Hai bertemu kembali!
So, aku and Manda feeling productive pulak sekarang. Better korang hargai. Haha! So here comes “Sembang Gebang” Episod 2.
Ini masa yang sesuai untuk sembang mengenai The Greatest Showman (TGS) sebab Atlantic Records just released a few songs for The Greatest Showman: Reimagined dan Manda pun baru selesai menonton.
Terus-terang aku cakap, aku memang akan biased sebab aku memang suka sangat TGS. Filem ini adalah filem pertama aku tonton tahun ini dan inilah filem yang paling aku ingat 2018. Impaknya sangat kuat sebab soundtracks TGS ni aku masih suka dengar sampai sekarang.
Okay, marilah kita teruskan ke sesi menyembang!
Oh sebelum tu nak kena bagitahu juga, beza aku dan Manda adalah dia tak minat filem muzikal. Bertentangan dengan aku, pantang tengok trailer filem muzikal terasa bagai ada satu tarikan magnet.
***
Sesi 1: Aimi to Manda
AIMI: What kind of feelings does TGS gave to you?
MANDA: Feelings. Of course love, sad, and joy mesti ada. Tak kira lah cerita apa pun because bare in mind that film is life and it's a reflection either in subsconcious on conscious mind, you just can’t deny the fact. Ya memang betul aku bukan penggemar genre muzikal seperti Aimi yang sukakan apa saja perkara yang berkaitan muzik. Kalau pergi karaoke dengan dia, bunyi gitar tu pun dia strum along. Tapi muzikal tu genre ke? Jeng jeng jeng mungkin Aimi boleh kupas tentang 'genre muzikal' ini dengan lebih lanjut. I don’t feel like googling stuff right now especially about something i don't really... ya knawwww...
Jika TGS merupakan filem pertama yang Aimi tonton di tahun 2018, aku pula menontonnya di penghujung tahun 2018. Walaupun agak beberapa kali Aimi begitu excited dengan cerita ni aku tetap tak rasa nak tengok. Kemudian di pertengahan tahun, Diah pun telah selamat menonton filem TGS dan beliau juga memberikan reaksi yang agak positif. So aku tak buang masa aku terus cari-cari dan curi-curi masa dan aku pun sudah menontonnya dan wow. TGS is just wow!
AIMI: Now that you mentioned Diah, we should include her sometime in this show (haha!). Next, what do you think about character building in TGS?
MANDA: Aku ada masalah dengan perkembangan watak Philips (Zac Efron). Dia sangat misteri dan tak habis-habis dengan charming eyes dia bila tengok perempuan rambut purple tu... (Haha this description is going no where as i don’t like Zac Efron!)
Aku suka dengan perkembangan keluarga Barnum. Contohnya Taylor (Hugh Jackman) datang dari keluarga susah dan suatu hari bapa dia meninggal dan jiwa dia berkobar-kobar untuk berjaya supaya dapat berkahwin dengan Charity. Life purpose dia is so sweet and romantic. Kemudian aku lihat Charity sangat penuh dengan sifat keibuan tipikal partner kepada lelaki yang mudah gelap mata.
Character building ni actually senang je. Kalau kau nak masukkan pelakon sampingan, kau buat audition. So aku takkan tertanya-tanya dari mana dia datang sebab watak tersebut datang sendiri atas nama audition. Kalau watak tersebut bukan watak sampingan kau kena bagi background story yang kuat barulah convincing.
AIMI: Share with us, your most favourite moment in TGS.
MANDA: Aku suka scene yang diorang baru kahwin menari di rooftop tengah sidai kain. Selalunya scene menari ni bila next scene dia tunjuk diorang dah punya anak so you what has happened right. Beautiful cut to editing. Part menari yang aku suka adalah bila Taylor baringkan Charity sambil rangkul pinggang dan kain di ampaian ikut sama melentok. (Can you see my fingers trying to mimic that movement?)
And also scene Taylor pujuk Philips untuk sama-sama join circus dia sewaktu di bar. Perfect!
AIMI: Do you know that if you Googled “The Greatest Showman is ...”, the result will suggest “... bad”, “... overrated”. What do you think about that?
MANDA: 'Bad' and 'Overrated'? really? Well I guess they are just critics that don’t know how to enjoy fun. Ask them when is the last time they had smile on their face? Atau diorang suka tengok Jenny Lind je? (Boo...)
AIMI: If TGS is not a musical movie, do you think it will got this big?
MANDA: If it is not a musical, it will be a film full with sorrow and negativity. Muzik inilah yang sebenarnya membantu diorang untuk terokai kehidupan dengan keseronokkan. Kenapa aku kata begitu? Sebab, kau bayangkan Taylor ni susah sangat. Charity ni kaya. Cerita antara dua darjat mana yang tak sedih? Kemudian kau buat pertunjukan, kau kumpul beberapa manusia unik untuk dipertontonkan. Ada caci, benci, keji semuanya sedih. First show pun tiket yang terjual 3 keping tu pun bini dia dan dua anak dia. Sedih!
Tanpa muzikal, TGS ni akan jadi biasa-biasa jelah.
Sesi 2: Manda to Aimi
MANDA: Kau suka muzikal kan. Apa yang buat TGS ni lain dari muzikal yang kau pernah tengok sebelum ni?
AIMI: Kelainan utama TGS adalah latar tempat sirkus. Benda ni lain untuk aku sebab sebelum ni aku tak minat pun cerita background sirkus. Haha!
Dan apa aku boleh cakap cerita ni dah bawa pendedahan pada dunia sirkus. Aku rasa sebelum ni orang rasa sirkus ni biasa-biasa je. Siapa yang sembang pasal PT Barnum?
Lepas movie ni, kau boleh nampak orang cari betul ke life PT Barnum begini begini. Lepas tu, pertunjukan sirkus in real life pun ada amik lagu-lagu dari TGS ni letak dalam performance dorang. Besar impak dia. Ni aku rujuk pertunjukan sirkus dari luar negara yang datang KL buat show hari tu. Lupa nama.
Dan obviously jugak muzik yang dibawa. Memang kuat. Kelebihan soundtrack cerita ni semua lagu relevan untuk didengar tanpa perlu tengok movie-nya. Elemen dalam lirik lagu untuk soundtracks ni semua relatable untuk dihayati dalam pelbagai situasi (tidak semestinya kau perlu jadi gadis trapeze sirkus sahaja).
Aku tengah compare dengan La La Land ni. Pada aku muzik La La Land relevan dalam cerita je. Hanya City of Stars kau boleh nyanyi kat luar atau dengar kat radio. Kecuali kau pandai main instrument untuk muzik Jazz then that would be different story.
All in all, big round of applause for Hugh Jackman.
MANDA: Apa pendapat kau tentang story development TGS?
AIMI: Haha, aku nak kena buat chart ke ni ... Beginning, climax, ending?
Pendapat aku secara keseluruhan story development TGS ni nice. Story di-build up satu per satu, dari dia susah sampai senang tapi setiap part ada cabaran.
Setiap action PT Barnum buat ada reason. Contoh: Kenapa dia nak anak dia senang – Sebab dulu dia susah, Kenapa dia boleh ada idea nak buat sirkus – Sebab dari kecik pun dia ni dah memang imaginative. So kau tak adalah macam “apa motif ...”
Opening pun cantik, kau rasa dijemput masuk ke dalam satu pertunjukan sirkus. Lagi best bila ending diakhiri dengan cara sama dan kau tak dibiarkan begitu saja terikat namun tak bertali sebab dia ada tunjukkan penyambung legasi walaupun cerita ni tak adalah tunjuk sampai hembusan nafas terakhir PT Barnum.
MANDA: TGS: Reimagined ni apa pulak. Boleh bagi link tak?
AIMI: Basically, TGS: Reimagined ni kira all-star tribut album lah. Lagu-lagu dalam TGS tu diberikan dinyanyikan semula dengan arrangement muzik yang lain sikit dari dalam movie. Feel nyanyi pun macam untuk disiar di radio bukan watak berdialog.
"The Greatest Showman - Reimagined" track list:
1. The Greatest Show - Panic! at the Disco
2. A Million Dreams - Pink
3. A Million Dreams (Reprise) - Willow Sage Hart
4. Come Alive - Years & Years and Jess Glynne
5. The Other Side - MAX and Ty Dolla $ign
6. Never Enough - Kelly Clarkson
7. This Is Me (The Reimagined Remix) - Keala Settle, Kesha and Missy Elliott
8. Rewrite The Stars - James Arthur and Anne-Marie
9. Tightrope - Sara Bareilles
10. From Now On - Zac Brown Band
K, tak yah explain banyak. Klik sahaja link Spotify ini.
Actually lagu The Greatest Showman tu aku imagine Fall Out Boy yang akan nyanyi. Sebab masa first aku dengar lagu ni, aku memang rasa aura Fall Out Boy dengan bunyi singa apa segala. Tapi Panic! at the Disco pun okay lah.
MANDA: Your fav scene?
AIMI: Kah kah, memang dari opening pun dah feveret.
Masa scene lagu Rewrite The Stars - Zendaya dan Zac Efron. Fuh, terbawa-bawa aku jadinya. Di samping tersingkap kenangan kegemilangan High School Musical. Hahaha!
Lagi satu masa lagu From Now On. Scene pujuk PT Barnum dekat bar. Haha. Tarian dorang masa scene tu syoklah, aku pun rasa nak menari.
MANDA: Apa yang kau tak suka tentang TGS? (Haha!)
AIMI: Aku try hard untuk fikir benda yang aku tak suka. Sebab aku tak nak macam PT Barnum yang dikaburi Jenny Lind. Haha, tapi tiada lah babe. Semua aku sukaaaaaaa. Love all the way.
P/s: I love Zac Efron's eyes.
***
Ada sumber mengatakan Manda pergi tengok The Nutcracker and the Four Realms hari ni.
AIMI: Manda, adakah kita akan "Sembang Gebang" Nutcracker pulak? Perlu minta undian ramai tak? Hahaha!
MANDA: It was good. Anything that mentioning 'realm' is my favourite. So don't forget to cast your vote guys!
No comments:
Post a Comment