Now Playing: Ayu - Altimet feat Taufik Batisah
Salam Sembang Gebang! Rindu ke?
Nampaknya penghujung Disember ni aku tak berkesempatan nak ke sinema. Kupon hari jadi GSC pun tak tebus lagi. Filem terakhir aku tengok adalah Spiderman: Into the Spider-Verse. Tapi aku akan cari masa juga untuk tengok Aquaman. Aku agak teruja untuk tengok Aquaman ni selepas nampak dalam trailer pengarahnya adalah James Wan. Setelah menghasilkan pelbagai filem seram, teringin aku melihat arahannya pada genre yang berbeza.
Kalau perasan tajuk Sembang Gebang kali ini ada sedikit kelainan. Nampak ke apa yang lainnya?
Lain sebab kali ini tak akan sembang mengenai filem tetapi mengenai siri/drama. Aku dah lama tak tengok siri/drama dari Thailand, sejak-sejak sudah tidak ditayangkan di TV. Namun semuanya berubah saat menerima satu Whatsapp di bulan September oleh Harmiza (lebih mesra dipanggil Miza) yang berbunyi:
"Aimiii. boleh try tgk ni kot. this is sooo your kind of series hahaha high school kids with superpower."
I love people who pays attention to small details about me like that. Ahaks! Tapi aku balas kat Miza, "ada subtitle tak? dah habis ke belum tayang? kalau belum tak nak tengok lagi."
Haha, biasalah untuk mengelakkan royanan tak sabar untuk tunggu episod akan datang. Tunggu sari kata lagi. Nak-nak pula, genre cerita macam ni pastinya ending episod minggu ini tergantung, dah berdebar nak tunggu depan.
Aku ni suka tengok cerita Thailand. Tapi kalau nak kena geledah internet ni cari subtitle yang reliable online, boleh dikatakan pencarian a needle in a haystack tau. Tu yang kalau ada filem Thailand tayang kat wayang - pergi tengok, kalau ada CD - beli. Syukur, dunia hari ini wujud medium seperti iFlix, Viu, Netflix, Youtube with subtitles memudahkan kehidupanku. (Anyway, masih berharap iFlix akan beli lagi Thai travelling series: Movie Pa Pai. Kali ini full season please).
Lebih kurang sebulan yang lalu aku nampak Hajjar ada tweet mengenai siri The Gifted telah pun sampai ke penghujungnya. Maka, selesai bergenang air mata menonton drama She Was Pretty yang disarankan oleh Ain Syazwani sebab dia cakap latar tempat cerita tu mengingatkan dia pada aku, aku sedia melangkah pada dunia The Gifted pula.
Selesai menjalani Gifted Program, aku segera melaporkan diri kepada senior Ritdha Wittayakom yang berdua ini: Harmiza dan Hajjar. Ikuti perbualan kami!
***
The Gifted adalah sebuah siri yang diterbitkan oleh GMM TV mengisahkan sebuah sekolah berasrama yang mewujudkan Gifted Program. Pelajar yang dikenal pasti mempunyai kebolehan luar biasa kemudiannya diberikan pelbagai kelebihan di sekolah serta perlu mengambil satu kelas tambahan. Namun kewujudan program tersebut juga telah membawa pelbagai kejadian yang tidak disangka di sekolah mereka.
Pang yang tidak bersetuju dengan sistem di sekolahnya bertekad untuk membuat perubahan.
Sebuah latar tempat yang ringkas namun diberikan twist dengan menyajikan kritikan terhadap sistem persekolahan dalam bentuk fantasi sains dan saspens disulami kisah remaja seperti persahabatan, iri hati dan semestinya cinta.
13 Episod The Gifted series boleh ditonton di channel Youtube GMM TV. Klik sini.
***
Sesi 1: Aimi ➡ Harmiza, Hajjar
AIMI: Kongsikan pendapat anda mengenai penggunaan/editing sound effect dalam keseluruhan siri ini?
HARMIZA: Sangat mempengaruhi! Lighting pun patut diberi kredit sebab seiring dengan genre siri. Kita pun terikut berdebar, marah, gembira, malu, berbunga dan sebagainya. Umpama filem Harry Potter kalau tiada muzik latar semasa mereka menghayun wand, janggal rupa/bunyinya.
HAJJAR: Penggunaan editing sound effect dalam keseluruhan siri ini amat memuaskan. Sound effectnya sememangkan bersesuaian dgn situasi-situasi. Siri ini banyak adegan saspens dan thriller. So sound effect yang dimasukkan amat sesuai dan volumenya pun memuaskan maksudnya taklah tetibe mengganggu fokus penonton.
Selain itu, kebanyakan jenis sound effect hampir sama bagi setiap episod. Maksudnya siri ini mempunyai trademark sound yang tersendiri seperti opening sound effect pada permulaan cerita dan situasi. Contoh lain ialah macam dialog yang melibatkan terkejut dan zoom kepada pelakon-pelakon. Senang kata, siri ini tak copy paste sound effect siri lain.
Keseluruhannya sound effect siri ini memang membantu penonton untuk merasai situasi yang diceritakan seperti sama-sama terkejot dengan pelakon-pelakon dan dapat merasai situasi panik yang dialami oleh pelakon-pelakon (bergantung pada jenis adegan yang dipaparkan) dan lain-lain lagi.
AIMI: Adakah product placement yang terdapat di dalam siri ini bersesuaian atau mengubah mood cerita?
HARMIZA: Product placement dalam siri ini (dan siri lain Thai) sangat ketara jika dibandingkan dengan siri tempatan dan siri dari negara luar. Maksud sangat ketara di sini, pelakon akan sentiasa memastikan jenama produk ditunjukkan ke arah kamera dan sebagai penonton, agak mustahil untuk mengelak sudut tersebut. Tidak mengubah keseluruhan mood cerita cuma mengganggu emosi penonton yang tiba-tiba teringin untuk mencuba produk yang ditunjukkan. Product placement dikira berjaya.
HAJJAR: Terdapat 6 produk utama sponsor di dalam siri ini. Oleh itu, siri perlu menggunakan produk-produk ini sebaik mungkin iaitu Oishi, EST Cola, Copp Balls Cereals, Clean & Clear, Ovaltine dan AIS Z[ee]²D.
Secara keseluruhan siri menggunakan produk-produk ini bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan. Seperti produk air, sememangkan digunakan dengan baik seperti minum ketika dahaga dan minum ketika lepak (Oishi, EST Cola, Ovaltine). Contohnya, pada episod Ohm, Ohm gunakan penutup botol Oishi utk dihilangkan. So, pengarah amat bijak utk meletakkan product placement di situasi yang betol. Produk lain seperti Clean & Clear pun digunakan dengan betol seperti dalam episod Mon cuci muka selepas habis training. Selain itu, product Copp Balls Cereals juga digunakan pada situasi yang betol seperti episod Wave yang hanya makan cereals atas bumbung sekolah sebab die tak sempat breakfast di rumah dan Punn makan Copp Balls di bilik rawat ketika dalam keadaan sakit. So, situasi-situasi ini logik dan bersesuaian.
Pada aspek mengubah mood cerita emm rasanya tidak sangat kerana product placement bersesuaian dengan situasi. Tapi ada ketikanya sedikit mengubah mood cerita bila jangka masa produk itu digunakan agak lama sedikit seperti tunjuk minum air dgn zoom lama betol haha. So keadaan ini yang buatkan penonton pikir "perlu ke tunjuk lama minum haha". But tak boleh salahkan siri itu sebab itulah tugas product placement. Harap penonton memahami peranan itu sebab tujuan product placement adalah mempengaruh penonton untuk membeli produk tersebut.
Kite sendiri suka Oishi yang pelbagai perisa tu dan Ovaltine sebab rasa sedap! Selain itu of course pengaruh duta-duta product tersebut seperti Pang duta Ovaltine, Oishi dutanya Wave sekarang. Kebanyakan produk-produk tersebut diwakili oleh artis under GMM TV (yang menerbitkan siri ini).
AIMI: Pendapat anda mengenai Si Kembar yang tiada episod tersendiri?
HARMIZA: Menjadi tanda tanya, sebab potensi/watak Si Kembar boleh dikembangkan dalam satu episod untuk adil bagi penceritaan setiap watak. Sampai sekarang masih samar-samar dengan potensi Si Kembar. Atau mungkin pihak produksi rasa penonton boleh jangka potensi Si Kembar dari awal.
HAJJAR: Si kembar Jack dan Jo yup kita tak puas hati jugak diorang tak dapat episod sendiri. Terus tau potential diorang masa Episod 1 iaitu bergerak serentak (twins synchronise). Ada pro dan crons seperti boleh merasai kesakitan yang dialami kembarnya.
Walaupun tiada episod sendiri tapi nampak la watak ini muncul di episod-episod dan susahnya nk dengar dialog diorang haha. Sebab mostly just nampak duduk belakang dalam kelas.
Agak tak puas hati jugak pada episod mid term test Jack dan Jo hanya dapat 0 points oh sadis. At least bagi la scene yang boleh diorang score points walaupun sedikit hihu. Tapi nasib baik la bila episod makin banyak, ade berkembang la watak Jack dan Jo ade scene dan dialog. Nampak join berlari-lari sekali dgn kawan pun ok. Masa episod final exam rasanya itulah scene paling banyak diorang dapat (yang sorang terlanggar tiang invisible Ohm dan sorang dicekik Punn). Masalah jugak dapat rasa sakit kembar ni haha.
So bagi watak sampingan Jack dan Jo kiranya puas hati jugaklah dgn kemunculan mereka walaupun sedikit. Sebab walaupun sedikit tapi dalam setiap episod diorang ada cuma penonton akan menjadi lupa sebab tiada dialog. Itu je faktornya. So terima je la director punya keputusan lol.
PS: Mungkin sebab director nak limitkan bilangan episod atau Jack dan Jo ni newbie actors dlm GMM TV so kene la sampingan sahaja. *kot* :p
Sesi 2: Harmiza ➡ Hajjar, Aimi
HARMIZA: Adil atau tidak sistem sekolah yang memisahkan antara pelajar biasa dgn pelajar potential? (dapat perks rehat awal, dorm best, etc.)
AIMI: Dengan kelebihan rehat awal, dorm best, boleh guna pool bila-bila masa, pakai berfesyen-fesyen dalam sistem The Gifted masih dikira adil. Ini boleh dikira sebgai motivasi lah. Sebab antara budak kelas pertama dengan budak kelas kelapan pun ada perbezaan layanan. Cuma budak gifted lebih lagi dari kelas pertama.
Tak adilnya bila semua kesalahan disiplin mahupun tatasusila boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Yang ini kita sifatkan agak keterlaluan. Pada kita peraturan sekolah tetap peraturan sekolah. Mungkin boleh mengamuk seperti Nac di bilik Khun Ladda kerana merasakan diadili dengan berat sebelah.
Agak menarik perdebatan antara Pengetua dan Pang di episod akhir. Kalau relate dengan kehidupan sebenar, memang bertubi-tubi diberikan.
HAJJAR: Sistem hierarki sekolah emm semua orang dah biasa masa zaman sekolah. Pelajar dikelaskan ikot tahap kepandaian. Tapi bagi negara kita tak de la pula bias macam sistem sekolah Ridtha ni. Sebab perbezaan yang amat ketara. Memang la pelajar kelas low bengang je jeles haha. But disebabkan inilah membuatkan student lagi bertekad untuk jadi lebih cemerlang mendapatkan kelebihan yang awesome tu. Dalam siri ini serius kelebihan yang diberikan untuk pelajar potential dan pelajar biasa amat ketara bezanya. Wow sangat kot hee.
Untuk soalan adil atau tidak emm kalau nak dinilai dari sudut main point storyline siri ini amatlah adil. Principal (/Pengetua) ade sebab yang tersendiri untuk asingkan student potential dari student biasa. Boleh dikatakan student potential bahaya bila bersama student biasa if diorang salah guna power mereka.
Yang membuatkan sistem ni tidak adil bila watak utama, Pang yang berasal dari kelas terakhir join the gifted class. Sebab dari zaman die dari class akhir memang die tak puas hati pasal sistem ni. Contoh die tak leh lepak makan time rehat dengan bff, Nac. But hey, inilah yang membuatkan cerita ni menarik sebab Pang bertindak untuk mengubah sistem sekolah yang amat berat sebelah ini. Die pulak dapat masuk Gifted Program so memang die ade aim utk jatuhkan Principal dan die berjaya rekrut kawan gifted lain seperti Wave utk bersama hapuskan sistem ini dan Principal. Die pun sejenis gigih siasat aktiviti rahsia sekolah yang kejam.
Pada akhirnya, student gifted sendiri merasakan tidak adil sebab mereka merasakan dieksperimen oleh pihak sekolah dan mereka mahukan kehidupan yang bebas.
HARMIZA: Kalau ada salah satu potential dalam The Gifted, macam Namtaan, gigih tak nak siasat sejarah P'Chanon dan program?
AIMI: Akan gigih sekiranya ternampak sesuatu yang tidak kena seperti halaman yang terkoyak dari rekod macam yang ditemui Pang dan Namtaan.
HAJJAR: If kita la Namtaan, yup kita gigih nak siasat. Of course gigih sebab itu potential kita. Takkan nak biarkan potential itu digunakan untuk bende yang bosan haha. Best kot siasat bende yang misteri ni heee. Sebab potential ni membuatkan Namtaan jadi tak berhenti untuk siasat well boleh dikatakan ketagih untuk cari jawapan sampai ke penghujung.
Dalam siri ni bukan je setakat siasat P'Chanon dengan program, banyak lagi Namtaan siasat seperti sejarah hitam hidup Wave dan senior Nicha. Tanpa Namtaan tak jalan weh plot cerita ni hee. Watak die amat membantu.
So konklusinya, potential Namtaan amat berguna untuk siri ini. Disebabkan die la Pang dapat tahu ade something wrong dengan program ni dan membuatkan Pang nak siasat dgn lebih lanjut. Well done director gituh.
PS: Siri ni best sebab semua potential boleh ade kaitan untuk tolong sesama sendiri untuk selesaikan misteri program. Cuma tak sure sumbangan potential Korn dan twins dalam menyelesaikan misteri program.
HARMIZA: Episod/lakonan favorite?
AIMI: Episod paling digemari adalah episod Mid Term. Dalam diri memang jiwa penyiasat jadi siasatan mengenai kes senior Gifted Program begini memang amat menarik. Kes yang mulanya nampak mudah rupanya penuh zig-zag-zig-zag. Malah kalau menurut kita, peperiksaan Mid Term ni lebih mencabar dari peperiksaan akhir tahun.
Top 3 lakonan kegemaran kita; Pang, Ohm dan Mamuang.
Pemegang watak Pang dan Ohm dilihat mampu menyampaikan semua emosi dengan baik mengikut situasi. Justeru itu, tidak menghairankan mengapa mereka berada di barisan utama The Gifted.
Mamuang selaku wartawan sensasi RD amat menghiburkan. Walaupun bertindak sebagai watak tambahan namun performance-nya menyerlah sekali. Mencuit hati. Gosip-gosip sekolah kelihatan sangat hangat dalam laporannya.
HAJJAR: Bagi episod favourite, kita suka episod hujung. Episod yang menyelesaikan segala misteri program. Episod 11 ke 13 membawa penonton dengan penuh saspens untuk tahu ending cerita ini.
Wow sangat bila tahu Pang sama potential dengan Principal (tak terpikir pun bila Principal guna potential die ke Pang masa lepas mid term test, amat tak sangka) dan wow bila tahu serum tu cuma olok-olok.
Selain itu, wow bila tahu potential Khun Pom boleh erase memory dan amat stress dan sedih bila tahu Khun Pom amat dipergunakan oleh Principal untuk segala aktiviti program. Dia baik cuma disebabkan situasi dan potential Principal die diperlakukan begitu demi rahsia Gifted Program. Sebak kot bila die kene buat bff sendiri, Chanon but apa boleh buat sebab dah dihipnosis oleh Principal gituh.
Terkejut jugak dgn kemunculan Khun Ladda membantu Pang dalam menjatuhkan Principal. Dah la aura die garang. Pang amat bijak gunakan Khun Ladda utk misi itu.
Part terakhir bila Pang tertangkap oleh Principal fuhh saspens amat tunggu time Khun Pom untuk erase memory dia. Selepas itu, tak sangka pulak kawan-kawan gifted yang lain try untuk ingatkan balik Pang. After one year kot Pang ingat balik. Well done! Haha. Dialog Wave ke Pang ready ke tak tu huish memang berharap sambungla siri ni pleaseeeeee.
Bagi lakonan favorite pula, emm agak susah nk decide sebab kita suka semua. Kalau Top 3 suka Pang, Namtaan, Punn. Alamak Khun Pom pun suka haha.
Nilai dari segi lakonan favorite kita akan pilih Punn sebab episod die amat wow. Potential die amat scary. Episod Punn fuhh amat suspense dan thriller. Amat hebat die kene berlakon dalam pelbagai watak ade baik dan jahat. Punn bawak watak tu dengan baik. Tak tenang tengok sepanjang episod die. Jadi ganas jahat tetiba fuh terkejot! Siap part last nak suicide ahhh panic wey nasib la Claire ade. Eh tiber.
So, permainan watak pelbagai watak Punn amat wow serius tak jangka ade potential yang begini. Memang cuak terlebih la bila tgk episod Punn hehe.
Sesi 3: Hajjar ➡ Aimi, Harmiza
HAJJAR: Masa dah habiskan episod terakhir, ade teringat tak actually series ni sebenarkan flashback dari cerita Pang masa Episod 1?
AIMI: Ingat sebab kita maraton The Gifted dalam 4 hari. Sampaikan masa tengah tengok ingatkan salah klik Episod 1 1/4 padahal dah betul Episod 13 1/4.
Ragu tu muncul berpunca dari kes thumbnail Episod 11 1/4 tersilap label 11 4/4 padahal dekat tajuk dah betul. Hehe.
HARMIZA: Ingat! Mungkin terbiasa menonton filem yang mempunyai jalan cerita begitu, boleh jangka di akhir penceritaan akan ada scene flashback tersebut.
HAJJAR: Adakah anda rasa tertipu macam Pang yang percaya ada serum yang boleh neutralkan kembali power mereka yang boleh hilangkan potential mereka serta-merta?
AIMI: Tidak kerana cerita saspens tidak akan semudah itu. Kalau betul pun pasti akan ada jerat tersendiri.
Rasa keliru kenapa serum tu boleh berjaya sebab awal cerita potensi diri setiap pelajar tu bukan akibat sebarang suntikan tetapi bermula dengan frekuensi (maksud kita potensi sudah ada dalam diri cuma tidak diterokai kerana tidak tahu). Tambah pula kita memang tak begitu percaya pada Pengetua yang nampak tenang tapi mata sering seperti mahu makan orang. Help!
HARMIZA: Jujur memang percaya. Sebab dengan pelajar-pelajar potensi yang program sekolah tu dah kumpul, mesti pihak sekolah dapat buat kaji selidik untuk buat serum atau apa-apa produk yang dapat normalkan pelajar dia.
HAJJAR: Series ni buatkan penonton gigih nak tunggu setiap minggu sebab nak tahu potential each students. So, episod mana yang korang dapat teka potential sebenar Pang (mind control)?
AIMI: Episod 6 lah fully dapat tau. Adoi, rasa tertekan saat Pang terkaku dan hanya melaung-laung, “Nac! Nac!” pada Nac yang tidak henti-henti menghentakkan kepala pada tiang. Terbayang saat-saat manis bersama Nac menasihati Pang di bilik.
Awalnya, kita fikirkan kuasa Pang kuasa memujuk/meyakinkan orang tapi nak guna kuasa kena ada emosi yang kuat sebab Pang ni pandai berkata-kata dan idea tersendiri. Rujuk babak Pang-Ohm ketika kawan Ohm hilang dan ketika Pang bercakap dengan mak Namtaan.
HARMIZA: Episod 6, Part 4/4 (Thank you for the tips Hajjar!) Perghhh. Part tu meremang la juga sebab kawan dia dah kena control dan ikut cakap Pang hentak kepala kat tiang.
Soalan Bonus
HAJJAR: Potential mana yang paling awesome (macam susah nk jawab ni kannn). So, kalau anda nak potential yang mana 1?
AIMI: Paling dekat dengan real life mungkin boleh minta potential Korn; sleepless guy. Bolehlah back to back tengok drama/movie, menaip novel, update resume, buat part time, dengar lagu ke apa. Hahaha! Esok fresh lagi. But I love sleeping … Hahaha so … Nak seperti Mon agar dapat melindungi diri sendiri.
Tak mahu seperti Namtaan. Ku hanya ingin melangkah ke depan bukan terperangkap dengan kenangan silam. Gituhhh, tiberrr. Hahaha!
HARMIZA: Ini susah nak jawab. Hmm. Paling awesome dan cool sudah semestinya, Wave.
Kalau teringin nak potensi, mungkin nak potensi Claire. Tapi akan guna bila perlu sahaja ;)
***
Shoutout to Oishi Green Tea with Kyoho Grape, we love you so much!
No comments:
Post a Comment