8/20/21
E-Book: Apa Agaknya yang Ana Lihat Tadi Ya?
7/1/21
Sembang Gebang “Wish Dragon” bersama Farhan Ramli
Now Playing: Live Forever - Pamungkas
Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sejahtera.
Setelah hiatus sejak dari pertengahan Ogos 2020, akhirnya Sembang Gebang kembali. Tiada sebab misteri tentang kehilangan dan kembalinya blog ini. Yang ada hanyalah kekakuan (seketika) untuk kembali menaip rancak di papan kekunci.
Tanpa membuang masa, kita mulakan Sembang Gebang dengan mood ceria! Oleh itu, sebuah filem animasi telah dipilih. Tiada perubahan format yang dilakukan. Masih sama dengan tahun-tahun sebelumnya, mungkin ada sedikit penambahbaikan dari sudut pembahagian segmen sahaja.
Okay, enjoy!
***
SINOPSIS WISH DRAGON
Din berhasrat untuk menyambung kembali persahabatannya dengan Lina yang telah terputus ketika zaman kanak-kanak. Dalam sebuah kejadian Din telah menerima sebuah teko berisi seekor Naga bernama Long yang boleh menunaikan 3 permintaan. Bagaimanakah Din menggunakan 3 permintaan tersebut dan menjadikan hasratnya satu kenyataan? Semuanya dalam Wish Dragon. Animasi Wish Dragon boleh ditonton di Netflix.
***
Kawan Chris Appelhans yang bagitahu dia, "Oh did you know Aladdin is a Chinese folk tale?"Kiranya dalam Chinese folk tale tu kisahnya ... haha, aku petik dari video lagi: "It was originally Chinese folk tale about a peasant boy from Eastern China who finds a wish-granting genie and falls in love with a princess."Tapi sebabkan folk tale ni selalunya diakhiri dengan cinta, maka penulis dan pengarah ni nak tulis versi khas untuk kawan.
Okay, so elemen kung fu dalam ni memang ada kena-mengena dengan Jackie Chan. Aksi kung fu dalam Wish Dragon ni adalah tribute untuk Jackie Chan.
Penulis dan pengarah, Chris Appelhans memang buat Wish Dragon ni untuk kawan dia yang dia kenal di Shanghai 20 tahun lalu. Memetik kata-kata Chris, "Pretty much made the movie for my friend. And I wanted it to feel true to him and to speak to his life". Memang all the way semangat Friends Forever.
8/21/20
Sembang Gebang Web Series “Rumah Sakit” bersama Amirul Mohd Zaid, Siti Amanda & Iki Ali
Mereka ialah Amirul Mohd Zaid/Kocak (Pengurus Produksi dan Pengarah Seni), Siti Amanda (Pencipta Lagu Opening Montage) dan Iki Ali (Pembikin Sari Kata).
Soalan pertama, bagaimana boleh melibatkan diri dalam projek Rumah Sakit?

Dari segi tool pulak, aku guna SubtitleEdit, my trusted free and open-source tool sejak entah bila (kebetulan iFlix pun guna tool yang sama). Bagi menyenangkan kerja buat subtitle ni, paling penting jaga audio level masa shooting dan editing; pastikan dialog kena jelas. Kalau tak, jenuhlah nak mendengar betul-betul weh. Kesianlah kat aku.
8/7/20
Sembang Gebang Web Series “Rumah Sakit” bersama Ezham Mohd Noh
AIMI ROSLI: Ceritakan serba sikit idea di sebalik Rumah Sakit dan sinopsisnya.
7/28/20
Sembang Gebang “Keluarga Iskandar The Movie” bersama Danial Aziz Ahmad
Too bad kalau kau sampai sini sebab cari link untuk tonton Keluarga Iskandar The Movie secara percuma tapi yang kau temukan adalah perbincangan. Jadilah seperti kami yang tonton di Astro First / Astro Go. But hey! This is a fun blog to read tau!
Walau bagaimanapun, amaran untuk yang belum dan merancang untuk menonton diingatkan perbincangan di bawah mengandungi SPOILER.
(i) Keluarga Iskandar musim pertama ditayangkan di saluran Astro Prima. Waktu tayangan sejam untuk satu episod. (ii) Keluarga Iskandar musim kedua pula ditayangkan di saluran Astro Warna dengan waktu tayangan 30 minit untuk satu episod.
1. Di sini saja Keluarga Iskandar telah kehilangan penonton sebab Astro Warna tu termasuk dalam pakej tambahan berbayar di Astro dengan satu lagi channel: Astro Citra. Jadi, tak semua pelanggan Astro melanggan channel tu. Secara logiknya rating akan menurun. Sebab tu Astro tak berminat nak sambung tayangan Keluarga Iskandar musim seterusnya.
2. Crowdfunding #SelamatkanKeluargaIskandar tu pun tak mencapai sasaran. Dalam erti kata yang lain, fans Keluarga Iskandar masih kurang berbanding siri drama tv yang lain. Walaupun mereka ada fanbase yang kuat (mungkin orang-orang Johor) tapi benda tu sebenarnya masih tak cukup.
3. Kalau kita tengok Instagram @keluarga.iskandar, followers di akaun tu baru ada 6.7k dan akaun Facebook rasmi Keluarga Iskandar baru mencapai 13k likes dan 14k followers. Aku tak rasa filem ni akan mendapat pulangan yang baik kalau ditayangkan di pawagam.
DANIAL AZIZ AHMAD merupakan penggemar filem-filem Melayu hitam putih terutamanya filem-filem arahan Hussain Haniff dan M. Amin. Beliau juga gemar membaca dan menulis artikel tentang sejarah perfileman tanah air. Pernah menulis di portal The Patriots, Repair Gambar Lama dan bergiat aktif dalam Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik sejak tahun 2016. Kini beliau dalam proses untuk menyiapkan penulisan biografi pengarah Hussain Haniff dan manuskrip Filem Melayu Yang Hilang.
5/24/20
Sembang Gebang Reunion Raya: Filem, Pawagam & PKP
Disebabkan berhimpun di alam maya adalah yang paling possible untuk menghimpunkan rakan-rakan jauh dan dekat buat masa ini, aku cuba himpunkan seramai bolehlah dalam episod kali ini. Aku agak ambitious dengan episod ini dan aku plan untuk release pada 1 Syawal. Maka, tercetuslah Sembang Gebang Reunion Raya.
Dalam episod kali ini aku bawakan 12 tetamu: MUHAMAD EZHAM, AQIL ASRAF, NABIL BASARUDDIN, NURUL NAJWA, MARWAN ZAHARUDIN, SITI AMANDA, HARMIZA HASHIM, IKI ALI, HAJJAR IZWANI, AZIAN NOOR dan sebabkan aku memang suka kepelbagaian dalam jawapan dan pendapat, aku membawakan dua wajah baru iaitu JEE SUHAIMI dan ALYSSA SOBREE. Walaupun Whatsapp aku hantar pada mereka agak impromptu, mereka memberikan maklum balas positif. Kah kah atau adakah aku seorang persuasive?
SOALAN 1: Apakah filem terakhir yang anda tonton di pawagam sebelum bermulanya PKP?
AQIL ASRAF: Anime tajuk Her Blue Sky, tengok pada 21 Februari dengan kakakku (penulis).
SITI AMANDA: Bulan Mac, tak ingat tarikh. Jodoh Syaitan, Puteri Kala Jengking, dan Rock 4.
HARMIZA HASHIM: Happy Old Year, 15 Februari 2020.
IKI ALI: Tak ingat bila exactly, tapi filem terakhir aku tonton kat pawagam secara rasmi ialah The Invisible Man arahan Leigh Wanell di GSC Mid Valley. Secara tak rasmi pula Pacar Ketinggalan Kereta arahan Teguh Karya di Pusat Kajian & Apresiasi Filem (tak rasmi sebab tak boleh nak concentrate; tak best satu, ada hal lain satu lagi!) pada 6 Mac.
HAJJAR IZWANI: 2 filem marathon berturut: HAPPY OLD YEAR (Thai), PARASITE (Korea) - rerun.
AZIAN NOOR: Hmmmm kita xpasti sama ada Happy Old Year atau Birds Of Prey: And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn. Tapi yang pasti antara dua cerita ni. Happy Old Year kita tonton bersama Aimi dan Najwa #gengtontonmoviethai.. Hahaa…and Birds of Prey kita tonton dengan team rumah sewa aka sibling.
AIMI ROSLI: The Garden of Evening Mists (7/2), Parasite [Rerun] (12/2), Happy Old Year (13/2), Little Women (14/2), Her Blue Sky (21/2) - Bulan Februari ni macam tetiba terlepas dapat wayang tu yang lepas pergi wayang pergi lagi. Haha!
AQIL ASRAF: Okay je sebab takde filem yang ternanti-nanti sangat pun, kalau ada pun dah lupa cerita apa sebab memang dah dijangkakan pun penundaannya. (Rasa macam ada cerita superhero tapi entah la, memang lupa betul).
Aku jugak bukan jenis acah-acah wajib tonton dan jadi penonton pertama untuk sebuah filem yang dinanti-nantikan. Aku juga jenis cepat ‘blur’ untuk tengok filem yang kena berfikir. Bayangkan filem Interstellar sampai sekarang aku tak faham walaupun aku menonton dengan pakar/ faham pasal ilmu sains dalam filem tu. Haha.
Jadi, aku tak rasa pun kekurangan menonton di rumah berbanding pawagam. Sebab kat rumah aku boleh ‘pause’ dan berfikir sejenak, buat kajian dan bacaan dulu. Ok tipu. Maksudnya aku ada masa nak fahamkan sesebuah filem itu kalau boleh di ‘pause’ dulu.
Menonton di rumah adalah pilihan yang lebih baik disebabkan tabiat untuk melangkau bahagian di dalam filem yang tidak menarik minat untuk terus memberi reaksi.
Gemar menonton filem berdasarkan babak yang disukai dan boleh ulangi babak yang sangat disukai sebanyak mana yang mahu dan ianya tentu memberi kepada kepuasan kepada diri-sendri
Oh, menonton di rumah lebih selesa sebab aku boleh baring ikut suka aku tanpa fikirkan apa-apa. Ha ha ha.
MARWAN ZAHARUDIN: Kekurangan tu tak terasa sangat lah mungkin sebab baru betul-betul ada masa terluang untuk catch up balik filem-filem yang dah lama nak tengok tapi tak berkesempatan. Sebenarnya, aku ada list filem-filem yang aku nak tengok. Jadi, bila kaya masa ni barulah boleh cari balik dan betul-betul peruntukan masa untuk tengok filem.
Mesti lah ada alternatif lain, kebiasaanya akan pergi ke tinyzonet[dot]to dan portal modenisma abad ini, Netflix. Memang banyak beza, kalau tengok di pawagam kau akan dapat soul experience - skrin besar, speaker keliling 360 darjah dan wayang ni semacam tarik jasad dan roh kau untuk betul-betul fokus masa menonton. Kau akan hadirkan pancaindera, naluri dan segala dalam tubuh badan kau lah untuk kekal fokus. Kalau di rumah tak akan dapat semua tu kecuali kau ada bilik wayang khas yang diubahsuai. Selalu bilik macam tu golongan T20 ada kot?
HARMIZA HASHIM: YES! Alternatif lain adalah guna iFlix untuk tonton beberapa filem. Jujurnya kalau tonton guna telefon pintar ni mudah terganggu. Baru masuk 20 minit, jari dah gatal scroll untuk buka aplikasi lain, Twitter dan Instagram contohnya. Kalau jenis gelojoh, kadang-kadang sampai cari spoiler untuk tahu kesudahan filem.
IKI ALI: Rasa ralat sangat tak dapat masuk wayang (lebih rindu lagi sinema alternatif macam wayang@BUDIMAN). Rindu nak masuk ke dunia lain dalam ruang gelap tu (cewah!). Kalau nak sembang alternatif, macam biasalah. Ada hard disk adik aku dan juga Netflix.
HAJJAR IZWANI: Ya, kita rasa tidak seronok sebab kita kaki wayang. Setakat ni sepanjang PKP banyak filem yang dinanti ditunda dan panggung wayang pun tutup. So tak rasa rugi cuma kene tunggu sahaja.
Alternatif lain, kebiasaannya kita tengok filem-filem yang ditayangkan di saluran-saluran Astro (saluran kegemaran CITRA, BOX OFFICE, HBO, CINEMAX, FOX MOVIES, HBO, TVNMOVIES, WARNERTV). Jadi la dok repeat filem ulangan dan tayangan premiere setiap Sabtu huhu.
Perbezaan menonton sudah tentu tidak sama. Di rumah banyak gangguan hihu. Kene tengok malam malam time orang dah tidur baru layan sorang untuk fokus hehe. Rindu tengok di cinema sebab awesome!
AIMI ROSLI: Tidak merasa kekurangan/ketinggalan atas 3 faktor: 1. Tiada filem yang ditayangkan dan pawagam tidak dibuka, 2. Mempunyai alternatif lain: iFlix, Viu, Youtube dan myKlik (anyway, aku banyak tengok drama instead of movie time PKP ni), 3. Nak keluar pergi pasaraya beli barang keperluan pun rasa paranoid, tak mungkin terlintas untuk bersantai.
MARWAN ZAHARUDIN: Sebenarnya, dah lama nak tengok Big Time Adolescence tapi sebab filem ini hanya ditayangkan kat Hulu jadi agak susah sikit. Hulu ni streaming servis lebih kurang macam Netflix tapi hanya ada kat US. Jadi terpaksalah menggali sikit kat portal movie percuma dan terjumpalah satu.
Bagi aku, tarikan utama filem ini adalah Pete Davidson bukan sebab dia ex-boyfriend Ariana Grande tapi sebab aku ada lah jugak ikut perjalanan karier dia semenjak dia dari Wild ’N Out lagi. Lepas tu ke Saturday Night Live lepas tu ke beberapa siri rancangan stand up komedinya. Walaupun gaya lawak dan punchline Pete agak offensive gila, tapi aku enjoy.
Ok back to movie! Big Time Adolescence directed by Jason Orley. Masa tengok trailer, aku dah tahu jenis filem macam ni memang aku boleh connect sebab cerita pasal tumbesaran seorang lelaki dari segi fizikal dan mental. Lebih kurang macam filem Boyhood tapi angle dan fokus movie ini lain.
Now let me drop some gems for y’all. Sebagai seorang lelaki, memang akan ada fasa yang kau akan tergelincir sedikit dan terkeluar dari landasan. Tapi tapi jangan risau, kalau kau masih berpegang dengan arah dan petunjuk yang diberikan oleh orang tua kau. InsyaAllah akan kembali balik ke landasan. Basically, what this whole movie is all about lah.
Jadi, bila aku habis tengok Big Time Adolescence, I feel like “Hey Jason Orley, are you talking to me?"
SITI AMANDA: Anime bertajuk Colorful. Anime ini pernah saya tonton beberapa tahun dahulu cuma tak habis. Durasinya melebihi 2 jam jadi ada part saya tertidur di tengah-tengah. Pertama kali saya menonton rasa sangat tak menarik. Ceritanya perlahan. Wataknya lemah.
Namun apabila saya kembali menonton kali kedua dengan mata yang segar dan bertenaga, saya dapat rasa kelemahan watak dan ketidaklajuan rentak filem ini adalah nadi utama plot. Filem ini tentang kelebihan diberi peluang kedua. Bagaimana kita menghargai kehidupan. Adakah kita biarkan saja kesilapan silam menghantui setiap langkah ke depan atau kita kembali perbetulkan kesilapan itu terlebih dahulu. Kemudian barulah bergerak ke hadapan.
Oh kelmarin saya berpeluang menonton Hamba Iblis di Astro Citra. Saya suka cerita tu kerana ada unsur yang dah lama saya tak jumpa dalam telemovie tempatan iaitu SHOW, DON'T TELL.
IKI ALI: Filem menarik waktu PKP, ya? Sejujurnya tak banyak filem pun aku tonton waktu PKP setakat ni (sebab dok kalut nak kejar crossover The CW's Arrowverse yang aku dah lama tunggu, iaitu Crisis on Infinite Earths) jadi nak pilih satu tu agak susah, sebab ada dua je, dan kedua-duanya ada tarikan tersendiri. Aku sebut jelah filem apa, ya? Filem Extraction dan Straight Outta Compton.
HAJJAR IZWANI: SLICE (Thai, 2009). Filem lama first time tengok. Tak sangka seronok walaupun depan sendu haha (sebab faktor suasana filem lama yang kualiti kurang). Thiller dan storyline yang padu serta plot twist yang hebat. Ringkasnya filem ini mengenai sahabat karib dari kecil dan berjumpa balik ketika dewasa (Tai dan Nut). Tetapi kisah ketika dewasa melibatkan kes pembunuh bersiri. Tai menjadi polis dan Nut ialah pembunuh bersiri yang diburunya. Keseluruhan filem mengisahkan penderaan anak oleh bapa, sexual harassment oleh guru, buli di sekolah, dipulau oleh masyarakat sekeliling, siri siasatan polis, pembunuh bersiri, pemerdagangan manusia yang menculik budak kecil untuk dijadikan pondan/bapok dan seorang yang psycho terhadap orang yang disayangi. Disebabkan terpisah kerana diculik dan janji untuk mencari kembali rakannya pada suatu hari menyumbang kepada plot twist yang hebat. Disebabkan terlampau sayang kepada rakan karibnya rupanya selama ini Nut ialah isteri kepada Tai (ya die tukar jantina untuk bersama rakannya dan Tai tidak tahu langsung). Akhir sekali, Nut merayu Tai supaya menembaknya kerana tidak mahu ditangkap polis lain. Peh psycho betol Nut tu. Sekian.
AZIAN NOOR: Bird Box. Cerita ni cerita lama tahun 2018 tak silap. Haha kita je yang baru berkesempatan tonton. Diadaptasi dari novel kita secara peribadinya, rasa filem ni menarik sebab cerita ni ada unsur-unsur metafora. Deep. Korang akan start berfikir dari awal sampailah akhir movie. Haha. Mengisahkan kononnya titik awal kejadian kiamat. Bayangkan ya kita yang normal ni terpaksa/dipaksa untuk jadi buta. Tak boleh melihat tapi perlu cari cara untuk survive untuk teruskan hidup. Ada baca dekat Twitter pasal matlamat cerita ni sebenarnya nak cakap pasal mental illness or depressed, sampai bunuh diri. Orang awam masih tak aware dengan masalah ni, simbolik kepada semua kena tutup mata. 'Makhluk' itu sebenarnya perasaan nak bunuh diri. Tiada siapa tahu apa bentuk dia. Sampai habis cerita tak tunjuk pun bentuk dia. And as open ending story, penonton bebas buat opinion/penafsiran sendiri. Dalam kata lain korang kena fikir sendiri. Haha.
Watak Boy and Girl anak kepada Malorie lakonan Sandra Bullock sangat comel. Tapi ada certain scene yang kita rasa macam unnecessary and draggy. But lepas tengok ending cerita ni, kita jadi insaf sikit and respect dekat orang kurang upaya atau oku. Sebab walaupun mereka tak sempurna, ada kelebihan lain kita orang normal tak ada. #bersyukurseadanya (sambil nyanyi lagu raya).
AIMI ROSLI: LSS (Last Song Syndrome) - Hero dan Heroin sedap mata memandang. Terutama heroin - Cantiknya senyum. Feel good movie yang dilatari lagu-lagu oleh band Ben & Ben. Ini adalah pertama kali aku tengok filem muzikal dan mendengar karya band folk dari Philippines.
SOALAN 4: Filem yang anda nantikan tayangannya di pawagam tetapi telah ditangguhkan kerana PKP.
MARWAN ZAHARUDIN: Antara yang tertunggu-tunggu No Time To Die, The New Mutants dan The King of Staten Island.
SITI AMANDA: Mulan lah. Haiyaaaaa talak ong ahhhh.
HARMIZA HASHIM: Low Season filem Thai yang patut ditayangkan pada 19 Mac 2020.
IKI ALI: Black Widow paling aku tunggu! Sebab ada aura Captain America: The Winter Soldier, antara filem Marvel Cinematic Universe paling matang dan intense arahan Russo Bersaudara!
HAJJAR IZWANI: Kite tak siasat ditangguhkan ke apa sebab kita pun tak sure bila PKP tamat dan bila panggung akan dibuka semula. So ini list filem 2020 yang kita nanti:
• BLACK WIDOW
• THE CONJURING 3
• TRAIN TO BUSAN 2:PENINSULA
• PEE NAK 2
AIMI ROSLI: Low Season, Mulan dan mungkin Mencari Rahmat.
SOALAN 5: Akhir sekali, sebagai penutup Edisi Raya ni jemputlah masing-masing berikan ucapan raya sepatah dua.
Stay safe and take care. Jumpa lagi!






