya setelah menonton filem tersebut. Antara blog yang saya suka adalah kakimuvee.net, amirhafizi.blogspot.com dan FB Hassan Muthalib


SOALAN 4: Apa nilai yang anda cari dalam sesebuah ulasan filem?

MARWAN ZAHARUDIN: Pendapat pengulas tentang keseluruhan cerita, bagaimana pengarah atau penulis bermain dengan struktur penceritaan, persembahan para pelakon dan rating (bonus, kalau takde pun takpe).

MUHAMAD EZHAM: Macam filem, ulasan pun boleh jadi hiburan. Mungkin hiburan kalau boleh jadi nilai, menghiburkanlah kot.

FARHAN RAMLI: Ada orang yang mencari ulasan filem sebenarnya sebab dia tak berapa faham bahagian-bahagian tertentu di dalam filem tersebut dan memerlukan penjelasan yang lebih melalui bantuan pengulas.

Ada orang cari pengulas sebab dia nak tahu, berbaloi ke tak nak bayar tiket untuk ke pawagam. 

Saya mencari ulasan filem yang lebih intelektual. Ulasan yang lebih terbuka dan meluas, bukannya memuja atau membenci semata-mata. Tapi saya tak nafikan kekadang saya termasuk dalam golongan yang disebut di atas.

IKI ALI: Dalam ulasan filem, yang penting bagi aku ialah merit filem tu kena sebut; apa yang baik dan apa yang buruk. Tak boleh berat sebelah je. Sebab ada orang cari benda lain dalam sesuatu filem tu. Benda ni subjektif, tapi baik dan buruk sesebuah filem tu kena sebut. Kalau tak, orang main redah je tak tahu apa yang bakal menanti. Tu yang keluar maki-hamunlah, main terjah masuk filem yang klasifikasi tak sesuailah apalah.

SITI AMANDA: Nilai manusiawi. Kemanusiaan yang dilakonkan oleh manusia. Adakah rasionalisme yang dicerminkan mampu berhubung dengan tindakan refleks penonton. Ibarat melihat keajaiban akal.


***

Amacam? Nak jawapan dari aku juga ke?

Jumpa di BAHAGIAN 2 bersama 5 lagi tetamu! Siapa? Jeng jeng jeng!