11/26/18

Sembang Gebang “Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald” bersama Nabil Basaruddin

Now Playing: Older – Sasha Sloan

Salam Sembang Gebang! Salam Sinema!

Seperti yang diperkatakan dalam Sembang Gebang Episod 4 bersama Hajjar Izwani tempoh hari, filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (FB2) akan dibicarakan dua kali. 

Syukur dalam menjalani kehidupan yang sibuk sebagai rakan setugas Rita Skeeter di Wizarding World dan juga Four Realms, Nabil Basaruddin sempat meluangkan masa untuk Episod 5 Sembang Gebang.

Oleh itu, dalam episod kali ini marilah kita sekali lagi membicarakan mengenai francais Fantastic Beasts (FB) bagi mengisi gap 2 tahun untuk menunggu FB3. Haha!

***

Selepas sesi Sembang Gebang dengan Hajjar Izwani hari tu, aku ada lah buat extra homework pasal FB dan Harry Potter (HP). Aku rasa macam semua benda dalam FB2 telah diperbualkan secara meluas, dah siap-siap buat family tree bagai seperti tiada perkara yang dipanggil spoiler. Beza dia adalah kau tengok cerita tu secara visual kat skrin atau kau membaca content kat website.

***
Sesi 1: Aimi ➡ Nabil Basaruddin

AIMI: Berapa peratus siri Harry Potter mempengaruhi jalan cerita francais Fantastic Beasts? 

NABIL: Dari dua filem pertama FB, boleh dikatakan 50-50 ada pengaruh HP mungkin disebabkan ada beberapa persamaan seperti mantera magis, kaitan antara dua zaman HP-FB dannn beberapa watak yang ada dalam FB tapi versi lebih muda. FB jadi lebih menarik kerana tidak terikat dengan jalan cerita dari novel dan tidak lagi semata hanya di sekolah. Lebih internasional kerana dapat tengok Ministry of Magic of America dan France. Tiberr. Tapi bila part babak ke Hogwarts dengan lagu background pulak aduh memang teringat la HP. 

AIMI: Karakter mana penampilannya paling kuat dalam Fantastic Beasts: The Crimes of Griendelwald dan dinantikan untuk Fantastic Beasts akan datang?

NABIL: Paling susah nak cakap sebeb FB menampilkan banyak watak dan boleh dikatakan agak seimbang dan taklah bosan asyik kau je dalam tiap babak. Watak utama Newt pun taklah terlalu difokuskan sebab banyak kisah individu yang diselitkan. Mungkin boleh dikatakan Leta Lestrange agak kuat sebab dia sembunyikan fakta mengenai Corvus Lestrange yang kononnya adalah Credence Barebone tapi rupanya sudah mati lemas gais. 

Satu lagi Nagini, mungkin ramai jugak yang menantikan Nagini kerana kemunculan Nagini agak menarik sebab dalam HP sis Nagini jadi Hocrux (cebisan roh Voldermort) so dalam FB beliau adalah Maledictus yang akhirnya akan kekal dalam bentuk ular. Dijangkakan movie berikutnya mungkin akan ada diselitkan kemunculan Voldermort yang sedang climb up dark arts punya dunia.

Watak yang dinantikan dalam next movie FB sudah tentulahhh Albus Dumbledoreee. Sebab dialog lebih dari family tu macam gambarkan ada sesuatu berlaku antara beliau dan Grindelwald. Dan juga mengenai kewujudan Credence sebagai satu lagi ahli keluarga Dumbledore juga begitu mengejutkan dan sudah tentu movie ke-3 akan lebih tertumpu kepada Dumbledore. Begitu juga dengan usaha Dumbledore untuk tamatkan jampi Pakatan Darah antara beliau dan Grindelwald. 

Mungkin akan ada perkembangan kisah cinta antara Newt dan Tina selain perancangan Grindelwald dalam meracuni fikiran Credence atau apa namanya ... Dumbledore hahaha.

AIMI: Kalau anda ialah Newt Scamander adakah anda akan memilih Leta Lestrange / Tina Goldstein?

NABIL: Mungkin akan memilih Leta la kot sebab lebih cantik dan dari family yang berprestij haha. Leta nampak lebih versatile berbanding Tina yang bertugas sebagai Auror di Ministry of Magic America. Mungkin sebab karakter Leta menjadikan beliau sebagai ahli sihir dengan kelas tersendiri. 

Sesi 2: Nabil Basaruddin ➡ Aimi

NABIL: Dalam haiwan magis yang muncul dalam filem FB, yang mana akan dipilih sebagai haiwan belaan sendiri?

AIMI: Zouwu kerana kali pertama muncul di skrin sudah rasa ada connection. Haha! Bukan sahaja beast yang membantu tetapi juga Zouwu sukakan benda yang simple sahaja.  

Ada terdengar juga suara-suara mengatakan Niffler comel. Haha, benda ni amatlah bertentangan dengan aku sebab aku rasa Niffler agak annoying dalam first movie. Yang second movie ni, kurang sikit annoying but still. Basically, personaliti macam aku ni memang tak sesuai dengan Niffler. Bowtruckles aku okay lagi.

Whatever it is, Zouwu is my choice! 

NABIL: Nagini mempunyai watak yang kuat dalam HP sebagai salah satu Hocrux kepada Voldermort dan dalam movie FB sis Nagini mempunyai kemunculan dari sisi yang nampak baik. Adakah sis Nagini akan sertai Grindelwald kerana ingin selamatkan / bersama Credence yang mana ia juga dapat menjadi titik permulaan kepada era kegelapan Nagini?

AIMI: Tudiaaaa soalan seperti aku adalah J.K. Rowling. Tak tahulah macam mana J.K. Rowling hadapi situasi orang duk tanya dia hari-hari “what happens next”. 

Well, this is very hypothetical question. Kalau tengok FB2 memang nampak seperti itulah. Nagini nampak seperti mempunyai pendirian kukuh untuk tidak menyertai Grindelwald bila dia berkata, “he knows what you were born, not who you are” kepada Credence.

Tapi memandangkan ada 3 movie lagi nak kena tunggu pelbagai helah boleh berlaku, haha, possibility yang wujud kini menurut pendapat aku adalah:

a) Nagini korbankan diri demi Credence
b) Nagini terperdaya dengan helah Grindelwald
c) Karakter ular dalam dirinya tidak dapat dikawal 
d) Mula tidak sependapat dengan Team Dumbledore 

Tapi selalu love conquers all lah gais, hahaha! Maleficient tu jadi jahat sebab love jugekkk kan. Tetiba Disney.

***

Secara keseluruhannya, aku rasa FB2 ni lagi best dari FB1. Graf francais FB ni kira meningkat. Masa FB1 aku macam mengantuk sikit, maybe sebab pengenalan dorang tu agak draggy. Bila ending Jacob buat roti bentuk beasts barulah aku rasa “okay cerita ini akan jadi menarik”. Haha!

Masa aku buat “homework” tu ada terdengar, movie ni too much information, aku rasa benda tu hanya apply kepada pengikut siri Potter sahaja, untuk yang ingatan hanya pada Fantastic Beasts And Where To Find Them dan Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald maklumat yang diterima adalah cukup-cukup.

Ada beberapa watak kecil yang menjadi misteri untuk aku seperti Mr. Graves (FB1) dan Grimmson (FB2). Macam Mr. Graves dalam FB1 rupanya adalah Grindelwald. Aku jadi wondering Mr. Graves ni jasad sebenarnya wujud (mati terkulai di mana-mana) atau Grindelwald berubah ni macam pakai topeng (Mr. Graves tak wujud). 

Kalau kau tengok scene Abernathy-Grindelwald mungkin kau faham apa yang aku perkatakan ni.

Grimmson ni pula, kalau tengok first appearance dia di skrin dalam FB2 agak strong melawan nak Newt secara psikologi. Tetapi selepas satu perbualan Grindelwald, wataknya tidak lagi menunjukkan fungsi yang besar.

Anyway, aku tak tahu korang anggap ini kelebihan atau kekurangan, tapi bila ada persoalan berlegar di kepala automatically akan ada reminder, “ada 3 movie lagi”. Benda macam ni membuatkan penilaian kau berbelah bagi untuk determine plot tu sebenarnya develop half way atau disimpan for another big plot for next movie. Untuk masa ini kuncinya adalah sabar menanti bukan Bowtruckles. Hiks.

***

Dalam tahun ni ada juga musim aku hiatus dari menengok wayang. Tak ada yang begitu menarik perhatian. Bayangkan dari bulan Januari hingga September filem paling melekat dalam kepala aku adalah The Greatest Showman. Berbeza dengan hujung tahun ni rasa macam tiap hari nak ke panggung wayang. These are the movies that still on my list need to be cross:

a) A Star Is Born
b) Bohemian Rhapsody
c) Polis Evo 2
d) Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2

Yeppp, I accept movie voucher for a year as birthday gift!

No comments: