Now Playing: Breathe – Seven Collar T-Shirt
Salam Sembang Gebang! Salam Sinema!
Pada 29 November (Khamis) jam 8.20 malam di mmCineplex eCurve aku berpeluang menyertai #ToSam Guang The Movie yang dianjurkan oleh Kuman Pictures. Semuanya terima kasih kepada Iki Ali kerana telah memperkenalkan aku pada #ToSam semasa menonton Gol & Gincu 2 tempoh hari.
Sudah terang lagi bersuluh, episod kali ini aku bawakan Iki Ali untuk korang! Iki ni memang rancak tulis ulasan filem. Nanti aku minta dia sediakan semua pautan untuk korang check it out yaw!
Sebelum Iki join Sembang Gebang ni, aku ada minta dia buat homework sikit dengan menonton Guang versi short filem yang menyertai BMW Shorties Malaysia 2011 supaya perbincangan kami boleh pergi menyeluruh. Peh!
***
Sesi 1: Aimi ➡ Iki Ali
AIMI: Apa yang membuatkan kau tergerak untuk menonton Guang The Movie?
IKI: Aku rasa aku ada sentuh most things pasal filem ni dalam #SembangFilemMA aku, but hey; aku dah berkenan, aku punya sukalah nak ulang balik! Haha!
Aku simple je orangnya. Poster filem ni dah buat aku tertarik. Warnanya memikat hati. Lepas tau it's an award-winning film, aku teliti balik poster. Kenapa mamat tu pegang cawan wain? Kenapa mamat ni nampak lain macam? Cacat ke? Sampai boleh menang award? Pasal tulah aku nak tengok.
AIMI: Apa elemen yang tiada dalam Guang Short Film tetapi ada dalam Guang The Movie yang menjadikan Guang The Movie lebih istimewa?
IKI: Aku rasa dalam versi filpen, kurang jelas kenapa Wen Guang ni terlalu fascinated dengan barang kaca; setakat dia sensitif bunyi dan tertarik dengan oktaf apa jadah semua tu aku rasa macam tak cukup. Versi filem lebih complete dia punya emotional arc; rasa lagi mendalamlah jiwa halus si Wen Guang ni yang turut berkait rapat dengan adik dia.
AIMI: Ada tak Guang The Movie mengingatkan kau pada mana-mana filem dan apa yang menjadi Guang The Movie berbeza dari filem-filem tersebut?
IKI: Again, macam yang aku pernah mention dalam review aku, since aku memang tak pernah tonton mana-mana lagi filem yang sentuh subjek autisme (ya, termasuk Redha, which is an easy comparison to do), filem ni treatment-nya kepada para watak sama macam series Netflix Original bertajuk Atypical. Cubalah tengok. Most things are parallel to each other.
AIMI: Benda paling kau suka dalam Guang The Movie.
IKI: Tak draggy. Tak buat aku mengantuk. Pandai pengarah jaga pacing. Versi filpen tu mungkin sebab kekangan bajet dan masa, it doesn't have the technical polish as its feature film counterpart to properly tell the story. Kau bayangkan filem Adiwiraku, filem drama bukan tentang muzik tapi muzik tak reti nak dok diam, tapi aku ngantuk masa tengok dan aku tak peduli pun apa jadi kat budak-budak choral speaking tu. Not this film; it's a drama film yang sentiasa bergerak. The flow of the film in itself is music to my ears and eyes. Even in moments of drama, build up dia sangat nice dan ada emotional payoff. Aku sentiasa petik jari dalam otak aku over the rhythm of this movie sepanjang durasi filem ni.
Lagi satu, sinematografi dan mise-en-scene. Equipment versi filem jauh lebih power daripada versi filpen, jadi the DOP frame the shots very gracefully dan berjaya buat aku terpana dengan every details yang pengarah letak dekat filem ni, lagi-lagi celah the lengths they went to untuk accomodate perwatakan Wen Guang. Bapak elaborate bai mesin muzik dia tu. Yang cara potong barang kaca (cawan, mangkuk dan seangkatan dengannya) tu pun buat aku mind-blown. Macam mana sampai macam tu diorang fikir? Gila!
AIMI: Berdasarkan Guang The Movie, adakah kau akan mengikuti/menantikan karya-karya Quek Shio Chuan akan datang?
IKI: Memey ah! Looking forward for his works in the future!
***
P/s: Dalam sesi aku dengan Iki, korang mesti perasan Iki sebut 2 kali mengenai review dia di page Movie Addict Malaysia. Korang boleh rujuk review tu di sini. Review tu release 30 November 2018. Aku e-mel soalan aku tengah malam 29 November 2018. Walaupun aku dah baca review tersebut, aku tetap proceed dengan soalan aku sebab aku degil dah tu je. Hahaha, tak lah! Sebab review tu, dia tulis ikut flow dia manakala Sembang Gebang ni sesi khas menuntut pandangan dari dia. Haha!
***
Sesi 2: Iki Ali ➡ Aimi
IKI: Mana kau tau pasal filem ni? Kau follow ke BMW Shorties punya updates sampai kau suggest suruh aku tengok dulu versi filpen?
AIMI: Aku tak follow betul-betul BMW Shorties tapi kalau keluar kat timeline atau recommended videos aku akan tengok. Okay, aku ada cerita kelakar macam mana aku tahu mengenai filem Guang dan tayangannya.
Aku dapat tau mengenai Guang dari IG Story pengacara Jomovie, Syazwan Zakariah. Dia tulis short review, aku rasa “menarik!” tapi aku tak dig. Kemudian, suatu hari aku pergi menonton Fantastic Beasts di mmCineplex dan aku ternampak poster Guang. Aku fikir, “Oh cerita ni dah main ke ...” sambil berlalu masuk hall.
Bila bangun keesokan pagi, tergerak pula hati nak tengok trailer. Bawah trailer tu ada video review this movie by ML Studios. Basically, trailer dan review tu convince kan aku untuk tengok. So aku check lah waktu tayangan. Tak ada weh! Aku macam, “Eh dah habis tayang ke apa ni!”
Aku google lah segala kemungkinan sebab aku tak puas hati, takkan dah tak ada kat wayang. Sampailah aku jumpa short film ni. Masa tu aku terfikir, “Eh yang kat wayang ni tayang short film keee? Sebab tu ke sekejap?”
Aku masih keliru. Dalam masa yang sama, aku share short film tu pada Paan dan Manda. Aku siap tanya, kalau short film tayang kat wayang tiket kira macam mana. Haha! Petang tu, Paan cakap kat aku, “Kau pos kat aku short film ni sebab ada #ToSam Guang ke?”
So sebenarnya masa #ToSam Guang tu aku ingat itu last day tayangan. Padahal masa tu baru first day! Hahaha!
Apoooo...
IKI: Apa pendapat kau pasal kesungguhan pengarah nak jayakan watak Wen Guang?
AIMI: Memang wajar Quek bersungguh. Dalam beberapa artikel, ada menyebut Quek inspired by his brother. Jadi pada aku, sebelum filem ini sampai kepada penonton, Quek adalah orang pertama yang kena approve serta percaya watak Wen Guang tu sendiri sebab dia ada rujukan.
IKI: Kau ada rasa tak filem ni nak berkhutbah pasal autisme, atau ia sekadar film with a story to tell, tapi kebetulan je watak utamanya autistik?
AIMI: Aku tak rasa filem ini berkhutbah. Aku rasa Guang adalah a story told from heart that touches another heart.
IKI: Kau rasa seronok ke jadi Wen Guang?
AIMI: Hmm ... soalan kau ni aku dapat tafsir kepada dua konteks; 1. berlakon sebagai Wen Guang, 2. hidup sebagai seorang yang autisme.
Untuk yang tafsiran pertama, kalau sebagai pelakon yang dapat mempelbagaikan jenis karakter dan karakter tu menjadi ... Seronoklah kan.
Untuk tafsiran kedua, susah untuk aku jawab sebab aku tidak berada pada kedudukan tu. Semua pun ada cabaran tersendiri. Tapi level fokus Wen Guang untuk mencapai matlamat memang aku tabik.
IKI: Pernah tonton filem/siri TV pasal autisme (atau apa-apa jenis kelainan upaya) selain Guang? Ada filem/siri TV kegemaran?
AIMI: Masa tengok trailer Guang, aku teringat Rain Man (lakonan Tom Cruise dan Dustin Hoffman) dengan short film Fly Me To The Moon (oleh Fikri Jermadi). Dua-dua cerita ni mengisahkan perhubungan adik-abang, dan watak abangnya autism.
Setakat ini aku tak ada mengikuti mana-mana siri TV yang mengetengahkan isu begini. Yang aku boleh kongsikan series yang aku pasang niat nak tengok. Contoh, Atypical. Aku memang nak tengok tapi belum berkesempatan. Tahu-tahu dah ada Season 2 weh!
Another series that also looks interesting is The Good Doctor. Kalau Malaysia, aku berminat nak tonton Luar Biasa. Luar Biasa adalah telemovie karya Tunku Mona Riza (ya, pengarah Redha) mengenai atlet paralimpik kita, Mohamad Ridzuan Puzi yang menghidap cerebral palsy.
Tapi kalau Channel Youtube aku ada minat satu segmen yang diberikan nama “Kids Meet” di HiHo Kids channel. Dalam Kids Meet, budak-budak ni akan diberikan peluang untuk menemu bual tetamu yang datang ni terdiri dari pelbagai latar; ada beberapa tetamu datang kerana kondisi diri. Misalnya, Kids Meet a Guy in a Wheelchair, Kids Meet a Person with Alopecia, Kids Meet Woman with Down Syndrome, Kids Meet a Woman With Tourette's dan banyak lagi. Tengoklah.
***
AIMI: Iki sebelum kita tutup episod kali ni, boleh kongsikan pada semua page untuk orang baca ulasan-ulasan kau terdahulu dan akan datang?
IKI: Aku punya reviews dah bersepah, sampai sekarang ni kalut nak centralize semuanya! Kah! Tapi, kalau nak baca jugak semua review yang dulu, kini dan akan datang, sudi-sudikanlah pergi ke semua tempat ni:
- Movie Addict Malaysia (https://facebook.com/MovieAddictMY): Cari #SembangFilemMA dan #MAMovieReviews yang ada nama Iki.Ali dan -IKI-
- Iki.Ali (http://facebook.com/leikialiworks): Konon-konon nak buat fanpage sendirilah, tapi terus malas nak update. Ada jugak review aku beberapa kerat kat sini
- Facebook aku sendiri: https://www.facebook.com/leikiali
- Twitter aku sendiri: @leikiali
- Letterboxd (https://letterboxd.com/leikiali/): Aku dah mula selesa kat sini; mungkin akan migrate ke sini untuk review sepintas lalu aku?
- Blogger (https://theikialitwo.blogspot.com): Markas review asal aku. Konon nak translate vice-versa la review aku [BM ke ENG, ENG ke BM], tapi sampai sekarang masih tak jalan
- Hashtag #leikialireviews: Ni lebih senang; search je kat Google, nanti adalah keluar review aku dekat Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya
Trimas sebab sudi terima aku jadi tetamu #SembangGebang ya!
***
Nak sembang movie apa pulak lepas ni, geng?
2 comments:
Who breaks the internet! Ralph!
We can try to work on that! 😁
Post a Comment