8/21/20

Sembang Gebang Web Series “Rumah Sakit” bersama Amirul Mohd Zaid, Siti Amanda & Iki Ali

Salam Sembang Gebang!

Kita kembali dalam satu lagi episod baharu. Woohoo!

Dalam episod lalu, kita telah pun cari tahu mengenai web series Rumah Sakit bersama pengarah dan penulis skripnya, Ezham Mohd Noh (Ejam). Kali ini aku berpeluang untuk menemubual ringkas 3 orang dari ahli produksi yang terlibat.

Mereka ialah Amirul Mohd Zaid/Kocak (Pengurus Produksi dan Pengarah Seni), Siti Amanda (Pencipta Lagu Opening Montage) dan Iki Ali (Pembikin Sari Kata).

Setiap individu mewakili satu kategori dari pre-production, production, and post-production. Really exciting how everyone coming together for this project. Jom baca!



***


AIMI ROSLI: Terima kasih sudi ditemubual. Kita akan mulakan dengan semua orang akan dapat 2 soalan sama lepas tu kita bergerak kepada bidang kerja masing-masinglah. 

Soalan pertama, bagaimana boleh melibatkan diri dalam projek Rumah Sakit?

AMIRUL MOHD ZAID: Aku melibatkan diri dalam projek ni sebab masa PKP itu hari, Ejam ada datang rumah aku atau aku datang rumah dia. Aku lupa tapi selepas 2, 3 kali berjumpa macam tulah di rumah, Ejam bagitau yang dia ada buat sedikit penulisan skrip. So aku tertarik dengan idea dia dan aku sapot apa yang dia nak buat. Niat aku just nak tolong memandangkan aku ada banyak masa lapang waktu PKP dan selepas PKP. 

SITI AMANDA: Aku offer diri lepas nampak Ejam post kat Facebook mencari tukang buat muzik. Dia kata nak bunyi psychedelic. Jadi aku tawarkan diri untuk mencuba. Dia kata okay.

Tak lama tu, dia text;



IKI ALI: Ada satu masa tu, tuan pengarah umumkan dia perlukan komposer lagu pembukaan web series ni, dan dari situ aku tau dia ada projek baharu. Aku ni pun tengah takde job sekarang (kah!), jadi sambil-sambil berehat cari peluang pekerjaan baharu, apa salahnya tolong kawan. Aku suka tolong kawan ni. Hehe.



AIMI ROSLI: Apa keistimewaan Rumah Sakit di mata korang sendiri? 

AMIRUL MOHD ZAID: Istimewanya projek ni sebab selepas sekian lama tak bekerjasama dengan kawan-kawan sealiran akhirnya dapat buat sama-sama lagi. Pada aku cerita ni tak delah kitorang nak tunjuk artsy ke apa, Ejam just cuba sampaikan apa yang selalu terjadi dalam rumah sewa. Short and sweet. Plus, kenapa terlalu pendek, maklumlah 1st projek takkan terus letup-letup kan. Sponsor takde. Fully independent. Yang penting projek selesai.

SITI AMANDA: Aku petik kata-kata Jayzuan lah eh ketika ditanya, "wujudkah gelombang anak muda?" -- Mungkin yang ada hanya kentut anak muda. Kentut juga permulaan yang baik sebelum terlaburnya kepuasan dan kenikmatan.

Rumah Sakit ni adalah kentut anak muda. Dia 3 minit je. Special lah tu.

IKI ALI: Istimewanya aku rasa pasal Rumah Sakit ni ialah ini projek suka-suka yang serius. Ada effort, siap dengan animated opening montage, ada lagu original lagi. Kiranya, tak malaslah walaupun simple dan pendek je web series ni. Itu wajib direspek.


***

Pengurus Produksi dan Pengarah Seni


AIMI ROSLI: Boleh terangkan tugasan kau untuk 2 portfolio yang kau pegang dalam pembikinan web series ni?

AMIRUL MOHD ZAID: Asalnya aku pun tak tahu Ejam nak aku buat apa. Aku just tahu aku akan terlibat dengan projek ni. So apa-apa yang Ejam perlukan pertolongan aku akan cuba assist dia. So, 1 hari sebelum shoot Ejam ada call minta tolong set-up bilik dan sediakan persiapan untuk shoot. Berbekalkan pengalaman yang tak seberapa aku cuba selesaikan. Contohnya makan minum yang terlibat (shooting day), set-up bilik dan ambil equipment shooting. Semua tu diselesaikan 1 hari sebelum shooting. 



AIMI ROSLI:  Macamana pengalaman bekerja dengan Ejam?

AMIRUL MOHD ZAID: Bekerja dengan Ejam agak selesa sebab dia tak mengamalkan prinsip diktator. Dia seorang yang boleh dengar pendapat dan cuba untuk cooperate dengan pendapat kitorang dan dalam masa sama dia dapat sampaikan apa yang dia nak sampaikan kat peminat dia. 


***

Pencipta Lagu Opening Montage


AIMI ROSLI: Ok Manda, kau buat muzik ni agak impromptu juga. Jadi, kongsikan proses penciptaan lagu tema untuk Rumah Sakit.

SITI AMANDA: Proses tak lama. Bila Ejam video teaser yang takde bunyi. Aku try jelah tekan Roland Groovebox. Oh ya, aku pinjam Azlan Dawai punya Roland Groovebox.




Ni first time aku usik. Sebelum ni aku tak tahu langsung cara guna.

Jadilah bunyi bising yang sekarang ada kat opening montaj dan intro episod tu.



AIMI ROSLI: Perasaan kau bila nampak lagu tu dah bersatu dengan visual opening title?

SITI AMANDA: Agak wah jugalah. Sebab rasa macam kena juga. Haha.



AIMI ROSLI: Adakah kau akan teruskan eksplorasi dalam muzik pyshchedelic ni atau dah mula dapat invitation untuk muzik short film lain?

SITI AMANDA: Eksplorasi muzik tetap diteruskan macam biasa. Cuma psychedelic tu apa maksudnya aku pun tak faham sebenarnya. 

Invitation tu buat masa ni tak ada. Takkan ada kot. Suka-suka je buat bunyi tu. Kalau suruh main balik, boleh. Tapi tekan playback je lah. Nak main live tak lepas. Wkwkwk.


***

Pembikin Sari Kata


AIMI ROSLI: Iki, kau dah banyak pengalaman dalam buat sari kata, jadi untuk web series berdurasi singkat begini berapa lama kau perlukan untuk keseluruhan proses? Kongsilah gerak kerja kau.

IKI ALI: Tugas aku simply translate dan transcribe apa diorang cakap, sebab pengarah kata dia perlukan subtitle dwibahasa (English aku translate, Bahasa Melayu aku transcribe). Dari segi jangka masa nak siapkan, disebabkan ini short content bawah 5 minit, sebenarnya aku boleh settle dalam masa 5-10 minit je. Tapi sebab web series ni multi-platform, lepas tu kena pulak buat subtitle dwibahasa, nak adjust time code lagi dan beberapa faktor lain, nak translate dan transcribe tu tambah tolak darab bahagi boleh jadi 30 minit per episod untuk aku siapkan.

Dari segi tool pulak, aku guna SubtitleEdit, my trusted free and open-source tool sejak entah bila (kebetulan iFlix pun guna tool yang sama). Bagi menyenangkan kerja buat subtitle ni, paling penting jaga audio level masa shooting dan editing; pastikan dialog kena jelas. Kalau tak, jenuhlah nak mendengar betul-betul weh. Kesianlah kat aku. 

Lepas tu, masa nak aku buat subtitle, tolong bekalkan skrip sekali, just in case audio video preview tu macam haram kualitinya.

Ni aku kongsikan screenshot workflow aku:





***

AIMI ROSLI: Kita telah pun sampai ke penghujung episod. Untuk mengakhiri episod ini, bolehlah korang jemput semua tengok Rumah Sakit.

AMIRUL MOHD ZAID: Ucapan aku cliche je, aku mintak korang sapot je apa kitorang buat ni. Benda collective macam ni perlukan sapot dari kengkawan. Just enjoy the series. Lagi 1 korang takkan sakit kepala rasa penat ke apa lepas tengok series ni sebab cerita ni tak buat korang sakit kepala pon. Korang tengok drama petang sakit mata sakit hati nengok kan. Layanlah kitorang ni 3 minit je masa korang terbuang. Sekian terima kasih kawan-kawan dan peminat. Hahaha!

Terima kasih!

SITI AMANDA: Rumah Sakit ni ada 10 episod. 3 minit lepas tengok berita tu layanlah.

IKI ALI: Nak content short form yang tak rumit dan senang nak relate? Tontonlah Rumah Sakit di saluran YouTube My Dealer setiap hari Jumaat, ya!


***

Web series Rumah Sakit yang kini memasuki episod kelima boleh ditonton setiap Jumaat mulai 9.00 malam di Youtube atau pada hari Ahad jam 9.00 malam di  Facebook.


Apa pula yang akan dibincangkan dalam episod Sembang Gebang akan datang? Sama-sama nantikan!

8/7/20

Sembang Gebang Web Series “Rumah Sakit” bersama Ezham Mohd Noh

Salam Sembang Gebang! 

Seperti dijanjikan ada episod baharu yang menanti semua para pembaca. 

Sebenarnya, Ezham Mohd Noh tidak asing dalam Sembang Gebang. Dia pernah muncul dalam beberapa episod Sembang Gebang sebelum ini: Sembang Gebang Reunion RayaSembang Gebang 2019: Episod AkhirPengulas Filem = Penyelamat Duit Masyarakat? dengan nama Muhamad Ezham.

Episod Sembang Gebang sebelum ini sifatnya lebih kepada berbincang mengenai filem yang telah kami (aku dan tetamu) tonton. Ada juga episod santai yang membicarakan isu berkaitan seperti pengulas filem dan pawagam. Kali ini, kita akan bersembang mengenai web series yang telah ditulis dan diarahkan oleh Ezham Mohd Noh. Jadi perbualan lebih terarah ke proses pembikinan.

Untuk web series ini, aku buat dua interview;  (1) bersama pengarah dan penulis, (2) bersama rakan produksi. Masa nak publish, aku keliru nak publish mana dulu. Nak guna konsep "give a good introduction" atau "save the best for last" (tapi 2-2 interview pun best). Jadi, interview mana patut dipublish dulu?

Setelah aku timbang tara, peribahasa "tak kenal maka tak cinta" adalah jawapannya. Elok jika kita berkenalan dari mana idea web series ini bermula.

Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh menyelami buah fikiran di balik web series Rumah Sakit ini!


***




AIMI ROSLI: Ceritakan serba sikit idea di sebalik Rumah Sakit dan sinopsisnya.

EZHAM MOHD NOH: Rumah Sakit ni kalau boleh aku label, sebuah web series pendek yang gila syok sendiri. Bercerita tentang sebuah rumah dan beberapa orang penghuni. Penghuninya pula ada macam-macam jenis penyakit, fizikal dan mental. Idea ni, sebenarnya 5 tahun dulu aku pernah bagitahu budak rumah aku tentang nak visualkan kisah rumah sewa aku waktu tu. Masa tu borak sambil berkhayal je lah. Dipendekkan cerita, Waktu awal PKP hari tu, selain berkawan dengan kucing aku ada menulis sedikit. Antaranya, benda fucked up dan kelakar yang pernah berlaku di rumah sewa aku dulu. Mungkin bagi orang lain benda ni tak kelakar tapi bagi aku bukan saja kelakar, malah sweet! Idea aku ni aku ceritakan ke beberapa orang kawan. Mereka meyakinkan aku, yang benda ni boleh je jadi kalau aku buat dan tak banyak borak. Jadi, aku pun kurangkan berborak dan mula bekerja.


AIMI ROSLI: Macamana rasanya duduk di kerusi pengarah?

EZHAM MOHD NOH: Sebenarnya, benda ni fun project. Jadinya aku have fun je waktu berkerja. Anyway, selain menulis aku juga adalah camera operator yang merakam visual dalam web series ni.


AIMI ROSLI: Adakah keseluruhan 10 episod web series Rumah Sakit ini sudah siap sepenuhnya dan hanya menanti hari untuk dimuat naik sahaja?

EZHAM MOHD NOH: Tak juga, footage je yang dah rakam 10 episod dan semua dah kami potong di timeline editing. Cuma tak diexport semua sekali sebab kalau ada pertambahan tiba-tiba senang nak buat kerja. Biasanya last proses sebelum upload aku akan minta Iki buat subtitle.


AIMI ROSLI: Siapa antara yang terawal kau approach untuk visualkan penulisan kau ni? Masa tu kau bawa skrip 10 episod yang dah siap ke?

EZHAM MOHD NOH: Entah aku tak sure, aku rasa budak rumah aku sekarang. Lepas tu baru aku bagitahu yang lain. Waktu tu, tulisan tu belum jadi skrip. Aku conteng buku nota aku je. Aku mula kerja dengan pilih beberapa cerita yang aku rasa aku mampu laksanakan tanpa duit. Seterusnya, barulah aku mulakan proses penulisan skrip.


AIMI ROSLI:  Bagaimana proses penggambaran web series ini dijalankan?

EZHAM MOHD NOH: Kalau proses produksi atau penggambaran series ni aku apply benda sama je macam apa yang aku belajar di sekolah dulu. Basic film production, aku mulakan dengan pre-production, production dan diselesaikan dengan post-production. Aku mula pre-production dengan pilih pelakon dulu, kemudian baru aku tulis skrip. Anyway, pelakon aku Kaitiu, Danni dengan Fathi ni antara orang yang pernah bersama aku tinggal di rumah sakit ni. That’s why aku suruh diorang guna nama dan perwatakan mereka sendiri. Mudah untuk aku dan juga mudah untuk diorang. Tak perlu terlalu berlakon sangat, berlakon bila perlu je. Production pun kami jalankan secara kecil-kecilan di tempat tinggal aku je, di AU5. Post-production, pun berjalan di rumah je.


AIMI ROSLI: Apa perkara yang kau belajar dalam proses menyiapkan web series Rumah Sakit ni?

EZHAM MOHD NOH: Idea kalau disimpan tak guna sebab last sekali aku lupa. Jadi kalau ada idea tu eloklah direalisasikan, tak boleh besar mula dengan kecil. Siapa tahu benda aku buat ni 5 tahun lagi ke Channel MTV? Perkara paling besar yang aku belajar adalah jangan banyak borak. Kalau nak buat, buat je!


AIMI ROSLI:  Adakah semua visual jadi seperti yang kau bayangkan ketika menulis atau lebih baik?

EZHAM MOHD NOH: Tipulah kalau aku cakap aku capai semua visi aku. Tapi tak juga aku kata hasilnya teruk. Okaylah, power lah sikit dari budak diploma ITM.


AIMI ROSLI:  Apa perasaan kau selepas upload Episod 1 web series ini di Youtube?

EZHAM MOHD NOH: Entah, kalau nak takut pun takut orang tak layan. Dah lah benda percuma lepas tu orang tak layan. Loser gila! Mujur ada kawan-kawan yang tonton. Tak adalah loser sangat.


AIMI ROSLI: Kongsilah sikit asal nama Dealer My dan  perancangan lanjut channel ini.

EZHAM MOHD NOH: Sebenarnya, aku tak ada plan jauh Dealer ni. Settlekan yang ni dulu lepas tu tengoklah macam mana jadinya. Anyway, nama page ni Dealer. Tapi disebabkan Google minta last name aku letaklah My. Represent Malaysia katanya! Aku pilih nama dealer sebab dia ada semangat keusahawanan. 


AIMI ROSLI:  Okay, dipersilakan promosi Rumah Sakit atau nak tujukan ucapan Terima Kasih dan sebagainya

EZHAM MOHD NOH: Rumah Sakit ni kami upload Jumaat jam 9 malam di Youtube, hari Ahad kami akan upload ke Facebook. Youtube, Facebook dan Instagram kami: DealerMy. Buat semua yang terlibat, terima kasih semua! Moga kita berjaya. Alang-alang, izinkan aku namedrop semua yang terlibat. Terima kasih buat Kaitiu, Danny dan Fathi sebab sudi berlakon tanpa bayaran. Reban, Jaa dan Rico Leong terima kasih sebab bagi pinjam equipment dan artwork untuk art direction. Selain itu, terima kasih Kocak sebab tolong aku set up dan terima kasih juga Durra keluar duit untuk makan di hari kejadian. Tak lupa Amanda untuk muzik, Bronan untuk kerja teknikal dan juga lukisan yang diigrafikkan oleh Nas seterusnya diselesaikan Rik menggunakan komputer dua monitornya. Anyway, terima kasih Iki untuk subtitle. 


***

Malam ini jam 9 episod baru web series Rumah Sakit akan dimuat naik ke Youtube DealerMy. Jangan ketinggalan!

Minggu depan kita berkenalan dengan lagi 3 individu di balik pembikinan web series Rumah Sakit ini. Jeng jeng jeng.

7/28/20

Sembang Gebang “Keluarga Iskandar The Movie” bersama Danial Aziz Ahmad

Salam Sembang Gebang!

Aidilfitri telah berlalu kini hampir tiba Aidiladha. Sempena Aidiladha ada satu cerita yang aku rasa sesuai ditonton seisi keluarga ataupun bila tonton rasa meriah seperti bersama keluarga. Tak lain tak bukan, jelas terpampang: "Keluarga Iskandar The Movie".

Too bad kalau kau sampai sini sebab cari link untuk tonton Keluarga Iskandar The Movie secara percuma tapi yang kau temukan adalah perbincangan. Jadilah seperti kami yang tonton di Astro First / Astro Go. But hey! This is a fun blog to read tau!

Walau bagaimanapun, amaran untuk yang belum dan merancang untuk menonton diingatkan perbincangan di bawah mengandungi SPOILER. 

Aku dah bagitahu, jadi segala risiko ditanggung sendiri.


***


Selalunya dalam Sembang Gebang aku yang akan tulis sinopsis filem/series yang dibincangkan tetapi episod kali ini tetamu kita, Danial Aziz Ahmad telah rajin menyediakan sinopsisnya. Mungkinkah kerana dia terlalu teruja dengan naskhah baru untuk Keluarga Iskandar ini?

Sama-sama ikuti perbincangan kami di bawah.


***


SINOPSIS

Keluarga Iskandar The Movie ditulis dan diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin. Kisah kekecohan keluarga ini bermula apabila Mak Jah (lakonan Kismah Johar) mendapat jemputan untuk menghadiri kenduri perkahwinan Faris (lakonan Taqim Zaki) – menantu favourite tak jadi Mak Jah. Mak Jah yang sememangnya gemarkan majlis perkahwinan itu mengajak seluruh ahli keluarganya untuk pergi ke majlis kenduri kahwin yang berlangsung di Pontian. Mereka telah sepakat untuk berkonvoi beramai-ramai pada hari tersebut. 

Sepanjang perjalanan dari Johor Bahru ke Pontian, pelbagai peristiwa yang melucukan telah berlaku. Keadaan menjadi lebih kecoh apabila anak bongsu Abang Ngah (lakonan Sobri Anuar) dan Kak Teh (lakonan Anita Baharom) telah hilang ketika dalam perjalanan!


***


Pusingan 1


ULASAN INDIVIDU MENGENAI KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE


DANIAL AZIZ AHMAD: Bila disebut tentang Keluarga Iskandar, benda pertama yang akan terlintas dalam kepala aku ialah bunyi ketawa Mak Jah dan taglinenya “Allah kan dah set from the top”. Sebagai salah seorang peminat drama Keluarga Iskandar dari musim pertama, sudah tentu aku sangat teruja apabila filemnya ditayangkan.

Drama bersiri Keluarga Iskandar musim pertama mula ditayangkan di Astro Prima pada 3 Julai 2012 hingga 9 Oktober 2012. Setelah mendapat respon positif daripada penonton, drama bersiri ini kemudiannya memasuki musim kedua dan ditayangkan di saluran Astro Warna pada 22 September 2014 sehingga 12 Januari 2015. 

Projek pembikinan filem Keluarga Iskandar The Movie ini sebenarnya dah lama, sejak penghujung tahun 2016. Pada tahun 2017, pihak KL Motion Pictures Sdn Bhd yang menerbitkan drama bersiri ini telah melancarkan satu kempen #SelamatkanKeluargaIskandar untuk mengajak para peminat bersama-sama membiayai pembikinan sebuah filem berjudul Keluarga Iskandar The Movie kerana drama bersiri itu dikhabarkan tidak akan disambung di stesen televisyen berbayar Astro. Kempen ini dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2017 dengan sasaran penjualan sebanyak 125,000 pakej. Pakej yang ditawarkan merangkumi penjualan barangan rasmi Keluarga Iskandar seperti tote bag, powerbank, USB pendrive dan pelbagai t-shirt dengan rekaan yang menarik. Pakej Premium dan Super Premium juga ditawarkan selain dibuka tawaran penajaan kepada badan-badan korporat untuk merealisasikan pembikinan filem bercorak komedi kekeluargaan ini. 

Walaupun pihak penerbit menghadapi pelbagai cabaran, Keluarga Iskandar The Movie akhirnya diumumkan penayangannya di saluran Astro First mulai 16 Julai 2020. Keluarga Iskandar The Movie meneruskan gaya mockumentary, sama seperti drama bersirinya sebelum ini dan membawakan kesinambungan kepada drama musim kedua yang tamat secara tergantung.

Sebagai penggemar filem komedi, aku sangat terhibur dengan jalan cerita Keluarga Iskandar The Movie ini. Walaupun lama aku menunggu filem ini keluar, ternyata penantian itu sangat berbaloi kerana aku telah menonton filem ini sebanyak 3 kali di Astro First. Punchline yang terdapat dalam filem ini kena pada masanya dan ia mengekalkan style komedi yang terdapat dalam dua musim siri sebelumnya. 

Walaupun aku dapat tangkap beberapa kesilapan kecil dalam filem ini, benda tu aku masih boleh maafkan sebab ia lebih kepada kesilapan teknikal sahaja. Sebagai contoh, dalam satu babak ketika Abang Teh (lakonan Azhar Sulaiman) sedang membuat sesi live di Instagram, telefon bimbitnya dalam kedudukan horizontal tapi video live itu dipaparkan dalam keadaan vertical. Dalam satu lagi babak yang berlainan, Mak Jah hendak tumpang solat Zuhur di rumah jiran lamanya. Kemudian babak selepas itu memaparkan jam di kereta Abang Long baru masuk pukul 12:40 tengah hari! Ada beberapa babak yang dibuat dubbing juga tidak dilakukan dengan baik dan membuatkan aku agak kekok bila mendengar hasilnya. Pada aku, kesilapan ini agak mengganggu konsentrasi aku sebagai penonton. Sekiranya dua kesilapan kecil ini tidak berlaku, aku rasa pengalaman menonton filem ini akan berlaku dengan lebih baik.

Benda-benda lain dalam filem ini pada aku okay saja. Aku harap filem ini akan dapat pulangan yang baik dan anugerah di masa akan datang kerana kisah Keluarga Iskandar The Movie ini digarap dengan baik, jujur dan sangat bersifat lokal. Kita semua boleh relate dengan setiap watak dalam Keluarga Iskandar ini.


AIMI ROSLI: Keluarga Iskandar The Movie dibawakan dalam bentuk road movie dengan mengekalkan ciri mockumentary sama seperti jalan ceritanya yang mempunyai cerita khas untuk filem tetapi dalam masa sama masih mengekalkan beberapa topik/konflik dari series. Apabila aku menonton cerita ini aku tidak terlalu memerhatikan sinematografi, teknikal dan sebagainya, I’m totally in for the story.

Apa yang aku suka mengenai Keluarga Iskandar adalah mereka mengekalkan pelakon yang sama dan sekiranya, pelakon itu tiada, watak itu tidak digantikan dengan pelakon lain tetapi akan diberikan alasan dalam jalan cerita kenapa watak itu tiada. Contohnya ketika Juwa/Kak Teh tiada dalam Season 2. Walau bagaimanapun, ketiadaan Kak Ngah tidak dijelaskan dalam cerita ini lalu memberikan kelompongan di situ.

Pihak Keluarga Iskandar lantas telah membuat video tambahan untuk mengisi kelompongan yang dirasai peminat.

Ada banyak benda aku suka mengenai premis Keluarga Iskandar. Pasal storytelling, style, character development, jokes tapi antara sebab utama adalah kerana pelakon kanak-kanak yang berlakon dalam siri mahupun filem semuanya jenis petah. Watak budak-budak nakal dan petah macam ni memang mudah memancing perhatian aku, sama macam series Geng Mengaji (juga terbitan KL Motion) dulu. 

Kalau dalam series watak Om dan Malin sangat menyerlah, kini dalam Keluarga Iskandar The Movie ada penambahan dua watak kanak-kanak yang baru iaitu Dardar (lakonan Mohamad Dhia Iskandar) dan Princess (lakonan Rania Humaira). Boleh dikatakan kebanyakan babak yang menghiburkan aku datang dari kegemaran Dardar. 

Secara keseluruhannya, aku menikmati dan terhibur menonton Keluarga Iskandar The Movie. 

Walau bagaimanapun, amat sukar untuk melihat Keluarga Iskandar The Movie dengan imej sebuah filem yang ditayangkan di pawagam dengan kutipan box-office. Aku lebih nampak Keluarga Iskandar The Movie ini sebagai sebuah telemovie yang fun dan worth the time khas untuk peminat series Keluarga Iskandar. 

Apa pun, aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja dan juga kepada mereka yang telah terlibat dalam crowdfunding untuk menjadikan Keluarga Iskandar The Movie satu kenyataan. Kah kah! Aku terharu juga yang finally Keluarga Iskandar The Movie ni ditayangkan.


***


Pusingan 2: Aimi Rosli ➡ Danial Aziz Ahmad


AIMI ROSLI: Watak mana yang kau rasa relate dalam Keluarga Iskandar tu? Mungkin boleh share juga babak kegemaran.

DANIAL AZIZ AHMAD: Dalam siri Keluarga Iskandar ni aku ada dua watak favourite: Abang Ngah dan Alan. Abang Ngah ni dia seorang yang cool. Kalau ada apa-apa masalah dia tenang saja. Tapi aku rasa Alan lebih best dalam perkembangan wataknya sebab dari musim pertama sampailah ke filem watak Alan ni ada kepelbagaian berbanding Abang Ngah yang maintain dari drama sirinya. Babak kegemaran aku dalam filem ni bila Alan jumpa balik Ugly kucing kesayangannya yang hilang di rumah seorang awek. Satu babak yang simple tapi agak sweet lah bagi aku. Kahkahkah.


AIMI ROSLI: Sekiranya premis Keluarga Iskandar diteruskan, kau pilih dalam bentuk series/telemovie/movie?

DANIAL AZIZ AHMAD: Bagi aku Keluarga Iskandar ni kena teruskan premisnya dalam bentuk series. Banyak sikit cerita yang boleh dimuatkan sebab watak dalam Keluarga Iskandar ni pun dah semakin bertambah. Keluarga Iskandar season 3 please!


AIMI ROSLI: Adakah kau berpendapat Keluarga Iskandar The Movie mencapai standard dan akan berjaya sekiranya ditayangkan pawagam?

DANIAL AZIZ AHMAD: Secara amnya, Keluarga Iskandar The Movie ni dah mencapai standard sebagai sebuah filem. As a fan, aku memang nak tengok Keluarga Iskandar The Movie di pawagam sebab pada aku pengalaman menonton di pawagam lebih best berbanding menonton di kaca televisyen atau aplikasi penstriman. 

Tapi aku kena akur dengan kenyataan bahawa masih ramai orang di luar sana yang tak familiar dengan branding Keluarga Iskandar ni. Mungkin kerana Keluarga Iskandar The Series dulu ditayangkan di Astro dan tak semua orang melanggan Astro di rumah. 

Aku ada teori, tak tahulah betul ke tidak:
(i) Keluarga Iskandar musim pertama ditayangkan di saluran Astro Prima. Waktu tayangan sejam untuk satu episod. (ii) Keluarga Iskandar musim kedua pula ditayangkan di saluran Astro Warna dengan waktu tayangan 30 minit untuk satu episod. 
1. Di sini saja Keluarga Iskandar telah kehilangan penonton sebab Astro Warna tu termasuk dalam pakej tambahan berbayar di Astro dengan satu lagi channel: Astro Citra. Jadi, tak semua pelanggan Astro melanggan channel tu. Secara logiknya rating akan menurun. Sebab tu Astro tak berminat nak sambung tayangan Keluarga Iskandar musim seterusnya. 
2. Crowdfunding #SelamatkanKeluargaIskandar tu pun tak mencapai sasaran. Dalam erti kata yang lain, fans Keluarga Iskandar masih kurang berbanding siri drama tv yang lain. Walaupun mereka ada fanbase yang kuat (mungkin orang-orang Johor) tapi benda tu sebenarnya masih tak cukup. 
3. Kalau kita tengok Instagram @keluarga.iskandar, followers di akaun tu baru ada 6.7k dan akaun Facebook rasmi Keluarga Iskandar baru mencapai 13k likes dan 14k followers. Aku tak rasa filem ni akan mendapat pulangan yang baik kalau ditayangkan di pawagam. 
Bila filem ni ditayangkan di Astro First, ia merupakan satu keputusan yang sangat baik dari sudut bisnes. Astro tu ibarat ‘rumah’ Keluarga Iskandar. Aku tak sabar nak tahu berapa kutipan filem Keluarga Iskandar The Movie.


AIMI ROSLI: Apa pendapat kau mengenai pengakhiran yang tidak bertempat di majlis perkahwinan Faris?

DANIAL AZIZ AHMAD: Aku tiada masalah dengan pengakhiran filem ni. Walaupun dari mula Mak Jah sekeluarga nak hadir ke majlis perkahwinan Faris tapi end up mereka enjoy di Legoland. Memanglah sebab Legoland menjadi salah satu penaja dan penerbit kena buat promosi dalam filem. Satu hal lagi pada aku Keluarga Iskandar The Movie ni patut diakhiri dengan ‘keluarga’ mereka sendiri. Yelah, si Faris tu tak ada kena mengena pun dengan Mak Jah sekeluarga. Dia bukanlah a part of the family tapi at the end of the story Mak Jah dapat berbaik semula dengan anaknya Uda yang selama ini menghilangkan diri ke London. 

Keluarga Iskandar mengajar kita tentang walau apa pun yang terjadi, family always come first. Air kalau dicincang memang tak akan putus. Itu simboliknya babak akhir dalam Keluarga Iskandar The Movie yang aku nampak.

Pada aku, cerita itu lebih penting berbanding mereka sampai ke kenduri kahwin Faris.


***

Pusingan 3: Danial Aziz Ahmad ➡ Aimi Rosli


DANIAL AZIZ AHMAD: Kalau premis Keluarga Iskandar disambung, kisah siapa yang paling kau looking forward nak tahu?

AIMI ROSLI: Sibling rivalry Om-Princess. Aku nak ada Dardar walaupun tak tahu apa konflik dia, Malin maybe dah jadi BFF dengan Mak Jah pasal Acu dah kahwin. Dalam otak aku juga imagine, Kamal cuba memberikan bimbingan kepada Mustaqim untuk jadi menantu kesayangan. Sebab Kamal ni watak dia macam selalu try hard untuk position dalam keluarga, so, dia mesti dia fikir something bila ada biras baru. Juga, penerimaan semua orang terhadap suami Uda memandangkan perkahwinannya ditentang dan berkonflik.

The beauty of cerita pasal keluarga ni, cerita takkan habis tapi stay relevant. Banyak topik boleh sentuh dan reka.

All in all, kita semua nak season 3!


DANIAL AZIZ AHMAD:  Sepanjang menonton Keluarga Iskandar The Movie ni, ada tak benda-benda yang pada kau rasa tak perlu ada dan perlu dibuat penambahbaikan?

AIMI ROSLI: Tak ada yang aku rasa tak perlu tapi benda yang menjadikan scene ending tu bukan scene pilihan aku adalah sebab wujud scene Mak Jah call Faris berdrama apa semua lepas tu eh macam tu je. Haha, at least ada after credit dia call Faris balik atau cakap pada penonton.

Dari segi keseluruhan pula, dua benda yang akan lebih melengkapkan movie tu untuk aku: (i) Malin cerita pasal dah move on dari ada crush pada Faris dan (ii) sebut mana Kak Ngah pergi.


DANIAL AZIZ AHMAD: Adakah Keluarga Iskandar The Movie masuk ke dalam salah satu filem Melayu kegemaran kau sepanjang zaman?

AIMI ROSLI: Filem ini tak masuk dalam filem kegemaran sepanjang zaman aku sebab penutup dia bukan penutup pilihan aku, tapi the whole premise memang masuk dalam list cerita Melayu yang aku gemari.

If the movie tayang time raya, aku akan ajak semua family tengok sekali sebab scene menyorok bila tetamu datang semua tu feel relatable dengan raya. Hahaha!


***


AIMI ROSLI: Okay, Danial sampai sini sahaja perbincangan kita. Sebagai penutup jemputlah berikan sedikit ucapan. 

DANIAL AZIZ AHMAD: Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada Aimi yang jemput aku buat sesi Sembang Gebang kali ni. Kepada pengikut dan pembaca blog ni, terima kasih juga aku ucapkan. Semoga korang semua selamat daripada Covid-19 dan selamat menjalani kehidupan dengan norma baharu.

Aku sedang menyelenggarakan beberapa projek penerbitan buku berkaitan dengan filem. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Nanti aku akan buat hebahan di Facebook Sinefilia Books dan Instagram/Twitter @sinefiliabooks. Jangan lupa untuk like dan follow!

Oh ya, cuti raya Haji nanti kalau tak buat apa-apa, bolehlah korang semua layan filem Keluarga Iskandar The Movie di Astro First. Memang berbaloi.


***
DANIAL AZIZ AHMAD merupakan penggemar filem-filem Melayu hitam putih terutamanya filem-filem arahan Hussain Haniff dan M. Amin. Beliau juga gemar membaca dan menulis artikel tentang sejarah perfileman tanah air. Pernah menulis di portal The Patriots, Repair Gambar Lama dan bergiat aktif dalam Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik sejak tahun 2016. Kini beliau dalam proses untuk menyiapkan penulisan biografi pengarah Hussain Haniff dan manuskrip Filem Melayu Yang Hilang.

***

Sampai berjumpa lagi semua! Also watch this space, cause I got two more exciting episodes of Sembang Gebang coming soon!

5/24/20

Sembang Gebang Reunion Raya: Filem, Pawagam & PKP

Salam Syawal dan Salam Sembang Gebang!

Disebabkan berhimpun di alam maya adalah yang paling possible untuk menghimpunkan rakan-rakan jauh dan dekat buat masa ini, aku cuba himpunkan seramai bolehlah dalam episod kali ini. Aku agak ambitious dengan episod ini dan aku plan untuk release pada 1 Syawal. Maka, tercetuslah Sembang Gebang Reunion Raya.

Dalam episod kali ini aku bawakan 12 tetamu: MUHAMAD EZHAM, AQIL ASRAF, NABIL BASARUDDIN, NURUL NAJWA, MARWAN ZAHARUDIN, SITI AMANDA, HARMIZA HASHIM, IKI ALI, HAJJAR IZWANI, AZIAN NOOR dan sebabkan aku memang suka kepelbagaian dalam jawapan dan pendapat, aku membawakan dua wajah baru iaitu JEE SUHAIMI dan ALYSSA SOBREE. Walaupun Whatsapp aku hantar pada mereka agak impromptu, mereka memberikan maklum balas positif. Kah kah atau adakah aku seorang persuasive?

Tanpa membuang masa lagi marilah kita bertanya khabar diri dan tontonan kawan-kawan kita sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



***


SOALAN 1: Apakah filem terakhir yang anda tonton di pawagam sebelum bermulanya PKP?

MUHAMAD EZHAMRock 4, tak ingat tarikh tapi yang ingat hari kedua tayangan di TGV Aeon Mall AU2.

AQIL ASRAF: Anime tajuk Her Blue Sky, tengok pada 21 Februari dengan kakakku (penulis).

JEE SUHAIMIGretel & Hansel: A Grim Fairy Tale pada 6 Februari 2020. Tapi aku tak puas hati cerita tu. Boleh baca review rakyat jelata. Huhu.

NABIL BASARUDDIN: Star Wars: The Rise of Skywalker (Disember 2019).

NURUL NAJWAJumanji: The Next Level. Tarikh tak ingat bila sebab bukan sejenis yang akan snap gambar tiket wayang … HAHA tapi pergi tengok cite ni di TGV KLCC.

ALYSSA SOBREEFrozen II! Ah itu pun tak sampai separuh kami menikmatinya sebab Ramona dah tantrum nak keluar pawagam. Oh myyy. Dah lah best!

MARWAN ZAHARUDIN: Tak berapa ingat, rasanya filem Makmum bulan Ogos 2019. Fuuh! Dah lama gak la aku tak ke wayang. Oh man! Tahun 2020 aku langsung tak ke wayang! Dang! Mungkin sebab atas faktor peribadi dan kekangan masa aku dah jarang ke wayang walaupun selalu dapat tiket percuma.

SITI AMANDA: Bulan Mac, tak ingat tarikh. Jodoh Syaitan, Puteri Kala Jengking, dan Rock 4.

HARMIZA HASHIM: Happy Old Year, 15 Februari 2020.

IKI ALI: Tak ingat bila exactly, tapi filem terakhir aku tonton kat pawagam secara rasmi ialah The Invisible Man arahan Leigh Wanell di GSC Mid Valley. Secara tak rasmi pula Pacar Ketinggalan Kereta arahan Teguh Karya di Pusat Kajian & Apresiasi Filem (tak rasmi sebab tak boleh nak concentrate; tak best satu, ada hal lain satu lagi!) pada 6 Mac.

HAJJAR IZWANI: 2 filem marathon berturut: HAPPY OLD YEAR (Thai), PARASITE (Korea) - rerun.

AZIAN NOOR: Hmmmm kita xpasti sama ada Happy Old Year atau Birds Of Prey: And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn. Tapi yang pasti antara dua cerita ni. Happy Old Year kita tonton bersama Aimi dan Najwa #gengtontonmoviethai.. Hahaa…and Birds of Prey kita tonton dengan team rumah sewa aka sibling.

AIMI ROSLI: The Garden of Evening Mists (7/2), Parasite [Rerun] (12/2), Happy Old Year (13/2), Little Women (14/2), Her Blue Sky (21/2) - Bulan Februari ni macam tetiba terlepas dapat wayang tu yang lepas pergi wayang pergi lagi. Haha!



SOALAN 2: Adakah anda merasa kekurangan kerana tidak dapat ke pawagam sepanjang tempoh ini? Adakah anda mencari alternatif lain untuk menonton filem?

MUHAMAD EZHAM: Aku seorang yang real, rayakan je apa yang ada. Jadi, tak adalah sampai rasa kurang tak ke pawagam. Ada banyak je medium lain aku guna di Internet tu. Bezanya, di pawagam layarnya besar berbanding skrin TV di rumah. Dan di rumah kau boleh menonton dalam keadaan paling malas, tapi tak bolelah nak praktis etika panggung. Anyway, benda yang aku rindu di pawagam adalah budak-budak bising dan buat kacau sebab mak bapa depa asshole tak jaga anak depa dalam panggung.

AQIL ASRAF: Okay je sebab takde filem yang ternanti-nanti sangat pun, kalau ada pun dah lupa cerita apa sebab memang dah dijangkakan pun penundaannya. (Rasa macam ada cerita superhero tapi entah la, memang lupa betul).

JEE SUHAIMI: Tak juga. Sebab aku bukan kaki wajib tengok wayang sebulan sekali. Aku akan tengok wayang kalau waktu yang tiba-tiba, maksudnya pergi pusat beli belah bukan khas untuk tengok wayang. Gi pusat beli belah, jalan-jalan, makan-makan pastu nampak poster cerita cam syok je, haa "Jom Tengok!".

Aku jugak bukan jenis acah-acah wajib tonton dan jadi penonton pertama untuk sebuah filem yang dinanti-nantikan. Aku juga jenis cepat ‘blur’ untuk tengok filem yang kena berfikir. Bayangkan filem Interstellar sampai sekarang aku tak faham walaupun aku menonton dengan pakar/ faham pasal ilmu sains dalam filem tu. Haha.

Jadi, aku tak rasa pun kekurangan menonton di rumah berbanding pawagam. Sebab kat rumah aku boleh ‘pause’ dan berfikir sejenak, buat kajian dan bacaan dulu. Ok tipu. Maksudnya aku ada masa nak fahamkan sesebuah filem itu kalau boleh di ‘pause’ dulu. 

NABIL BASARUDDIN: Sudah pasti ya mencari alternatif, kerana menonton wayang itu sesuatu yang indah bersama skrin besarnya. Tapi waktu PKP, tengok di laptop dan hp saje, punnn best. Menonton di rumah boleh laa baring sambil makan sambil tengok movie di laptop. Adjust laa ikut suka cuma skrin tak besarlahh mcm pawagam. 

NURUL NAJWA: Tak menjadi masalah besar untuk tidak ke pawagam untuk menonton filem sebab  hanya pergi sesekali untuk memenuhi ajakan dari kawan-kawan untuk menonton bersama-sama.

Menonton di rumah adalah pilihan yang lebih baik disebabkan tabiat untuk melangkau bahagian di dalam filem yang tidak menarik minat untuk terus memberi reaksi.

Gemar menonton filem berdasarkan babak yang disukai dan boleh ulangi babak yang sangat disukai sebanyak mana yang mahu dan ianya tentu memberi kepada kepuasan kepada diri-sendri

ALYSSA SOBREE: Tidak. Sebab mostly aku menonton filem di rumah saja since berkahwin. Most of the time Aman akan muat turun filem-filem untuk aku. Kemudian lepas aku diperkenalkan dengan Netflix; itu medium menonton filem paling aku suka setakat ni. Kalau ada filem baru yang menarik, kebanyakannya kami akan tunggu sampai ianya boleh dimuat turun.

Oh, menonton di rumah lebih selesa sebab aku boleh baring ikut suka aku tanpa fikirkan apa-apa. Ha ha ha.

MARWAN ZAHARUDIN: Kekurangan tu tak terasa sangat lah mungkin sebab baru betul-betul ada masa terluang untuk catch up balik filem-filem yang dah lama nak tengok tapi tak berkesempatan.  Sebenarnya, aku ada list filem-filem yang aku nak tengok. Jadi, bila kaya masa ni barulah boleh cari balik dan betul-betul peruntukan masa untuk tengok filem.

Mesti lah ada alternatif lain, kebiasaanya akan pergi ke tinyzonet[dot]to dan portal modenisma abad ini, Netflix. Memang banyak beza, kalau tengok di pawagam kau akan dapat soul experience - skrin besar, speaker keliling 360 darjah dan wayang ni semacam tarik jasad dan roh kau untuk betul-betul fokus masa menonton. Kau akan hadirkan pancaindera, naluri dan segala dalam tubuh badan kau lah untuk kekal fokus. Kalau di rumah tak akan dapat semua tu kecuali kau ada bilik wayang khas yang diubahsuai. Selalu bilik macam tu golongan T20 ada kot?

SITI AMANDA: Tak ada rasa kekurangan. Alternatif lain pun tak ada. Sebab hp saya rosak. Saya berhenti melanggan Netflix. Oh saya banyak menonton DVD lah di rumah. Perbezaan pawagam dan rumah sudah semestinya secara teknikal. Secara realitinya, saya boleh baring dan tukar filem lain kalau tak best.

HARMIZA HASHIM: YES! Alternatif lain adalah guna iFlix untuk tonton beberapa filem. Jujurnya kalau tonton guna telefon pintar ni mudah terganggu. Baru masuk 20 minit, jari dah gatal scroll untuk buka aplikasi lain, Twitter dan Instagram contohnya. Kalau jenis gelojoh, kadang-kadang sampai cari spoiler untuk tahu kesudahan filem.

IKI ALI: Rasa ralat sangat tak dapat masuk wayang (lebih rindu lagi sinema alternatif macam wayang@BUDIMAN). Rindu nak masuk ke dunia lain dalam ruang gelap tu (cewah!). Kalau nak sembang alternatif, macam biasalah. Ada hard disk adik aku dan juga Netflix.

HAJJAR IZWANI: Ya, kita rasa tidak seronok sebab kita kaki wayang. Setakat ni sepanjang PKP banyak filem yang dinanti ditunda dan panggung wayang pun tutup. So tak rasa rugi cuma kene tunggu sahaja.

Alternatif lain, kebiasaannya kita tengok filem-filem yang ditayangkan di saluran-saluran Astro (saluran kegemaran CITRA, BOX OFFICE, HBO, CINEMAX, FOX MOVIES, HBO, TVNMOVIES, WARNERTV). Jadi la dok repeat filem ulangan dan tayangan premiere setiap Sabtu huhu.

Perbezaan menonton sudah tentu tidak sama. Di rumah banyak gangguan hihu. Kene tengok malam malam time orang dah tidur baru layan sorang untuk fokus hehe. Rindu tengok di cinema sebab awesome!

AZIAN NOOR: Rasa kekurangan tu tak adalah, tapi rasa rugi bila ada tiket/free pass yang company bagi sebelum PKP tak dapat digunakan. Hahaaaaa.. Taaaapiii tak terkilan sangat sebab sepanjang tempoh PKP ni pun banyak cerita tak dapat nak ditayangkan dan ditunda tayangan. Lagipun sah-sah pawagam pun tutup semasa tempoh PKP dan untuk keselamatan orang ramai. So, masa ni la timing yang sesuai untuk marathon cover balik movie yang dah ketinggalan. Mostly, kalau ada masa lapang semasa PKP ni banyak habiskan masa tengok Netflix dan Viu. Beza tonton di rumah dengan pawagam hmmm, tengok kat rumah mungkin lebih privasi dan bebas. Ikut la nak tengok sambil berbaring ke, terlentang ke, meniarap ke. Haha. Sambil work from home pun menyempatlah bermovie. Kalau nak stop kejap pun boleh pause dulu. Haha. Tapiiiii ada tapinya.. Feel kalau tonton dekat pawagam mungkin berbeza la sebab sound system lebih baik and screen yang lebih besar juga kualiti gambar yang lebih baik dan tak lupa tak ada gangguan sekeliling yang lain (lebih fokus kalau tak ada penonton lain kat belakang sepak kerusi and buat bising hahaha).

AIMI ROSLI: Tidak merasa kekurangan/ketinggalan atas 3 faktor: 1. Tiada filem yang ditayangkan dan pawagam tidak dibuka, 2. Mempunyai alternatif lain: iFlix, Viu, Youtube dan myKlik (anyway, aku banyak tengok drama instead of movie time PKP ni), 3. Nak keluar pergi pasaraya beli barang keperluan pun rasa paranoid, tak mungkin terlintas untuk bersantai.



SOALAN 3: Kongsikan 1 filem menarik yang telah anda tonton dalam tempoh PKP ini

MUHAMAD EZHAM: Boss (1991), arahan Z. Lokman. Filem ni nakal dan daring. Aku suka attitude Z. Lokman, dia don't give a fuck. Z. Lokman seorang punk rocker! Sebenarnya aku nak post poster filem ni dalam challenge di Facebook. Tapi tak jumpa.

AQIL ASRAF: Tengok Weathering With You 2 kali haha. Best sebab soundtrack dan penceritaan dia. Cerita dia cam menyayat hati gak la, nak nangis pun ada.

JEE SUHAIMI: Filem Mardaani (2014) lakonan Rani Mukerji sebagai Shivani Shivaji Roy. Filem ni ada yang kedua, lakonan pelakon yang sama juga. Cerita tahun 2014 ini mengenai seorang pegawai polis wanita yang berpangkat tinggi. Jadi beliau cuba menyelesaikan masalah penyeludupan manusia terutamanya golongan remaja wanita.

Cerita ni buat aku puas hati sebab sifat feminisme yang positif berjaya ditonjolkan yang umum ketahui wanita di India sering ditindas dek adat dan agama. Bab dia ‘selesaikan’ penjenayah tak guna tu aku rasa hebat giler. Selain tu, adegan yang aku minat dalam filem ini, penjenayah itu tidak ganggu anak perempuan Shivani. Kalau cerita Malaysia (cerita negara lain pun ada haha), mesti penjenayah akan ugut atau ganggu keluarga hero/heroin. Klise. Korang kena tengok cerita ini. Tak rugi pun. Rani Mukerji yang kita kenal bawa watak wanita ayu, kini bawa watak lebih matang dan lasak persis ikon wanita yang layak disanjung. Wah! Tengoklah, tak rugi pun. Siapa kata aku benci feminisme? (merujuk kepada review 16 Puasa).

NABIL BASARUDDIN: Sunny. Filem dari Korea yang ditayangkan pada 2011. Aahhh bestnya filem ni sebab bertemakan friendship. I love friendship. Garapan yang penuh emosi sampai teringat dekat kawan2 ya masa menonton. Haha

NURUL NAJWA: Memilih filem dari seberang iaitu Syurga Yang Tak Dirindukan. Filem ini sangat menyentuh hati perempuan dan mempunyai nilai yang tinggi. Sebab diri sendiri memang sangat memilih bakal pasangan tapi dalam filem ini memaparkan bahawa  apa yang diharapkan tidak semestinya berjalan dengan lancar dan apa yang terjadi itu adalah takdir kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

ALYSSA SOBREE: Happy Old Year. Filem ini nampak biasa, tapi untuk aku - sebab aku antara manusia yang suka berpegang pada memori; aku rasa filem ini beri katarsis dan kesedaran. We have to let go of things that actually matters (dulu) but unnecessary (sekarang). Baru legaaa. Serius lega tengok Jean let go most of her things.

MARWAN ZAHARUDIN: Sebenarnya, dah lama nak tengok Big Time Adolescence tapi sebab filem ini hanya ditayangkan kat Hulu jadi agak susah sikit. Hulu ni streaming servis lebih kurang macam Netflix tapi hanya ada kat US. Jadi terpaksalah menggali sikit kat portal movie percuma dan terjumpalah satu.

Bagi aku, tarikan utama filem ini adalah Pete Davidson bukan sebab dia ex-boyfriend Ariana Grande tapi sebab aku ada lah jugak ikut perjalanan karier dia semenjak dia dari Wild ’N Out lagi. Lepas tu ke Saturday Night Live lepas tu ke beberapa siri rancangan stand up komedinya. Walaupun gaya lawak dan punchline Pete agak offensive gila, tapi aku enjoy.

Ok back to movie! Big Time Adolescence directed by Jason Orley. Masa tengok trailer, aku dah tahu jenis filem macam ni memang aku boleh connect sebab cerita pasal tumbesaran seorang lelaki dari segi fizikal dan mental. Lebih kurang macam filem Boyhood tapi angle dan fokus movie ini lain.

Now let me drop some gems for y’all. Sebagai seorang lelaki, memang akan ada fasa yang kau akan tergelincir sedikit dan terkeluar dari landasan. Tapi tapi jangan risau, kalau kau masih berpegang dengan arah dan petunjuk yang diberikan oleh orang tua kau. InsyaAllah akan kembali balik ke landasan. Basically, what this whole movie is all about lah.

Jadi, bila aku habis tengok Big Time Adolescence, I feel like “Hey Jason Orley, are you talking to me?"

SITI AMANDA: Anime bertajuk Colorful. Anime ini pernah saya tonton beberapa tahun dahulu cuma tak habis. Durasinya melebihi 2 jam jadi ada part saya tertidur di tengah-tengah. Pertama kali saya menonton rasa sangat tak menarik. Ceritanya perlahan. Wataknya lemah.

Namun apabila saya kembali menonton kali kedua dengan mata yang segar dan bertenaga, saya dapat rasa kelemahan watak dan ketidaklajuan rentak filem ini adalah nadi utama plot. Filem ini tentang kelebihan diberi peluang kedua. Bagaimana kita menghargai kehidupan. Adakah kita biarkan saja kesilapan silam menghantui setiap langkah ke depan atau kita kembali perbetulkan kesilapan itu terlebih dahulu. Kemudian barulah bergerak ke hadapan.

Oh kelmarin saya berpeluang menonton Hamba Iblis di Astro Citra. Saya suka cerita tu kerana ada unsur yang dah lama saya tak jumpa dalam telemovie tempatan iaitu SHOW, DON'T TELL.

HARMIZA HASHIM: Dua Garis Biru, tonton kat iFlix. Menarik sebab tak sangka filem ni boleh buat kita emo! Scene Bima dengan mak dia tu, aduh :")

IKI ALI: Filem menarik waktu PKP, ya? Sejujurnya tak banyak filem pun aku tonton waktu PKP setakat ni (sebab dok kalut nak kejar crossover The CW's Arrowverse yang aku dah lama tunggu, iaitu Crisis on Infinite Earths) jadi nak pilih satu tu agak susah, sebab ada dua je, dan kedua-duanya ada tarikan tersendiri. Aku sebut jelah filem apa, ya? Filem Extraction dan Straight Outta Compton.

HAJJAR IZWANI: SLICE (Thai, 2009). Filem lama first time tengok. Tak sangka seronok walaupun depan sendu haha (sebab faktor suasana filem lama yang kualiti kurang). Thiller dan storyline yang padu serta plot twist yang hebat. Ringkasnya filem ini mengenai sahabat karib dari kecil dan berjumpa balik ketika dewasa (Tai dan Nut). Tetapi kisah ketika dewasa melibatkan kes pembunuh bersiri. Tai menjadi  polis dan Nut ialah pembunuh bersiri yang diburunya. Keseluruhan filem mengisahkan penderaan anak oleh bapa, sexual harassment oleh guru, buli di sekolah, dipulau oleh masyarakat sekeliling, siri siasatan polis, pembunuh bersiri, pemerdagangan manusia yang menculik budak kecil untuk dijadikan pondan/bapok dan seorang yang psycho terhadap orang yang disayangi. Disebabkan terpisah kerana diculik dan janji untuk mencari kembali rakannya pada suatu hari menyumbang kepada plot twist yang hebat. Disebabkan terlampau sayang kepada rakan karibnya rupanya selama ini Nut ialah isteri kepada Tai (ya die tukar jantina untuk bersama rakannya dan Tai tidak tahu langsung). Akhir sekali, Nut merayu Tai supaya menembaknya kerana tidak mahu ditangkap polis lain. Peh psycho betol Nut tu. Sekian.

AZIAN NOOR: Bird Box. Cerita ni cerita lama tahun 2018 tak silap. Haha kita je yang baru berkesempatan tonton. Diadaptasi dari novel kita secara peribadinya, rasa filem ni menarik sebab cerita ni ada unsur-unsur metafora. Deep. Korang akan start berfikir dari awal sampailah akhir movie. Haha. Mengisahkan kononnya titik awal kejadian kiamat. Bayangkan ya kita yang normal ni terpaksa/dipaksa untuk jadi buta. Tak boleh melihat tapi perlu cari cara untuk survive untuk teruskan hidup. Ada baca dekat Twitter pasal matlamat cerita ni sebenarnya nak cakap pasal mental illness or depressed, sampai bunuh diri. Orang awam masih tak aware dengan masalah ni, simbolik kepada semua kena tutup mata. 'Makhluk' itu sebenarnya perasaan nak bunuh diri. Tiada siapa tahu apa bentuk dia. Sampai habis cerita tak tunjuk pun bentuk dia. And as open ending story, penonton bebas buat opinion/penafsiran sendiri. Dalam kata lain korang kena fikir sendiri. Haha.

Watak Boy and Girl anak kepada Malorie lakonan Sandra Bullock sangat comel. Tapi ada certain scene yang kita rasa macam unnecessary and draggy. But lepas tengok ending cerita ni, kita jadi insaf sikit and respect dekat orang kurang upaya atau oku. Sebab walaupun mereka tak sempurna, ada kelebihan lain kita orang normal tak ada. #bersyukurseadanya (sambil nyanyi lagu raya).

AIMI ROSLI: LSS (Last Song Syndrome) - Hero dan Heroin sedap mata memandang. Terutama heroin - Cantiknya senyum. Feel good movie yang dilatari lagu-lagu oleh band Ben & Ben. Ini adalah pertama kali aku tengok filem muzikal dan mendengar karya band folk dari Philippines.




SOALAN 4: Filem yang anda nantikan tayangannya di pawagam tetapi telah ditangguhkan kerana PKP.

MUHAMAD EZHAM: Filem Mencari Rahmat. Sebab aku rajin juga stalk directornya. Kalau ikutkan tulisan dan review yang diposnya Mencari Rahmat ada something. Aku harap, directornya tak mengecewakan aku dengan banyak bual.

AQIL ASRAF: Yang ni memang terlupa dah sebab takdelah tertunggu sangat pun. Sebab kita banyak main game je haha.

JEE SUHAIMI: Filem Escape lakonan Kamal Adli dan Elizabeth Tan yang sepatutnya ditayangkan pada 26 Mac 2020. Dikhabarkan cerita tersebut ala-ala filem Saw, yang ada permainan ganas dan perlu selesaikan bagi menyelamatkan diri. Aku nak tengok sejauh mana ‘peniruan’ yang dibuat atau sekadar cakap-cakap orang sahaja. Aku harap ‘peniruan’ yang dilakukan (sekiranya betul), biarlah tidak sama sangat. Tolonglah Malaysia! 

Selain itu, aku nak tengok lakonan Lizzy untuk genre suspen ni. Lenggang-lenggang kangkung, kangkung di tepi payaaaa~~. Aku pernah tengok lakonan dia sebelum ni, tak lah kayu mana untuk percubaan pertama. Ewah!

NABIL BASARUDDIN: Mulan dannn Black Widowww yeahhh.

NURUL NAJWA: Filem Ada Apa Dengan Dosa sepatutnya ditayangkan September 2020 tapi akan dikeluarkan awal dan akan ditayangkan pada Jun 2020 di Astro First. Filem ini dilihat mempunyai mesej yang mendalam salah satu ialah mengutamakan yang sementara hingga alpa pada yang kekal abadi.

ALYSSA SOBREE: Tak ada. Ha ha ha Lame gila ke aku ni? :’) Sorry, Aimi

MARWAN ZAHARUDIN: Antara yang tertunggu-tunggu No Time To Die, The New Mutants dan The King of Staten Island.

SITI AMANDA: Mulan lah. Haiyaaaaa talak ong ahhhh.

HARMIZA HASHIM: Low Season filem Thai yang patut ditayangkan pada 19 Mac 2020.

IKI ALI: Black Widow paling aku tunggu! Sebab ada aura Captain America: The Winter Soldier, antara filem Marvel Cinematic Universe paling matang dan intense arahan Russo Bersaudara!

HAJJAR IZWANI: Kite tak siasat ditangguhkan ke apa sebab kita pun tak sure bila PKP tamat dan bila panggung akan dibuka semula. So ini list filem 2020 yang kita nanti:

BLACK WIDOW
THE CONJURING 3
TRAIN TO BUSAN 2:PENINSULA
PEE NAK 2

AZIAN NOOR: Low Season.

AIMI ROSLI: Low Season, Mulan dan mungkin Mencari Rahmat.



SOALAN 5: Akhir sekali, sebagai penutup Edisi Raya ni jemputlah masing-masing berikan ucapan raya sepatah dua.

MUHAMAD EZHAM: Selamat hari raya, macam biasa aku dah maafkan korang semua.

AQIL ASRAF: Selamat Hari Raya semua. Raya tahun ni takyah nak beria sangat lah, duduk je rumah salam salam gitu makan sikit pastu tengok TV, wish kat kawan thru ws, video call ke apa. Buat masa ni tak boleh meriah meriah sangat. Sama-samalah kita jaga diri hahaha.

JEE SUHAIMI: Salam lebaran, semoga amalan Ramadan kita diterima Allah. Dah faham kan, raya tahun ini tidak seperti selalu, makanya bersederhana sahajalah ye. Tiada salahnya pun. Huhu. Semoga yang baik-baik untuk kita semua dan selalulah cuba untuk ceria walaupun duka melanda.

NABIL BASARUDDIN: Tibanya syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang ku hulur tangan
Di aidil fitri
Di aidil fitri ku pohon restu

NURUL NAJWA: Selamat Hari Raya maaf zahir  dan batin dari insan yang kerdil ini kepada yang mengenali diri ini. Ampun maaf dipinta seikhlas dari hati atas terlanjur kata dan perbuatan baik yang sekarang mahupun yang lepas.

Semoga yang  membaca ucapan ini kekal bahagia menyambut lebaran di samping yang tersayang dan kekal sihat dan  jaga kesihatan diri dan yang disayangi semoga tabah dan dipermudah urusan mengharungi kehidupan Pasca-Covid 19.

ALYSSA SOBREE: Happy eid, guys. Please keep your social distancing; even at your mom’s. Basuh tangan, dan jangan lupakan topeng muka! Oh ya, jangan suka cium-cium bayi ya. Mak pesan ni!

MARWAN ZAHARUDIN: Terima kasih baca bahagian aku, sekarang sila sambung ke bahagian orang lain pula. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!

SITI AMANDA: Ucapan selamat hari raya kepada pembaca blog Aimi. Terima kasih Aimi atas peluang ini. Semoga Aimi terus maju!

Saya tak dapat balik kampung. Saya tak sedih. Saya cuma rasa tak best. Okaylah semoga bertemulah kita dalam panggilan  video secara rawak edisi raya!

HARMIZA HASHIM: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan Sembang Gebang. Semoga amalan kita di bulan Ramadan kali ini diterima Allah dan jumpa lagi Ramadan akan datang! :)

IKI ALI: Okey, sekarang untuk ucapan Hari Raya Aidilfitri aku. Selamat Hari Raya Aidilfitri, semua! Maaf tak dapat datang rumah secara zahir; secara batin mampu kot! Patuhi PKPB dan kalau nak berziarah jugak, pergi yang dalam radius 10 km sahaja, ya? :)

HAJJAR IZWANI: Salam Aidilfitri dan selamat menyambut Hari Raya kepada semua pembaca Sembang Gebang. Seribu Kemaafan dipinta kepada rakan rakan seperjuangan yang mengenali diri ini. Selamat beraya korang dan take care! ;)

AZIAN NOOR: Selamat Hari Raya kepada semua pembaca #SembangGebang. Kuih dan muih ehhh social distance jangan lupakan ya. Jaga penjarakan sosial. Raya, raya juga. Keselamatan harus diutamakan. Haha. Take care dan Selamat Hari Raya. Kalau dulu tak sempatlah nak tengok TV masa hari raya sebab sibuk pegi beraya, tahun ni mohla kita habiskan masa tengok TV kat rumah.

AIMI ROSLI: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca! Semoga semua amal di bulan Ramadan diterima oleh-Nya dan kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera!


***

Harap Syawal anda lebih warna-warni dengan episod Sembang Gebang ini.
Stay safe and take care. Jumpa lagi!

5/19/20

Sembang Gebang “16 Puasa” bersama Jee Suhaimi

Now Playing: The List - Maisie Peters


Salam Sembang Gebang!

Tahun 2020 ini Sembang Gebang lambat membuka tirai. Sepanjang hiatus ini banyak yang telah terjadi, aku juga ada berfikir mengenai ingin meneruskan Sembang Gebang atau cipta kandungan yang berbeza pula. 

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aku terlibat menjayakan projek bernama "Super Heroin" bersama Siti Amanda dan Rodiahalim. Selain itu aku banyak ambil masa menjalani kehidupan santai tak perlu terburu-buru.

Satu hari, Jee Suhaimi muncul di WhatsApp dengan soalan-soalan mengenai percetakan buku. Dia akhirnya menamakan perbualan kami sebagai "Siri Jejak Bijak Buku". Aku sebenarnya tak pasti berapa peratus jawapan aku itu membantu dalam projek yang sedang diusahakan tetapi aku memberanikan diri untuk mencadangkan agar soal jawab Siri Jejak Bijak Buku dibalas dengan sesi Sembang Gebang (sistem barter).

Hasrat aku disambut baik. Aku berikan kebebasan kepada Jee untuk memilih sebarang drama, telemovie atau filem untuk dibincangkan. Jee mencadangkan 16 Puasa. Sesuai dengan mood bulan Ramadan. Tambahan pula, ketika kami berbincang memang pertengahan Ramadan.

Tanpa berlengah lagi, jemput baca!


***


Pusingan 1


SOALAN: PENDAPAT RINGKAS MENGENAI 16 PUASA DAN KARYA MAMAT KHALID.


JEE: Aku mula perasan cerita ni tular sebab ada beberapa page kat FB yang kongsi gambar Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Bell Ngasri dan beberapa nama yang aku tak tahu (tapi muka kenal lah) dengan caption “Tahun ni kami janji puasa penuh”. Aku tak faham lagi. Cerita apa ni? Aziz M. Osman bukan selalu jadi pengarah ke? Kenapa berlakon dah sekarang? Haha. Aku biarkan je. 

Pastu tagline “Yak Yak Yeah” dan “Geng Plastik Hitam” tular bikin aku rasa ingin tahu ni cerita apa ek? Rupanya ada 3 cerita pasal ni. Ada 15 Puasa, 16 Puasa dan yang terkini 17 Puasa. Tapi orang kata 16 Puasa paling menyengat. 

Arahan Mamat Khalid rupanya. Dari Lang Buana, Man Laksa dan cerita Hantu Kak Limah, genre nya lebih kepada parodi. Maka, 16 Puasa ni pun ke arah itu. Cerita-cerita dia ada ala-ala arahan arwah Yasmin Ahmad punya cerita. Kalau shoot mesti lama-lama untuk satu babak. Kalau babak kau baring sambil termenung, boleh ambil masa 5 minit babak dia termenung je. Orang lain mungkin rasa bosan, tapi aku kalau babak camtu, suka tengok dan fikir kenapa babak tu lama. Huhu. 


Sindiran Masyarakat dalam Dialog

Lakonan Sabri Yunus (Abe Li) tak payah nak pertikailah. "Pok Ya Cong Codei" ni memang menampilkan lakonan yang selamba untuk setiap lakonan dia. “Kecek kelate” itu mesti walaupun dalam pemerhatian aku, latar belakang dialek cerita ni lebih kepada dialek utara. Lakonan dia yang buat aku tertarik dalam cerita ni pada babak 1:07:02. Babak geng-geng tak puasa ni tengah tunggu makanan tepi sungai. Tugas untuk beli makanan "berbuka" diberikan kepada “Khuda” (nanti aku ulas). Abe Li ada cakap “Kalau setakat roti canai, karipap, telur ke, aku tak buka puasa. Buka (batal) puasa kena ada maruah lah sikit!” 

Haa dialog tu buat aku berdekah sikit. Dah lah nak batalkan puasa, tapi makan nak demand kaw kaw. Siap cerita pasal maruah haha. 

Watak Khuda dapat perhatian aku. Seorang yang nampak baik, tapi sama jelah tak puasa pun. Berjanggut panjang dan fizikal agak rendah. Babak 34:47 kita dapat tengok dia yang tengah makan siang hari kat tempat tersembunyi sikit. Dengan sorang lagi kawan, lupa aku nama dia. Kat situ ada anjing merayap pastu dia cakap, "Kalau pegang anjing, nanti kena samak. Kalau kena seluar, gunting seluar" sambil mulut mengunyah makanan dan sah sah tak puasa. 

Satu lagi, babak 1:07:37, si Khuda ni bawak mee kari utk "buka puasa" ramai-ramai. Geng-geng lain sibuk tanya beli kat mana tapi Khuda macam mengelak. Rupanya dia beli kat kedai Ah Hock yang daging tu guna daging babi. Menyembur masing-masing mee kari tadi. 

Untuk tiga babak ni, aku dapat tengok Mamat Khalid tunjuk bentuk sindiran kat masyarakat yang tahu benda tu haram tapi definisinya bergantung kepada kepala otak masing-masing.


AIMI: Aku bukanlah penonton karya Mamat Khalid yang tegar. Namun, Mamat Khalid mempunyai pengaruh tersendiri terhadap kawan-kawan di sekeliling aku yang secara tidak langsung memberikan aku pendedahan terhadap dirinya. Ketika zaman belajar berapa banyak kali aku dengar jenaka dari telemovie Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys dan Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel diulang-ulang oleh kawan-kawan. 

Begitu juga dengan filem-filemnya: Man Laksa, Zombi Kg. Pisang dan Kala Malam Bulan Mengambang cukup popular dan menjadi sebutan. Aku sedikit terasing dalam kalangan kawan-kawan sebab dalam 3 filem itu aku hanya pernah menonton Zombi Kg. Pisang. Kebanyakan masa aku akan cakap filem Mamat Khalid kegemaran aku adalah Lang Buana. Benda ini memang betul sebab walaupun banyak kali tayang di TV3, setiap kali tayang aku masih suka menonton.

Baru-baru ini beberapa video ulasan di Youtube yang bercakap mengenai Rock 4: Rockers Never Dai dan Manap Karaoke mengatakan bahawa Mamat Khalid sudah kehilangan sentuhan magisnya. Video ulasan itu juga ada menyebut 16 Puasa antara karya yang menyerlah. Aku tidak dapat bersetuju mahupun menafikan mengenai sentuhan magis itu kerana aku tidak menonton kesemua karya Mamat Khalid tetapi aku boleh menulis mengenai pengalaman aku menonton 16 Puasa ini.

Ringkasnya setiap kali bulan Ramadan pasti ada yang bertanya pada aku, "Eh kau tengok tak 16 Puasa?" 

Aku akan geleng. 

Tahun ini akhirnya telah tonton. Selepas ini jika ada yang bertanya bolehlah aku mengangguk.

Secara personalnya, 16 Puasa bukanlah jenis telemovie pilihan aku. Walaupun begitu, tetap ada perkara yang boleh aku senaraikan sebagai perkara yang aku sukai.

16 Puasa menurut aku adalah telemovie komedi ringan yang dicipta dengan 2 ciri utama Mamat Khalid: social critic and memorable trait to each character disertai dengan latar muzik yang menyeronokkan. Tak semua lagu yang digunakan familiar untuk aku, tapi aku amat menikmati perjalanan muzik cerita ini. Malah Mamat Khalid siap membawakan Ayawan untuk bermain seruling dalam satu babak (sebelum ini, aku beberapa kali menonton Ayawan di Avenue K).

Watak kegemaran aku adalah Tok Imam. Mungkin sebab ringtone dia merupakan lagu kegemaran aku - Uptown Girl nyanyian Westlife. 

Antara babak Tok Imam yang mencuit hati aku adalah ketika dia dipapah untuk lari dari penjual air berparang. 

Aspek yang aku rasakan menarik pada telemovie ini adalah watak-watak "nakal" ini bukanlah anak muda kampung (selalu drama ada remaja nakal lepak di tembok, kacau orang). 16 Puasa diterajui oleh mereka sudah taraf pak cik-pak cik dan bapa orang. 

Perkara ini juga berkait dengan dunia sebenar, pekan kecil tidak ramai anak muda yang tinggal. Kebanyakannya berhijrah demi pekerjaan. Dalam telemovie ini ahli masyarakat kampung ditonjolkan pada babak barisan jemaah di surau ketika terawikh yang rata-ratanya: pak cik.

"Anak-anak muda kita banyak yang dah berpuasa, yang tak berpuasa ni orang-orang tua pulak." - Tok Imam


***


Pusingan 2: Aimi ➡ Jee

AIMI: Adakah setelah menonton telemovie ini kau memahami sebab telemovie ini menjadi tular?

JEE: Bila dah tengok cerita ni, aku faham kenapa dia tular. Pertama, sebab dia kena dengan situasi semasa iaitu bulan puasa. Aku faham, setiap kali Ramadan memang akan banyak cerita pasal puasa, tapi aku rasa 16 Puasa ni dekat dengan masyarakat. Isu pasal tak puasa, geng plastik hitam memang banyak je ulang tayang kat TV. Tapi cerita ni yang lagi dekat dan melekat dalam fikiran penonton dari aspek satira dan jalan cerita yang bersahaja. 

Kedua pilihan pelakon yang mantap walaupun tak sepopular pelakon berwajah tampan. Sebab cerita ni kalau letak Syafiq Kyle ke Fattah Amin ke, tak ke haru cerita ni? Seakan tak kena. Watak-watak yang sedia ada memang dipilih kena dengan perwatakan yang Mamat Khalid inginkan. 


AIMI: Ada tak watak yang membuat kau tertanya keperluan kewujudan wataknya?

JEE: Watak isteri lakonan Bell Ngasri yang ada sideburn. Dan aku tertanya kenapa Bell Ngasri kata dia sendiri yang suka perempuan yang ada sideburn. Haha. Cuma hemat aku, watak isteri dia tu wujud nak tunjukkan budaya suami yang terlalu takutkan isteri sedangkan isteri yang perlu taat pada suami. Alamak, nanti feminis kecam aku. Sekian. 


AIMI: Adakah jika ditayangkan pawagam, cerita ini akan mendapat perhatian/populariti seperti ditayangkan di TV (Astro)?

JEE: Aku rasa ya. Macam filem Hantu Kak Limah tu, dia tular bukan sebab promosi dia yang gempak. Lebih kepada hasil "buah mulut" netizen SELEPAS menonton cerita itu. Sama kesnya dengan 16 Puasa. Tular pada awalnya bukan sebab orang "cakap-cakap"  pasal cerita tu, tapi SELEPAS ditayangkan pada khalayak. Boleh pergi jauh cerita ni sebab dekat dengan situasi masyarakat Malaysia. 


***


Pusingan 3: Jee ➡ Aimi

JEE: Muzik latar yang terdapat dalam cerita 16 Puasa ni memang bukan genre muzik-muzik zaman kita. Tapi bila tertayangnya cerita ni, lagu-lagu ni mendapat perhatian walaupun kita tak faham pun maksudnya. Pendapat kau, lagu-lagu yang tak dikenali ni, macamana boleh diterima tiba-tiba disebabkan cerita tu popular? 

AIMI: Kaedah pengulangan digunakan dengan baik. Lagu yang sama diulang beberapa kali dalam telemovie ini menjadikan irama tersebut melekat pada otak penonton selepas menamatkan tontonan. Kelebihan menggunakan lagu yang tidak biasa digunakan di dalam drama atau filem lain adalah apabila lagu itu boleh menjadi trademark kepada karya tersebut walaupun ianya bukanlah OST khas yang dicipta untuk cerita tersebut. Contohnya sekarang bila kita dengar Ievan Polkka otak kita akan segera memainkan imej dari 16 Puasa. 

Ini memberikan pengalaman berbeza berbanding bila kita menonton drama yang menggunakan lagu Afgan - PadaMu Ku Bersujud (salah satu contoh) sebagai muzik latar drama kerana tak terkira drama-drama lain menggunakan lagu yang sama. 


JEE: Filem satira Malaysia seakan arahan Mamat Khalid ni boleh diketengahkan sampai jadi pemenang anugerah berprestij ke? 

AIMI: Setiap filem yang digarap dengan baik berpeluang untuk diangkat dalam mana-mana anugerah yang berprestij. Penganugerahan tidak hanya tertumpu kepada genre filem sahaja. Mamat Khalid pernah memenangi Pengarah Filem Terbaik melalui Kala Malam Bulan Mengambang (yang juga memenangi Filem Terbaik) pada FFM 21. Pada FFM 27, filem Mamat Khalid berjudul Amir & Loqman Pergi Ke Laut turut tercalon untuk kategori Filem Terbaik namun tewas kepada filem satira berjudul Lelaki Harapan Dunia karya Liew Seng Tat.


JEE: Difahamkan filem/drama/cerekarama berfungsi mendedahkan sisi sebenar sesebuah masyarakat. Kiranya watak Tok Imam 16 Puasa ni memang tipikal Tok Imam kat Malaysia ke? Hee.

AIMI: Aku tak kenal ramai Tok Imam untuk mengatakan Tok Imam yang ditonjolkan tipikal atau tidak di Malaysia. Hahaha!

Salah satu babak yang aku rasa menjadi cermin masyarakat adalah ketika Abe Li (Sabri Yunus) ingin bertemu Yeh (Rab Khalid), dalam babak itu penonton diperdengarkan perbualan isteri Yeh dengan maknya yang bercakap dengan kehidupan orang itu sudah senang, orang ini sudah senang. Perbualan jenis "the grass is always greener on the other side" ni memang susah nak dielakkan dalam kehidupan kita. Cara berbual mungkin berbeza tapi "genre" perbualan tu sama.


***

Lepas ni, Sembang Gebang Reunion Raya pulak. Amacam?

4/22/20

Super Heroin: Bab 3

BAB 3
(AMY)


Amy berpuas hati dengan hidangan yang dinikmatinya tadi. Mengimbau kembali detik ketika beratur di kaunter McD, mindanya berperang. Set ayam goreng sederhana, salted caramel and chocolate pie sudah berada dalam senarai wajib pesan. Tambahan pula, salted caramel and chocolate pie dijual dalam masa yang terhad. 'Aduh, nak tambah bubur dengan Sundae chocolate ke tak ni? Aku macam lapar gila tapi nanti macam tamak sangat pula. Tambah ke tak, tambah ke tak?'

Akhirnya Amy memilih untuk memesan semua yang diinginkan. Kini, dia tersandar kekenyangan di tepi katilnya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Masuklah!” laung Amy.

D memulas tombol pintu. Separuh badannya dimasukkan di celah pintu. Separuh lagi di luar.

“Amy, esok work from home ke ada meeting kat luar?”

“Esok? Hmm,” Amy menjeling jadual kerjanya dicatat pada sebuah papan putih. “Esok ada kat rumah. Haa, ada barang apa pula kau order?”

D tersengih-sengih, “Esok abang Pos Laju datang kau ambil tau!”

“Hmm, yelaaa.”

“Ada dua parcel tau. Thanks!” ujar D sampai menutup pintu perlahan-lahan. 

Amy menggelengkan kepala. 

D dan pembelian dalam talian berpisah tiada. Lagi-lagi kalau ada jualan murah, D memang tak boleh. Tak boleh tak beli. Sebut apa sahaja nama aplikasi pembelian dalam talian, semuanya ada dalam telefon. Hasil pembelian dapat dilihat melalui jumlah parcel yang perlu Amy terima pada hari bekerja.

Penghasut terbesar D merupakan thread di Twitter yang mencadangkan itu ini. 

 “Mulan, tengok fruit blender ni. Amazingkan?” D menunjukkan video yang ditemuinya pada Mulan.

“Power. Power.” Mulan acuh tak acuh. Dia sedang sibuk memotong buah jambu batu untuk dibuat snek.

“Bukan dah beli ke fruit blender bulan lepas? Dalam kotak lagikan kat dapur tu?” Amy kehairanan.

D tersengih-sengih. 

“Usha je.”

Amy berhenti mengelamun. Dia bingkas mencapai tuala dan meneruskan niatnya untuk mandi sebelum tidur. Malam ini dia mahu tidur dengan aman kerana tidur yang nyaman akan mempengaruhi permulaan hari. Dan hari esok perlu bermula dengan baik!

***

Tidak sempat jam locengnya berbunyi Amy sudah terjaga. Hari ini dia ada misi penting. Amy menggeliat kemudian bangun menuju ke papan putih yang mencatat jadual kerjanya. Walaupun sebenarnya dia sudah hafal semua tarikh akhir kerjanya, tetapi dia tetap akan melihat papan itu setiap pagi supaya matlamat hariannya lebih fokus.

Pagi ini dia akan menyemak semula bahan-bahan untuk pembentangan projek bukunya esok, di sebelah petang pula dia perlu menyelesaikan kerja ghost writernya bagi sebuah buku biografi.

Tahun ketiga bekerja sendiri Amy mula mendapat rentak kerja. Malah dia juga telah menyiapkan satu ruang khas di biliknya. Ruang itu dibuat di bahagian yang bertentangan dengan katilnya. Bahagian kanan bilik adalah tempat berehat, bahagian kiri bilik dijadikan ruang untuk bekerja. Bahagian kerja ini dihadang oleh rak buku yang dipasang khas hingga ke siling. 

Imbas kembali tiga tahun lalu, dia hanya membuat kerja di atas meja lipat dan bersila di lantai. Sekiranya dia memerlukan meja dia akan menggunakan meja makan. Namun selepas dua tiga kerja yang diterima, Amy mula mempertimbangkan untuk menyediakan ruang kerjanya sendiri di bilik. 

“Aku nak buat ruang kerja dalam bilik aku lah,” Amy berkongsi hasratnya pada Mulan dan D.

“Kau nak buat macamana? Tengoklah Pinterest weh. Situ inspiration best kot,” cadang D. D memang teruja bila melibatkan hal-hal dekorasi.

“Aku tak nak serabut sangat. I still want to maitain my room theme colour which is …”

“Putih,” sambung Mulan.

“Exactly! Aku nak semua putih. Haa, tenang dan lapang mata aku ni memandang.”

D menunjukkan hasil cariannya di Pinterest. 

“Menarik! Tapi aduh, malasnya nak cari barang-barang ni semua,” survey adalah aktiviti yang kurang digemari Amy.

“Lazada, Shopeelah,” cadang D seperti yang dapat diduga semua.

“Atau kalau kau nak tengok-tengok kita boleh pergi Ikea,” sampuk Mulan.

“Ah yes! Let’s go to Ikea. Lepas tu, kita boleh makan Meatball,” tambah Amy. Jarang dia melupakan acara makan bila sudah merencana keluar rumah. Kadang-kadang acara makan mengaburi matlamat utama. 

Maka, dengan bantuan Mulan dan D ruang kerja di biliknya tersedia rapi seperti yang ada kini.

“Kau betul ke nak freelance je?” soal D.

“Betullah. Setakat ni resume yang aku hantar tak dapat respons pun. Kalau ada offer pun macam tak berbaloilah weh,” Amy memberikan sedikit bayangan mengenai perkara yang mempengaruhi keputusannya.

Berkerut-kerut muka D dan Mulan mendengar kisah syarikat yang Amy bekerja ingin membuat pengecilan operasi dan Amy antara yang tidak dapat diselamatkan.

“Tapi jangan risau. Duit pampasan untuk survive 6 bulan cukup. Aku dah kira,” tambah Amy.

“Aku sokong Amy freelance. Artikel dia meletop apa,” sampuk Mulan.

“Ahh yelah, kau meletop,” balas Amy.

“Kalau ada job yang sesuai, aku akan sub dekat kau,” respons D.

“Okay, thanks. But don’t force it, though. Let me figure it out by myself,” Amy bersyukur kerana dihadirkan kawan-kawan yang sentiasa ada untuk membantu.

Malah tanpa Mulan dan D sedari, tindakan mereka yang membawa Amy sebagai teman ke majlis mereka perlu hadiri juga banyak membantu Amy dalam membina rangkaian kerjanya hari ini. 

Melalui D, Amy mendapat pas wayang percuma. Dari situ, dia mula menulis ulasan filem di blognya. D layak untuk tiket tersebut kerana dia berjaya mengusahakan kerjasama antara syarikatnya dan sebuah syarikat pawagam. Setelah tulisan di blog Amy membuahkan hasil, barulah Amy mula menerima jemputan ke tayangan perdana. Kejayaan ini disifatkan agak ajaib kerana dunia blog telah lama sepi kerana sekarang adalah zaman vlog. Amy ketika ditemu ramah oleh sebuah majalah tempatan juga tidak dapat memberikan formula perhatian yang diterimanya untuk dikongsikan bersama. 

Mulan sebagai bintang TikTok sesekali perlu menghadiri acara pelancaran jenama terkenal, produk tempatan dan pelbagai majlis sosial yang Amy tidak tahu kewujudannya. Kebanyakan masa di majlis ini, Amy akan berkenalan dengan tetamu yang hadir. Secara halus dia akan memasukkan jarum menyatakan menarik sekiranya mereka mempunyai memoir atau buku petikan kata-kata. Perbualan itu akan diakhiri dengan Amy menghulurkan kadnya atau bertukar Instagram. 

Trangggggggg!

Amy tersentak. Ada sesuatu yang terjatuh di hadapan pintu biliknya.

Perlahan-lahan pintu biliknya dibuka. Kelihatan Mulan terbongkok-bongkok di hadapan pintu biliknya.

“Lah kau rupanya,” Amy menghela nafas lega.

Mulan menoleh. Mulutnya sedang menggigit roti empat segi. Tangan kirinya membetulkan beg silangnya sementara tangan kanannya mendapatkan botol air di atas lantai.

“Aku dah lambat ni. Ada project collab special!” Mulan membalas setelah dia berdiri tegak dan menggigit sedikit rotinya tadi.

“Pagi-pagi dah TikTok,” balas Amy.

Mulan tersengih dan menjongketkan bahunya, “Ok, bye!”

Sepantas itu, Mulan hilang dari hadapannya menuju ke pintu utama.

Amy berjalan santai menuju ke treadmill yang terletak di ruang tamu. Memang permintaannya pada Mulan dan D agar treadmill itu diletakkan di kawasan yang sama dengan televisyen supaya dia boleh menonton Selamat Pagi Malaysia atau Malaysia Hari ini sambil berlari. Rutin paginya akan dimulakan dengan bersenam, bersarapan kemudian baru bekerja.

Oleh kerana moodnya baik, Amy memilih mood larian yang agak pantas. Amy teruja dengan sesi pembentangan yang akan dibuat kepada penerbit esok. Dia optimis dengan projek ini malah bahan juga telah disediakan. Pesta Buku dua tahun lalu penerbit tersebut telah menerbitkan himpunan tulisan mengenai filem di blognya ke dalam bentuk buku. Berikutan sambutan yang menggalakkan tahun lalu, El selaku editornya ada bertanya sekiranya Amy mempunyai bahan baru untuk diterbitkan.

Namun Amy menolak kerana sedang fokus untuk melebarkan sayapnya ke dalam bidang terjemahan. Beberapa bengkel dan kursus dihadirinya untuk mengasah kemahiran dan mendapatkan sijil pengiktirafan. Untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya, Amy menerima kerja untuk menterjemah sebuah novel dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Ternyata tugasan itu bukan sesuatu yang mudah. Amy mengambil masa agak lama sehingga dia tidak dapat memberikan fokus untuk menulis. Pengalaman menterjemah amat berbeza dengan menulis karya sendiri. Amy agak bergelut.

Tahun ini Amy sudah bersedia dengan idea baru. 

***

Amy bingung melihat Whatsapp yang dihantar Mulan.

Amy merenung D, “Eh Mulan kat mana? Bukan dalam bilik ke?” 

“Tulah ingat senyap dalam bilik, main TikTok,” seloroh D. Amy ketawa kecil.

Amy menyifatkan Mulan sebagai seorang tidak dapat diduga. Banyak kali dia menyatakan hal ini ketika mereka bertiga berbual, “Mulan, kau orang paling sukar nak dijangka. 99.9% tindakan random. Aku 40% random tapi D lain, haa dia memang rasional.”

D sudah membalas Whatsapp Mulan tetapi hanya bluetick yang diterima.

Satu jam sudah berlalu. Drama di TV sudah habis, sisa kopi di tepi cawan juga sudah mulai kering. Amy berlalu ke dapur membasuh cawannya. Kembali ke ruang tamu, dia membelek telefon pintarnya yang masih tiada notifikasi. 

“Mulan ni tak reply lagi ek dari tadi?” Amy menyuarakan isi hatinya kepada D.

D yang sedang asyik membaca thread di Twitter menggelengkan kepala. Tiba-tiba D bangun dari sofa.

“Eh, nak pergi mana?”

“Nak baring dalam bilik pulak,” D menjawab sambil tertawa kecil. 

Amy menggelengkan kepala. Lepas baring di ruang tamu, baring di bilik pula. 

‘Yang Mulan ni mana? Dari tadi tak reply Whatsapp. Aku call lah,’ Amy mula membuat panggilan. 

Dalam 10 saat panggilan diangkat. Suara Mulan muncul di hujung talian, “Hello!”

“Hello, Mulan. Kau kat mana?”

“Aku …”


-----


Bersambung …


Super Heroin: Bab 1 - Siti Amanda
Super Heroin: Bab 2 - Rodiahalim