12/27/18

Sembang Gebang “Aquaman” bersama Siti Amanda

Now Playing: Fire on Fire - Sam Smith

Menjelang akhir 2018 ini aku tujukan apresiasi aku kepada TGV dan GSC kerana membuat promosi tiket RM 8 dan RM 10 untuk tayangan pagi. Bukan sahaja menjadikan aku morning person (ahaks!) malah memberikan aku lebih banyak peluang untuk menonton filem di panggung wayang. 

Aku akhirnya berjaya menonton Aquaman!

Seperti yang pernah aku sebutkan dalam Sembang Gebang episod lalu, aku tertarik untuk menonton Aquaman kerana pengarahnya, James Wan. Aku tak ada buat ulang kaji sangat pun sebelum membeli tiket. Tetapi bila tersedar yang aku set lunch date dengan kawan-kawan jam 1.00 petang, aku tergerak untuk menyemak durasi Aquaman! Peh 2 jam 22 minit weh!

Masa tu aku baru teringat Manda ada tweet, "Aquaman niii lama gilaaaa nk dekat 3 jam!" ... cuak aku memikirkan timing lunch date tu. Aku bertindak untuk minta tangguhkan setengah jam. Fuh mujur diluluskan.

Berbalik pada tweet Manda, aku rasa dia tak ada tweet komen lain selain mengenai durasi Aquaman. Jadi aku hubungi Manda untuk mengetahui pendapatnya mengenai filem ini!

*** 
Sesi 1: Aimi ➡ Manda

AIMI: Apa tarikan terkuat kau untuk menonton Aquaman?

MANDA: Secara jujurnya aku bukanlah peminat DC dan aku tak kenal pun Aquaman. Aku juga bukan peminat MARVEL. Aku pun tak tahu kenapa bila sebut DC nak juga sebut MARVEL. Sama macam kau juga sebab pengarahnya James Wan. Yelah sebelum ni ada juga dia mengarah filem-filem seram tak silap aku Insidious kot dan lain-lain. Betulkan aku jika salah. 

Ok ni paling jujur... sebab Aquaman tu macam bapak Princess Ariel. Precious! Jauh di sudut hati aku keluar Princess Ariel menyanyi tapi Princess Mera tu pun red head so ok lah.

AIMI: Menurut kau, adakah penggunaan lagu Pitbull featuring Rhea ketika babak Aquaman dan Princess Mera timbul di pantai sesuai dengan mood filem ini?

MANDA: Lagu tu sedap sesuai je dan serta-merta keluar imej Baywatch dan ia bukan an eargasm or eyegasm. Aku agak berkerut tapi bila memikirkan ini cerita superhero so mood filem ini masih terkawal. 

AIMI: Ada tak rasa King Orm ini seolah-olah teraniaya juga kerana Vulko dan Princess Mera berpaling-tadah dari dia?

MANDA: Aku tak rasa King Orm ni teraniaya sebab walaupun Mera dan Vulko ni belot, tentera dia masih mendengar kata. King Orm ni hanya mengalami sindrom anak kedua yang tipikal rasa kurang kasih sayang, rasa disisihkan, keras kepala, tapi dalam hati ada taman gitu.

AIMI: Babak paling mengagumkan dalam filem ini.

MANDA: Aku rasa keseluruhan cerita ini mengagumkan untuk aku yang setakat pandai melakukan 'kayuhan anjing' untuk berenang. 
  • Visual pertama dia dah buat kau rasa macam dalam air (bloop bloop). Bila cikgu tadika tu kata kita dah ada peta untuk planet Marikh tapi tidak lautan dalam di planet Bumi. Banyak rahsia yang masih tidak diketahui umum. Maka eloklah aku teruskan 'kayuhan anjing' ini di kolam sahaja. 
  • Nicole Kidman tu aku rasa dah tua kan? Tapi gerak tempurnya sungguh wow sekali. Kalau kau tanya aku nak jadi siapa dalam Aquaman ni, aku nak jadi Nicole Kidman.
  • Aku agak tertarik dengan "Fisherman Kingdom". King dia digambarkan sebagai seorang yang pengecut dan setia dengan comfort zone-nya. Macam akulah tu. K nuff bout me. 

AIMI: Adakah durasi 2 jam 22 minit filem ini digunakan dengan sebaiknya?

MANDA: Pada aku cerita ni boleh dipendekkan. Tapi sebab ni cerita Aquaman yang pertama budget pun banyak scene semuanya best so ya ia digunakan dengan sebaiknya. Tak sabar aku nak keluar dari panggung tu. Selain itu, aku rasa saja je dia naik kapal pergi tempat rahsia untuk cabut legendary triden padahal boleh je dia berenang, apa masalah dia ni? Sempat pulak di bercengkarama bagi bunga ros kat Mera. Si Mera pulak pergi makan bunga ros tu dah macam cerita hindustan (padahal aku suka je haha) Kau tahu tak suara sotong jahat Karathen tu suara Julie Andrews! Doe a deer a female deer, Ray a drop of golden sunnnnn.

Ok itu sahaja. Haha aku macam tak ada idea nak jawab apa. Jadi kepada anda yang sudah menonton bolehlah kongsikan pengalaman yang mengagumkan anda sewaktu menonton Aquaman. (Help me haha)

P/s: Terima kasih Aimi kerana meyakini aku untuk kembali ke dalam Sembang Gebang ini walaupun aku rasa agak kecil ya berbanding tetamu-tetamu yang lain. Dengarnya sampai berdua-tiga muka surat!

***
Sesi 2: Manda ➡ Aimi

MANDA: Kau kata teruja nak tengok Aquaman sebab James Wan. Kenapa? Kau suka James Wan?

AIMI: Aquaman adalah best shot untuk aku tengok sentuhan James Wan selepas Insidious. 

Sebab semenjak kejayaan Insidious aku rasa nama James Wan memuncak dalam industri. Karyanya sering dinanti-nantikan. Lepas tu muncul pula The Conjuring, lagi meletup. Aku yang sememangnya tak suka tengok cerita seram di pawagam merasakan inilah berpeluang yang baik untuk sekali lagi menonton filem arahannya. Aku tengok Insidious tu dekat wayang, memang seramlah. Insidious juga adalah filem seram terakhir aku tonton di pawagam. 

Sebab lain aku tengok Aquaman, aku rasa watak dia menarik dalam filem Justice League.

MANDA: Kau rasa nama Aquaman ni power ke. Aku dengar macam kelakar. Aku lagi ok kalau dia pakai nama King Athur. Tapi tak sesuailah jadi hero. sesuai jadi bapak Ariel je haha. 

AIMI: Aku sukalah nama Aquaman. Aku tak fikir nama lain untuk ditukarkan. Yang aku kurang minat kostum emas dia masa ending tu, dada kostum tu terlalu besar ke cemana ntah.
MANDA: Kau rasa patut ke lanun laut tu balas dendam atas kematian bapak dia. Apa signifikan senjata pusaka tu kalau tak mampu nak tumpaskan Aquaman kan?

AIMI: Berdasarkan bagaimana Black Manta kehilangan bapanya, aku faham kenapa dia berdendam. Aku tak rasa mudah untuk lupakan orang yang angkat kening dan berlalu begitu sahaja saat kau minta tolong.

Namun begitu, aku juga sepertimu cuba mencari hikmah pemberian senjata pusaka keluarga itu. Mungkin Aquaman 2 boleh modify benda tu dengan bahan Atlantean. Kah kah, aku tengah nak ingat senjata tu patah ke tak dalam battle hari tu.

MANDA: Apa pengalaman extravagant kau sewaktu menonton Aquaman? Babak-babak kegemaran?

AIMI: Pengalaman paling aku tak sangka, 4 kerusi kat sebelah aku rupanya dah kosong. Sebelum filem bermula, 4 kerusi ni diduduki sebuah keluarga. Aku hanya menyedari hal ni masa scene Atlanna bertanya khabar mengenai suaminya. Hahaha!

Babak kegemaran aku semasa Aquaman dan Princess Mera berenang merentasi jutaan The Trench. Memang bomm! 

Tapi babak pertama yang membuatkan aku kagum adalah semasa Atlanna bertarung dalam rumah tu. Aku rasa sudut kamera yang digunakan tu jarang aku nampak dalam movie, lebih kepada video game.

Aku juga suka dalam filem ini menerangkan sejarah kewujudan Atlantean yang asalnya boleh diterima pakai untuk konteks dunia Aquaman.

MANDA: Pada kau 2 jam ni lama sangat tak? (Sebab aku jawab pendek, aku bagi kau jawab pulak)

AIMI: Aku rasa telah membuat keputusan yang tepat menonton filem ini di pawagam kerana durasi dan visualnya. Untuk durasi panjang ni my focus works best in the cinema lah. Visualnya buat kau rasa macam kat Aquaria tapi bukan yang kat luar kaca tu, yang dalam kaca. Geddit?! Haha.

Sejujurnya aku tak rasa terseksa duduk dalam pawagam dan tertanya-tanya bila movie ni nak habis. Aku rasa okay sahaja. Cewah! Cuma aku fikir patut boleh lagi develop scene Aquaman dengan bapak dia untuk menunjukkan father-son relationship yang akrab. Sebenarnya, untuk father-son relationship Black Manta dengan ayahnya pun aku rasa benda sama juga. 

***

Bulan Januari 2019 ni aku tunggu filem Swing Kids dan Homestay masuk wayang. Korang tunggu filem apa?

No comments: