11/21/18

Sembang Gebang “The Nutcracker and the Four Realms” bersama Siti Amanda

Now Playing: Fall On Me - Andrea Bocelli, Matteo Bocelli

Salam Sembang Gebang! Salam Sinema!

Siapa sangka kami dapat kekalkan momentum begini? Mak aku sendiri hari tu tanya, "eh mu buat blog semula ke?"

Aku jawab, "eh blog dulu lah."

"Hidup lagi ke blog mu?" Mak aku gelak-gelak.

"..." Aku gelak juga sambil berkata, "hiduplah ... adalah 5-6 pos je setahun."

Untuk entri hari ini aku agak gementar sebab akan menemubual pelakon The Nutcracker and the Four Realms (TNTFR) sendiri iaitu Keira Knightley atau Siti Amanda. Kah kah, gitu peringkat berangannya.

Kalau diperhatikan The Nutcracker and the Four Realms sudah masuk ke pawagam pada 1 November 2018. Bermakna awal sedikit dari Bohemian Rhapsody (BR) yang memasuki pawagam pada 8 November 2018. 

Namun begitu, tak banyak yang dapat didengar mengenai TNTFR berbanding BR walaupun semasa aku ingin membuat tempahan tiket di GSC, TNTFR berada pada nombor 3 carta.

Oleh itu, Sembang Gebang kali ini akan bercerita mengenai TNTFR dari pandangan pertama hingga seusai menontonnya. 

***
Sesi 1: Aimi ➡ Manda 

AIMI:  Berdasarkan trailer, apa yang kau harapkan dari TNTFR bila kau melangkah masuk ke pawagam?

MANDA: (SPOILER ALERT!) Aku pertama kali tengok trailer ni kat GSC. Iklan sebelum menonton Venom rasanya. Aku teruja sebab ada lagu nutcracker yang ballet tu. Oh dan Keira jadi watak jahat. Aku agak terkejut sebab masa aku tengok filem penuh, Keira tak jahat mana pun rupanya ada plot twist. Kalau aku jadi Clara, memang aku tak sangka Sugar Plum (lakonan Keira) tu sebenarnya bersifat antagonis.

AIMI:  Kau berpuas hati tak dengan lakonan kau sebagai Sugar Plum, hahaha! 
(Soalan sebenar: Apa pendapat kau mengenai lakonan Keira Knightley kali ini? Kelainan atau normal?)

MANDA: Keira ni dia biasa-biasa je. Untuk aku komen lakonan beliau macam tak adil lah kan sebab aku bukannya tau method-method acting ni cuma, kali ni kita dapat lihat sisi Keira yang lain daripada biasa. Untuk itu, tahniah! Suara halus tu, dia belajar dari akulah tu.

AIMI:  “Detik wow" TNTFR untuk kau?

MANDA: Pertama sekali masa pembukaan cerita dia jelaskan kau tentang hukum-hukum fizik untuk perangkap tikus. Cukup wow bagi aku. Di awal cerita lagi kita telah dihidangkan dengan kebijaksanaan Clara. Semua orang dalam filem tu mengakui kebijaksanaan Clara.

AIMI:  Ha'a, semua orang kecuali Clara sendiri. Apa pendapat kau mengenai konsep "four realms" yang ditonjolkan dalam TNTFR?

MANDA: Four Realms yang ditunjukkan adalah tak silap aku... Snowy (Snow Flakes), Flowery, Sweet and Fun. Tapi Fun ni telah diasingkan. Keempat-empat realm ni aku rasa alam yang paling kita suka. Siapa suka panas. Kita suka sejuk. Panas-panas tak boleh tidur. Siapa suka musim luruh. Pokok-pokok kuning. Flowery banyak bunga dan ada pelbagai warna. Sweet, siapa tak suka benda manis. Kita celebrate birthday dengan kek. Lastly, siapalah tak suka Fun. 

Tadi aku kata, realm of Fun ni diasingkan atau dipulaukan adalah kerana leader dia tak sekepala dengan leader realm yg lain. Rupanya sebab leader Fun ni tua. Macam mak-mak. Mak mestilah akan hadkan keseronokan kita ketika bermain. Haha suka hati akuuuuuu. 

AIMI: Adakah TNTFR sebuah filem yang cukup rasa atau kurang rencah? 

MANDA: Sebagai sebuah filem Disney, aku rasa ok je. Tak bagus tak teruk. Pada awalnya aku dah letakkan diri aku sebagai Clara sebab awal-awal dia tak beritahu kau yang dia ni princess. Sekali bila masuk alam lain tu, kau princess rupanya Clara oiiii cancel aku masuk watak kau. Aku pilih Sugar Plum jelah. Sekali sekali jadi antagonis. Tapi princess ni tak cukup hype untuk dijadikan tema birthday party gadis-gadis Disney.

Sesi 2: Manda ➡ Aimi

MANDA: Apa kau rasa bila tengok trailer? 

AIMI: Aku ada jugak excited, “eh budak Twilight ni dah besar!” tapi mostly, aku rasa berdebar dengar suara Morgan Freeman, haha. Efek Morgan Freeman dalam Now You See Me kuat untuk aku. Kalau dari segi visual, aku tak dapat pisahkan ingatan aku dari Alice in Wonderland. Walaupun visual meriah tapi overall filem Alice in Wonderland dalam ingatan aku adalah 50/50. 

Jadi untuk trailer ni minda aku tak terus set “aku nak tengok cerita ni”, aku 50/50.

MANDA: Kenapa dia tak bercinta dengan The Nutcracker tu? 

AIMI: Kita janganlah sewenangnya jatuh cinta dengan orang baru kita jumpa. Ewah, tibeerrr!  Haha!

I get where this question coming from ... Aku pun ada terfikir jugak sebab dua-dua watak ni macam tunjuk caring seperti lebih dari teman. Tapi Nutcracker tu mainan lah. Lagipun, Nutcracker ni ada beberapa kali dia ulang line “i know my place...” 

MANDA: Drosselmeyer ni pada aku watak dia tak cukup umph. Sikit sangat sumbangan dia. Kau rasa dia patut buat filem pasal arwah mak dia tak. Sebab mak dia yg discover realm ni semua. 

AIMI: Kalau aku, the whole movie ni rasa kurang umph. Ceritanya best tapi bukan kemuncak best. Macam perang tu boleh lagi besar. More to something yang kita akan komen kat kawan kita, “o...kay lah...” 

Tapi kalau nak tengok set dengan effort 100% bolehlah tengok ni. Aku suka jugak babak ballet menerangkan kisah Four Realms. Kah kah aku kecewa Sugar Plum pakai 1 outfit je, dengan design extravaganza tu aku nak tengok dia pakai at least 2 outfit (tapi nasib dia ada kepak). Hahaha! 

Haha, kau minat ke nak tahu pasal mak Clara? Nak kena kaji cerita klasik The Nutcracker ada tak cerita hal ni, manalah tau sebab dalam trailer ada tulis “the legend you know...”. Legend ini tidaklah terkenal dalam kalangan masyarakat kita, sebab kita tak menyambut Krismas. Pengetahuan aku mengenai karya The Nutcracker pun tak banyak, terbatas pada Barbie in the Nutcracker yang aku tonton di suatu pagi Krismas sahaja.

Secara personal, aku rasa tidak perlu sebab telah diceritakan melalui tarian ballet dan juga melalui Drosselmeyer.

MANDA: Apa babak yang lucu pada kau? Sebab aku rasa aku ada ketawa tapi aku tak ingat sebab apa. 

AIMI: Aku bagi satulah ... masa awal-awal Nutcracker buka jambatan untuk Clara tu pun dah kelakar. Ada beberapa lagi momen gelak ketawa dalam filem ni, sesuailah untuk tontonan malam-malam ketika berehat dengan keluarga.  

MANDA: Berdasarkan watak Clara, apa pengajaran yang gadis-gadis Disney seperti kita patut teladani?

AIMI: Find yourself! Believe in yourself! All you need is you! Be you! 

***

Terima kasih kerana setia membaca Sembang Gebang secara senyap-senyap. Haha!

No comments: