11/14/18

Sembang Gebang “Gol & Gincu 2” bersama Siti Amanda

Now Playing: Hari-Hariku - Aizat Amdan feat. Intan Serah & Annabel Michael

Di suatu hari yang tenang, aku ternampak tweet pasal babak dalam Gol & Gincu 2 (GG2). Aku cepat-cepat komen, “oi, spoiler!”

Disebabkan aku belum tengok lagi, jadi pendapat aku di ketika itu adalah babak itu pastinya signifikan.

Dalam circle aku, Siti Amanda atau lebih akrab dipanggil Keira Knightley, hahaha tidakkk, lebih akrab dipanggil Manda, adalah antara yang terawal menonton filem ini. Dunia sinematik Manda di Melaka agak pantas. Kalau notification WhatsApp aku senyap je dari text Manda, kemungkinan tinggi dia sedang menonton wayang. 

Sebenarnya, aku terkejut jugak yang hasrat aku untuk menonton GG2 ni mendapat sambutan biasa-biasa sahaja dari girlfriends aku di sini (KL). I mean likeeee the movie & the series was something big kot during my teen days.

Kemudian aku dilanda busy. Balik lambat, weekend kerja. Ni bukan rant session tau, ni just benda-benda dalam kepala aku di samping ingatan, “oh myyy macam tak sempat je nak tengok GG2 ni.”

Rupanya mentari muncul lagi. Ada 1 tiket untuk aku. Aku akhirnya pergi bersama Iki Ali yang mendapat tiket #ToSam dari Kuman Pictures. Yang powernya, masa aku pergi dengan Iki, ini kali kedua dia tonton GG2. Dia still gelak time lawak-lawak muncul di skrin. Untuk review Iki korang boleh baca di Movie Addict Malaysia cari hashtag #SembangFilemMA. Dia bagi 7/10.

Anyway sambung balik pasal Manda tadi, balik dari menonton GG2 aku pantas Whatsapp Manda. Dah tertidur malam tu, sambung pula esok pagi. 

Dari sesi tu datang idea nak publish review sesama lah pulak. Tapi aku rasa masa paling sesuai untuk publish discussion ini adalah selepas GG2 tamat tayangan di pawagam. Supaya tidak ter-spoil untuk sesiapa, haha! Tetapi jika perbincangan kami ini menarik perhatian anda untuk menonton, TGV Bukit Raja dan Tebrau City masih ada 1 tayangan lagi. Selepas ini, mungkin Astro First. 

Sebenarnya setelah menonton, babak yang aku tegur Manda “oi spoiler!” tu bukanlah spoiler, itu adalah Plot Point 1 tapi ya babak itu amat signifikan untuk peminat-peminat Gol & Gincu.  


***

Sesi 1: Aimi to Manda

MANDA: Sebelum aku jawab ni wah wah wah kalau aku senyap tu maksudnya aku tengah tengok wayang ke hahahahahah! dan betul apa yang kau cakap. GG2 ni start bila plot point 1 tu keluar. Kalau tak ada plot point ini, GG2 boleh tukar tajuk lah tak yah pakai GG.

AIMI: Which one do you prefer Zak or Yaya? Why?

MANDA: Sebelum menonton Gol dan Gincu 2 di pawagam, aku secara membuta tuli dan berat sebelah, memilih Yaya. Kenapa aku pilih Yaya dengan membuta tuli dan berat sebalah ini adalah kerana muka aku macam muka dia. As simple as that! Ok macam ni, bila kau tengok orang kau rasa dekat dengan orang tu sebab apa? Salah satu sebabnya adalah orang tu ada ciri-ciri yang sama dengan kau dan sebab tu kita suka dia. Cuba kalau kau rasa tak ada apa dengan orang tu, kau suka dia tak? Tak kannnnn. 

Selepas menonton filem ini, aku fikir balik sebenarnya Yaya dengan Zak ni aku rasa dia satu orang. Bukanlah aku nak kata yang Yaya dan Zak ni 2 stranger yang compliment each other then bila combined boom jadi satu ala macam konsep suami isteri tu. Pada aku, Yaya dan Zak ni bukan dalam konsep suami isteri tapi Yaya dan Zak ni adalah 1 orang. boom! (real bom tau). Kita panggil ni bipolar disoder lah. Kau bayangkan weh nama diorang sama. ZAK i YA. ZAK (1) dan 'i' means kata ganti nama diri singular dan YA (1). So Zak and Yaya is Zakiah!

So bukan Zak bukan Yaya. I choose both lah as one.

AIMI: What do you think about this statement https://www.instagram.com/p/BpEZQn2FUCM/ ?

MANDA: I feel like crying. Kalau dia letak gambar je pun tak apa duh. No comment please. Hurt me too much. Off camera please. (Haha!)

AIMI: Do you feel anything similar between GG & GG2?

MANDA: Similar theme i guess. Futsal, women empowering and friendship. Di dalam filem ini, lelaki macam tak ada je. Haha. Lelaki bawang yang 3 orang tu (lol who are they? tak ingat nama) dan jantan tak guna yang bro kau tak habis dengan sperma power kau berenang bla bla bla like seriously takde kerja lain hahaha. #sispms

AIMI: What element do you think that make GG2 are different from GG?

MANDA: Lack of family bonding element. Remaja dalam GG2 ni kelihatan too indipendent. Family to them is like living 'inside the box' thus they know nothing about what you do outside the box. Semuanya handle sendiri. 

AIMI: Express whatever you want bout GG2.

MANDA: GG2 ni filem dia oklah. Haha! well kebanyakan feedback yang aku baca di laman sosial memberikan tindak balas yang bagus dan positif. Disebabkan itu aku tak boleh memecahkan telur yang busuk ini secara semberono. Secara peribadi, aku dan Ellen Page (maksud aku Aimi haha) sangat tidak sabar untuk menonton GG2 ini. Ternyata ia amat mengecewakan kerana sangkaan aku jauh meleset. Aku ingat ini memang betul-betul a sekuel on GG1. Seribu sekali sayang tidak. It is a completely different story from GG1. Aku tunggu-tunggu Puteri keluar tak ada pun. Tapi yang part Sazzy keluar dengan Generasiku berkumandang tu memang buat darah aku tak senang nak buat kerja dia. Muka rasa panas walaupun dalam air cond. Nangis! Ok ni je scene yang sama.

Jauhhhhh beza GG1 dan GG2. GG1 pada aku walaupun banyak gediknya tapi ia lebih positif dan realistik. GG2 on the other hand editing gempak tapi storyline and story background tu tak sync. Aku rasa rumah 3R tu macam satu jalan pintas untuk bikin team futsal. Aku yang dari dulu nak main pun takde team walaupun satu kelas ada lebih dari cukup untuk buat 2 team. Haha! 

Sesi 2: Manda to Aimi

MANDA: So how about you Aimi?

AIMI: Sebelum aku jawab semua soalan di bawah ni, first sekali aku nak cakap aku respect Umi Salwana Omar sebab setuju jadi direktor GG2 ni. Yelaa, sebelum dia terima job ni mestilah dia pun ada fikir pasal orang nak compare GG2 dengan GG. Kah kah, nak pula hardcore macam kita ni.  GG ni jenama yang besar pada aku, aku pernah berangan nak masuk Lim Kok Wing sebab tengok GG. 

Aku rasa untuk generasi baru ni ada yang dah kenal pun Umi Salwana Omar, contoh masa 2014 dulu, aku cakap kat adik aku (sekarang dia 15 tahun), "Ain, Aimi rasa nak tengok 'Kami Histeria' lah kat wayang", adik aku balas, "oh yang ada direktor Oh My Ganu tu kan."

MANDA: What do you think about GG2 without comparing it with GG?

AIMI: Without comparing aku rasa GG2 ni adalah movie kesedaran. Not in a preachy way but a feel good way. GG2 bagi kita nampak yang semua orang ada masalah. In a way, movie ini sesuai untuk anak gadis masa sekarang kerana movie ni macam satu tools untuk bagitahu not everything you see in Instagram is real. It is more than that. Dan juga, tak semua yang kita sangka pasal masalah orang adalah betul. Contoh kes Hanis.

Ada plot hole dalam GG2 yang aku nak cakap. Tapi aku keliru nak jawab kat soalan ni ke kat soalan bawah. Okay, aku rasa aku cerita kat next question.

Aku juga setuju, dengan pendapat-pendapat di luar sana yang sekarang jarang ada cerita macam ni. Satu benda perlu di-highlight pasal GG2 adalah cara movie boleh membincangkan isu sosial tanpa perlu tunjuk aksi ghairah atau terlarang. Keh keh bergaduh di gelanggang pun next scene dah ada gelak tawa.

Aku nak bagitahu satu babak favourite GG2, Babak ni paling relatable dengan minggu orientasi dan funny. Masa Akak Fussy gegar bilik pelajar-pelajar baru time Subuh. Aku tergelak-gelak teringat aku dulu, kat bawah orang dah senam robik, aku baru bangun dan terkejut gilaaa. What what what dah cerah! Haha! Okay, tercerita pasal diri sendiri pulak.

MANDA: Daripada segi production wise macam mana? Editing? Different director and scriptwriter?

AIMI: Okay susahnya soalan. Pasti panjang berjela jawapan aku ni.

Trailer pada aku memang superb lah. Sebab tu aku rasa cemas bila aku masih tak ke pawagam tengok GG2.

Dari segi OST, masa awal dengar lagu Aizat dan Kaka, aku lagi suka lagu Aizat. Sekali dengar dah suka. Shout It Out Loud ni kira tak begitu ngam lah di telinga aku. Tapi lagu Shout It Out Loud ni ada hook tersendiri. Yelaa tak dapat aku nak berselindung kat orang yang aku dah tengok GG2 sebab lepas balik dari movie tu, aku asyik ternyanyi shout it out, shout it loud! Hahaha. Lagu masa scene akhir tu pulak, dia macam dah nak amik feeling This Is Me (The Greatest Showman) dah haha!

Seterusnya adalah penajaan. Power ramai penaja. Haha, aku agak terbeli masa tengok banyak penaja ditambah pulak scene fashion show dalam trailer. Rasa excited nak tengok scene tu. Duhh ditaja Zalora gais. Untuk yang bakal tonton GG2, expect product placement here and there tapi apa yang dilakukan tidaklah berlebihan. Product placement yang relatable lah, amik Libresse pergi toilet, sembang-sembang makan Pizza Hut, naik Grab ke sana-sini.

Scene last pun melibatkan star dalam industri fashion. Fuh!

“Suara wanita” dalam movie ni bukan je time watak berdialog. Tapi juga ketika movie senyap. Dorang punya wardrobe ada statement t-shirt memacam ada, Girl Power, Girl Fight. Thumbs up lah sister! 

Different director different style lah kan. Aku suka look keseluruhan movie ni. Dan respek lah untuk scene “Generasiku” tu sebab fuh hampir sama dengan GG. Hahaha, tak habis-habis lagi. Aku rasa pemilihan scriptwriter pun sesuai dengan generasi sekarang sebab novel Nadia Khan: Gantung tu memang dahsyat sambutannya (rujuk meet and greet ketika PBAKL tahun ini). Aku juga suka movie ni sebab tak ada cakap yang perempuan patutnya perangai macam mana. Kena make over kengkawan ke sebab nak jadi groupies. 

Semua saling menerima karakter rakan-rakan.

Okay aku tak pasti yang aku akan cakap ni termasuk dalam skrip atau editing atau apa. Dalam soalan sebelum ni aku ada cakap pasal plot hole kan. Okay aku rasa benda tu pada Zak. Zak ni masa awal mati-mati tak nak praktis futsal, bila Sasha datang tetiba beria pula training. Macam wow cepatnya berubah. Okay actually semua watak pun cepat sangat setuju main futsal. Sebab aku ingat masa watak Cinonet bersembang dengan Zak dia ada cakap pasal “3 orang je yang minat”. So kat situ feeling development kepada team tu macam kurang. 

Ada juga beberapa perkara lain macam aku tak tahu Yaya ambil course apa. I mean yelaa kita tahu Zak course apa. Siap jadi highlight dalam cerita. Kenapa tak tahu Yaya punya course walaupun cerita bukanlah pasal dalam kelas. Dan juga kenapa dengan pamplet bidang perubatan yang ditemui dalam beg salah satu watak tu (jeng jeng jeng siapa).

Haha, makin difikir dan fikir rasa ada sub-plot/statement tak mampu ditampung dalam satu movie berdurasi 1 jam 46 minit ni.

MANDA: Kau sendiri pilih Yaya or Zak dan why?

AIMI: Aku pilih Zak. Masa starting Zak tengok video Yaya dan cakap “untunglah instafamous”, siapa je yang tak rasa relatable. Naik Grab pulak. Haha! Walaupun sebenarnya ada je perangai Zak yang kalau aku jadi Yaya, aku pun tak boleh terima.

MANDA: Kalau kau sendiri ada idea, what do you think a GG sekuel would be like?

AIMI: Haha secara jujurnya tak ada idea. Aku tak pernah terfikir akan ada sekuel pun. Tapi masa aku dengar news GG2 akan dibuat, aku tahu aku tak nak GG2 ni masuk wayang dengan bercerita hal Puteri dan kengkawan lagi. Itu lagi sesuai series lah kot.

Idea yang sekarang okay, cuma ada banyak ruang untuk diperkemaskan. Aku juga rasa ada watak yang tak habis explore lagi. Contoh, Fifi. Okay ada satu benda aku kena jugak cakap, somehow bila taruk title “Gol & Gincu” still kena ada Puteri. Tapi bukanlah cerita berorbitkan Puteri, watak tu patut cameo lah. Like connect kan Zak dengan Zalora or something. Because it so weird to see Zie, J, Sarah, Jijie, Sasha but no Puteri. Tak pun phone call ke, “Kak Puteri tengok apa Kak Puteri boleh tolong Jijie” gituuuu. Haha, yelaa dulu kan Puteri caring kat Jijie, jogging kat taman.

Anyway, masa kau cakap pasal “Zak & Yaya as one” aku teringat pula pasal “Ad & Am” dalam Songlap. But that would be a different discussion.

***

Orait thank you people, for reading our thoughts till the end. Maybe in future I’ll do something like this again with someone else. Kalau aku dan orang tu tak boleh move on dari sesuatu movie and just really have to put it out here. Macam aku dan Manda sekarang, haha!

No comments: