11/23/18

Sembang Gebang “Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald” bersama Hajjar Izwani

Now Playing: Better Now – Post Malone

Filem terpilih untuk Sembang Gebang kali ini agak istimewa sebab akan dibicarakan dua kali. Setelah menonton filem ini, aku ada bersembang dengan dua orang yang memang menunjukkan keterujaan yang jitu menunggu Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (FB2) keluar wayang. Keterujaan yang tidak hanya berlangsung sebelum filem ditayangkan tetapi juga selepas. 

Namun begitu, dalam pos kali ini aku dedahkan satu temu bual dahulu iaitu bersama Hajjar Izwani

Passion Hajjar terhadap wizarding world tidak dapat disangkal sebab mula-mula dia cakap "nak reply dalam Whatsapp je" walaupun aku dah bagi pilihan untuk e-mel. Sekali time tengah hari, dia cancel pakai Whatsapp dan menghantar 4 halaman Words di e-mel pada waktu petang.  Memang dahsyat penangan fantasi J.K. Rowling terhadap dirinya.

Jadi anda boleh jangkakan sedalam mana dan seteruja mana sembang ni boleh pergi. Garisan spoiler dan tidak, amatlah halus dalam Sembang Gebang kali ini.


***

Sesi 1: Aimi ➡  Hajjar Izwani

AIMI: Berapa peratus siri Harry Potter (HP) mempengaruhi jalan cerita francais Fantastic Beasts (FB)?

HAJJAR: Bagi jalan cerita sudah tentu 100% sebab tanpa siri Harry Potter takkan ada Fantastic Beasts. Walaupun FB ialah kejadian sebelum HP (dah la tahun 1927 memang back to old time betol haha). So dia memang agak rumit untuk faham. Boleh dikatakan benda yang terjadi dalam HP boleh paham dengan tengok FB. Penonton yang tak tengok HP yang tiber tengok FB mesti akan blur ya amat haha.

Senang sembang bila tengok FB barulah eh, oh, ooooo dan reaksi mengejutkan yang lain sebab benda benda tu macam flashback untuk HP. Macam Grindelwald yang muncul dengan symbol deathly hallows yang dah muncul masa Fantastic Beasts And Where To Find Them (FB1), Grindelwald pakai as rantai. Tak sangka watak Nicolas Flamel ada muncul dlm FB2 dengan umur dia hampir 200 tahun dan kat rumah dia nampak dah philosopher’s stone dalam almari dia (muncul dlm HP1 as one of the Horcrux).

Bagi watak lain pula, of course tak terkejut bila ada Albus Dumbledore haha teringat macam-macam teori untuk FB sebab dia muda dan nampak tak sesuai dengan tahun yang dia muncul dlm HP, well tak de jambang putih. FB1 tak tunjuk Dumbledore cuma tahu dia one of the Hogwarts’ teacher yang ajar Newt Scamander dan Newt antara student favourite dia  meskipun dia kene buang sekolah.

Newt Scamander pulak masa first tengok FB1 tertanya jugak dia ni watak baru ke yang J.K. Rowling create? Yela dah berapa tahun dulu baca dan tengok HP mesti tak ingat punya. So, ade la satu hari HBO Astro selalu gigih tayang marathon HBO before FB1 nak start kat panggung. Well kite if HBO tayang je HP confirm akan tengok. But bila wujud FB tahap focus tengok HP memang padu beb haha. Dan aha nampakla nama Newt Scamander dlm filem ke-3 (HP and the Prisoner of Azkaban). Dia ialah penulis untuk buku subjek yang diajar oleh Hagrid iaitu The Monster Book of Monsters. Wow kot buku tu haha habis digigitnya.

So, memang tak sangka J.K. Rowling akan jadikan dia watak yang penting untuk francais baru. Well ade je nama besar lain macam Dumbledore’s family, Potter’s family, Bellatrix’s family, Malfoy’s family or Voldermort’s family (kot la nak cerita detail asal usul Voldermort) haha. Memang pemikiran writer amat awesome tak dijangka sungguh. Pandai la dia smooth kan jalan cerita magik ni dengan banyak beasts hee. Well untuk pencinta haiwan macam kita of course suka dan kagum dengan binatang-binatang haha.

So back to the point francais ni, FB focus kepada perjalanan Grindelwald untuk dia recruit pengikut dia dan wow tak sangka again Dumbledore is using Newt Scamander untuk cari Grindelwald. Well tak terkejut la sebab dalam HP dia gunakan Harry untuk cari dan hapuskan Lord Voldermort dan of course kite sakit hati macam Harry bila dia sendiri tau dia the last Horcrux untuk hapuskan Voldermort. So perangai Newt sebijik macam Harry baik kan dan sejenis gigih. Haha tak terkejut pun actually bila tau before this Dumbledore dan Grindelward dah buat ‘unbreakable spell’. Kite and kawan dlm panggung dah agak before dia reveal part cermin tu heee. Terus rasa sakitnya hati dia mempergunakan Newt macam Harry!

Kewujudan family Lestrange pun wow sebab of course fans nak tau kisah sebelum HP ye la diorang pure blood yang jahat sangat kan hee. Haha tak sangka la asalnya keluarga Lestrange baik rupanya. Mungkin lepas join Voldermort jadi jahat sangat bunuh orang lain sesaja lol.

Watak lain yang mempengaruhi emm of course beasts sebab banyak beasts baru yang kite tak nampak dalam HP. So new knowledge jugakla pasal beast yang lain heee. But tak boleh kalah kan kecomelan Hedwig weheee. Eh niffler pun amat cute! Bila dengan HP banyak focus kat dementor, dragons, Scabbers, owls, phoenix, buckbeak, boggart, binatang untuk patronus charm, thestrals, and many more.

Oh sebut thestrals teringat dia tarik pedati Grindelward dari penjara. Well that penjara tak se-awesome Azkaban haha.  

Jacob the No-Maj; watak dia interesting haha terhibur tengok dia berani eh masuk wizarding world nak selamatkan Queenie. Macam “hello ko tak tau ke ko No-Maj karang kene pape mati pulak lol”. 

Oh, Nagini!!! Wahh antara Horcrux Voldermort ade dlm FB! Cun beb haha. Nampak interesting plot sambung nanti. Macam mana Nagini nanti ade dengan Voldermort nanti. Stress pikir lol.

Bagi kita, ade part yang FB nampak lagi wow dari HP dari segi emm spell dia power ya amat weh. Well dalam HP macam limit sebab diorang kan students yang masih belajar untuk tahu segala spells. Harry dan Ron pun always harapkan ilmu Hermione untuk spells haha. FB libatkan watak orang dewasa so suitable la with age kita sekarang, kita pun dah dewasa haha. HP tu watak dia pun sebaya kita so memang dari kecik umur 9 tahun dah start tengok the first HP, nampak sangat membesar bersama dengan HP gituh. Oh back to FB, semua action, spells wow sangatttttttt. Semua power sangat. Semua pandai defend diri sendiri. So, idea J.K.  Rowling untuk sambung cerita happen before HP amat wow. Well kita semua pun takyah la nak ke kelas balik belajar spells haha. 

Emm kalau teruskan mau panjang lagi ni Aimi haha. So kesimpulannya, HP memang amat mempengaruhi jalan cerita FB yang membuatkan banyak persoalan kepada kami yang Muggle dan No-Maj ni. Banyak lagi misteri yang kene perah otak dan oh kite agak blur bila nak ingat macam mana GRINDELWALD ni mati eh? Kene bukak buku HP balik ke nak siasat (kalau rajin) haha. Kawan kata boleh tau if study balik buku haha. Takkan mati insaf gitu je dengan Elder Wand haha. Kat HP Elder Wand ada pada Dumbledore so how Dumbledore boleh dpt wand tu dari kawan dia tu dengan kemunculan Lord Voldermort nak rebut the three item of Grindelwald untuk dijadikan Horcrux. So, memang banyak misteri lagi untuk completekan lagi 3 siri sambungan FB :)

AIMI: Karakter mana penampilannya paling kuat dalam Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald dan dinantikan untuk Fantastic Beasts akan datang?

HAJJAR: FB2 ni of course yang dinantikan kene dengan tajuknya The Crimes of Grindelwald. Watak yang dinantikan oleh fans of course watak yang dilakonkan oleh Johnny Depp ni weheeeee (kite memang suka Johnny Depp berlakon so memang so shock masa reveal last part the real Grindelwald masa FB1, dengan imej berambut putih spike tu huish style beb!). Penampilan dia of course paling kuat dengan aura dia yang wow tu. Terer kot boleh escape from prison hee, of course dia power sebab ada Elder Wand. Wand paling handal. No one can beat that wand haha.

Karakter lain of course orang lain nantikan mestilah Newt Scamander. Of course akan suka main actor yang muncul masa FB1. Dah la kacak haih (ye tau dia laki n bapak orang) hehe. So dalam FB2 ni Newt focus untuk jalankan siasatan cari Credence untuk selamatkan dia dari Grindelwald. Well Newt kan nak buru Obscurial. Dia tak nak bende tu diapa-apakan. Tapi aura kemunculan Newt cannot kalahkan Johnny Depp tu heee.

Back to the question, penampilan paling kuat of course orang ternantikan the Grindelwald. Cerita tu focus kepada dia nak Credence join team dia. Rasanya before start FB2 ni mesti orang ternantikan Dumbledore so tak sangka cerita twist macam ni gituh.

Watak lain pulak selain Newt antaranya Tina, Jacob, Queenie, Leta Lestrange, Theseus dan lain-lain. Mereka ni berkait sesama sendiri masa perjalanan Newt nak mencari Credence. So rasanya mereka bukan yang amat dinantikan sebab well dah pernah nampak mereka dlm FB1.

Kemunculan watak baru seperti Theseus dan Leta Lestrange. Dengar je Lestrange mesti fan terus wow orang jahat ni muncul haha. Cey rupanya tunang dengan abang Newt je dan dikatakan dulu makwe si Newt. Masa FB1 Newt letak gambar dia dalam frame kot haha. 

Kesimpulannya, bagi kita watak Grindelwald la paling dinantikan dengan dia muncul kat public dengan muka dia yang sebenar. Wow. Untuk sambungan akan datang of course nak nantikan apa team Grindelwald tu nak buat dengan Credence. Berjayakah misi diorang dalam dunia sihir tu. 
Oh lupa, tiber plak Dumbledore ada adik lain yang tak diketahui ish ish. But tak sure lagi betol ke si Credence ni adik Dumbledore entah entah Grindelwald buat cerita untuk perang dengan Dumbledore. Entah la. So amat dinantikan sambungan dia. 

Apa yang dinanti dalam siri akan datang mesti Grindelwald gunakan Credence untuk lebarkan pengaruh dan untuk lawan sesiapa sahaja yang nak halang dia sebab Credence bila bertukar habis semua bende, bunuh orang gitu je mati serta Newt akan cari jalan untuk cari Credence untuk keluarkan dia dari group tu dan mungkin akan selesaikan masalah between Grindelwald dan Dumbledore. Oh misteri!!! Tak tahu la apa lagi akal di Dumbledore tu untuk next journey. Well Dumbledore kan pandai dan antara wizard yang terhandal. So kene nantikan dan perlu bertabah tunggu lagi 2 tahun untuk sambungan sobs sobs.

AIMI: Kalau Hajjar ialah Leta Lestrange adakah Hajjar akan memilih Newt Scamander / Theseus Scamander?

HAJJAR: Wow soalan ini haha. If jadi Leta ye haha. Kalau tanya hati of course akan pilih Newt sebab kita suka die heeee. Theseus tu entah baru muncul, tak kenal die (just tau die abang Newt dan masa FB1 ade mention nama dia je dan tau die glamour among wizard). *So boleh diterima pakai ke jawapan kite ni?* Haha

Haha k ni serius if berpandukan the real story FB bagi pendapat kite as penonton mesti kite nak Newt dengan Tina heee. Walaupun tau dari FB1 dulu Leta ni makwe Newt. But ex kan. Helllloooo haha. Dah ada Tina kan skang haha. 

FB2 ni pulak tiber muncul watak Leta dan Theseus so kita tak tahu what actually happen. Macam mana Leta boleh couple dengan Theseus. Tup tup start FB2 die jadi tunang. Then memang tahu Leta and Newt berkawan dari Hogwarts. Masa flashback kat Hogwarts pun tak nampak pun si Theseus so haha dunno la macam mana boleh bercinta lol dan entah la dah tunang dengan Theseus die suka lagi ke tak si Newt haha. So rasanya boleh abaikan kisah percintaan diorang tu baik focus kepada Newt and Tina haha.

Untuk menjawab soalan emm kita tak tahu nk bagi jawapan yang tepat sebab tak tahu story sebenar apa yang berlaku masa awal tup tup tiber Leta dah tunang dengan Theseus. Mesti ade something happen yang menyebabkan die clash dengan Newt haha. Next sambung just harap ade banyak part story antara Newt dengan Tina la :)

Sesi 2: Hajjar Izwani ➡ Aimi

HAJJAR: Aimi rasa balance tak kisah fantastic beasts dengan storyline filem tu? Sebab kita ade dengar orang kata FB2 macam tak ceritakan sangat pasal fantastic beasts. Bagi kite ade je dan kite suka je haha.

AIMI: Obscurus tu kira macam mana? Beasts jugak ke atau hanya dark force? Sebab Obscurus ada dalam beg Newt (rujuk FB1) juga. Kalau Obscurus dikira beast, then kira storyline mencari Credence ni sebagai memburu beast lah. So sesuailah dengan tajuk filem.

Anyway, kita tak ada masalah dengan berapa ekor beasts yang muncul di skrin. Pada kita lagi penting untuk sesuatu karakter tu muncul berperanan dari muncul sebab nak memenuhi tajuk “Fantastic Beasts” tu. Kah kah untuk seketika abaikan tajuk movie ini, jadi jumlah beasts tidaklah menjadi big deal untuk kita. Yang ada, memadai. P/s: Rumah Newt memang gempaklah! 

Sebelum masuk movie kita memang tak ada jangkaan atau harapan terhadap apa yang akan berlaku dalam FB2 ni. Hanya ingin mengetahui sambungan dari FB1. Kiranya minda kita bebas dari sebarang pengaruh. Haha!

HAJJAR: Logik tak watak-watak tu bila time muda? Banyak betol comparison Dumbledore then and now haha. (Well orang berpandukan tahun-tahun yang wujud masa HP).

AIMI: Watak-watak? Haha yang kita kenal dari HP satu watak je. Hanya Dumbledore. 

Disclaimer: Kita tak tengok Harry Potter and the Goblet of Fire, Harry Potter and the Order of the Phoenix, Harry Potter and the Half-Blood Prince dan Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1. Yang lain tengok. Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 siap pergi wayang sebab nak raikan last Harry Potter. I'm just a Muggle not Potterhead. Haha!

Kalau bercakap mengenai rupa fizikal Dumbledore yang sekarang, kita okay je. Tak semestinya dia dah kena berjanggut panjang dari muda. Tak tahulah kalau dalam novel pernah tulis apa-apa, tapi untuk penonton biasa macam kita, kita okay je.

Kalau ada yang kaitkan rupa dan perjalanan masa seperti berapa tahun sebelum Harry Potter tu pun kita tak sedar sebab tak ada tulis di skrin. Lagipun dalam movie ni Dumbledore kan macam star / hero jugak, kenalah letak yang berketerampilan gittuw.

Cuma yang masih bertanda soal di sini keakraban Dumbledore dan Grindelwald sebab sekarang dorang hampir tidak bersua pun. Yelah nak tau jugak sembang apa berdua masa muda tu sampai akrab ... hahaha harap tiada babak pelik yang menjejaskan imej Dumbledore di movie akan datang.

HAJJAR: Pada pendapat Aimi, boleh tak newbie tiber nak tengok FB without tengok HP dulu? 

AIMI: Boleh tapi memang kena mula tengok Fantastic Beasts And Where To Find Them dulu baru boleh tengok Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. 

Cuma feelingnya memang tak samalah. Muggles like me don’t see future things like Nagini is Horcrux, Dumbledore got to keep the Elder Wand, or even Lestrange’s family bloodline. Benda-benda macam ni akan buatkan Potterhead excited nak tahu apa terjadi sehinggalah bermulanya abad Harry Potter. Fantastic Beasts boleh jadi macam rujukan sejarah untuk Potterhead. 

Haha, sementara Muggle seperti kita kalau ada tak dapat catch up dengan story maybe boleh tinggalkan bila-bila masa. Kita gelarkan diri sendiri Muggle sebab ingatan pasal Harry Potter tak berapa kuat dan memang hanya bawa ilmu dari FB1 sahaja untuk menonton FB2.

Anyway, setakat dua movie ni kita tak fikir untuk tinggalkan Fantastic Beasts sebab looking forward kisah Credence-Nagini. 


***

Kalau perasan sepanjang sesi Sembang Gebang kali ini aku tak ada terus-terang FB2 ni best atau tidak serta tidak ada perbandingan dengan FB1. Seluruh perbincangan ni banyak menjurus kepada storyline dan event yang berlaku dalam filem ni. Untuk hal itu ... stay tuned hingga ke episod akan datang. 

Jumpa lagi!

No comments: