Salam Sembang Gebang! Salam Sinema!
Akhirnya hari ini aku berjaya menonton A Star Is Born. Agak mencabar mencari masa yang sesuai untuk menonton filem ini di pawagam. Maklumlah filem ini berdurasi 2 jam 14 minit; masuk wayang pukul 6.45 petang kang maghrib ke mana, nak beli tiket pukul 8.00 malam nanti tak sempat nak makan malam, pukul 9.00 malam nanti tak ada kenderaan pula nak balik.
Tetapi hari ini aku berjaya mendapatkan waktu tayangan 11.30 pagi. Hehe pembelian tiket yang ini pun ada dugaan tersendiri tau sebab dah hujung tayangan jadi tempat dan masa tayangan terhad. Mula-mula tengok laman web, pusat beli-belah tempat filem ini ditayangkan pun aku tak pernah jejak. Mujur ada Azian, Najwa dan housemate aku yang pernah beberapa kali menyebut menonton wayang di situ. Jadi aku lebih yakin untuk membeli tiket. Tambah-tambah lagi selepas aku menjalankan siasatan macamana nak pergi situ pada Azian dan Najwa.
Sekali tiba-tiba masa aku nak tempah tiket online, waktu tayangan tu hilang. Tinggal tayangan hari Selasa dan Rabu sahaja. Aduh!
Aku hampir menyerah dan terfikir untuk menonton Bohemian Rhapsody. Tetapi rencana aku adalah aku nak tonton Bohemian Rhapsody selepas aku menonton dokumentari Queen: Mercury Rising di iFlix. Okay je, kalau tak tengok dulu dokumentari tu tapi tak sedaplah kat aku sebab dah ada plan sendiri. Dan kalau tak tengok A Star Is Born hari ni, mesti lepas ni lambat lagi aku boleh tengok atau lupakan terus.
Pagi ini ketika aku berselang-seli membuka laman web TGV-GSC sambil berfikir mengenai Bohemian Rhapsody, sekali lagi aku mencuba nasib melihat waktu tayangan A Star Is Bornnnnnn. Ya! Hidupku bersinar kembali. Aku segera menempah tiket.
Lantas aku segera menghubungi Farhan Ramli a.k.a Paan dengan berkata, "Paan Sembang Gebang A Star Is Born onzzzzzz!"
***
Sesi 1: Aimi ➡ Paan
AIMI: Sebelum tengok A Star Is Born (2018) ni kau ada tengok versi terdahulu tak?
PAAN: Aku tak pernah tengok satu pun tapi aku tahu A Star Is Born ni banyak versi. Dari zaman P. Ramlee sampailah Uji Rashid dan Ogy Ahmad Daud. Jadi tanpa menonton satu pun, aku pergi menonton filem ini dengan harapan yang besar memandangkan filem terkini ini mempunyai banyak versi yang boleh dijadikan rujukan.
Benda ni pun jadi kebetulan. Ada yang banding-bandingkan dengan Bohemian Rhapsody. So aku tertarik nak tonton kedua-dua sekali.
AIMI: Kau ada tak momen tertanya-tanya latar masa A Star Is Born (2018) ni?
PAAN: Entah kenapa aku rasa filem ni berlatarkan masa era 90-an. Mungkin atas faktor watak utamanya adalah seorang penyanyi country rockstar dan penyanyi balada wanita. Setting filem ini pun nampak bukan seperti zaman terbaharu. Kalau latar masa terkini, mungkin elemen-elemen muzik elektronik akan diterapkan memandangkan zaman sekarang penyanyi-penyanyi popular lebih ke arah muzik berteknologi tinggi atau autotune. Tapi dalam A Star Is Born ni bakat penyanyinya lebih tulen dan muziknya seperti muzik-muzik dulu yang kita rindui dan susah nak dapat sekarang.
PAAN: Untuk kemunculan sulung Bradley Cooper sebagai seorang pengarah adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Benar, dia mempunyai banyak versi untuk dijadikan rujukan tapi bukan senang untuk menampung beban sebagai pengarah untuk menghasilkan sebuah lagi versi filem yang telah banyak. Pengalaman dia sebagai artis di dalam dunia hiburan memberikannya kebijaksanaan untuk memaparkan sisi sedih artis yang peminat tak nampak. Aku ada juga baca beberapa artikel yang menunjukkan perbezaaan filem ini dengan versi yang dulu. Versi Bradley banyak improvement dari yang dulu-dulu.
AIMI: Apa yang kau suka tentang filem ni?
PAAN: Aku suka lagu-lagu dalam filem ini. Vokal Lady Gaga bertenaga betul dan sesuai gila. A Star Is Born bukannya filem muzikal pun tapi lagu-lagu yang ada di dalamnya memberi kesan yang besar kepada penceritaan. Selain itu aku suka kejujuran filem ini. Tak ada nak berselindung. Mungkin disebabkan wataknya rekaan jadi tak perlu nak menjaga sensitiviti mana-mana pihak. Kita boleh mengikuti kisah mereka dengan lebih rapat dan personal.
PAAN: Aku suka lagu-lagu dalam filem ini. Vokal Lady Gaga bertenaga betul dan sesuai gila. A Star Is Born bukannya filem muzikal pun tapi lagu-lagu yang ada di dalamnya memberi kesan yang besar kepada penceritaan. Selain itu aku suka kejujuran filem ini. Tak ada nak berselindung. Mungkin disebabkan wataknya rekaan jadi tak perlu nak menjaga sensitiviti mana-mana pihak. Kita boleh mengikuti kisah mereka dengan lebih rapat dan personal.
AIMI: Adakah A Star Is Born sekadar filem cinta atau lebih dari itu?
PAAN: Seorang isteri yang masih kekal bersama suami walaupun suami pernah khayal dan terkencing di atas pentas semasa isteri menang anugerah. Kalau itu bukan cinta, tak tahulah aku. Tapi aku rasa A Star Is Born lebih dari sekadar cinta. A Star Is Born adalah mengenai harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemasyhuran.
Sesi 2: Paan ➡ Aimi
PAAN: Kau sangka tak Lady Gaga boleh bawa watak Ally sebaik ini? Lagi-lagi bila dapat tahu dia gantikan Beyonce untuk watak Ally.
AIMI: Haha weh! Aku tak tahu pun pasal Beyonce ni. Tapi aku memang harap yang performance dia macam ni. Sebab aku ada kawan yang memang minat Lady Gaga, dia cerita kat aku pasal talent Lady Gaga semua tu. Aku dulu tak pernah search pun. Tapi bila aku tengok Lady Gaga dalam trailer ni, aku terus rasa, "watch out guys!"
Kalau pasal nyanyian, haa, boleh baca jawapan kat bawah ni. Hihi.
PAAN: Kau lebih prefer Lady Gaga versi Ally atau Lady Gaga sebenar.
AIMI: Aku suka dua-dua versi yang menyanyi ballad. Dalam ni Ally ada menyanyi lagu pop untuk bina nama, aku tak minat dia version yang tu.
Lady Gaga pula lepas aku dengar lagu Speechless dari dia dulu, aku memang lagi suka dia nyanyi lagu ballad. Even lagu Papparazi pun aku lagi prefer dia nyanyi versi piano. Aku rasa lagu rancak dia yang pertama kali aku dengar terus aku suka sangat-sangat adalah lagu Telephone featuring Beyonce. Yang lain tu sebab banyak kali keluar kat radio kan, mestilah terikut nyanyi.
Bila Lady Gaga muncul dengan album Joanne dan perkenalkan lagu Million Reasons, jangan cakaplah. Memang aku sukalah lagu tu.
Sementara nak tunggu cerita ni masuk Malaysia, aku dah dengar dulu album soundtrack A Star Is Born ni. Aku agak excited lah ye dengan lagu Maybe It's Time (Jack nyanyi di bar sementara tunggu Ally buang make-up) dengan Shallow yang digunakan dalam trailer. Jenuh jugak cari, rupanya tak release lagi masa tu. Bila dah dengar album tu, track nyanyian Lady Gaga pilihan aku adalah:
- Shallow
- I'll Never Love Again
- Always Remember Us This Way
- Is That Alright? (Credit)
Dalam movie aku nampak Ally nyanyi, tapi bila hari biasa ... aku nampak Lady Gaga. Tapi I'll Never Love Again memang lebih impactful selepas menonton movie.
PAAN: Kenapa kau rasa filem ni tak bosan walaupun filem ini depressive?
AIMI: Sebab setiap watak intriguing. Kita tak pasti Jack dah tunjuk semua sisi kepada Ally begitu juga Ally. Sepanjang cerita berlangsung, kita jadi nak tahu adakah Ally akan tinggalkan atau Jack akan jadi pakwe yang abusive. Kedua-dua watak ni boleh dikatakan bertindak agak random, macam Ally tetiba berhenti kerja, Jack ajak Ally menyanyi atas pentas.
Jadi, benda-benda yang dorang buat ni menjadikan penonton tertanya-tanya apa akibat dari tindakan dorang ni.
Sampai aku pun tak sedar dah 2 jam lebih rupanya dalam panggung.
PAAN: Kau tak rasa ke momen Ally selepas Jack bunuh diri tu agak sekejap?
AIMI: Aku rasa kalau momen tu lama mungkin akan muncul rasa bosan dalam kalangan penonton dan lagu terakhir tu akan kurang impak. Tapi masa skrin fade to black tu, tak sangka pulak movie dah habis rupanya. Haha!
PAAN: A Star Is Born ni kau rasa sebuah filem muzikal atau tak?
AIMI: Aku rasa filem ni "movies about music" bukan muzikal. Tak semua lagu dalam tu digunakan sebagai dialog bagi menggerakkan cerita tapi semua lagu dalam tu memang kena dengan mood cerita.
***
Agak-agak berjaya tak Sembang Gebang sampai 10 episod sebelum 2019 tiba?
No comments:
Post a Comment