4/21/19

Sembang Gebang "Friend Zone” bersama Azian Noor, Hajjar Izwani & Harmiza Hashim #EdisiFangirling

Now Playing: Eternity - 9x9

Bersama tetamu yang jauh di mata namun dekat di hati Sembang Gebang kali ini menyaksikan sebuah perbincangan mengenai filem romantik komedi Thailand gandingan Nine Naphat dan Baifern Pimchanok. Filem ini mengisahkan mengenai Palm dan Gink yang bersahabat dari zaman sekolah lagi. Setelah meningkat dewasa Palm semakin pasti terhadap perasaannya kepada Gink. Namun, Palm telah di-friendzone oleh Gink yang telah mempunyai Ted, jejaka yang membuatnya tergila-gila. Sejauh manakah Palm mampu bertahan dengan kedudukannya sebagai kawan baik? Sedarkah Gink akan perasaan Palm? 

Semuanya dalam FRIEND ZONE!

***


SOALAN 1: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ANDA UNTUK MENONTON FRIEND ZONE?

1) FANGIRL ACTOR/ACTRESS
2) PEMINAT FILEM/SERIES THAI
3) KAKI WAYANG
4) TERASA NAK TENGOK SELEPAS MENONTON TRAILER
5) HASUTAN KAWAN (TERIKUT KAWAN)
6) FANGIRL GDH PRODUCTION
7) HASUTAN PROMO DI MEDIA SOSIAL

PILIH JAWAPAN ANDA. BOLEH LEBIH DARI SATU ATAU SEMUA SEKALI.

AIMI: TRAILER menjadi faktor paling utama. Melalui trailer, kita akan dapat tahu para pelakon, genre, production dan juga OST. Setelah berpuas hati dengan imej yang dipaparkan dalam trailer, barulah proses mencari info tambahan mengenai filem tersebut bermula kemudian menentukan sama ada kita akan ke pawagam atau tidak.

Dalam kes filem Friend Zone, semua elemen dalam trailer menambahkan keyakinan untuk membeli tiket wayang. Trailer dibuka dengan suara Nine Naphat dan aksi dia membawa kereta. Familiar face from A Gift/New Year's Gift. Checked! Kemudian, dialog-dialog lucu. Checked! Pada saat 0:30 logo GDH dipaparkan. Setakat ini filem terbitan GDH yang masuk ke pawagam Malaysia berbaloi tonton di pawagam. Checked! Minit 1:06 imej KLCC dipaparkan. Checked! Minit 1:14 OST catchy berbunyi. Checked! Lagi babak-babak lucu terutama sekali babak monyet. Minit 2:00 rangkap OST versi Bahasa Melayu terpasang. Checked!

Buka IG ternampak GSCinemas post gambar Baifern 9-10 tahun dulu. Oh my heroin filem legend “Crazy Little Thing Called Love”. Hampir tak cam weh sebab sekarang dah ekstra cantik. Heroin = Checked! Tunggu apa lagi. Marilah ke pawagam.
   
Hasutan kawan-kawan dan promo di media sosial bukan faktor mempengaruhi untuk menonton (sebab tekad untuk menonton sudah ada dalam diri) tetapi faktor ingin cepat ke panggung wayang supaya boleh cepat-cepat bersembang. Peer pressure gituh! Haha!

AZIAN: Faktor utama untuk kita tonton filem Friend Zone adalah sebab no. 1, 2, 4, dan 6. Selaku ahli kelab peminat filem/drama Thai pasti sentiasa menantikan kemunculan filem Thai yang bakal keluar di panggung. Tak ketinggalan juga untuk movie Friend Zone ni. Malah, tak dinafikan kalau kita tengok trailer sahaja pun dah tonjolkan banyak aksi komedi yang bakal pecah perut. Sebelum ni, kita tak pernah lagi tonton lakonan Naphat, tapi dalam movie ni lakonan Naphat mampu buat kita rasa nak follow project dia akan datang. Lakonan Baifern pulak nampak lebih matang dari dalam filem “Crazy Little Thing Called Love” dan lebih bersahaja diselit dgn adegan komedi menjadikan kombinasi mereka berdua sangat serasi. Lagi satu, setakat ni rasanya filem dari GDH Production memang tak pernah mengecewakan lagi.

Tak sabar untuk tunggu next project GDH dengan harapan next filem bakal ada P’ Sunny :p

HAJJAR: Semua dia atas.

1) FANGIRL ACTOR/ACTRESS - Fangirl actress masa cerita “Crazy Little Thing Called Love”.
2) PEMINAT FILEM/SERIES THAI - Yes of course. (Horror, thriller, comedy, love etc.)
3) KAKI WAYANG - Ya sudah semestinya.
4) TERASA NAK TENGOK SELEPAS MENONTON TRAILER - Rasa wow dengan trailer tambah-tambah dengar lagunya ada BM dan nampak KLCC!
5) HASUTAN KAWAN (TERIKUT KAWAN) - Sudah semestinya sebab rakan-rakan kaki filem/series Thai jugak serta fans para pelakon dan penyanyi Thai yang lain hehe.
6) FANGIRL GDH PRODUCTION - Ya sudah tentu. Dari dulu suka filem yang diterbitkan oleh GDH.
7) HASUTAN PROMO DI MEDIA SOSIAL - Ya, IG sudah semestinya!

HARMIZA: 1) FANGIRL ACTOR/ACTRESS - Sebab memang dah kenal pelakon-pelakon dalam filem ni, so why not kan?
2) PEMINAT FILEM/SERIES THAI - YES. Selaku presiden kelab peminat filem/series Thai dalam kalangan rerakan, memang kena tengok filem ni. Hehehe!
3) KAKI WAYANG - Yang ni pun mempengaruh juga la sebab hampir tiap bulan akan tengok wayang, Friend Zone ni pun sampai tengok dua kali.
4) TERASA NAK TENGOK SELEPAS MENONTON TRAILER - Yang ni tak berapa sangat. Sebab dah set dalam kepala "kena tengok Friend Zone". Trailer tak main peranan sangat.
5) HASUTAN KAWAN (TERIKUT KAWAN) - Yang ni mungkin Aimi la kot, sebab pernah fangirl Nine Naphat sebelum ni pasal filem A Gift/New Year's Gift (insert link? HAHAHAHA)
6) FANGIRL GDH PRODUCTION - Tak kisah mana-mana production, filem Thai memang jarang mengecewakan.
7) HASUTAN PROMO DI MEDIA SOSIAL - Kalau tengok poster promo kat IG pelakon-pelakon ni rasa comel je, ada lah sikit main peranan.


SOALAN 2: JIKA ANDA LETAKKAN DIRI  DALAM SITUASI PALM, SANGGUP TAK NAK TERBANG MERATA DEMI "BEST FRIEND" ANDA?

AIMI: "Kalau banyak duit bolehlah, kalau tak, tanya khabar kat Whatsapp jelah" - Itu benda pertama terlintas kat kepala. Tapi setelah diulang baca soalan ... "letakkan diri dalam situasi Palm", jawapannya adalah: Ya.

Sebab tengok balik karakter Gink, Gink adalah seorang yang buat keputusan mengikut hati, Dia tak berfikir implikasi, dia hanya fikir perkara itu perlu dilakukan. Jadi sebagai Palm seorang yang sudah masak dengan perangai Gink dan menyimpan hati padanya, mengapa tidak? Bukan dalam bercinta je kena ada usaha, dalam persahabatan pun kena ada usaha untuk menjadikan persahabatan itu kekal.

AZIAN: Kalau kita jadi Palm memang seronok lah kalau dapat terbang merata dan jalan-jalan. Lagi-lagi dapat berjalan dengan BFF. Tapi bergantung juga pada situasi dan keadaan. Kalau setakat pergi tak sampai sehari dah kena balik memang tak sanggup la. Penat kot lagi-lagi bila travel jauh tanpa sebab yang kukuh atau sekadar untuk benda yang remeh. Hahaha.

HAJJAR: Ya, saya sanggup. Best friend kot siapa tak risau hehe. Tambah-tambah memang ade feeling kat best friend tu mestilah rasa risau ya amat kalau apa-apa berlaku dekat dia. Hati tak tenteram la kalau risaukan best friend tu (erti kata lain sanggup terbang cepat jumpa best friend untuk tengok dia depan mata baru puas hati gituh). Lucky pekerjaan menyumbang kepada boleh terbang ke mana-mana lol.

HARMIZA: Jujur, bergantung dengan keadaan dia. Kita sanggup nak terbang merata kalau keadaan dia kita boleh handle (dengan perks kerja airlines lagi lah!) Kalau kita ragu-ragu nak handle, mungkin kena bawa kawan back up. Tapi melepas la pula peluang nak spend time sama-sama. Hmmm.


SOALAN 3: APAKAH PERASAAN ANDA APABILA MELIHAT KUALA LUMPUR MENJADI SALAH SATU LOKASI DALAM FRIEND ZONE SERTA BAHASA MELAYU DIGUNAKAN DALAM SALAH SATU RANGKAP OST FILEM INI?

AIMI: Rasa minat kita terhadap filem dan lakorn Thai diiktiraf dan dihargai. Haha! Masa ternampak KLCC dalam trailer dan Gink berdialog, "Saya di Malaysia!" perasaan bercampur antara gembira, gementar dan ingin tahu. Nervous and curious untuk tahu sudut Kuala Lumpur/Malaysia macamana yang akan ditonjolkan dalam Friend Zone ini.

Tambah teruja bila video lirik OST keluar, ada rangkap Bahasa Melayu. Lagilah tak sabar nak tengok wayang. 

Walaupun sebenarnya, OST Hello Stranger telah melakukan perkara yang sama pada tahun 2015. Namun zaman itu, pendedahan agak berbeza. Filem ditonton melalui DVD dan tiada info tambahan dari sumber luar (Instagram, misalnya). Jadi pengetahuan terhad kepada apa yang terjadi dalam filem sahaja. Pasal OST Hello Stranger ni baru sedar sebab ada di ruangan Suggestion Youtube.

AZIAN: Bangga jugalah diterima sebagai salah satu lokasi filem ni walaupun cuma sekejap je dan part 3 pelayan restaurant dan bellboy berjaya menghiburkan kita. Lepas habis cerita lagu Kid Mak terus bermain-main dalam kepala.

(Dalam hati mujur Joyce Chu bukanlah skandal sebenar. Haha!)

HAJJAR: Masa first time tengok trailer terkejut tiber ada word Melayu yang dinyanyikan dan kenal penyanyi tersebut serta bertambah wahhhh KLCC! Terus “eh eh la berlakon kat sini ke ceyy”. So perasaan excited nak menonton. Eherm, kecewa tak tahu awal filem ni shooting di sini haha kalau tahu mesti berhajat nak skodeng dengan rakan-rakan!

HARMIZA: RINDUUU~ ada dua bandar yang kita rindu bila tengok filem ni, KL dan sudah semestinya Bangkok. Berkenaan lirik dalam OST filem ni, kita rasa janggal sikit mungkin sebab tak berapa jelas dengan lirik lagu tu. Tapi bangga sebab Bahasa Melayu jadi sebahagian dari lagu tu.


SOALAN 4: PALM KENA FRIEND ZONE OLEH GINK SEJAK SEKOLAH MENENGAH. JIKA ANDA DI TEMPAT PALM, SANGGUPKAH ANDA SIMPAN PERASAAN SELAMA 10 TAHUN?

AIMI: Berbalik pada permulaan cerita, Palm yang mem-friendzone-kan Gink terlebih dahulu. Jadi bolehlah dianggap Palm sanggup hidup dalam penantian 10 tahun kerana sedar akan implikasi terhadap kata-katanya dahulu. Dalam situasi Palm-Gink sepanjang 10 tahun itu mereka kekal berkawan baik dan tidak pernah terpisah lama. Kata lainnya, tak pernah putus hubungan dan sentiasa tahu perkembangan sesama sendiri dalam susah dan senang. Ini menyukarkan proses Palm untuk berpindah hati ditambah pula dengan karakter Gink yang sentiasa ada perkara untuk Palm risaukan. Jadi apa lagi nak buat selain memendam perasaan.

Apa pun, untuk kita secara personal 10 tahun terlalu panjang untuk bergelumang dalam perasaan/penyesalan semalam. Every day is a new day!

AZIAN: Bagi pendapat kita lah, punca sebenar mulanya dari Palm. Palm yang mula-mula letakkan Gink dalam situasi friendzone. 10 tahun tu satu tempoh yang lama. Tapi berbaloilah untuk Palm tunggu. Kalau tanya kita sanggup ke tak untuk tunggu 10 tahun tu bergantung pada situasilah sebab bagi kita susah untuk menunggu sesuatu yang tak pasti. Yang penting percaya pada jodoh. Kalau ada jodoh adalah. Haha.

HAJJAR: Ya saya sanggup. Well tiada siapa tahu apa akan jadi di masa akan datang. Dah dari sekolah suka dia mestilah suka je tengok dia hari-hari so terima je la situasi friendzone dengan harapan one day cinta akan berbalas lol. First love dan crush mungkin akan jadi jodoh pada masa akan datang gituh. Cuma masa yang lama akan buatkan diri risau takut cinta tak berbalas dan kecewa. Salute Palm punya kesabaran dan kesungguhan. Su!

HARMIZA: Kalau best friend kita tu sekacak Nine Naphat, dengan relanya, kita sanggup simpan dan tunggu. HAHAHA Ok gurau. Sebenarnya kita pernah lalui situasi ni, tapi tak sampai 10 tahun dah move on sepenuhnya. KIta ambik masa 7-8 tahun juga lah. In between tu memang ada suka kat orang lain, tapi there was always a spot for him in my heart. Gituhhh. Untuk menjawab soalan, knowing myself who hates waiting, tak :')

***

P/s: We miss you Bangkok!

4/20/19

Ehh Emel! #2: Subject: 6 Movies in a Post. How Productive is that?

From: Aimi Rosli
Date: Apr 6, 2019, 12:21 PM
Subject: Thai Film Festival in Malaysia 2019
To: Siti Amanda

Hi Manda!

Aku akhirnya dapat masa untuk tulis e-mel. Ingat tak ada hari aku Whatsapp kau dan cakap, "Manda! Aku nak reply e-mel kau ..."?

Lepas tu kau reply, "... and then ..."

Haha basically, aku balik dan tertidur kepenatan.

Ini pun dah 3 hari aku datang lewat ke pejabat. Not that I want to be this way, though.

Anyway, aku nak cerita mengenai aku pergi Thai Film Festival in Malaysia 2019. Basically, semua filem yang aku sasarkan nak tengok, aku berjaya dapatkan tiket kecuali satu cerita. 

Filem yang tak dapat tengok tu tajuknya Bikeman, tayangannya terhad. Dalam tempoh tayangan tu 1 hari je filem tu ditayangkan jadi dari awal jadual film fest ni keluar, aku dah aware dengan kemungkinan aku tak dapat tengok. So, aku okay.

3 filem yang aku dapat tengok pula bertajuk App War, 2215 dan Homestay.

Aku akan bagitahu secara ringkas apa yang aku rasa mengenai setiap satu filem yang aku tonton.

App War - Filem ini dibuka dengan screen gelap kemudian muncul perkataan START UP. Babak berikutnya mengingatkan aku pada babak solo Pat di dalam Bad Genius. 

Filem ini juga mengingatkan aku kepada filem ATM: Er Rak Error yang juga berlegar sekitar hero dan heroin yang menjadi rival. 

App War berkisar mengenai Bomb (Inviter) dan June (Amjoin) yang tanpa disedari telah mencipta application yang fungsinya sama. Kedua apps ini ada kekurangan. Basically, kat sini simboliknya kalau team dorang bergabung dalam satu app, app tu jadi padulah. Dengan keazaman yang tinggi, kedua team dapat menyertai START UP THAILAND yang memberikan dana untuk improvement application dalam satu segmen khas.

Yang aku suka mengenai film ni adalah tema dan gayanya. Tema terkini, gaya pula dari segi fashion setiap karakter, pejabat dorang. Aku simpulkan cerita ini dengan 3 perkataan; funny, trendy and stylish.

2215 - Yang ini pula sebuah film documentary yang mengisahkan Toon Bodyslam berlari dari Betong ke Chiang Rai selama 55 hari di bawah kempen Kao Kon La Kao (Take One Step Each). Aku memang bertekad, yang aku kena tengok 2215 ni lepas tengok trailer.

Keseluruhan, pengalaman aku menonton dokumentari ini adalah heart-warming. 

Walaupun aku bukanlah pengikut rapat Bodyslam. Aku hanya tahu Bodyslam melalui filem-filem Thai yang aku tonton. Band Bodyslam ni akan sentiasa jadi reference pada karakter yang nak jadi rock star atau sewaktu dengannya. Kalau tanya penyanyi muda Thai pun, memang ada yang menjadikan Toon Bodyslam sebagai idola/inspirasi. 

Homestay - Kalau ikut Instagram GDH559, filem ini ada banyak pencalonan untuk acara-acara anugerah di sana. Tapi menang ke tak menang tu, aku tak berapa ingatlah. Haha! 

Filem ini diinspirasikan dari novel Jepun, Eto Mori. Feel Jepun tu ada lagi walaupun satu cerita ni bercakap Thai. Walaupun ada part aku rasa macam terlalu lama dan mengantuk tapi ada juga benda yang aku suka, contoh, lakonan dalam filem ini. Aku juga ada suka satu dialog dari Abang karakter utama ni, "Stop Min! Stop thinking that no one loves you."

Karakter Abang ni, muncul sekali dua je, tapi dialog tu pun simple je tapi pada aku itu macam tamparan hebat untuk the whole Min's drama. 

Min = Watak utama yang mati bunuh diri.

Keseluruhannya, aku suka yang aku tonton 3 movies ni dan semuanya beri feels yang berbeza. I feel content gituh! (Thank you Thai Film Festival in Malaysia 2019. Please come again!)

Oh ya! Reason aku nak cepat reply email kau adalah aku tak nak semangat kau yang berkobar nak sembang Captain Marvel dan Wonder Woman tu terpadam. Tapi rupanya lambat jugak aku reply kau ni.

Apa khabarlah kau sekarang. Hahaha!

Dalam perjalanan pulang film fest pun aku sempat tangkap satu gambar untuk menuntut content kau tu.






From: Siti Amanda
Date: Apr 17, 2019, 1:24 PM
Subject: Fly Me to the Pet Sematary by saying Shazam!
To: Aimi Rosli

Hi Aimi!

Email kau bertarikh April 6, akhirnya aku balas pada April 17! Amalan untuk Whatsapp kau tentang keterujaan aku terhadap sesuatu patut dihentikan jika tidak mahu terlalu lama masa diambil untuk membalas emel kau. 

Jadi, aku rasa aku tak nak dahlah cerita pasal Wonder Woman dan Captain Marvel tu. Haha!

Okay sepanjang minggu lepas, aku berkesempatan menonton Shazam, Pet Sematary dan Fly By Night.

Ini pandangan aku,

SHAZAM! dari segi production wise aku rasa industri kita mampu menghasilkan kualiti filem yang sama. Setakat terbang-terbang, kebakaran, raksasa tu semua kacang je lah. Perlu diingatkan ya aku bukan pernah tahu pun Shazam ni apa. Aku ingat ni The Flash. Ha Ha Ha.

Apa yang gempaknya, pada akulah. Villain dalam cerita ni dipandukan oleh 7 sin dalam Bible! Kau tau kan kita pernah tengok cerita Se7en yang ada Brad Pitt dulu. Ala yang kita tak sangka wahhh Brad Pitt deepnya. Ingatkan kerja dia bercinta dengan Rachel dalam F.R.I.E.N.D.S je. 7 sin ni ada Pride (riak), Greed (tamak), Lust (nafsu), Envy (cemburu), Gluttony (makan berlebihan), Wrath (amarah), and Sloth (Malas).

Jadi, filem yang baik adalah filem yang kita nampak ada usaha mereka di situ untuk menjalankan kajian. Bukan nak suruh penonton percaya dengan 7 deadly sins dari Bible ni tidak. Kita nak penonton ambil tahu tentang agama lain supaya kita lebih kenal agama sendiri. Apa-apa pun Shazam ni so funny.

Pet Sematary pula bagi aku, aku dah salah percaturan. Malam sebelum aku menontonnya di pawagam, aku dah tengok Pet Sematary (1989) di Netflix. Aku sangat berharap masa tu, yang remake ni akan berbeza sedikit dari yang asal

Sedia maklum atau tidak, Pet Sematary merupakan sejenis filem adaptasi dari novel Stephen King. Jadi kedua-dua adaptasi baik 2019 dan 1989 yang aku sudah lihat ini berbeza dari segi pembawakan watak. Perwatakan sama tapi peranan dah lain. Aku tak nak cerita sebab kau tak tengok lagi. Tapi aku tahu kau tak suka cerita seram. 

Walaupun begitu, aku tetap tak nak cerita sebab nanti dah jadi tak seram. Apa yang pasti, poster Pet Sematary yang ada budak-budak pakai topeng tu alamak sikit je sekejap je keluar. Lepas tu dah tak ada dah. Aku kecewa.

Fly By Night insyaAllah akan menamatkan tayangan di seluruh pawagam pada hari ini (Rabu) atau mungkin akan ada tayangan pada hari minggu, siapa tahu. 

Keluar je dari panggung, berjalan belakang aku ada pasangan warga emas. pakcik tu kata,

"Ingatkan cerita Hong Kong."

Haa orang bila tengok poster, dah ingat tu macam cerita luar. Cerita Hong Kong. Poster dah baik dah. Tapi pemasaran dia lambat. Aku boleh dikatakan setiap minggu pergi tengok wayang. Tapi aku hanya tahu kewujudan filem ni hanya seminggu sebelum ia ditayangkan. Contoh macam pakcik tadi tu, dia mungkin tahu filem ni berdasarkan poster. Jarak masa tayangan perdana dengan tayang pertama di seluruh pawagam, dekat sangat. Apa yang blogger tulis tak sempat dihadam rakyat.

Aku tengok orang banyak bandingkan dengan One Two Jaga. Aku dah agak. Sebab dia tunjuk cerita polis jahat. Bagi aku, Fly By Night lebih kemas dari One Two Jaga. Bagi aku pula, dari segi nuansa filem ni, aku bandingkan dengan Interchange. Satu sebab penulis skrip dia salah seorangnya dalah Dain Said. Dua sebab dia pakai kereta polis dalam filem Interchange. Hujan dia, Gelap, cahaya rendah (low key lighting) dia memang macam Interchange. Misteri. Penamat (ending) dia aku rasa arus perdana tak boleh terima. Tapi inilah filem. Ini bukan cerekarama atau telemovie.

Lagi satu, kalau boleh blogger nak bagi reviu, bagi perkataan yang senang faham. Kalau kau kata Noir, tunjuk babak noir tu. Kalau kau setakat petik sana-sini tapi tak ada visual, orang yang baca, tak faham. Kalau takde visual, bubuh definisi dengan bahasa mudah dalam kurungan. Contohnya; Villain (orang jahat/bad guy) Kerja keras lah lagi sikit. Sikit je. 


Kisah blackhole ni, ada orang kata "membazir". Apa kau rasa?


3/20/19

Ehh Emel! #1: Subject: Can You Ever Forgive me, Princess Aimi?

From: Siti Amanda 
Date: Wed, Mar 13, 2019 at 2:59 PM
Subject: Can You Ever Forgive me, Princess Aimi?
To: Aimi Rosli 

Apa khabar Aimi? Lama betul tak dengar khabar! Kepala otak aku ni sarat dengan pemikiran yang membuatkan aku terdetik untuk hantar e-mail mengejut pada kau. Lagipun, kita dah lama tak Sembang Gebang. Aku ada benda nak share!

Beberapa hari yang lepas aku tak ingat bila tapi aku ada menonton filem yang bertajuk Can You Ever Forgive Me? Arahan Marielle Heller. Filem ini merupakan adaptasi daripada sebuah memoir tulisan Lee Israel melayarkan hidupnya pada satu jangka masa yang tertentu. Memoir tersebut juga bertajuk Can You Ever Forgive Me? : Memoirs of a Literary Forger yang diterbitkan pada tahun 2008.

Bersempena Hari Wanita Sedunia ni aku nak bercakap tentang filem Can You Ever Forgive Me? yang pada aku amat bersesuaian dengan isu hangat Women March tempoh hari.

Pada ketika itu Lee Israel mengalami satu fasa kritikal dalam bidang penulisan  sehingga terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika dan moral seorang penulis iaitu jenayah pemalsuan sastera (literary forgery). Pada asalnya Lee Israel merupakan seorang penulis freelance yang berpaksi di New York menulis tentang tokoh-tokoh terkenal dan salah satu hasilnya pernah tersenarai dalam New York Best Seller. Namun seperti mana tipikalnya norma kehidupan manusia, di dalam kesempitan terlahirnya kesempatan.  

Bukan dia tak boleh tulis buku. Dia boleh tulis. Cuma silap dia, dia tak live the life. Pada dia penulis ni kena miserable, lonely, to be kept in a box dan sebagainya. Dia tak tahu apa yang dia nak. Dia rasa life dia tak menarik. Penjelasan aku ni hasil dari pemerhatian aku sewaktu Lee menghadiri sebuah parti yang dianjurkan oleh penerbit buku yang juga merupakan majikannya. Di parti tu ada satu bro ni kata "Oh saya tak percaya dengan terma writers block. pada saya ia sekadar alasan seorang penulis yang pemalas dan suka menangguh kerja". Aku yang sedang menonton di dalam wayang menekup mulut yang ternganga. 

Menurut filem ini, Lee Israel punya attitude yang teruk. Lee seorang kaki botol, hubungan cinta pun tak kekal dan pengotor. Lee Israel ni seorang lesbian dan apa yang menariknya dengan dunia gay ni? Gay ni memang taboo tak kira tempat. Dalam filem ni pun tak ada mention any gay word. Hanya aksi dan body language. Kau kena tengoklah macam mana dia how effortlessly dia paparkann sisi taboo ini. Gitu. Aku akan ceritakan apa yang relatable sangat isu ni dalam penutup kata. Cewah!

Lee yang desperate sekarang tak tahu nak tulis apa untuk tugasan menulis sebuah biografi Fanny Brice. Dia tahu yang dia tak mampu nak habiskan tugasan ni dengan cepat kerana ada bil-bil yang harus segera dilunaskan. Di dinding terpandang dia akan satu nota yang dikirimkan oleh Katherin Hepburn kepadanya. Lee dengan sedih decide untuk jual nota tersebut dan mendapat wang yang agak lumayan berbanding menjual buku-buku terpakai miliknya. Seterusnya Lee terjumpa surat oleh selebriti lain sewaktu melakukan kajian untuk tugasannya. Namun sewaktu Lee membawa ke kedai untuk dijual, penjual itu memberi harga yang agak murah berbanding sebelum ini kerana nota kali ini tidak ada "p/s". Menurut Anna, yang merupakan tukang beli nota-nota selebriti ini mengatakan sekiranya ada "p/s", nota tersebut akan lebih mahal dan menjadi buruan scene collector.

Daripada situ Lee mendapat idea untuk memalsukan nota-nota peribadi dengan memilih hanya selebriti yang telah tiada. Berpura-pura menulis bagi pihak si mati. Boleh dikatakan Lee menjana pendapatan yang agak lumayan sepanjang melakukan kegiatan tidak bermoral ini.

Ketika di sebuah Bar, Lee berjumpa dengan rakan lama bernama Jack. Mereka bersahabat baik dan sering mendorong Lee untuk sentiasa rasa kaya dengan kehidupan. 

Sindiket pemalsuan ini semakin dapat dihidu oleh collector tegar surat-surat yang asli. Tiada lagi pembeli surat-surat Lee. Lee meminta bantuan Jack untuk menjual surat-surat berkenaan namun ia tidak lama dan akhirnya ditahan FBI.

Atas kesalahan tersebut Lee Israel tak kena masuk penjara pun. Dia cuma kena house arrest, banned from entering any library dan archives. Malah dia bangga dengan jenayah yang dia lakukan kerana Lee rasa saat dia menjadi orang lain dengan memalsukan nota-nota tersebut adalah saat dia menjadi diri sendiri. Tidak dinafikan ada yang masih menjual nota-nota palsu tulisan Lee dengan harga yang tinggi.

Apa yang aku boleh simpulkan di sini, tak kira berapa umur kita dan besar mana pengalaman yang kita ada tapi kalau dah degil, memang kita tak akan pass it through. Kita takkan lepas ke mana-mana. Ibarat Lee ni lah. Umur dia masa commit crime ni dalam 50-an. Ex-girlfriend dia pun kata dia degil. Tak ingatlah apa nama ex dia. Lee dan Jack boleh jadi partner in crime atas dasar Law of Atrraction. Salah satu faktor Law of Attraction ni terjadi apabila dua individu ini mempunyai minat yang sama maka mereka akan saling mendekat. Lee dan Jack sama-sama broke, hopeless, gay, lonely dan sebagainya. 

P/s: Aku terbaca satu komen netizen/warganet ni kenapa sepanduk LGBT boleh sesat dalam Women March tu. Dia kata sebab ada women yang lesbian so dia nak orang stop discriminate lesbian tersebut. Lesbian juga seorang wanita. Kalau individu tersebut tengok filem ni dia boleh relate kot. Kita tak discriminate, dia yang terasing sendiri. Dia pun tak terasing sbeab dia lesbian. Sebab tolonglah benda tu salah. Tak salah kita nak kawan tapi bila dia kata kita discriminate, by how? Makan pinggan asing ke? 

We are all unique. We don't need the cheap light to get attention. If you think you are so special and desperately need special treatment just read again your basic manual. Adalah tu salah set mana-mana.

---

From:  Aimi Rosli 
Date: Tue, Mar 19, 2019 at 11:09 PM
Subject: ขอบคุณกันและกัน/ Thanks to each other
To: Siti Amanda 

Tajuk e-mel tu aku copy je dari tajuk lagu yang aku tengah dengar di Youtube. Bukan lama menghilang, tetiba muncul dengan kebolehan baru. Haha. Setakat ni masih guna Google Translate.

Aku ada baca review orang, dia kata Can You Ever Forgive Me? ni storyline biasa je, tapi lakonan excellent. Tapi aku pun tak tahulah sebab aku tak tengok lagi. But I get where your point on “p/s” is coming from.

Usai membaca e-mel kau ni, aku tersedar lama juga aku tak tengok wayang. Last wayang yang aku tengok, Swing Kids. Puas hati betul aku dapat tengok movie tu.

Tapi Insya-Allah weekend ni aku nak rebut peluang menonton dokumentari 2215 di Thai Film Festival in Malaysia 2019. 

Aku juga sedang mempertimbangkan untuk tengok Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal di pawagam. Tapi tayangan start Khamis ni, aku pula mungkin tak dapat balik rumah sampai hujung Mac. Movie ni sedap kalau tengok dengan adik-beradik. Makanya, aku doakan cerita Upin Ipin bertahan lamalah kat pawagam. Bolehlah aku ajak dorang pergi tengok wayang sesama. Kalau tengok video OST yang pakai orkestra tu, aku rasa boleh pergi jauh cerita ni.

Ewah berbalas e-mail begini mengingatkan aku kepada novel The Castle in the Pyrenees tulisan Jostein Gaarder. Julung-julung kalinya aku membaca novel falsafah, dan aku sudah pun hampir lupa falsafah yang diperbincangkan oleh karakter Steinn dan Solrunn.

Tapi feeling aku masa baca buku tu, ‘kisah Steinn dan Solrunn ni sedap juga kalau buat short film’. Jadi macamana relate-nya kita dengan Steinn dan Solrunn ni? Haha! Simple!

Jawapannya, medium berbalas idea adalah e-mel. 

Dalam novel tu, sebaris dua tanya khabar selebihnya idea, falsafah-falsafah.

Sesuai kan, aku masukkan elemen buku kat sini? Memandangkan PBAKL akan mula tak lama lagi. Harap kau dah habis baca buku kau beli kat PBAKL tahun lepas.

Sampai berjumpa nanti!

Nak pantun pecah kaca ke? Haha!

---

From: Siti Amanda
Date: Wed, Mar 20, 2019 at 04:28 PM
Subject: Dapat ke tiket tu?
To: Aimi Rosli 

Steinn dan Solrunn? Kau ni buat aku rasa nak beli e-book dia. Please somebody keluarkan yang terjemahan pula. PBAKL punya buku yang aku beli tahun lepas pun tak habis baca lagi. Fuck smartphone! Madang nak melekat je kat tangan aku.

Saat aku menulis ni, Melaka baru sahaja dihujani rahmat setelah panas yang melampau macam lahanat. Aku taip bersinglet ni sambil dengar Billie Eilish. Walaupun suara dia minta penampo tapi lirik dia nice. Contohnya lagu idontwannabeyouanymore;

Don't be that way
Fall apart twice a day
I just wish you could feel what you say
Show, never tell
But I know you too well
Got a mood that you wish you could sell

Tafsiran aku;

Jangan macam tu
Rasa sedih benda wajib dua kali sehari
Susahkan nak maksudkan perasaan dengan kata-kata
Bertindak, sebab arahan ni dua hala
Tapi aku kenal sangat kau ni
Kau nak buat duit je kan?

LOL.

Walaupun Mac mungkin dah habis, aku masih nak bercakap tentang Hari Wanita. Mungkin lepas ni aku akan share review aku tentang Captain Marvel. Hebat eh lelaki di luar sana siap bandingkan body Captain Marvel dengan Wonder Woman. Sampah.

Tak payah pantunlah aku tak pandai nak balas.

2/7/19

Sembang Gebang “XX Ray 3” bersama Siti Amanda

Now Playing: The Lucky One - 9x9


Salam Sembang Gebang! Salam XX Ray!

"Apa khabar astronomer muda?" - Johan (XX Ray 2, 1995)

Kalau berdasarkan trailer sahaja, aku tak rasa nak ke pawagam menonton XX Ray 3 walaupun aku suka sangat XX Ray, XX Ray 2 dan Misi XX Ray. 

Tapi lepas tengok live session interview Aziz M. Osman dan Adam John di Tapau TV, aku terus rasa nak pakai topi Batman. Hahaha! Shoutout to Tapau TV! 

Aku whatsapp Manda pasal live session tu dan apa yang aku rasa. Wah, rupanya dia pun rasa yang sama.

Jadi, Sembang Gebang ini pula adalah pandangan kami selepas keluar dari pawagam. 

Jemput baca!

***
Sesi 1: Aimi ➡ Manda


MANDA: Assalamualaikum Aimi.

AIMI: Waalaikumussalam. Apa perasaan kau sebaik sahaja filem ini tamat?

MANDA: Sebaik sahaja filem ini tamat, aku rasa bertuah dapat menontonnya di pawagam. Kau bayangkan di Melaka, pada minggu pertama tu hanya satu panggung yang menayangkan XX Ray 3 iaitu MBO Melaka Mall. Secara jujurnya aku kecewa. MBO Melaka Mall ni kodi nak mampus. Kenapa MBO Element Mall tak tayangkan XX Ray 3 ni? Hal ini pastinya masalah kewangan produksi. Lokasi Melaka Mall ni ada digunakan sebagai lokasi penggambaran XX Ray 3 jadi mungkin dapat tajaanlah kot. Kot lah. 

AIMI: Ada pasang apa-apa expectation untuk XX Ray 3 sebelum menonton?

MANDA: Aku sama macam kau. Lepas tengok trailer dan beberapa komen netizen di laman media sosial, aku tak rasa nak tengok. Tapi lepas kita sama-sama tengok Tapau TV live, aku jadi bersemangat nak tengok. Antara komen netizen yang keji adalah Aziz M. Osman ni syok sendiri, elok tak perlu ada sekuel, direct drama tv je lah, duduk rumah je lah yang pada aku melampau tau. Lepas tu ada yang bandingkan XX Ray ni dengan Badang dan kata XX Ray ni lagi teruk dari Badang. Masalahnya lepas tu dia mengaku "Walaupun aku belum tengok Badang, tapi aku compare trailer pun memang XX Ray ni lagi teruk dari Badang". May Allah bless your soul. (TIBAH).

Aku tak pasang expectation yang tinggi tetapi aku percaya dari segi skrip, Aziz M. Osman amat bernas dalam melontarkan sindiran secara bersahaja. Jadi lahirlah, "kalau abah rasa filem dulu lagi best, susahlah orang muda sekarang nak sokong abah". 

AIMI: Aspek apa dalam XX Ray 3 yang kau rasa patut dipersembahkan dengan lebih baik? 

MANDA: Dalam apa jua bentuk naratif, first establishment tu penting. Ia tak perlu mula dengan asal-usul, klimaks pun boleh duduk di tempat pertama. Naratif tak semestinya linear. Establishment shot untuk XX Ray 1, 2, 3 mempunyai babak yang sama iaitu babak batu meteor jatuh ke bumi. Di dalam  XX Ray 1, batu meteor telah jatuh di kawasan perkampungan orang Iban di Sarawak. Babaknya sangat realistik malamnya betul-betul gelap. Bukan malam yang cerah tapi pelakon pakai lampu suluh jalan dalam hutan, tanah rata tapi jalan macam nak jatuh tah pape.  XX Ray 2 batu meteor ini telah jatuh di zaman Hang Tuah kemudian babak ini disambung ke masa kini iaitu di Muzium Hang Tuah. Bagi XX Ray 3 pula, dimulakan dengan kisah benar yang berlaku sekitar tahun 1996 yang mana 1 Malaysia bergelap akibat kegagalan punca jana kuasa dari stesen Paka, Terengganu yang berlanjutan selama beberapa jam. 

"A transmission line near Sultan Ismail Power Station in Paka, Terengganu tripped at 5:17pm causing all power stations in Peninsular Malaysia to collapse resulting in a massive power failure. Supply was back to normal by 11:00pm."


Ianya sebuah kisah benar and it is epic!

Kalau babak pertama dah kureng, macam mana penonton nak engage? 

Seterusnya CGI dan VFX. Aziz M. Osman sendiri dah kata ini hasil pakai duit sendiri. Bajet pun kampung je. Ok lah ni at least sampai. Tak payahlah nak kutuk lagi. Ha ha ha. Tak  ada orang nak sponsor. Aku harap XX Ray 4 nanti tolonglah GB atau Astro atau iFlix sponsor lepas tu tayang je kat Astro atau online TV. Tolonglah faham. XX Ray 3 hasil ciput sebab bajet. Tengok Izzue Islam pun teringat Din Sardin. Apa ceritaaaaa.

AIMI: Apa pendapat kau mengenai character development Rayyan dan Sam sebagai teraju utama XX Ray 3 ni?

MANDA: Aku tak ada masalah dengan Sam. Aku suka dia. Aku ada masalah dengan Rayyan. Sebelum aku bebel panjang biar aku bagitau babak kegemaran aku yang melibat kedua-dua watak ni. Babak semasa Rayyan dan Sam di stesen Petronas membeli jajan, Secara long shot-nya Rayyan dan Sam berasingan ketika di dalam Mesra mart kemudian bersatu di dalam kereta. Best gila! Ha ha ha. 

Rayyan ni dikatakan seorang pelajar kolej yang aktif bersukan. Bijak fizik, boleh kira pecutan sambil ada formula yang terbit secara hologram dan sukakan hal-hal angkasa lepas dengan mengkaji UFO. Apa yang kelam-kabutnya di sini, macam mana dia boleh terlibat dengan hal probe, Prof. Amir dan konspirasi korporat yang inginkan kuasa menakluk dunia? Kenapa tak buat je Rayyan ni adore Prof. Amir atau tahu serba sedikit tentang Prof. Amir. Aku percaya character development Rayyan ni bagus atas kertas tapi tidak di layar. 

Sam ni dikatakan seorang peminat tegar XX Ray 1 dan 2. Dia juga yang bertanggungjawab menzahirkan figura Amir untuk dijadikan koleksi oleh toy collector. Aku rasa dalam filem ni, selain Aziz M. Osman dan Jalaluddin Hassan, Sam inilah yang paling menjiwai ruh XX Ray. Ha ha ha. Kalau ada sambungan XX Ray 4, aku harap topi Batman tu biar Sam yang pakai. Rayyan ni tak payahlah. Pakai suit pun nak kena ada stunt double keeeeeee geramnya akuuuuuu hahahaha. Kalau Sam ni ada toy figure, aku belilah. Topi dia cantik.

AIMI: Macamana suasana / sambutan dalam masa hall masa kau menonton filem ini? 

MANDA: Macam biasa aku dapat Hall 5 yang kodi ni. Seat jenis berlipat. Ada 1 keluarga, ibu bapa dan 2 anak. ada 1 aku rasa hardcore XX Ray sebab dia tengok sorang pun nampak teruja sangat. Ada pasangan suami isteri di row belakang. Semuanya berlapang dada. Akhir kata, tolonglah faham yang Aziz M. Osman ni power weih hahaha.



Sesi 2: Manda ➡ Aimi


MANDA: Apa pendapat kau tentang skrip dan jalan cerita filem XX Ray 3?

AIMI: Aku rasa idea Aziz M. Osman menarik, ada je ruang dia nak explore. Bayangkan dia boleh pick up dari kisah benar tahun 1996 (setahun selepas XX Ray 2) ... untuk dibawa ke 2019. How refreshing kan! Apa yang aku nak cakap adalah idea asas XX Ray 3 ni menarik. Dialog dalam skrip pun aku okay je.

Selain dari yang Rayyan dengan abah dia. Lagi satu dialog aku suka masa Rosman (Dazrin) dengan ayah dia (Rahim Razali). Rosman mengamuk-ngamuk ayah dia batalkan perjanjian ... Tiba-tiba ayah dia cakap, “Cuba istighfar Rosman...”

Rosman pun “Astaghfirullahalazim” pejam mata, “ayah yang patut istighfar ...” sambung memetir pada ayah dia. Haha!

Tetapi ...

Binaan jalan cerita yang menarik ni tak dibantu karakter-karakter di layar. Contohnya, Rayyan lah. Agak disturbing apa yang menyebabkan Rayyan ni terkenal sehingga ke telinga Prof. Amir. At least tunjuklah pencapaian dia apa. Group menjejak UFO tu ke apa. Rayyan yang minat UFO ni tak kaji ke sejarah penemuan UFO di Malaysia, artikel apa-apa sampai terjumpa Prof. Amir. Atau buatlah dorang ni bertembung dalam frekuensi ke apa. 

Haha, cara meet up 2 generasi ni macam tak cantik. Belum hal 3 ekstra tak berdialog lagi – 3 orang ni boleh disatukan jadi seorang yang lebih helpful dan signifikan kot. Fuh! 

MANDA: Apa pendapat kau tentang lokasi penggambarannya di Jordan?

AIMI: Kah kah! Ingatkan kau akan tanya pasal Melaka. Maklumlah sebab latar tempat XX Ray 3 ni kan, Melaka. Aku lepas habis tengok movie ni siap rasa, tak patut pawagam Melaka tayang kejap je XX Ray 3 ni. Melaka patut tayang paling lama.

Mungkin juga sebab orang tak tahu. Kat poster pun background Petra. 

Petra ni aku tengok dalam Into Jannah (Astro Oasis) ni memang gempak sejarahnya. Siap pernah hilang beberapa tahun. Dalam movie ni pun sudah ada dinyatakan sebab pangkalannya di Jordan. 

Masa dorang baru sampai kat Petra pun Sam excited siap cerita pasal Transformers bagai. So, dari sudut sebab-musabab perlu ke Petra tu okay. Penuh misi!

Kalau dari sudut penggunaan Jordan dalam filem pula, aku rasa tak impactful macam Melaka. Haha!

MANDA: Apa pendapat kau tentang perempuan yang pegang kamera tu? Haha tak ingat nama.

AIMI: Lana, maksud kau. 

Watak Lana macam kelam-kelibut. Hahaha! 

Lagi satu ... dialog Lana ni lah paling banyak aku tak dengar dia cakap apa. Contohnya masa babak dia bersandar kat kereta sambil belek kamera, antara dialog awal dia dengan Rayyan. Time tu aku dah tak dengar. Diikuti pula dengan babak dia tetiba nak melontar piring apa ntah kat polis, pun aku tak dengar apa dia cakap kat Rayyan. 

Lepas tu suara dia kejap lain, kejap lain tau. Orang lain tak macam tu sangat aku rasa. 

Sebelum ini aku rasa tak ada masalah dengan lakonan Nonny Nadirah. Kalau ikutkan lakonan dia dalam drama TV3 bertajuk Cinta Hati Abah tu aku suka je. 

Lagi satu apahal dia dengan kamera DSLR tu. Tak signifikan sangatlah. Dalam sudut fikiran aku ni ... DSLR tu boleh digantikan dengan smartphone je, lepas tu boleh minta smartphone taja movie ni hahaha! So, tak perlu watak extra perempuan yang lagi satu untuk buat live FB tu.  

MANDA: Bagaimana sambutan / suasana panggung sewaktu menonton?

AIMI: Pertama sekali, aku nak shoutout penghargaan buat TGV sebab adakan promo tiket RM 12!

Aku tengok XX Ray 3 ni kat KLCC. Masa aku tengok ni ada 6 orang je dalam pawagam termasuklah aku. Belakang aku ada 2 lelaki, row aku - aku sorang, depan aku sorang lelaki dalam 40-an, depan lagi ada 2 orang gadis. 

Basically, sambutan tak hangat sangat tapi semua yang dalam wayang ni (kecuali 2 gadis baris depan) tunggu sampai end credit habis barulah nak bangun dari kerusi. Sampai keluar logo Ace Motion tu tau. Bila aku buka pintu nak keluar, 2 gadis tu nak masuk balik tau. Kami bertembung depan pintu.

Sebabkan aku keluar, dorang tak jadilah masuk. Skrin pun dah gelap. Sambil berjalan menuju pintu keluar TGV, aku dengar dorang bincang teori XX Ray 3.

MANDA: Apa yang baik dan apa yang kureng dalam XX Ray 3 ni?

AIMI: Yang baik sebab XX Ray 3 ni sebab elemen XX Ray tu ada. Muzik tu aku rasa siap Aziz M. Osman insert sekali yang dari Misi XX Ray. Tak dinafikan hakikat bahawa XX Ray 3 tidak dapat mengulangi kegemilangan seperti 2 filem pertamanya tetapi ... Aziz M. Osman letak objek dan watak-watak yang bila kita tengok, kita tahu dan boleh relate dengan 2 filem pertama tu. 

Benda macam ni buat fans francais XX Ray terasa special. Contoh bila ada muzik tradisional seiring dengan dialog Jalaluddin Hassan, scene pementasan teater Hang Tuah yang Sam jaga lighting tu, topi Batman. Orang kalau tak tengok 2 filem pertama mesti tak boleh relate dan rasa, “eh apahal!”, don’t get the jokes or hint.

Kira bukanlah dia buat movie yang lain terus, semua watak tak sama tapi saja je nak letak tajuk sama. Kah kah nampaknya aku ni macam ada geramkan sesuatu movie je!

Walaupun dalam interview ada cakap, yang XX Ray 3 mahu tarik penonton baru, tak tengok francais XX Ray pun tak apa ... tapi untuk aku, sebenarnya dorang kena tengok. Kalau kau tiba-tiba pergi wayang, tanpa basic idea boleh mengamuk juga dengan harga tiket dan rasa semua idea random atau bercelaru (while actually it is not). Kalau tak tengok Misi XX Ray haa tu tak apa.

30 minit terakhir adalah momen kegemaran aku.

Nasib baik Lydiawati tak keluar kat skrin jadi pemilik Muzium Hang Tuah je ni.

Yang kurang mengenai filem ini: Sound. Ada dialog tak berapa dengar. Muzik kemain kuat tapi dialog macam mumbling. I need subtitle!

Lagi satu, apahal dengan stand-in tu semua. I don’t get it ... whyyyyyyyyy?

1/15/19

Sembang Gebang “A Gift (Pohn Jak Fah)” bersama Harmiza Hashim

Now Playing: Love at Sundown - Violette Wautier


Salam Sembang Gebang!

Tahun ini aku nak menyahut seruan “betulkan yang biasa, biasakan yang betul” mengenai “tahun baharu”. Aku akan ingat betul-betul tahun baHAru, tahun baHAru bukan tahun baru.

Siap mesej kawan lagi minta penjelasan kenapa baHAru bukan baru. Jawapannya sebab baharu adalah kata adjektif waktu, baru pula adalah kata bantu aspek.

Kalau macam gini memang tak lah aku boleh ingat.

Jadi aku minta ringkasan ➡ baharu = sifat (new), baru = perbezaan masa (just).

Rasanya macam ini bolehlah aku ingat dan faham.

Berbalik mengenai Sembang Gebang, aku baru teringat mengenai sebuah filem bertema tahun baharu. Gituhh contoh ayat! Kena konsep!

Jika anda sering menonton New Year's Eve setiap kali masuk tahun baharu, A Gift adalah untuk anda. Boleh maraton 2 filem mengenai tahun baharu dalam satu malam. Haha!

Idea untuk buat episod ini tercetus bila Harmiza (Miza) tiba-tiba menggamit memoriku mengenai filem ini bila dia pos satu tweet. Aku terus cop Miza untuk buat Episod 3 Sembang Gebang 2019. Lagipun, Miza tak ada episod sorang-sorang lagi.

Ini adalah waktu yang tepat!

***

A Gift (2016) memaparkan kisah cinta, kasih sayang dan impian 6 individu yang dibentuk melalui 3 cerita. 3 cerita ini diarahkan oleh 3 pengarah yang berbeza dijalinkan di dalam satu filem dengan latar ambang tahun baharu.

Filem ini didedikasikan untuk King Bhumibol Adulyadej sebagai hadiah akhir tahun kepada semua rakyat Thailand. Lagu-lagu yang digunakan dalam filem ini merupakan lagu yang telah digubah oleh King Bhumibol Adulyadej tetapi digubah semula mengikut mood cerita.

***

Sesi 1: Aimi ➡ Harmiza 

AIMI: Antara 3 cerita yang dipersembahkan, yang mana satu paling digemari?

MIZA: Saingan sengit antara cerita pertama dan cerita ketiga! Tapi bagi kita cerita pertama tu klise sikit jadi kita pilih cerita ketiga! Sebab kita suka tengok satu pejabat bagi kerjasama untuk tubuhkan band kat pejabat. Nampak semua have fun dengan apa yang diorang buat.

AIMI: Pendapat anda mengenai cara 3 cerita dalam filem ini dihubungkan?

MIZA: Bila perasan 3 cerita ni berhubung kita terus automatik teringat filem arahan Kabir Bhatia, “Cinta”. Mudah difahami hubungan antara tiga cerita ni, disusun kemas supaya penonton dapat fokus dengan setiap cerita dan tidak serabut.

AIMI: Ada gubahan semula lagu dalam filem ini yang menambat hati?

MIZA: Kita suka lagu dalam cerita ketiga New Year Greeting, “Pohn Pee Mai”. Mungkin sebab terhibur dengan video klip untuk lagu ni. “Love at Sundown” pun sedap dengar dan kita masih kagum dengan babak Body Percussion dalam filem ni sebab kita cuba buat, gagal dengan jayanya.

AIMI: Dari segi "membeli emosi” penonton, adakah filem ini cukup elemen rasa untuk anda?

MIZA:  Elemen rasa memang cukup untuk kita. Emosi kita macam naik rollercoaster tengok filem ni sebab cerita pertama memang cringe dengan jalan cerita cinta yang boleh kita jangka pengakhirannya, kita terikut emosi sentimental dengan cerita kedua sebab terkeluar air mata, dan kita balik-balik tergelak tengok punchline dalam cerita ketiga. Memang berbaloilah kalau nak tengok lagi!

AIMI: Usai menonton filem ini, adakah jangkaan anda terhadap filem ini melalui trailernya tercapai?

MIZA: Kalau perasan selalunya GDH menerbitkan filem yang menarik, jadi melalui trailer filem ni kita dapat jangka filem ni memang boleh tarik minat penonton, sesuai sebagai hadiah tahun baharu buat warga Thailand. Kita tak sangka keenam-enam pelakon utama kena pandai nyanyi atau main alat muzik untuk filem ni. Kita cuma tau Violette Wautier tu penyanyi, tak sangka yang lain pun memang boleh nyanyi dan main alat muzik!


Sesi 2: Harmiza ➡ Aimi

MIZA: Watak yang digemari dalam filem ni?

AIMI: Dari penyanyi band rock metal kepada penganalisis kewangan; Llong (Ter Chantavit) watak yang dicipta penuh warna. Mungkin juga kerana dibantu dengan mood dan jalan cerita. Fight for your dreamsssssssssssss~! 

MIZA: Cerita yang paling memberi kesan kat awak?

AIMI: Paling memberi kesan semestinya, “New Year Greeting”. Cerita ini telah uplift mood keseluruhan filem sehingga bila tiba pada pengakhiran untuk setiap cerita semua pun kita rasa best jeeee. Amat bijak macam mana cerita ini dikaitkan dengan cerita kedua -- bagi emosi sayu, kemudian dari segi visual pun buat kita bersemangat nak tubuhkan band di pejabat (lol). Boleh pula ada elemen seram, video karaoke.

MIZA: Adakah berpuas hati dengan setiap pengakhiran bagi setiap cerita?

AIMI: Ya dengan tanda seru. Ya! Happy ending is what we want! Such a feel good movie.

MIZA: Kesesuaian setiap lagu sebagai tema bagi setiap cerita?

AIMI: Kalau tengokkan gaya persembahan filem ini, rasanya lagu-lagu telah dipilih dahulu kemudian baru skrip ditulis sebab setiap penggunaan lagu itu sesuai dengan situasi dan lirik lagu tersebut.

Saat acapella “Love at Sundown” dinyanyikan pertama kali, watak Pang nampak istimewa dan bila lagu tersebut dinyanyikan sekali lagi, the scene looks beautiful and sweet! Tema cinta sampai di situ! Magis bila Pang sedih lirik nampak sedih, bila Pang gembira lirik jadi nampak gembira juga.

“Still on My Mind” bila dengar lagu ini secara keseluruhan ada bahagian perlahan dan ada bahagian rancak. Gubahan lagu ini terlihat dihargai dalam suntingan apabila digunakan dengan baik mengikut penceritaan.

Cerita ketiga ini memang sebuah cerita yang meriah. Jadi lagu “Pohn Pee Mai” dengan pelbagai instrument amat sesuai untuk menggambarkan semangat jitu band yang ditubuhkan (dalam filem) serta menaikkan perasaan teruja (kepada penonton) untuk melangkah ke tahun baharu.

MIZA: Sedia maklum, antara sebab kita dua tengok filem ni sebab ada P'Sunny. Pendapat awak tentang lakonan dia? Ada beza tak dengan watak-watak filem lain? #SunnyMission 

AIMI: Sebenarnya, jika dilihat keseluruhan bahagian “Still on My Mind” konflik sebenar adalah antara Fa dan bapanya. Aey (lakonan Sunny) hanya karakter penyeri. Aey bertindak sebagai peneutral setiap kali timbul ketegangan antara Fa dan bapanya.

Dibandingkan dengan karakter komedi yang pernah dibawakan, kali ini Sunny lebih relaks. Masih lucu tetapi lebih laid-back.

***

AIMI: Okay Miza, sekarang masih bulan Januari dan bersesuaian dengan filem yang kita bincangkan ini, mungkin nak beri sedikit ucapan tahun baharu pada semua pembaca? Kongsikanlah juga jenis filem-filem yang macamana yang anda harap dapat tonton di layar perak 2019 ini.

MIZA: Selamat Tahun Baharu 2019! Semoga apa yang dihajati untuk tahun ini dapat dicapai dan semoga yang baik-baik sentiasa buat kita. Semoga Sembang Gebang tahun ni lebih meriah!

Untuk tahun 2019, berharap ramai pembikin filem berani menunjukkan senario di negara kita. Gituhhh. Macam tahun lepas kita ada One Two Jaga, kita kagum dengan filem tu sebab senario tu memang berlaku di negara kita cuma mungkin tidak ramai yang tahu. Paling kurang pun, kita nak tengok filem yang dekat dengan diri kita. Agak pentingkan diri harapan ni. Hahaha!

***

P/s: Looking forward for series by GMM TV called Endless Love. I hope for nothing but the subtitles. Kih kih. Starring: Violette Wautier and Thanat (from Secret Seven), love between two social classes kind of storyline never gets old for me.