12/30/18

Sembang Gebang 2018: Episod Akhir

Now Playing: Langit Vanilla – Wani Ardy

Salam Sembang Gebang!

Alhamdulillah, matlamat untuk mempunyai 10 episod Sembang Gebang dalam tahun 2018 tercapai. Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menyahut seruan Sembang Gebang.

Oleh itu, sempena episod terakhir di tahun 2018 ini aku bawakan semua tetamu yang pernah memeriahkan Sembang Gebang bagi membincangkan filem yang melekat di hati mereka serta harapan untuk Sembang Gebang 2019. Insya-Allah!

Nak tahu meriah macam jamuan hari raya ke tidakkk, jemput baca :)

***
SESI I: TOP 3 FILEM 2018 PALING DIINGATI

AIMI: Memandangkan Sembang Gebang baru sahaja bermula bulan November, jadi banyaklah juga filem yang dah terlepas dari diperbincangkan. Jadi apa kata dalam episod akhir Sembang Gebang 2018 ini, anda senaraikan Top 3 Filem Paling Diingati tahun ini. Go! 


SITI AMANDA (EPISOD 1, 2, 3, 9): Tahun depan aku kena ada buku catatanlah macam ni.

Bohemian Rhapsody sebab lepas aku tengok filem tu susah betul aku nak move on dari Freddie. Dia macam kematian ahli SHINee tu menangis je aku kalau tengok Youtube-nya.

Gol dan Gincu 2 sebab aku bertepuk tangan hampir kat setiap babak kot. Haha!

Dukun sebab cerita ni vintage kot kena perap lama lepas tu baru keluar wayang lepas beberapa tahun dan menang anugerah.


HARMIZA HASHIM (EPISOD 8): Bohemian Rhapsody - Love terukkk! Mujur kakak balik-balik cakap nak tengok jadi terbuka hati ajak dia tengok lepas balik dari outstation. I'm not a die hard fan of Queen, but their songs are legendary! Rasa macam kat konsert Live Aid sebab kitaorang ikut nyanyi sekali dalam pawagam tapi awkward sebab yang lain krik krik krik. Hahaha.

Baru tau kewujudan lagu "Love of My Life". Baru tau how perfectionist Freddy was. Baru tau how they recorded their songs. Baru tau banyak benda dengan filem ni. Tapi tu lah, it's just a gist of the big story. Big applause to Rami Malek for the outstanding performance. Sampai ke hari ni masih dengar soundtrack filem ni.

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald - I love Eddie Redmayne. there, I said it. Hahaha one of the biggest reason to watch this. Sebab kita minat Harry Potter, jadi bila tengok trailer untuk Fantastic Beasts 2 ni, ada scene di Hogwarts dengan lagu tema Harry Potter. Apa lagi, memang semangat la nak kena tengok!

Lagi satu, sebenarnya, rasa bersalah sebab tertidur tengok the first movie (dengan alasan, penat sangat lepas balik kerja), so this time kita tengok dua kali and I'm willing to watch it again. Hehehe. Suka part Newt berinteraksi dengan creatures dia, apa lagi part dia nak cari jejak Tina ;)

A Quiet Place - Paling diingati sebab movie ni buat kita diam sepanjang movie. Hahaha and it never felt so good sebab selalunya mesti akan dengar orang bercerita (u know, tukang spoiler. lols), kalau makan pun kriuk kriuk bunyi, apa lagi fon berbunyi. But this one, dari mula sampai akhir filem semua jadi senyap dalam pawagam hahaha mengunyah jadi segan, nak batuk pun segan. Semua dah terikut perjalanan filem ni.

Walaupun ending macam, "so, apa makhluk yang serang family ni?", "kenapa masih ada lagi?", "dari mana makhluk tu datang?", it's worth watching untuk buat berdebar and cabar diri sendiri untuk ikut mode senyap. Hahaha. Pelakon filem ni banyak bermain dengan mimik muka dan guna bahasa isyarat which I think they did a great job. Sampai boleh terasa sakit nak beranak. Phew!


IKI ALI (EPISOD 7): The Night Comes for Us - Sekuel rohaniah (baca: spiritual sequel) kedua untuk The Raid yang aku tak tau aku nak. Inzal aku menonton organ manusia dipermainkan sebegitu rupa dalam filem aksi ni! Damn! Berjaya membasuh otak aku daripada kerja hampeh sutradara ni dalam filem Sebelum Iblis Menjemput.

One Two Jaga - Siapa sangka filem pasal korupsi polis ni yang aku ingat takkan keluar akhirnya LPF kasi lepas? Lantaklah ada bleeps pun, versi Netflix kan ada. Hehe. And after all, the story is there to keep me interested dan kasi aku akhirnya tengok sisi tak heroic polis Malaysia ni.

Dukun - Siapa tak terkejut filem yang dikatakan kena ban ni akhirnya release jugak? Nasiblah aku tahan diri aku daripada tonton versi leak yang kualiti hampeh tu. Penantian yang berbaloi terhadap filem bukan horror yang menyeramkan ni. XD


FARHAN RAMLI (EPISOD 6): Boleh tak aku nak sebut filem Malaysia sahaja?

One Two Jaga sebab ni antara filem terawal pasca peralihan kuasa. Walaupun pendedahannya masih tidak begitu kritikal, tapi filem ini telah menjadi batu asas untuk filem-filem Malaysia yang lebih terbuka selepas ini.

Dukun - Penantian yang lama akhirnya berjaya. Filem ini disimpan terlalu lama. Tapi ada hikmahnya filem ini terperap lama, mungkin kalau keluar waktu itu, filem ini takkan dapat sambutan sehangat sekarang. One of the finest performance from Umie Aida.

Guang sebab bagi aku filem ini jujur dan ikhlas dalam menyampaikan penceritaan. Tak perlu nak mencuba terlalu kuat untuk mendapatkan simpati dari penonton terhadap karakter dan terlalu berbunga-bunga untuk membuatkan penonton meminati filem ini.


NABIL BASARUDDIN (EPISOD 5): Ketiga-tiga filem di bawah memberi perasaan keterujaan yang sama tapi pada masa sama emosi berbeza:
1. Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald 
2. Avengers: Infinity War
3. A Star Is Born
Untuk filem pertama, disebabkan terlalu fanatik dengan siri HP dan FB yang pertama tidak menghampakan menjadikan tak sesabar dah nak menonton tiap siri ini dan yess memang mencapai tahap kepuasan dan jangkaan yang amazing la. Lagi satu, mengikuti HP sejak 2001 kot? Ke bila jadi ia agak fanatik boleh disama erti bagai peminat Kpop la.

Filem kedua, antara siri yang bila ntah nak habis ada je filem dari pihak Marvel ni, cara dorang kombinasi dan jalan cerita mmg wow. Walau agak cliche bila semua superhero berkumpul aduh memang best dan yang pasti ia tampil berbeza dari siri Marvel lain dengan jalan cerita yang menimbulkan tanda tanya (sedikit kecewa bila reramai hilang di akhir) tapi hint next movie, Captain Marvel, menjadikan balik rumah terus Google k gais.

Untuk 2 movie ni, aku memang tengok 3 kali. Itu bukti memang vasss dan terbaik.

Untuk A Star Is Born, penuh mainan perasaan dari macam mana kau baru bangun dan menyinar di persada seni. Dalam diam tak diam ada je dugaan kan gais. Sebab terlalu asyik dengan jalan cerita dan seleksi lagu yang kadang tu kau macam nak menari dalam hall. Sedih di hujung hampir menyeka air mata tapi yeah apahal lak kan hahaha. Aku tengok 2 kali jadi faham la kot.


HAJJAR IZWANI (EPISOD 4, 8): Maze Runner: The Death Cure (Januari 2018) - Kita memang jenis setia menunggu filem yang bersambung ni. Mostly sebab filem begini sememangnya seronok dan amat berbaloi untuk dinantikan bertahun. Tertarik dengan filem MAZE RUNNER sebab bila first time tengok filem yang pertama memang dah best so memang setia menunggu sambungan hingga ke hujung filem untuk tahu pengakhirannya.

Tempoh 5 tahun jugak tunggu film series ni habis. THE MAZE RUNNER (2014), THE MAZE RUNNER: THE SCORCH TRIALS (2015) dan THE MAZE RUNNER: THE DEATH CURE (2018).

The Maze Runner: The Death Cure paling diingati sebab ini filem terakhir bagi series ni so memang sabar menanti sebab nak tahu ending nya apa. Dalam 1st series dah jenuh geng maze ni berusaha untuk survive dan mencari jalan untuk cari jalan keluar dari maze and finally dapat pun keluar but bersambung ceritanya ke series kedua. Series kedua pun jenuh mereka mencari jalan untuk selamatkan diri masing-masing daripada ditangkap lagi sekali oleh The Wicked dan berusaha untuk mencari tempat perlindungan. Hujung Scorch Trials boleh pula Minho ditangkap disebabkan Teresa belot. So memang amat menantikan sambungannya. Saspens kot hee.

Bila sudah sampai masa the final series ini keluar agak wow lamanya baru keluar lepas cukup 2 tahun. Nasib baik HBO ASTRO ade tayang balik so boleh recall memory la untuk study balik 2 series sebelum tu. So memang excited untuk yang ketiga ini. The Maze Runner ni tak jemu tengok dan sentiasa wow dengan suspense die sebab semuanya macam tangkas betol. Haha tengoklah Thomas tu lari huishhh laju dan persahabatan die dengan Minho dan Newt amat walawey heeee. Mereka penat berlari sepanjang series daripada The Wicked finally hujungnya mereka sendiri yang cari town tu dan nak masuk untuk selamatkan Minho haha. But ok lah dapat selamatkan Minho tapi paling tak puas hati Newt tak dapat survive (emo kot part Newt tu haish).

Berdasarkan storyline dapat agak dari awal mestilah blood watak utama yang akan menyelamatkan semua orang. Bila pikir balik kalau Thomas ni dari awal dengar cakap dan ready untuk serah diri untuk dibuat kajian semua orang boleh sembuh haha. Tapi nama pun cerita. Nasib storyline best so die tak bosankan penonton dan dengan kemunculan kembali watak siri pertama. Gally sebab semua orang ingat die dah mati masa siri 1. Rakan gaduh semua orang tu haha. Watak kepala jahat si Paige tu mati fuh lega haha. Teresa yang jadi pengkhianat dalam group maze well akhirnya terkorban untuk selamatkan Thomas. Tapi scene nak lompat ke kapal udara tu Teresa macam boleh jugak join lompat haha but biarlah.

Part ending, surat Newt ke Thomas tu huish sentap sedihnya! Nilai friendship tu amat wow. Masa part Newt dan Thomas bergaduh masa berbincang untuk masuk ke city tu wow sampai Newt marah tolak Thomas ke dinding fuh menusuk betul perasaan dan akhirnya Newt bagitahu Thomas yang die pun affected. So sad wey! But still die nak join selamatkan Minho! Part terakhir masa Newt dah bertukar sepenuhnya huish so sad die pesan Thomas untuk bunuh die sebelum die serang Thomas. Part tu wah emo. Keseluruhannya ok lah series yang mendebarkan ini tamat dengan storyline yang ok. Nilai friendship, suspense, action, violence etc semua bagus. Tiada elemen-elemen yang membosankan ketika menonton.

Kesimpulannya, keseluruhan series ini kita suka aspek friendship dan scene cemas yang ditunjuk. Love Thomas, Newt and Minho :)

PS: Maze Runner ni memang kagum dengan cast-cast yang lari laju betul! Haha. Ye la masa audition kan kene berlari menguji kepantasan :P

Avengers: Infinity War (April 2018) - Kita meminati series Marvel jugak hee. Superhero Marvel paling suka ialah Captain America, Doctor Strange dan Spiderman. Ini memang paling top 3 la. Others ok sama balance but still gigih layan semua gituh. Bila suka superheroes ni of course akan layan Avengers yang menggabungkan semua superhero Marvel ni. Lagi puas hati sebab boleh tgk superhero-superhero kita suka dalam 1 filem.

Secara keseluruhan terdapat 4 film series untuk Avengers ni: The Avengers (2012), Avengers: Age of Ultron (2015), Avengers: Infinity War (2018) dan Avengers: Endgame (2019).

Kita menantikan yang ke-3 ini sebab dah tahu melalui trailer Captain akan join Avengers untuk selamatkan bumi. Well lepas habis tengok Captain America: Civil War, die dah bergaduh dengan Iron Man dan team Avengers pun dah terbahagi kepada dua iaitu team Cap dan team Tony. Cap ada tinggalkan pesanan boleh contact die if need backup. So wow hee. Dalam Infinity totally gabungkan semua dan semua bersambung (if tak tengok setiap filem superhero yang terlibat memang sukar la nak faham hee).

Infinity War mulanya start dengan kemunculan penjahat Thanos yang mencari kesemua 6 Infinity Stones. Kesemua batu ni ada di merata-rata. Salah satu batu ada di Asgard yang disorok oleh Loki. Amat terkejut watak Loki mati dalam series ini but luckily Thor hidup. Kita macam tak percaya betul ke Loki ni mati sebab sebelum ni pun semua tipu haha sebab Loki banyak helah. Thor yang terselamat selepas diselamatkan oleh geng Guardians of the Galaxy gigih nak balik ke bumi untuk tolong team Avengers tapi die pergi cari pembuat tukul die dulu. Wahhhhh pada part last masa Wakanda diserang dengan teruk yeay Thor datang tepat untuk tolong diorang.

Kalau nak selit sorang sorang fuh panjang haha. Ginilah, Avengers semua bergabung untuk halang Thanos kumpulkan kesemua stones so ade 2 team yang terlibat. Satu team di angkasa lepas (Iron Man, Spiderman, Doctor Strange, geng Guardians of the Galaxy) dan team bumi (Captain, Bucky, Hulk, Wanda, Vision, Natasha, Sam Wilson, James Rhodes, King T'Challa (dan teamnya) dan lain-lain semua haha. Mendebarkan sepanjang filem sebab non-stop action dan perlu fokus.

Tak puas hati gila part plan Spidey dan Mr Stark masa nak cabut sarung tangan Thanos tu tapi tak berjaya disebabkan perangai ntah pape si Guardians of the Galaxy tu (entah la nama haha). Stark ditikam Thanos dan hampir mati dan amat tak disangka Strange bagi time stone dia untuk selamatkan Stark haihhh. Selain itu, bila di bumi scene bertungkus-lumus berlawan dengan Thanos finally Wanda setuju untuk hapuskan sendiri Vision. Ingatkan bila dah berjaya hapus fuh lega tiber Thanos gunakan time stone untuk pusingkan balik masa dan die dapat la vision stone haih. At the end semua stones dah lengkap dan totally Thanos berkuasa penuh dan amat terkejut dengan separuh superhero yang tak dapat survive. Paling emo superhero yang kite suka takde omg Spidey, Strange, King etc.

Kesimpulannya, storylinenya amat wow walaupun berat dengan pelbagai info yang berjaya digabungkan dengan baik. Cuma sakit hati pulak semua bergabung tak dapat hapuskan Thanos dan bila dah end hek leh si Thanos hanya berehat tengok Sunset cettt. So, seperti yang semua sudah tahu tahun 2019 akan akan sambungannya iaitu Avengers yang terakhir weheeee. Tak sabar~~

Love Cap, Spidey and Stephen Strange :)

PS: Mengarut tak kalau harapkan watak yang dah dihapuskan oleh Thanos hidup kembali? Haha tak ready untuk melepaskan watak yang disukai mati begitu sahaja.

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (November 2018) - Filem ini paling diingati dan mesti Aimi pun dah tahu masa Sembang Gebang FB2 with Hajjar dan Nabil. Nampak excited Hajjar di situ. So, details mengenai FB2 boleh rujuk kembali update Aimi tu hehe.

Kita simpulkan, paling diingati sebab kita fan tegar film series Harry Potter. FB pula karya J.K. Rowling yang baru dan ia merupakan kejadian sebelum Harry Potter. Memang amat berkait. Itulah sebabnya kita amat menantikannya. Rasa excited lain macam bila tgk FB semua info-info macam flashback memori Harry Potter maksudnya "ooooo" sesaja dalam otak haha. Die menimbulkan rasa nak study balik HP untuk lebih memahami jalan cerita gituh.

J.K. Rowling lagi sekali berjaya membuat kite addicted dengan karya dia. 2 siri FB ni buatkan kita tak sabar untuk menantikan sambungannya. Dahla makin sambung makin wow ceritanya ahhhh so excited! Nampaknya kene tunggu 3 lagi sambungannya (dah berapa la umur kita time dah siri akhir haha). Rasa geram dengan karya FB yang tiada cetakan novel seperti HP, at least HP kita kumpul novel-novel dan boleh baca dulu sampai tunggu filemnya keluar tp FB tidak begitu. So, kene sabar menunggu series ini untuk dapatkan jawapan yang bermain di fikiran setelah habis menonton di panggung.

Love Newt Scamander, Credence Barebone and Gellert Grindelwald.

Jawapan extra: Hantu Kak Limah (Ogos 2018) - Filem Mamat Khalid yang kita suka. Seronok gila cerita ni. Mungkin sebab kite orang Perak kot so memang terhibur sepanjang masa ketika menonton. Non-stop gelak dan tengok masa tu panggung full house. Meriah gila panggung. So, filem ini amat diingati. Kelakar die memang padu beb dan suasana penonton yang meriah dan sporting meriahkan lagi suasana. Paling dinanti if sambung. Bila di cinema memang select time malam sebab tengok dengan family. Cerita begini memang sesuai ditonton dengan family. Sambil menunggu dan bila dah keluar panggung memang ramai lagi group of families datang untuk beli tiket dan berdasarkan perbualan bukan semua orang Ipoh, ade yang dari kuala, parit etc sebab nak tengok HKL kat panggung (sebab tempat-tempat ni tiada panggung wayang so memang amazing ramai-ramai turun untuk tengok wayang). Rasa kagum dan bangga filem tempatan dapat sambutan meriah. Kita paling ingat seat depan kita ade adik-beradik lelaki ni omg diorg punya terhibur gelak memang wow. Terhibur gila tengok diorang gelak. Memang gelak all out sampai tampar bahu adik tepi keras perut haha. Reaction diorang memang A hehe.

PS: Ade jugak dengar kawan lain yang sembang. Kebanyakan kawan yang berasal dari Perak yang tahu loghat Perak rasa tak best bila tengok HKL kat tempat lain seperti KL sebab tak terhibur haha.

***

SESI II: PEMILIHAN TOP 3

AIMI: Korang rasa susah atau senang untuk pilih Top 3 ni? Kalau aku, aku rasa senang je. 

SITI AMANDA: Susahhhh.

HARMIZA HASHIM: Senang.

IKI ALI: Susah.

FARHAN RAMLI: Susah.

NABIL BASARUDDIN: Susah.

HAJJAR IZWANI: Senang je.

***

SESI III: HARAPAN UNTUK SEMBANG GEBANG

AIMI: Harapan anda untuk Sembang Gebang 2019?

SITI AMANDA: Harapan aku agar Sembang Gebang kekal bertapak dan terus maju demi menyemai semangat cinta akan filem. Agar tuan tanah juga peroleh kejayaan dan kebahagian selamanya. Amin.

HARMIZA HASHIM: Semoga lebih sukses dengan episod-episod yang menarik, mendapat sambutan yang padu dari rakan-rakan Sembang Gebang, berharap dapat kerjasama lagi sekiranya kena dengan topik yang diberikan ;)

IKI ALI: Panggillah lagi aku. Kadang-kadang nak jugak sembang gebang kaw-kaw pasal filem yang dibincangkan; tulis ulasan rasmi ni ada "pantang larang" dia dan kadang-kadang aku memang malas nak mengulas. Kah!

FARHAN RAMLI: Harapan aku supaya Sembang Gebang ini dapat diteruskan ke musim-musim akan datang dan akan lebih mendapat perhatian yang lebih lagi dari pembaca. Selain dari boleh menjadi perkongsian pandangan, diharapkan dapat juga membantu dalam mendatangkan minat orang ramai untuk menonton lebih banyak filem yang akan keluar tahun depan.

NABIL BASARUDDIN: Harapan? Mungkin adakan contest untuk orang ramai ke or buat FB Page and IG. Boleh jadi influencer dalam dunia sinematik.

HAJJAR IZWANI: Kita amat meminati konsep Sembang Gebang yang melibatkan review filem daripada pandangan Aimi dan juga juga individu-individu yang terlibat. Hal ini kerana semua orang mempunyai pandangan yang berlainan. Walaupun filem itu best, mesti ade kekurangan die dan boleh tahu dengan baca review orang lain (sebab kalau kita suka confirm tak nak kondem haha). So, kita suka konsep pertanyaan Aimi dan pertanyaan individu-individu lain itu kepada Aimi dan lain-lain. Sebab jawapan yang dibaca akan memberi pandangan lain kepada pembaca dan membuatkan dia terpikir, "ooo aaah jugak eh". Gituh.

Harapan kita ialah untuk Aimi teruskan lagi Sembang Gebang ini sebab tempoh die baru sekejap kan so boleh la sambung lagi. Banyak rakan-rakan yang sama kepala yang kaki wayang. Bila tanya bab-bab ni huish laju beb jawapan haha. Aimi fokus pada filem je but yeay now dah beralih ke drama/series. Thai pulak tu heeee. So, boleh la sambung lagi review pasal series.

Idea lain, mungkin bahagikan review untuk bulanan. Bulan ini untuk filem/series omputih then month seterusnya filem/series Thai/Korea etc. Selain itu, boleh try untuk Sembang Gebang mengenai novel atau komik yang laris di pasaran. Variety show pun boleh jugak. Tak pun macam rancangan Maharaja Lawak Mega, survival show  begitu etc. Mungkin jugak boleh buat review secara record video pulak lepas ni haha sebab feeling bercerita lain beb dari tulis, bila bercerita lagi wow excitednya tapi alamak macam extra gigih pulak nak record dan tunggu upload lagi dan nak ready tunjukkan diri kepada umum lol haha. Akhir kata, harap tahun hadapan nama Hajjar ada dalam senarai Sembang Gebang lagi hehe. Bye bye. Jumpa lagi tahun hadapan aimiamira.blogspot.com :)

***

Top 3 Most Memorable Movies 2018 untuk aku adalah One Two Jaga, Polis Evo 2 dan Spider-Man: Into the Spider-Verse.
  1. One Two Jaga – Suka the fact latar masa cerita berjalan dalam satu hari je. Storyline simple. Suka dialog-dialog dalam cerita ni. Lepas habis tengok rasa macam nak tengok ulang-ulang. Filem ini adalah penantian aku yang akhirnya berbalas. 
  2. Polis Evo 2 – Aku rasa filem ni bagi pakej emosi yang lengkap. I really had fun watching it with my sibling.
  3. Spider-Man: Into the Spider-Verse – The whole look movie ni cool, dari segi drawing style hinggalah ke lagu. Storyline pun best. Punchline pun jadi. So, catchy yawls!
Kah kah! Tau-tau jelah dalam list ni mestilah aku nak letak The Greatest Showman (TGS) jugak sebenarnya, tapi TGS yang aku tengok pada 1 Januari 2018 ni dikira sebagai filem 2017.

Anyway, aku baru selesai menonton drama siri Thai bertajuk Secret Seven. Untuk 2019, aku rancang untuk mulakan dengan siri The Bridge dan What's Wrong with Secretary Kim. If you’re interested to do Sembang Gebang session of this two series, drop a DM ok: ;)

Selamat Tahun Baru!

No comments: